Breaking

May 14, 2013

08:20

Lisdawati Sanggup Buka Tudung Jika Dapat Tawaran Berlakon


Lisdawati Sanggup Buka Tudung Jika Dapat Tawaran Berlakon. Mungkin ramai belum tahu yang Lisdawati kini telah mengikuti jejak langkah selebriti lain yang tampil dengan imej bertudung.
Lisdawati-bertudung
Namun apa yang menjadi perbualan hangat ialah apabila Lisdawati sendiri tidak kisah untuk membuka tudungnya jika ada tawaran berlakon yang memerlukan dia berbuat begitu.
“Ya, memang ini adalah imej terkini Lisdawati, tetapi harap orang ramai faham, jika ada tawaran berlakon dengan watak yang tidak membolehkan saya menutup rambut saya, saya masih terima tawaran kerana itu adalah mata pencarian saya untuk membesarkan anak-anak dan keluarga.”
“Tetapi seboleh-bolehnya saya cuba untuk tidak lagi melakonkan watak yang perlukan saya pakai baju seksi dan sebagainya. Selagi watak itu membenarkan saya pakai tudung, saya akan cuba menutup aurat selagi boleh.”
Menurut laporan Murai, Lisdawati menjelaskan lagi bahawa niat murninya untuk kekal bertudung mungkin akan termakbul kerana sekarang dia sedang berjinak-jinak dengan perniagaan sebagai sumber pencarian untuk masa akan datang.
Dia juga tidak menghebohkan berita dia bertudung kerana tidak mahu peminat salah anggap apabila melihat dia tidak menutup aurat di kaca televisyen.
Syukurlah Lisdawati telah terbuka hati untuk ke arah yang lebih baik dan diharapkan peminat tidak mengecam keputusan yang dibuat Lisdawati berkenaan tawaran berlakon yang diterimanya.
Kita kena bagi peluang kepada mereka untuk berubah dengan perlahan. Tak bolehlah kita harapkan dia berubah dengan drastik dan terus menghakimi, betul tak?
Jom lihat beberapa keping gambar terbaru Lisdawati yang manis bertudung.
08:14

Gambar Fasha Sandha Diperli Peminat Tak Pakai Stokin


Fasha Sandha
Lebih kurang dua minggu lalu kami ada memuat naik beberapa foto terbaru Fasha bersama putera sulungnya Rayfal, menerusi artikel berkenaan terdapat segelintir peminat telah cuba mempertikaikan cara aktres tersebut berpantang sehingga ada yang menghamburkan kata-kata tidak elok mengenai rumahtangganya.
Susulan daripada pelbagai spekulasi itu, Fasha akhirnya membidas segala kata-kata peminat menerusi sebuah foto di laman Instagram dengan caption berbunyi,
emoji Ramainya yang risau pasal saya tak pakai stokin ketika berpantang. Btw, this is for u. Saya hanya keluar ke hospital for check up, pakai baju nursing attire by @dnabydynas dan saya pakai stokin. Ya saya sedang berpantang. Kita berpantang ikut cara masing2 k. Thank you dear! Hugs emoji
Fasha Sandha
Menerusi foto berkenaan, Fasha seolah-olah ingin menjelaskan bahawa dirinya masih lagi mengikut amalan berpantang dengan betul dan berharap agar peminat tidak tersalah anggap dengan cara dia berpakaian pada ketika itu.
Meskipun telah menjelaskan dengan baik, akan tetapi masih ada peminat yang tidak berpuas hati sehingga menganggap Fasha terlalu berfikiran moden dalam soal penjagaan diri.
Fasha Sandha
Dalam masa yang sama, terdapat juga peminat yang cuba berfikiran positif dan menyokong kenyataan pelakon tersebut. Bagi mereka, Fasha berhak berpantang dengan caranya sendiri dan menganggap setiap orang mempunyai pendirian yang berbeza.
Fasha Sandha
Dan akhir sekali jom kita layan foto terbaru Putera Rayfal selepas ini.
08:12

10 GAMBAR Fasha Sandha Sambut Hari Ibu Bersama Ibu Mertua


Sempena hari ibu yang jatuh pada 12 Mei semalam, Fasha Sandha telah meraikan hari bersejarah tersebut bersama keluarga mertuanya, di Kyoto Lab@The Pool, Kuala Lumpur.
Fasha Sandha 1
Memandangkan ini merupakan tahun pertama Fasha bergelar ibu, oleh itu pelakon tersebut melahirkan rasa gembira dan menceritakan serba sedikit mengenai perubahan yang dialaminya setelah bergelar ibu buat putera tercinta, Rayfal.
Facebook Fasha Sandha
Dalam pada itu, menerusi laman Instagram milik Fasha, aktres tersebut telah turut merakamkan ucapan terima kasih dan Selamat Hari Ibu buat mamanya tersayang.
Twitter Fasha Sandha
Berikut kami lampirkan beberapa foto Fasha sewaktu menghadiri acara makan malam Hari Ibu bersama keluarga mertuanya.
fasha Sandha 4
Kenangan manis Fasha bersama keluarga Jejai.
Fasha Sandha 3
Putera Rayfal nyenyak dalam pelukan nenek tersayang.
Fasha Sandha 6
Koleksi foto Fasha bersama Mama dan adik beradiknya.
Untuk semua peminat Fasha, jom layan lagi 6 foto pelakon tersebut selepas ini.

May 2, 2013

07:30

Punca Sebenar Dakwat Kekal Mudah Hilang Kesilapan Petugas Tidak Goncang Botol


07:29

Penjelasan SPR Isu Dakwat Kekal Boleh Hilang Dan Tanggal


07:20

Semakan Keputusan Matrikulasi Sesi 2013/ 2014


Semakan tawaran keputusan permohonan matrikulasi bagi sesi 2013/ 2014. Calon yang telah membuat permohonan matrikulasi boleh membuat semakan tersebut pada tarikh yang telah ditetapkan. Menerusi laman rasmi Bahagian Matrikulasi, tarikh untuk ketahui tawaran akan diumumkan pada 25 APRIL 2013.
Makluman Kepada Semua Pelajar Lepasan SPM 2012
Pelajar boleh menyemak keputusan permohonan pada 25 April 2013. Harap maklum.
Tarikh Rasmi Keputusan Matrikulasi  Sesi 2013/2014
25 APRIL 2013 (Khamis)
Cara Semakan Matrikulasi 2013/ 2014
Semakan boleh dibuat di laman http://www.moe.gov.my atau http://apps.moe.gov.my/matrikulasi/tawaran/ setelah applikasi semakan matrikulasi sesi 2013/ 2014 telah dibuka.

Pengumuman Terkini: Semakan matrikulasi sudah dibuka. Semoga berjaya kepada semua calon.
Contoh Semakan Jika Berjaya
contoh
Sehubungan itu bagi calon yang berjaya dan ditawarkan ke Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia sesi 2013/2014, calon dikehendaki mencetak sendiri perkara berikut untuk dibawa bersama semasa mendaftar di kolej :
  •     Surat tawaran
  •     Panduan pendaftaran
  •     Dokumen peribadi pelajar
  •     Borang perjanjian pelajar (dua salinan)
Semakan Guna SMS
SMS dengan menaip MOE<jarak>MAT<jarak>NO.K.P dan hantar kepada 15888
Tarikh Pendaftaran Matrikulasi 2013/ 2014
Tarikh pendaftaran kolej matrikulasi ialah pada :
Kolej Matrikulasi Labuan – 19 Mei 2013
Kolej Matrikulasi Sarawak – 26 Mei 2013
Kolej Matrikulasi  seluruh semenanjung – 27 Mei 2013
Harga Yuran Pendaftaran Matrikulasi
1. Program Satu Tahun
- Sains/Teknikal – RM 550.00
- Perakaunan – RM 480.00
2. Program Dua Tahun
- RM 550.00 (tahun pertama)
3. Program Satu Tahun di Kolej MARA
- Sains – RM 500.00
- Perakaunan – RM 500.00

Rayuan Program Matrikulasi 2013/ 2014
Bagi calon yang tidak berjaya, rayuan boleh terus dibuat melalui internet di laman sesawang  http://www.moe.gov.my mulai 25 April 2013 hingga 9 Mei 2013. Rayuan yang dibuat selepas tarikh tutup (9 Mei 2013) tidak akan dipertimbangkan.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Total Pageviews

What color theme you prefer?

Follow Us