Breaking

March 31, 2012

21:28

Suami Erra Fazira Sudah Kahwin Lain? Status isteri jadi tanda tanya


Kisah rumahtangga pasangan ini sudah lebih setahun menjadi satu topik perbualan peminat juga para media dalam industri hiburan.
Beberapa gossip liar yang timbul sebelum ini termasuklah kisah pasangan ini yang sudah tidak tinggal sebumbung selepas suami kehilangan kerja di’nafikan oleh aktress popular ini.
Perkhabaran baru yang di’terima ini bukan sesuatu mengejutkan kerana sebelum ini sang suami juga ada di’gossipkan bercinta dengan rakan sekerja ketika itu.
Si suami ini di’khabarkan sudah pun bernikah dengan kekasih dari tempat kerja yang sama sebelum ini dan lelaki ini kini banyak menghabiskan masa bersama isteri baru — soalan dari kami, apa status aktress si isteri pertama? 
Kasihan pula kami dengarkan nasib aktress ini yang sebenarnya masih sayang akan hubungan yang mereka bina selama ini, namun nampaknya kasih & cinta mereka kini hanya menunggu masa untuk tamat tempoh.
Kalau benar sang suami sudah tidak mahu hidup bersama aktress popular ini, ada baiknya di’lepaskan dari tergantung tiada bertali. Hmm.


SUMBER: Rotikaya.com
20:06

Terkini! Gambar Anak Jimmy Shanley, tak jumpa berbulan-bulan


Gambar Anak Jimmy Shanley, Zahrah Shanley kini sudah berusia sembilan bulan. Menurut Jimmy Shanley, dia sudah berbulan-bulan tak memegang dan tak pernah menjaga anaknya. Kali terakhir dia bertemu anaknya pada 20 Julai 2011. Memandangkan kes mahkamah dengan isterinya belum selesai, Jimmy masih berharap dia sekeluarga dapat bersatu kembali.



sumber gambar URTV, ambik guna handphone cap ayam aje...

10:12

Pelatih PLKN mati akibat virus kencing tikus, Latihan Air Di Semua Kem PLKN Digantung

KUALA LUMPUR- Semua jenis latihan air di kem Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) di seluruh negara digantung susulan kematian seorang pelatih di Kem PLKN Terkok, Sungai Siput, Perak pada 12 Mac lepas dipercayai akibat jangkitan virus kencing tikus.

Arahan itu dikeluarkan Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan berkuatkuasa serta-merta, kata Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara Datuk Abdul Hadi Awang Kecil dalam kenyataan, di sini.

Katanya menteri berkenaan turut memutuskan penghantaran pelatih kumpulan dua siri 9/2012 ke kem tersebut ditangguhkan sehingga memperolehi perakuan sah selamat daripada Kementerian Kesihatan.

"Sungguhpun Jabatan kesihatan Perak telah membuat pemeriksaan terhadap kem itu pada 2011 dan mendapati ianya boleh beroperasi, manakala Makmal Kesihatan Awam Ipoh pada Februari lepas mendapati air kolam di kem itu bebas bakteria Leptospira, namun arahan itu adalah bagi keberkesanan PLKN," kata Abdul Hadi.
09:55

Liyana Jasmay Sambung Belajar Di New York Sebelum Nikah 24 Januari Ini

LJ Uruskan Perkahwinan Sebelum Berangkat Ke New York

Kini tiada lagi nota berbunyi ‘Aku Tak Percaya Cinta’ kerana pelakon serta penyanyi Liyana Jasmay kini bak single kedua dan ketiganya, ‘Aku Jatuh Cinta’ dan ‘Cinta Bersatu’ dengan ahli perniagaan, Fathuddin Mazlan. Mengikat tali pertunangan pada 24 Mac lalu, pelakon filem Papadom ini bakal melangsungkan perkahwinan pada awal tahun 2013.
Menyentuh mengenai pemilihan tarikh 24 Januari sebagai tarikh pernikahannya, Liyana ketika ditemui sejurus selesai majlis pertunangannya memberitahu, “Sebenarnya saya nak tarikh 22 Januari iaitu genap satu tahun ulangtahun perkenalan kami, tapi ia jatuh pada hari Isnin.

“Namun, setelah difikir, buat 24 Januari pun bagus juga sebab ia Khamis malam Jumaat. Apa-apapun, kami memang nak buat Januari sebab ia bulan yang terindah buat kami berdua,” ujar Liyana yang akan berangkat ke New York pada Julai ini.
“Saya pergi ke sana selama enam bulan bagi melanjutkan pelajaran di New York Film Academy. Inilah dugaan pertunangan kami tapi saya yakin, apa yang paling utama ialah kepercayaan antara kami dan juga doa dari ahli keluarga. InsyaAllah, saya harap semuanya berjalan dengan lancar. Kami pun dah biasa jarang berjumpa sebab dia selalu berada di Sabah menguruskan perniagaannya.”

Ditanya kepada Fathuddin tidakkah dia risau mengenai keberangkatan tunangnya itu, beliau menjawab, “Selepas tahu emak dia akan ikut sekali dan nak jaga dia di New York, saya tak perlu risau lagi. Lagipun sekarang ini semuanya di hujung jari, jadi kami boleh sentiasa berhubung.”
Sebelum berangkat, Liyana memberitahu akan menyelesaikan beberapa persiapan perkahwinannya terlebih dahulu seperti pemilihan lokasi, konsep perkahwinan, pelamin, busana pengantin dan senarai tetamu. Liyana juga kini sedang melunaskan baki penggambaran drama bersiri, ‘3 Janji’ untuk slot Lestary di TV3.
09:23

Gadis 19tahun Mengejar Cinta Duda Lari Dari Rumah


JERANTUT 30 Mac - Gara-gara panahan cinta seorang duda, seorang gadis berusia 19 tahun, Nur Aliah Baharuddin dari Jengka, Maran sanggup melarikan diri daripada keluarganya semata-mata untuk mengikut kekasihnya itu pada Ahad lalu.

Emak saudara remaja berkenaan, Noorlilie Baharuddin, 31, berkata, Nur Aliah yang dipanggil 'Angah' di kalangan keluarganya disedari lari meninggalkan rumah neneknya di Felda Jengka Satu, Maran kira-kira pukul 11 malam.

Katanya, anak kedua daripada tiga beradik itu hanya membawa beberapa helai pakaian dan sehingga kini tidak diketahui nasib dan lokasinya.
09:18

Nazim Othman Sehebat Jay Chou


Nazim Othman Sehebat Jay Chou
Tiba-tiba saja nama pelakon kacak tempatan, Nazim Othman disebut-sebut untuk berdiri sebaris dengan penyanyi popular kelahiran Taiwan tetapi sangat dikenali di Hong Kong, Jay Chou.

Sangat dinanti-nantikan, Nazim Othman bakal muncul dengan sebuah kempen iklan besar-bersaran di seluruh Malaysia dan mungkin juga Asia Tenggara apabila dia telah dipilih oleh jenama jam tangan Ellesse sebagai jurucakap jenama antarabangsa berkenaan.
Malah Nazim Othman merupakan artis pertama dari luar Hong Kong selepas Jay Chou yang telah dipilih untuk bergelar jurucakap Ellesse.

Bukan calang-calang kempen, Ellesse telah menerbangkan pelakon yang pernah popular dengan drama bersiri Awan Dania 2 itu ke bandaraya Bangkok sejak semalam bagi merealisasikan sesi penggambaran iklan bagi jenama jam tangan berkenaan.
Malah, khabarnya pelakon berusia 28 tahun dan berbintang Virgo itu akan menjalani penggambaran di atas dek pendaratan helikopter salah satu hotel mewah di sini, esok dengan menggunakan kepakaran produksi penggambaran dari negara Gajah Putih itu.
Ditemui secara eksklusif oleh portal murai.com.my di Hotel Le Meridien sebentar tadi, Nazim Othman berkata dia amat teruja untuk menjalani penggambaran bagi kempen iklan jam tangan berkenaan, meskipun dia sendiri tidak tahu jalan cerita penggambaran berkenaan.

"Terus terang, saya sendiri tak tahu apa yang patut saya lakukan esok. Kerana menurut pihak penganjur, mereka ingin membuat kejutan buat saya. Jadi kita perlulah tunggu esok saja," katanya dalam nada gembira dan turut menggayakan jam tangan terbaru Ellesse.
09:16

Gambar Terbaru Ally Iskandar Dan Farah Lee


Ally Iskandar mendirikan rumahtangga dengan pelajar kejuruteraan warga Malaysia di Korea Selatan yang juga seorang penulis blog, Farah Lee. Farah telah menulis tentang kehidupannya bersama Ally selepas berkahwin dalam entri terbarunya.

sudah masuk dua bulan perkahwinan kami. alhamdulillah, masih rasa keberkatan mereka yang banyak mendoakan kesejahteraan rumah tangga kami. harapnya doa itu tiada berhenti. amin.. perkataan ‘sudah dua bulan’ atau ‘baru dua bulan’ kadang datang silih berganti. ‘sudah dua bulan’ tapi aku masih rasa seperti baru semalam berkahwin, kebahagiaan jelas terasa (waaa.. suami kat malaysia, aku kat korea ?.?). ‘baru dua bulan’ tetapi banyak yang telah aku pelajari dari perkahwinan ini, dan masih belajar.

March 30, 2012

23:29

Rozita Che Wan Pilih Lelaki Sederhana, Bukan Datuk K



PETALING JAYA: Pelakon Rozita Che Wan berkata dia rela berkahwin dengan mana-mana lelaki yang tidak berharta asalkan individu berkenaan menghargai dan menyayanginya sepenuh hati.
Rozita,39, berkata, harta serta kesenangan hidup boleh dicari bersama-sama tetapi kasih sayang yang sejati dan kekal itu sukar untuk ditemui.
“Saya tidak kisah kalau lelaki yang saya temui itu lelaki biasa yang tak ada harta kerana harta kita sama-sama boleh cari. Saya mahu lelaki itu menghargai saya dan boleh bagi sokongan kepada saya. Itu yang penting kalau nak kahwin,” katanya 
Rozita diminta mengulas mengenai laporan Harian Metro pada Jumaat yang melaporkan fitnah terbaru kononnya pelakon itu hendak berkahwin Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa (Datuk K) yang juga isteri penyanyi Datuk Siti Nurhaliza Tarudin.
Dalam laporan itu Rozita menepis tuduhan tersebut selain menganggap ia bukan sesuatu yang remeh tetapi sangat mengaibkan.
Rozita berkata, jika dia bertemu dengan lelaki yang mempunyai banyak harta dan kaya raya tetapi tidak menghargai dirinya, hubungan itu tidak mempunyai apa-apa erti.
Katanya, dalam sesebuah kehidupan, sokongan moral daripada seorang suami untuk isterinya adalah perkara yang lebih penting daripada menilai melalui harta.
“Kepada saya, kasih sayang itu sebenarnya akan membuatkan kita bersemangat untuk berjaya. Ia amat penting. Lelaki yang kaya boleh pikat kita dengan duit dan cinta itu tidak ada apa-apa makna bagi mereka. Saya tak mahu lelaki seperti itu dan juga yang panas baran,” katanya.
Bercerita mengenai dakwaan dia diminati VIP, Rozita memberitahu, golongan itu sebenarnya lebih cenderung mencari wanita-wanita muda berbanding dirinya, seorang ibu tunggal yang mempunyai dua orang anak.
23:23

Kasihan Pian (Cecupak) Kerana Paras Rupa Dia Dihina dan Dipulaukan

Setiap individu diberikan kelebihan dan kekurangan masing-masing. Begitu juga dengan Pian (Cecupak) yang merasakan kekurangan pada paras rupanya yang mendorong beliau melakukan suntikan botox. Namun usahanya nampak sia-sia apabila beliau terus dihina dan dipersendakan.


PETALING JAYA: Pelawak dan pengacara Pian (Cecupak) berkata sikap diskriminasi penggiat industri dan artis terhadapnya membuatkan dia berasa tawar hati untuk terus berada dalam bidang hiburan.
Pelawak berusia 42 tahun itu memberitahu ketelusannya dalam membuat pengakuan terbuka beberapa kesilapan yang pernah dilakukan termasuk menyuntik botoks di wajah sebelum ini telah disalah ertikan.
"Saya berasa terkilan dan kecil hati dengan industri hiburan ini. Saya dianiayai oleh penggiat seni dan artis di mana mereka cuba menutup periuk nasi saya.
"Saya tidak mendapat sebarang tawaran untuk program televisyen malah ada pula yang terus mencaci dan menghina hanya kerana saya bersikap jujur," katanya.
Bagaimanapun, Pian berkata dia tidak akan berdiam diri dengan sikap buruk segelintir artis yang berniat jahat untuk menganiayainya.
"Keadaan ini sangat menyedihkan saya dan membuatkan saya nekad untuk berundur diri apabila tiba waktunya nanti.
"Tapi saya takkan berdiam diri kepada beberapa artis yang cuba menganiayai saya. Saya sedang mengumpulkan bukti dan akan ambil tindakan ke atas mereka," katanya.
Menyentuh perkembangan kerjaya, Pian berkata kekurangan tawaran sebagai pengacara memberikan lebih masa kepadanya untuk menumpukan perhatian pada produk kecantikan, Soft dan bisnes kertas dinding.
"Selain bisnes, saya juga sibuk menyiapkan rakaman album untuk anak saya, Aina Fazrin yang berusia 15 tahun.
"Apabila dia semakin kukuh dalam bidang nyanyian nanti, mungkin itu waktu terbaik untuk berundur diri sepenuhnya," katanya.
23:04

Lagu Bawaku Pergi-Kaka ft. Zizan Diharamkan! Hayati liriknya punca diharamkan


Lirik Lagu Bawaku Pergi (Nyanyian Kaka ft. Zizan)

Bawa aku pergi
Pacu laju-laju
Kita lari dari realiti
Bawa aku pergi
Pacu laju lagi
Malah kita
Tak perlu kembali

Tengah malam nanti
Tolong jangan lupa
Jangan munkir janji
Aku dah teruja
Sudah cukup lama
Aku tunggu saat ini
Sejak kali terakhir kau hantar pulang
Hidup sungguh sepi
Tolong jangan bilang mama
Tolong jangan bilang papa
Malah jangan bilang teman karibmu
Jangan bilang sesiapa

Oh buku merah jangan lupa bawa
Moga-moga belum tamat tempoh
Kali ini kita pergi lebih lama
Pergi lebih jauh,ayuh

Bawa aku pergi
Pacu laju-laju
Kita lari dari realiti
Bawa aku pergi
Pacu laju lagi
Malah kita
Tak perlu kembali

Mata dalam kaca, topi berceloreng
Sarung tangan hitam, atas muka ada topeng
Hanya perlu siul, tidak muka ada topeng
Hero sudah sampai, cepat terjun dari loteng
Kita terus ke sempadan aku pacu, engkau bonceng
Bawa bekal air muka cuci aib bopeng
Lari dari kewajipan, tanggungjawab ponteng
Lari dari kenyataan, mula kisah dongeng

Tinggalkan dataran, puncak dunia kita duga
Tinggal kemewahan cuba cara hidup purba
Lari lari baling bola salji depan gua
Sambil cari yeti kita boleh cari (what?)
Tinggal kemewahan cuba cara hidup purba
Lari lari baling bola salji depan gua
Tidak jumpa yeti moga-moga jumpa syurga

Bawa aku pergi
Pacu laju-laju
Kita lari dari realiti
Bawa aku pergi
Pacu laju lagi
Malah kita
Tak perlu kembali

Bila kita pergi
Apakan berlaku
Siapakan peduli
Siapa ambil tahu
Hidup kita tempuh
Untuk apa saja
Tidak kira mana kembara membawa
Kita kan bersama

Oh buku merah jangan lupa bawa
Moga-moga belum tamat tempoh
Kali ini kita pergi lebih lama
Pergi lebih jauh,ayuh

Bawa aku pergi
Pacu laju-laju
Kita lari dari realiti
Bawa aku pergi
Pacu laju lagi
Malah kita
Tak perlu kembali

Malique berkata, lirik lagu itu tiada kena mengena untuk mengajak remaja lari daripada rumah sebaliknya ia mengenai imaginasi dirinya untuk bercuti bersama isteri, Melissa Maureen Rizal ke Bali, Indonesia.

@: Apa pendapat korang tetang rangkap pertama dan kedua...dan yang paling obvious
 Tengah malam nanti
Tolong jangan lupa
Jangan munkir janji
Aku dah teruja
Sudah cukup lama
Aku tunggu saat ini
;
;
;
MAKELUV????

March 29, 2012

20:40

Semak Keputusan Permohonan Matrikulasi KPM Sesi 2012/ 2013


Tarikh Semakan Keputusan Permohonan Matrikulasi 2012 mulai 25 april 2012. Lepasan SPM 2011 yang telah mohon Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) sesi 2012/2013  boleh menyemak keputusan pengambilan kemasukan ke Kolej Matrikulasi bagi PST dan PDT mulai 25 April 2012.

matrikulasi 2012

Cara Semakan Permohonan Matrikulasi
Keputusan permohonan ke Matrikulasi 2012 boleh disemak dengan dua cara;
    1. Melalui laman web Kementerian Pelajaran Malaysia di Semakan Tawaran Kolej Matrikulasi. (dibuka mulai 25 April 2012)
    2. Melalui SMS – Taip MOE (jarak) MAT (jarak) No.KP (tanpa sempang) dan hantar kepada 15888 Contoh: MOE MAT 921001115263 dan hantar ke 15888

Pendaftaran Matrikulasi

  • Mereka yang berjaya mendapat tawaran ke Matrikulasi perlu mendaftarkan diri ke Kolej Matrikulasi yang telah ditetapkan pada 28 Mei 2012 bagi kolej-kolej di Semenanjung Malaysia dan 21 Mei 2012 bagi Kolej Matrikulasi Labuan..
  • Surat tawaran, dokumen pendaftaran dan borang perjanjian perlu dicetak sendiri oleh pemohon dan dibawa semasa hari pendaftaran.
  • Pemohon yang berjaya diminta untuk menghubungi terus kolej penempatan atau melawat laman web kolej yang berkenaan untuk maklumat surat tawaran dan dokumen lain.

Rayuan Matrikulasi

  • Manakala mereka yang layak dan ada membuat permohonan tetapi gagal mendapat tawaran ke Program Matrikulasi KPM boleh membuat rayuan mulai 25 April 2012 sehingga 13 Mei 2012.
  • Rayuan perlu dibuat secara online di laman web yang sama di atas.
  • Keputusan rayuan kemasukan ke Program Matrikulasi dijadual akan diumumkan pada 7 Jun 2012.



 
20:24

Gambar Suria KLCC Terbakar, Punca Dari Restaurant Chinoz

Chinoz suria klcc terbakar
Petang tadi berlaku kebakaran kecil di Suria KLCC yang dikatakan berpunca dari Restaurant Chinozz. Pihak pengurusan mengambil langkah keselamatan dengan menyuraikan orang ramai. Kebakaran tersebut disyaki berpunca daripada kebocoran gas di bahagian ruangan dapur Chinoz dan telah berjaya dikawal oleh pihak berkuasa.  Tiada kecederaan dilaporkan dan api berjaya dipadamkan.
kebakaran di suria klcc

07:52

Mayat bayi lelaki dalam longgokan sampah, dikerumuni anjing liar


KEMAMAN - Sekumpulan pekerja di Pusat Pelupusan Sampah Kampung Mak Chili, Chukai di sini kelmarin terkejut apabila menemui mayat seorang bayi lelaki masih bertali pusat di dalam plastik hitam yang dikerumuni sekumpulan anjing liar.
Mayat bayi itu pada mulanya ditemui oleh seorang pengangkut sampah yang hanya dikenali sebagai Umi Khaltom, 55, pada pukul 5.50 petang yang berasa curiga apabila melihat sebuah bungkusan plastik hitam yang dikerumuni anjing liar.
Panik dengan situasi itu, pekerja berkenaan yang pada mulanya menyangka ia adalah bangkai haiwan terkejut apabila mendapati ia merupakan mayat bayi lelaki cukup sifat berada dalam bungkusan surat khabar yang dimasukkan ke dalam plastik.
Difahamkan, mayat bayi malang itu baru sahaja dilahirkan berdasarkan keadaan tali pusatnya yang masih ada kesan darah ketika ditemui.
07:38

Awas! Lelaki asid kembali mencari mangsa


gambar salah seorang lelaki asid

KUALA LUMPUR: Kejadian menyimbah asid yang pernah menggemparkan warga kota, terutama wanita yang dilakukan lelaki bermotosikal tahun lalu muncul semula selepas satu kejadian dikesan di Rawang dan Serdang, kelmarin dan Isnin lalu.
Dalam kejadian jam 7 pagi di Rawang kelmarin, seorang guru wanita cedera di muka dan separuh badan akibat disimbah dengan cecair dipercayai asid oleh dua lelaki yang meragut rantai emasnya ketika menunggu bas di pondok menunggu bas di Batu 17, di sini.


Mangsa, S Rani, 47, yang ingin ke tempat kerja tiba-tiba ditegur dua lelaki yang turut bersamanya menunggu bas.


Menurut saksi, Nur Aqilah Osman, 14, ketika kejadian dia menunggu bas untuk ke sekolah apabila ternampak kedua-dua lelaki terbabit bercakap dengan mangsa.


“Ketika wanita itu sedang bercakap dengan kedua-dua lelaki terbabit tiba-tiba mereka meragut rantai emasnya dan dia cuba melawan, tetapi disimbah asid daripada botol yang dibawa seorang daripada lelaki itu,” katanya.



Dia berkata, lelaki terbabit turut menyimbah sisa asid kepadanya menyebabkan bahagian belakangnya melecur.



“Tanpa menghiraukan tudung, pakaian serta beg sekolah yang terbakar terkena asid, saya terus berlari pulang ke rumah untuk meminta bantuan kerana tidak tahan perit,” kata pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Batu 16 itu.


Sebelum kejadian, dia berkata, dua lelaki terbabit dilihat bersandar di palang pondok menunggu bas itu sebelum mereka menegur seorang wanita berumur.


Malah, gadis itu juga nampak seorang daripada lelaki terbabit memegang botol, tetapi menyangkakan ia minuman. Nur Aqilah ketika ditemui di rumahnya di sini, malam tadi, berkata mangsa menjerit meminta tolong sambil memegang mukanya yang kemerahan akibat terbakar manakala dia dan rakan sekolah hanya mampu melihat kerana bimbang dicederakan penjenayah terbabit.


“Saya dan rakan cuba lari tetapi lelaki terbabit menyimbah baki asid ke arah kami dan dua lagi orang awam di pondok bas itu sebelum beredar dengan selambanya.



“Cecair itu kena pada belakang bahu saya dan tangan seorang wanita lain,” katanya.



Bapa Aqilah, Osman Delisali, 50, menghantarnya ke Hospital Selayang (HS) untuk rawatan sebelum membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak dengan bantuan jiran.



Osman berkata, dia sedang bersiap-siap untuk menghantar adik Nur Aqilah ke sekolah apabila tiba-tiba melihat anak keempat daripada lapan beradik itu pulang dalam keadaan tubuh berasap.



“Saya kehairanan dan bertanya kenapa dia balik rumah semula, tetapi Nur Aqilah menjerit sambil menceritakan disimbah asid ketika sedang menunggu bas ke sekolah.



“Tanpa membuang masa, saya segera mencurah air ke tubuhnya bagi mengurangkan kepedihan,” katanya.



Katanya, dia lega apabila doktor yang merawat memaklumkan kecederaan itu tidak serius dan boleh sembuh dengan menyapu krim khas untuk kulit terbakar.



“Mujur anak saya mengelak dan hanya cedera ringan. Saya tidak dapat bayangkan kesakitan dan kesan buruk yang terpaksa dilaluinya jika kecederaannya serius seperti yang menimpa seorang lagi mangsa,” katanya yang bekerja sebagai tukang mesin rumput.



Sementara itu, dalam kejadian di Serdang pula, seorang kontraktor, S Thinagaran, 19, melecur sebelah muka kanan dan rabun sebelah mata selepas terkena asid disimbah dua lelaki bermotosikal ketika dalam perjalanan pulang ke rumah di Kinrara Mas, selepas selesai menjalankan tugas di Rawang. “Walaupun dalam keadaan kesakitan selepas muka terbakar akibat dibaling cecair asid dua lelaki bermotosikal, saya sempat memandu kereta sejauh lima kilometer ke klinik di Kinrara untuk mendapatkan rawatan,” katanya.



Dalam kejadian jam 7 malam Isnin lalu, mangsa berkata, dia tidak mengenali dua lelaki berusia 20-an yang menaiki motosikal jenis Modenas Kriss yang tiba-tiba membaling cecair dipercayai asid ke arahnya.



Katanya, dia hanya sempat melihat dua lelaki memakai topi keledar memegang botol mineral sebelum berpaling ketika ke arah mereka selepas namanya dipanggil.



“Sebaik menoleh, mereka terus membaling cecair itu ke muka saya hingga menyebabkan terbakar dan menggelupur kesakitan sebelum berlari masuk ke dapur untuk membasuh muka,” katanya.



Katanya, dalam keadaan kesakitan dan mata sebelah kanan menjadi rabun, dia memandu ke klinik berhampiran manakala ayahnya mengikut dengan kereta lain.



Selepas mendapat rawatan awal, dia dibawa ke Pusat Perubatan Subang Jaya untuk rawatan lanjut yang mengesahkan muka sebelah kanannya terbakar akibat terkena asid.



Thinagaran berkata, dia tidak tahu motif sebenar dua lelaki itu yang berkemungkinan bermusuh dengannya akibat pergaduhan setahun lalu dan masih menyimpan dendam terhadapnya.



“Ayah saya kemudian membuat laporan di Balai Polis Puchong untuk siasatan lanjut dan mahu dua lelaki itu diambil tindakan sewajarnya,” katanya.


07:33

Kedai Makan Batu12 Gombak, pusat hiburan golongan veteran

ASYIK...pelanggan di kedai makan terbabit menari dangdut.


GOMBAK: Joget hingga pagi. Itu ‘menu tambahan’ disediakan sebuah kedai makan di Batu 12 Jalan Gombak-Karak, di sini, yang menjadikan nyanyian dan tarian sebagai tarikan, terutama pada hujung minggu hingga menjadi tumpuan golongan berumur untuk berhibur.
Diibaratkan seperti ‘dangdut rimba’, lokasi kedai makan yang menjadi tumpuan golongan berusia lebih 40-an itu juga dipercayai tiada lesen perniagaan kedai makan selain lesen hiburan walaupun beroperasi sejak beberapa tahun lalu.

Kedudukan kedai makan itu yang agak jauh dari rumah penduduk dan berhampiran kawasan hutan menjadikan ia ‘syurga’ buat pelanggan untuk berhibur tanpa gangguan. Malah, pemilik kedai turut menyediakan penari sebagai daya penarik.

Kedai terbabit beroperasi mulai jam 7 malam dan ditutup jam 4 atau 5 pagi setiap hari. Premis terbabit mempunyai tarikannya tersendiri dengan menyediakan rangkaian lagu karaoke, termasuk lagu Hindustan dan dangdut yang digemari golongan berumur.


07:23

Fouziah Gous Mengaku Bercinta Dengan Datuk Seri



Pelakon jelita Fouziah Gous akhirnya membuka mulut bagi mengesahkan spekulasi mengenai keintimannya dengan seorang ahli korporat berstatus duda yang bergelar Datuk Seri.
Aktres berusia 29 tahun ini berkata hubungan mereka mula intim beberapa bulan lepas walaupun dia sudah mengenali lelaki itu sejak beberapa tahun yang lalu.
"Hati saya mula terbuka untuk rapat dengannya selepas melihat ketulusan dan kesungguhan dia untuk berkawan dengan saya.
"Malah, dia yang kebetulan rakan niaga abang saya ada menyuarakan hasratnya kepada abang untuk melamar saya.
"Masih terlalu awal untuk saya ulas panjang kerana kami sedang mengenali hati budi dengan lebih mendalam pada waktu ini," katanya 
Diminta mengulas mengenai kelibat mereka yang dilihat pada beberapa acara hiburan kebelakangan ini, Fouziah berkata tiada apa yang perlu disembunyikan jika dia memang berkawan rapat dengan seseorang.
"Sejak dulu lagi saya tiada apa hendak sorok atau berpura-pura jika saya memang berkawan dengan seseorang. Sebelum ini, ramai yang mendakwa mengenai hubungan kami tetapi saya nafikan kerana memang ia belum berlaku ketika itu.
"Hanya baru-baru ini sahaja kami mula keluar dan mengenali antara satu sama lain," katanya.
Fouziah berkata hubungannya dengan lelaki berstatus duda itu adalah berdasarkan keserasian selepas mendapatkan petunjuk daripada Allah.
"Umur saya makin meningkat dan sudah bosan kerana selama ini kurang bergaul dan berkawan dengan lelaki.
"Berilah peluang kepada saya untuk berkawan dan mengenali lelaki. Bagi kami berkawan dulu, jika jodoh tertulis dengan dia saya sudah bersedia untuk berkahwin," katanya yang menyenangi karakter budiman dan kesederhanaan lelaki itu yang merupakan seorang mesra media.
Terbaru, Fouziah bakal memulakan penggambaran blok kedua drama bersiri Trilogi Cintamusim kedua di TV1
07:18

Gambar Majlis Pertunangan Liyana Jasmay Dan Fathiuddin




Pelakon Liyana Jasmay mengesahkan akan bernikah dengan kekasihnya, Fathuddin Mazlan,28, pada 24 Januari 2013.
Pemilihan tarikh perkahwinan itu dipersetujui oleh kedua- dua belah pihak keluarga dalam sebuah majlis pertunangan yang berlangsung di kediamannya di Kemensah Height, di sini, malam Rabu.
Liyana yang mengenakan persalinan rekaan Rizman Ruzaini berkata, majlis pertunangannya itu sebagai bukti dia sudah bersedia memikul peranan sebagai isteri selain hadiah ulang tahun kelahirannya ke 24 yang jatuh pada 28 Mac.
"Walaupun ikatan percintaan kami hanya tiga bulan, saya harap jodoh kami berkekalan sehingga akhir hayat.

"Alhamdulillah, saya sudah bersedia memikul tanggungjawab sebagai isteri," katanya selepas majlis pertunangan tersebut.
Pada majlis pertunangan itu, Liyana memberikan tujuh dulang hantaran kepada Fathuddin yang terdiri daripada senaskhah Al-Quran, kain samping, butang baju Melayu, minyak wangi jenama Dunhill, manisan, kek dan kek cawan.
Pihak lelaki pula membalas lima dulang hantaran yang terdiri daripada satu set wangian, telekung, kek, cincin dan sirih junjung.
Detik pertemuan mereka bermula selepas Liyana Jasmay berkenalan dengan Fathuddin melalui seorang kawan sehinggalah mereka mula berkomunikasi melalui telefon sebelum sambutan tahun baru lalu.
Ibu kepada pihak lelaki Jamilah A Rahman (kiri) bersama ibu pihak perempuan Datin Habsah Simpul (paling kanan) bergambar selepas majlis pertunangan Liyana dan Fathuddin. 
"Selepas pertemuan kali kelima, barulah saya merasakan kami agak serasi. Yang penting sekali, dia amat menyayangi ibu dan ayah saya dan juga memiliki sisi humor," ujarnya.
Dalam pada itu Liyana turut menghadiahkan sebuah lagu buat Fathuddin yang juga jirannya itu berjudul Cinta Bersatu dan akan dilancarkan 30 Mac ini.
Selain keluarga dan rakan-rakan media, antara selebriti yang hadir ialah, pasangan pengantin baru, Lisa Surihani dan Yusry KRU, Farish Aziz dan Tam.
Fathuddin merupakan seorang ahli perniagaan.

March 28, 2012

23:37

Gambar Persiapan Majlis Pertunangan Liyana Jasmay Dan Fathuddin


Gambar Persiapan Majlis Pertunangan Liyana Jasmay Dan Fathuddin Mazlan. Liyana Jasmay dijangka akan bertunang tidak lama lagi di rumahnya di Kemensah, Kuala Lumpur. Mengenai tarikh kahwin, pasangan ini dijangka kahwin pada januari 2013 tahun depan. Berikut adalah gambar persiapan pertunangan Liyana Jasmay yang penuh meriah.



21:46

Ayah Pin lumpuh separuh badan, sempat kahwin gadis 18tahun

Mulut herot


BACHOK: Pemimpin ajaran sesat ‘Kerajaan Langit’, Ayah Pin yang ghaib selepas digempur pihak berkuasa kini muncul kembali, tetapi dalam keadaan menyedihkan apabila lumpuh separuh badan bahagian kanan akibat angin ahmar dan hanya mampu berjalan dengan dipimpin orang.
Bagi mengubati penyakitnya itu, Ayah Pin atau nama sebenarnya Ariffin Muhammad, 75, kini dikatakan berulang-alik dari tempat tinggalnya di Batu 13, Hulu Besut ke Bachok untuk berurut dengan seorang tukang urut.

Setiap kali datang berurut, Ayah Pin ditemani dua isterinya serta seorang anak perempuan berusia belasan tahun dengan menaiki sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) berwarna gelap.

Keadaan terbaru Ayah Pin itu disahkan adiknya, Abdul Rahman Muhamad, 64, yang kerap dikunjungi abangnya itu ketika datang berurut di Bachok.

DI SINI...Wan Abdullah menunjukkan pondok tempat dia mengurut Ayah Pin.
tempat Ayah Pin berurut

Abdul Rahman berkata, abangnya itu diserang angin ahmar ketika minum di sebuah gerai di Batu 13, Hulu Besut bulan lalu.
21:40

Tarian Berahi Mak Nyah, Kenduri Kahwin Jadi Pesta Maksiat

TIDAK SENONOH...remaja lelaki dan wanita menari bersama dalam keadaan berahi.

PARIT: Ibarat pesta maksiat apabila ratusan remaja lelaki dan perempuan menjadikan persembahan kugiran sempena majlis perkahwinan di sebuah kampung, di sini sebagai pentas untuk menari dalam keadaan mengghairahkan sambil berpeluk dan bercumbuan.
Lebih menghangatkan suasana apabila pihak penganjur turut menjemput sekumpulan 10 mak nyah sebagai ‘perempuan joget’ bagi merancakkan persembahan di Kampung Parit 13 di sini, malam kelmarin. 

Majlis yang mendapat jolokan ‘disko desa’ itu mendapat sambutan lebih 500 remaja Melayu termasuk sekumpulan Mat Rempit yang sanggup datang dari jauh termasuk dari Ipoh, Manjung, Batu Gajah dan Kuala Kangsar semata-mata mahu menyertai majlis gila itu.

Lebih memalukan ada sekumpulan remaja menari dalam keadaan mabuk selepas meneguk arak kerana mahu mendapatkan lebih keseronokan ketika menari.

Pengunjung yang hadir dihiburkan dengan lebih 20 lagu dinyanyikan silih berganti oleh beberapa penyanyi wanita dan lelaki kugiran berkenaan tanpa henti selama hampir tiga jam.

21:32

OMG! Gambar Gadis Seluar Singkat Tunjuk Bontot Di Maybank

Tengok saja ATM Maybank pasti korang dah boleh agak kat Malaysia, tapi dimana tempatnya terpaksa dirahsiakan. Nampak benar seluar yang dipakai singkat gile babas hingga menampakkan separuh bentuk bontot beliau. agaknya seluar tu milik adik die kut ish2 tak patot...kesian orang yang berdiri kat belakang seksa menengoknyer
21:16

Khairul Fahmi Che Mat, Leuniey Duta Perfume SimplySiti


KOTA BHARU: Suratan atau kebetulan apabila penjaga gawang pasukan bola sepak negara, Khairul Fahmi Che Mat, 23, dan gadis cantik, Nur Eilunie Natasha Nazri, 21, atau Leuniey terpilih sebagai model untuk produk kecantikan SimplySiti milik penyanyi terkenal, Datuk Siti Nurhaliza Taruddin.

Khairul Fahmi atau Apek dan Leuniey terpilih sebagai model untuk iklan minyak wangi ‘SimplySiti Eau De Parfum’ yang ditawarkan dengan tiga jenis haruman iaitu Pure, Memoire dan Precious yang bakal ditayangkan di televisyen pertengahan April ini.


Pengurus Kanan Penjenamaan dan Pemasaran SimplySiti, Amiel Junita Nasir berkata, Khairul Fahmi dipilih sebagai ikon sukan khusus untuk minyak wangi berkenaan dan turut digandingkan dengan SM Zul Khalis SM Zulkifli daripada Naza Italia sebagai ikon usahawan muda dan Adam Yahya, Pengarah Ibex Group sebagai ikon pengurusan korporat.


“Ketiga-tiga mereka digandingkan bersama untuk tiga jenis minyak wangi SimplySity. Minyak wangi itu untuk wanita, tetapi kita tampilkan ikon lelaki untuk buat sesuatu kelainan,” katanya.
17:17

Permohonan GiatMara 2012 Untuk Pelajar Gagal SPM


Permohonan GiatMara Bagi Pelajar Gagal SPM. Pusat GiatMara menawarkan kursus dan latihan kemahiran kepada pelajar yang gagal dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini.
Pengerusi Pusat GiatMara, Datuk Shahiruddin Ab Moin berkata, 36 jenis kursus jangka panjang dan pendek serta latihan untuk 20,000 orang dianjurkan tahun ini.

Katanya, kursus itu antaranya melibatkan bidang kimpalan, pertukangan, jurubina, mengecat, mekanik, elektrik, masakan, gunting rambut dan persolekan.
Shahiruddin berkata, negara memerlukan sekurang-kurangnya 3.2 juta pekerja mahir dan terlatih menjelang tahun 2020.

Katanya, peluang yang disediakan itu perlu dimanfaatkan kerana ia dapat menjamin masa depan belia daripada segi pendapatan
Permohonan GIATMARA

Sila layari Laman Sesawang GiatMara dan dapatkan borang dilaman berkenaan.


Sumber: melvister.com 
17:01

Abby Abadi Bertudung Selepas Menunaikan Umrah

gambar abby abadi bertudung

Kunjungan pelakon Abby Abadi ke Mekah untuk menunaikan umrah pada 15 hingga 26 Mac lalu telah melancarkan niat sucinya untuk bertudung.
“Takut juga kalau terjadi senario sekejap pakai dan sekejap buka tudung. Alhamdulillah, dua hari sebelum kembali ke Kuala Lumpur, di depan Kaabah saya nekad untuk bertudung sekali gus berdoa semoga Tuhan tetapkan iman saya untuk kekal begini.
“Saya juga berharap perubahan ini tidak akan menjadi masalah atau beban buat orang sekeliling. Apatah lagi hal bertudung ini sering diperkotak-katikkan, terutama apabila ia membabitkan individu yang memilih kerjaya seni untuk mencari rezeki,” katanya sambil menjelaskan karier seni tetap berjalan seperti biasa.
gambar abby abadi bertudung
Bercakap mengenai pengalamannya menunaikan ibadat umrah buat kali pertama, Abby berkata dia bersyukur kerana segala urusan sepanjang berada di sana berjalan dengan lancar. Bahkan, Abby memberitahu dia ke sana kerana membawa hatinya yang lara.
“Namun, syukurlah, kali pertama menjadi tetamu Allah kesihatan saya sentiasa baik. Saya juga sempat menunaikan umrah sebanyak tiga kali, mencium batu Hajarul Aswad dua kali, dapat menyentuh Kaabah, memasuki Raudhah dan banyak lagi.
“Saya juga tidak terkilan sekalipun sebelum ke sana, tawaran berlakon datang mencanak. Hampir lima ke enam tawaran berlakon saya terima, tetapi terpaksa ditolak secara baik kerana pihak produksi tidak dapat menunggu tetapi saya tidak ralat kerana percaya rezeki tetapi ada,” katanya.
Abby juga berkata perpisahannya dengan pelakon Zul Ariffin juga barangkali menjadi faktor yang mempercepatkan agendanya ke sana.
“Saya ke sana pula bukan atas alasan membawa hati yang kecewa. Sebaliknya, sebagai umat Islam mengerjakan umrah menjadi tuntutan buat kita,” katany
08:26

Pekerja Majlis Agama Islam Melaka(MAIM) minta habuan seks dan wang


AYER KEROH - Seorang bekas kakitangan Majlis Agama Islam Melaka (Maim) mengaku tidak bersalah terhadap dua pertuduhan meminta wang rasuah dan habuan seks dari seorang wanita, dua tahun lalu.

Zullias Rasid Manan, 37, membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen, Ahmad Sazali Omar.

Bagi pertuduhan pertama, Zullias seorang bekas kakitangan Maim berjawatan Pekerja Rendah Am, didakwa dengan niat telah memperoleh satu suapan daripada seorang wanita, Siti Aishah Mohd Yusoff, sebanyak RM1,500 sebagai upah melakukan satu perkara bertentangan dengan prinsip kerjanya.

Suapan itu didakwa adalah sebagai dorongan untuk menyelesaikan satu kes tangkapan kesalahan di bawah Seksyen 53, Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991.

Kesalahan itu didakwa dilakukan tertuduh di kawasan tempat letak motosikal di

belakang Dataran Pahlawan, kira-kira jam 6.30 petang pada 10 Januari 2010.

Bagi pertuduhan kedua pula, tertuduh didakwa meminta rasuah dalam bentuk perkhidmatan seks daripada wanita sama di sebuah bilik hotel di Ujong Pasir pada 13 Februari 2010.

Kedua-dua kes disiasat di bawah Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24 akta sama.

Sementara itu, pihak pendakwaan yang diwakili dua Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), iaitu Mohammed Heikal Ismail dan Mohd Sa’ad Shukor, mencadangkan supaya ikat jamin RM20,000 dikenakan terhadap tertuduh bagi kedua-dua pertuduhan.

Bagaimanapun, setelah meneliti kes berkenaan, Ahmad Sazali membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM16,000 bagi kedua-dua pertuduhan sementara menantikan tarikh sebutan semula kes yang ditetapkan pada 27 April depan.

08:21

Zaiton Sameon Masih Waras, mahu buat konsert mega


SELEPAS terlibat dalam kemalangan ngeri yang meragut nyawa anak tunggal kesayangannya, Azirwan Abu Bakar yang ketika itu berusia 19 tahun, pada 21 Februari 1990 di Batang Kali, Selangor, penyanyi popular lagu Menaruh Harapan Zaiton Sameon mula hilang punca pendapatan.
Vokal penyanyi yang kini berusia 55 tahun itu dikatakan tidak lagi hebat selepas terlibat dalam kemalangan.
Malah, ada pihak dikatakan telah menutup pintu rezeki penyanyi itu dengan mengatakan Zaiton atau lebih mesra dipanggil Kak Eton tidak lagi waras untuk menyanyi.
Kesan daripada itu, dia tidak lagi dipanggil untuk menyanyi di mana-mana persembahan nyanyian. Jika adapun Zaiton sekadar menyanyi untuk majlis-majlis perkahwinan sehingga kini.
“Saya terpaksa buang rasa malu menyanyi di majlis-majlis orang kahwin demi menampung kehidupan saya. Itupun jarang-jarang dipanggil dan saya cuma dibayar sekitar RM100 ke RM200 sahaja.
“Memang sejak terlibat dengan kemalangan saya tidak lagi mendapat kepercayaan pihak penganjur untuk menyanyi,” ujarnya dalam kesedihan kepada pihak media ketika ditemui pada sidang akhbar Konsert Amal Tabung Kebajikan Zaiton Sameon di Hotel Adamson, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Peluang yang diberikan oleh pihak Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan) untuk Zaiton mengadakan konsert pertamanya selepas 22 tahun terlibat dalam kemalangan yang bakal berlangsung pada 7 April ini di Dataran Sungai Kerang, Pantai Remis, Perak. Ia akan menjadi bukti Zaiton kepada peminat-peminatnya dan masyarakat bahawa vokalnya masih hebat dan dia masih waras untuk menyanyi.
“Saya sangat teruja untuk menyanyi semula. Alhamdulillah dan terima kasih banyak-banyak buat persatuan Karyawan yang memberi peluang kepada saya untuk mengadakan konsert amal tabung kebajikan Zaiton Sameon,” tuturnya yang akan membawakan 10 buah lagu termasuk Menaruh Harapan, Kabut Serangkai Mawar, Black Magic Women, My Way, Perigi Biru dan Siti Payung.
Sementara itu, menurut Presiden Karyawan, Datuk Freddie Fernandez, Karyawan terpanggil untuk membela nasib Zaiton bukan kerana untuk mengaut publisiti sebaliknya sekadar membantunya memperoleh pendapatan daripada sumbangan orang ramai.
“Konsert Amal Tabung Kebajikan Zaiton Sameon itu diadakan secara percuma kepada orang ramai dan mereka boleh memberi sumbangan atau derma kepada Zaiton menerusi tabung yang disediakan.
“Bukan tujuan Karyawan untuk mengadakan konsert amal ini untuk mengaut publisiti tetapi ia adalah tugas dan tanggungjawab sebuah persatuan untuk membela nasib golongan artis di Malaysia,” ujarnya.
Jelas Freddie lagi, idea asal untuk mengadakan konsert ini adalah daripada ahli aktif Karyawan sendiri iaitu Azmi Zahari yang merupakan satu ikhtiar alternatif bagi membantu para ahli Karyawan yang kurang bernasib baik seperti Zaiton.
Kehadiran orang ramai pada konsert yang bakal berlangsung pada pukul 8.30 malam itu nanti sangat digalakkan kerana inilah masanya mereka dapat melihat Zaiton kembali menyanyi secara langsung selepas terlibat dalam kemalangan.
Tambah Freddie, selain Zaiton terdapat artis lain juga membuat persembahan seperti Ali Terrarosa, Baggio Damasutra dan Farhana Jalil.
Dalam pada itu, Azmi memberitahu, selain Pantai Remis, Perak, konsert berterusan buat Zaiton akan turut diadakan di beberapa buah negeri terpilih seperti Dataran Raub Pahang; Tanjung Karang, Selangor; Rembau, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang.
Bagaimanapun tarikh dan lokasi tetap konsert-konsert tersebut belum lagi ditetapkan.
Kepada peminat-peminat Zaiton dan orang ramai yang ingin membantu Zaiton boleh hubungi Azmi 012-2280479) atau Ahmad (014-7176276).
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Total Pageviews

What color theme you prefer?

Follow Us