Breaking

July 10, 2011

Siti Nurhaliza Sambung Belajar Di UiTM

Lepas memasuki askar wataniah kini penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza ingin melanjutkan pelajaran di Universiti Teknologi Mara (UiTM) dalam jurusan muzik. nampaknye Siti bukan aje nak success dalam nyanyian tapi juga akademik. 


dan perkara ini diakui oleh Naib Canselor UiTM, Datuk Prof Dr Sahol Hamid Abu Bakar. Jelas beliau, pihaknya sedang berbincang dengan Siti untuk memberi peluang melanjutkan pelajaran dalam bidang muzik dan perlu menilai terlebih dahulu kelayakan yang dimiliki oleh Siti.

Menurut Siti,
“Selama ini, Siti hanya menyanyi daripada hati. Siti memang tidak boleh membaca nota muzik kerana tidak punya pengetahuan itu. Mungkin sudah sampai masanya untuk Siti mempelajari muzik secara teori. Bagaimanapun, urusan pembelajaran ini Siti serahkan kepada pihak UiTM kerana Siti faham mereka harus melihat dahulu kelayakan yang diperlukan untuk Siti sambung belajar.
Datuk K juga nampaknya menyokong keinginan Siti untuk melanjutkan pelajaran.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Total Pageviews

What color theme you prefer?

Follow Us