Breaking

October 29, 2011

11:37

Neelofa Pengacara Baru Nona Bersama Fara Fauzana




Penyampai Hot FM, Fara Fauzana dan pelakon baru Noor Neelofa Mohd Noor atau Neelofa sah akan mengalas tugas sebagai pengacara program popular Nona.
Menurut Ketua Pegawai Operasi Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Ahmad Izham Omar, dua pengacara baru itu bakal menggantikan Vanidah Imran bermula Januari tahun depan.
Ahmad Izham berkata, pemilihan Fara dan Neelofa adalah bagi memantapkan persembahan program itu yang turut akan mengalami perubahan daripada segi isi kandungannya.

October 27, 2011

10:31

Neelofa Berdebar Tunggu Tayangan 4 Filem




Pelakon jelita Noor Neelofa Mohd Noor, 22,mengakui berdebar menanti kemunculan empat buah filem lakonannya yang dijangkan ditayangkan tahun depan.
Tambah Dewi Remaja 2011 ini, biarpun sudah membuktikan bakat lakonan dalam beberapa buah drama tempatan, namun dia masih risau terhadap reaksi penonton terhadap kemunculannya di layar perak.
"Tahun ini merupakan tahun pertama sebagai artis, memang ramai yang mengenali saya melalui drama yang sudah keluar atau melalui berita-berita tentang saya.
"Sebab itu juga perasaan agak teruja dan gementar untuk menerima maklum balas penonton untuk filem-filem lakonan saya yang ditayangkan tahun depan," katanya ketika ditemui di majlis Malam Seribu Bintang Karyawan, di sini, Rabu lalu.

October 26, 2011

09:40

Gaddafi dikebumi secara rahsia di gurun



MISRATA 25 Okt. - Jenazah Muammar Gaddafi dikebumikan awal pagi ini dalam satu upacara ringkas di kawasan gurun yang dirahsiakan di Libya.
Ia sekali gus menamatkan spekulasi berhubung pengebumian bekas pemimpin Libya itu yang jenazahnya sebelum ini dijadikan 'bahan pameran' di sebuah bilik sejuk beku di Misrata.

09:20

Nasi Lemak 2.0 Berjaya Kutip RM7 Juta


Filem kontroversi, Nasi Lemak 2.0 berjaya meraih kutipan sebanyak RM7 juta sepanjang ia ditayangkan di pawagam sejak 8 September bulan lalu.
"Pada dasarnya saya memang menaruh harapan tinggi pada filem ini namun tidak menyangka sambutannya akan menjadi begitu baik sekali di kalangan penonton di Malaysia," ujarnya pada majlis meraikan kejayaan filem itu di sini, Isnin.

09:06

Najwa Latif Bakal Berduet Dengan Greyson di AIM 2011



Penyanyi muda, Najwa Latif, 16, yang popular dengan lagu Cinta Muka Buku menjerit apabila mengetahui dia bakal berduet dengan penyanyi muda dari Amerika Syarikat, Greyson Chance di Anugerah Industri Muzik (AIM) ke-18 pada 12 November depan.
Menurut Najwa, setelah mengetahui berita tersebut menerusi rakannya pada Jumaat lalu terus menghubungi syarikat rakamannya, NAR Records untuk mendapatkan pengesahan.
“Pada mulanya saya tidak percaya dengan berita ini tetapi mereka juga sebenarnya ingin membuat kejutan kepada saya.
“Terus-terang, saya rasa tidak sabar untuk berduet dengan Greyson dan ini merupakan kali pertama saya berduet dengan penyanyi dari luar negara,” ujarnya semasa ditemui di majlis ramah mesra Anugerah Skrin (ASK) 2011 di One Utama, Sabtu lalu.

October 25, 2011

14:56

(Gambar) Kad Kahwin Dira Abu Zahar & Helmi

Kad Undangan Hos Melodi, Dira Abu Zahar

Kad Kahwin Dira Abu Zahar & Helmi yang berkonsepkan poster filem nampak sungguh unik dan kreatif. Set kad kahwin Dira & Helmi mengandungi 2 keping poster filem dan sekeping kotak berkonsepkan clapper board yang memaparkan maklumat majlis perkahwinan mereka. Majlis resepsi selebriti popular ini bakal berlangsung pada 13 November 2011 bertempat di Lanai@Matic, Jalan Ampang, KL.


lebih banyak gambar Kad Kahwin Dira Abu Zahar & Helmi

October 24, 2011

18:42

Gambar Marco Simoncelli Kemalangan Maut MotoGP Sepang


Pelumba Marco Simoncelli mati dalam kemalangan sepang Motogp meninggal dunia selepas berlaku kemalangan pada pusingan pertama Perlumbaan Motosikal Grand Prix (MotoGP) Shell Advance Malaysia 2011di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), Ahad.  


Topi kaledar yang dipakai Simoncelli, 24 tertanggal selepas terjatuh. Dua lagi pelumba yang terlibat dalam kemalangan, Colin Edward (Monster Yamaha Tech 3) hanya mengalami kecederaan di bahu dan Valentino Rossi(Ducati) tidak mengalami sebarang kecederaan. Menurut Pengarah Perubatan, Dr Michele Macchiagodena, Simoncelli telah diberi bantuan pernafasan namun gagal diselamatkan dan disahkan meninggal dunia pada pukul 4.56 petang. Simoncelli dilaporkan mengalami kecederaan teruk di bahagian kepala, leher dan dada.







sumber: melvister.com 

October 23, 2011

10:17

Izreen: Johan Ajak Saya Bertunang!


Kemelut yang melanda pasangan pelakon Juvana, Johan Asa’ari dan Izreen Azminda nampaknya semakin panas. Izreen baru-baru ini telah menunjukkan video pengakuan cinta Johan terhadap dirinya kepada pihak media. Video itu sebagai bukti yang mereka memang bercinta. Ini sekaligus menepis dakwaan Johan yang mengatakan mereka hanya berkawan rapat.

“Dia ada janji banyak perkara dengan saya. Dia ada merancang untuk bertunang dengan saya. Perkara ini disaksikan sendiri oleh kawan-kawan rapat dan juga keluarga saya. Malah saya juga ada bukti SMS mengenai isu bertunang ini,” jelas Izreen sambil memberitahu Johan ada memohon maaf kepadanya selepas perkara ini timbul.

October 22, 2011

16:47

Gambar Neelofa Tukar Warna Rambut


Neelofa Tukar Warna Rambut Kerana Lemak Kg Santan


KUALA LUMPUR – Pelakon Neelofa terpaksa mewarnakan rambutnya daripada coklat gelap kepada hitam bagi menyesuaikan watak lakonannya dalam filem terbaru lakonannya berjudul Lemak Kampung Santan yang kini menjalani penggambaran di sekitar Lembah Klang.

11:08

(Gambar) Kanak-Kanak 2 Tahun China Sudah Meninggal | Yue Yie mangsa langgar lari


GUANGZHOU – Budak malang berusia dua tahun yang menjadi mangsa langgar lari di China, meninggal dunia awal pagi tadi selepas seminggu bertarung nyawa di hospital.

Wang Yue Yue meninggal dunia akibat kegagalan sistem badan berfungsi.

Dia sebelum ini tidak sedarkan diri dan sukar diselamatkan selepas otaknya tidak lagi berfungsi.

Kejadian berkenaan yang menyaksikan bagaimana Yue Yue dibiarkan begitu sahaja oleh 18 orang yang melalui jalan tersebut sehingga seorang wanita yang merupakan pengutip barangan lusuh menghulurkan bantuan.

Wanita itu kemudiannya diangkat sebagai wira, namun kejadian tersebut mencetuskan perdebatan di internet yang mempersoalkan sifat perikemanusiaan penduduk China.

Malah dalam laman sosial China, Weibos, orang ramai meluahkan kemarahan dan sedih dengan insiden itu.

“Selamat tinggal Yue Yue, tiada lagi kenderaan di syurga.

“Yue Yue, selamat tinggal, dan jangan lagi dilahirkan sebagai rakyat China pada masa depan,” demikian antara tulisan yang diluahkan oleh bloger di China mengenai kematiannya.
10:21

GAMBAR Saat Akhir Sebelum Gaddafi Mati Ditembak

GADDAFI kelihatan melihat kesan darahnya dengan dikerumuni penentangnya.

Seorang saksi berkata, kesan peluru boleh dilihat dengan jelas di sisi kepala bekas pemimpin Libya, Muammar Gaddafi.
Selain kesan tembakan di kepala, mayat Gaddafi yang ditunjukkan kepada pemberontak dan seorang saksi Reuters juga mempunyai kesan calar, juga di kepala.

teruskan melihat lebih banyak gambar

10:16

‘Supertots’ Ikon Kartun Terbaharu Selepas ‘Upin Ipin’


Kartun Animasi 3D Supertots di TV3 menampilkan karya terbaru anak tempatan yang bakal menjadi ikon selepas Upin Ipin dan BoBoiBoy.
Supertots mengisahkan tentang sekumpulan penjaga keamanan yang terdiri daripada lima orang adiwira iaitu Captain Danny, Elly, Alan, Blinq dan Sasha yang bertugas sebagai pegawai Superfleet dalam mengawasi galaksi dan dibantu oleh Atoq, sebuah sistem komputer penjaga yang pelupa.
Siri 13 episod ini sedang ditayangkan di TV3 pada setiap Sabtu, pukul 9 pagi mulai 15 Oktober lalu.
Siri animasi ini juga telah mendapat anugerah Animasi Terbaik daripada Anugerah ICT NEF-AWANI pada tahun lalu.

October 18, 2011

08:48

Tutor TV SPM 2011 | Astro Tutor TV SPM on Channel 603

bagi pelajar form 5 yang bakal menduduki SPM 2011 pasti tengah berhempas pulas mengulangkaji buku, zaman me dulu, buku lah sumber utama untuk study sebabnya takde option lain tak macam skang melalui tv pun boleh study.
campaign image
Astro Tutor TV SPM on Channel 603 menayankan program pembelajaran yang menarik dengan soalan2 mengikut silibus pembelajaran di sekolah. korang boleh memilih subjek yang diambil sesuai dengan exam korang. dan yang pastinye korang takkan stress la belajar melalui tutor TV ni sebabnye cara pembelajaran yang mudah difahami dan yang peling penting mudah diingat sebab kaedah pembelajaran visual.

so kepada adek2 jangan lupe menonton Astro Tutor TV SPM on Channel 603 yeeee
08:38

(GAMBAR) Pelajar Kelar Perut Bayi Lepas Dilahirkan

FFuuuuu...apa nak jadi ngan zaman sekarang ni....

MAUT...anggota polis membawa mayat bayi perempuan yang dikelar ibunya.


 BETONG: Hanya kerana teman lelaki tidak mahu menerima anak luar nikah dalam kandungannya, seorang pelajar berusia 16 tahun mengelar bayi perempuan baru dilahirkannya sehingga mati dan perut terburai di bilik asrama sekolahnya di sini, semalam. Kejadian menggemparkan itu berlaku kira-kira jam 7.40 pagi dan pelajar tingkatan empat terbabit dikatakan melahirkan bayi cukup sifat sebelum dia mengelar bayinya yang masih hidup itu dengan pisau pemotong sayur sepanjang 15 sentimeter. Sumber berkata, sebelum kejadian, pelajar terbabit dikatakan gagal hadir ke kelas sehingga menimbulkan rasa curiga seorang guru lelaki berusia 41 tahun yang kemudian ke bilik asramanya. Menurutnya, sebaik tiba di bilik pelajar berkenaan, guru itu terkejut apabila mendapati satu mayat bayi perempuan cukup sifat berlumuran darah di atas lantai berhampiran katil suspek. “Terdapat sekurang-kurangnya tujuh kesan kelaran pada belakang tubuh, leher, tangan, rusuk selain perut bayi itu sehingga menyebabkan isi perut terburai.

October 8, 2011

10:30

Mizz Nina Jual Pakaian Online


Penyanyi popular Shazrina Azman (Mizz Nina), 31, bakal melancarkan perniagaan pakaian secara dalam talian secara kecil-kecilan yang dinamakan Mizz De Menor pada minggu depan.
Menurut isteri kepada vokalis kumpulan Hujan, Noh, ini, perniagaan tersebut akan merealisasikan cita-citanya yang menggemari bidang fesyen selain mahu berkongsi minat itu dengan peminat.
“Saya masih baru dengan perniagaan ini dan memikirkan untuk melakukan ia secara kecil-kecilan.
“Nama De Menor dipilih kerana ia melambangkan cara seseorang itu menonjolkan imejnya sama ada dia seorang yang ‘funky’, seksi dan sukakan warna-warni,” katanya 
Perniagaan ini diuruskan di bawah syarikatnya, Mizz Nina Productions selain albumnya,What You Waiting For yang menjadi projek pertama syarikat tersebut.
Dalam perkembangan lain, Nina dalam proses menyiapkan album keduanya untuk diterbitkan pada tahun depan.
“Setakat ini saya sudah menyiapkan empat buat lagu dan akan merakamkan tiga hingga empat buah lagu lagi.
“Saya juga sedang memikirkan artis tempatan yang akan berduet dalam lagu terbaru saya nanti,” katanya yang sedang popular dengan lagu Take Over duetnya dengan penyanyi antarabangsa Flo Rida.
10:12

Aksi Lesbian Dua Beradik


gambar hiasan jew

JASIN: Gara-gara dipercayai meniru aksi pasangan lesbian dalam video lucah yang pernah ditonton, dua beradik dikesan melakukan aksi ghairah itu di rumah mereka di Asahan, di sini.
Bagaimanapun, dua beradik berusia sembilan dan tujuh tahun itu yang didakwa pernah melakukan perbuatan terbabit sejak setahun lalu tidak bernasib baik apabila perbuatan mereka dilihat ibunya Rabu minggu lalu.

Ketika ditemui ibu mereka, dua beradik itu asyik bergomol umpama pasangan sejenis tanpa seurat benang dalam sebuah bilik di rumahnya.

October 7, 2011

22:06

Saida Sah Cerai, Tebus Talak RM1,000



Penyanyi, Saida sah bercerai talak satu pada Jumaat, selepas menebus talak dengan bayaran sebanyak RM1,000 kepada suaminya, Mohd Ghazali Yahya Zikri di Mahkamah Rendah Syariah di sini.
21:59

Belanjawan 2012 | Intipati Bajet 2012


BERIKUT adalah intipati Belanjawan 2012:
* Kerajaan akan memperuntukkan RM2.5 bilion bagi Dana Mudahcara, di mana RM300juta bagi usahawan Bumiputera.
* Kerajaan akan memperuntukkan RM978 juta bagi mempercepatkan pembangunan dilima koridor wilayah.
* Pengecualian cukai pendapatan 70 peratus bagi lima tahun dicadangkan bagiSyarikat Multinasional (MNC) untuk menubuhkan perkhidmatan pengurusanperbendaharaan di Malaysia.
* Juga dicadangkan kepada MNC, pengecualian cukai pegangan ke atas pembayaranfaedah pinjaman dan pengecualian duti setem ke atas surat cara perjanjianpinjaman dan perjanjian perkhidmatan.
* Pengecualian cukai pendapatan 100 peratus bagi tempoh 10 tahun danpengecualian duti setem ke atas surat cara perjanjian pinjaman dan perjanjianperkhidmatan bagi syarikat berstatus KLIFD.
* Elaun bangunan industri dan elaun modal dipercepat dan pengecualian cukaipendapatan 70 peratus bagi tempoh lima tahun bagi pemaju hartanah di KLIFD.
* Potongan cukai ke atas perbelanjaan penerbitan sukuk wakala diberikan tempoh 3tahun mulai tahun taksiran 2012.
* Pengecualian cukai pendapatan bagi penerbitan sukuk bukan ringgit dantraksaksi dilanjutkan bagi 3 tahun lagi sehingga 2014.
* KDNK diunjur berkembang lima hingga enam peratus pada 2012.
* Sejumlah RM232.8 bilion diperuntukkan bagi melaksanakan semua rancanganpembangunan kerajaan.
* Pendapatan kerajaan Persekutuan meningkat kepada RM186.9 bilion pada 2012berbanding RM183.4 bilion pada 2011.
* Defisit belanjawan dijangka terus berkurangan kepada 4.7 peratus daripada KDNKberbanding 5.4 peratus pada 2011.
* Kerajaan akan meliberalkan 17 lagi subsektor perkhidmatan secara berfasa pada2012, merangkumi perkhidmatan hospital swasta, perkhidmatan pakar perubatan danpergigian, arkitek, kejuruteraan, perakaunan dan percukaian, perundangan,perkhidmatan kurier, perkhidmatan pendidikan dan latihan serta perkhidmatantelekomunikasi.
Inisiatif ini akan membolehkan hak pegangan ekuiti asing sehingga 100 peratus dalam subsektor terpilih.
*"Rolling plan" kedua akan diperuntukkan RM98.4 bilion dengan RM49.2 bilionmasing-masing untuk 2012 dan 2013.
* Kerajaan akan memperuntukkan RM2.5 bilion bagi Dana Mudahcara, di mana RM300juta bagi usahawan Bumiputera.
* Kerajaan akan memperuntukkan RM978 juta bagi mempercepatkan pembangunan dilima koridor wilayah.
* Pengecualian cukai pendapatan 70 peratus bagi lima tahun dicadangkan bagiSyarikat Multinasional (MNC) untuk menubuhkan perkhidmatan pengurusanperbendaharaan di Malaysia.
* Juga dicadangkan kepada MNC, pengecualian cukai pegangan ke atas pembayaran faedah pinjaman dan pengecualian duti setem ke atas surat cara perjanjian pinjaman dan perjanjian perkhidmatan.
* Pengecualian cukai pendapatan 100 peratus bagi tempoh 10 tahun dan pengecualian duti setem ke atas surat cara perjanjian pinjaman dan perjanjian perkhidmatan bagi syarikat berstatus KLIFD. * Elaun bangunan industri dan elaun modal dipercepat dan pengecualian cukai pendapatan 70 peratus bagi tempoh lima tahun bagi pemaju hartanah di KLIFD.
* Potongan cukai ke atas perbelanjaan penerbitan sukuk wakala diberikan tempoh 3tahun mulai tahun taksiran 2012.
* Pengecualian cukai pendapatan bagi penerbitan sukuk bukan ringgit dan traksaksi dilanjutkan bagi 3 tahun lagi sehingga 2014.
* Valuecap Sdn Bhd akan menyediakan RM200 juta sebagai dana permulaan bagi Dana Dagangan Bursa yang mematuhi Syariah. * Felda Global Ventures Holding akan disenaraikan di Bursa Malaysia pada pertengahan 2012 bagi mengumpulkan dana untuk menjadi sebuah syarikat berstatuskonglomerat global. * Kerajaan akan memberikan kadar cukai konsesi 10 peratus ke atas dividenpelabur institusi bukan korporat dan pelabur individu dalam amanah pelaburanhartanah bagi lima tahun dari 2012 hingga 2016. * Satu skim Dana Pembiayaan PKS yang mematuhi Syariah berjumlah RM2 bilionakan dikendalikan oleh bank-bank Islam terpilih pada 2012.
* Kerajaan akan memperuntukkan RM100 juta bagi SME Revitalisation Fund yangakan diuruskan oleh SME Bank dan akan ditawarkan pada Januari 2012.
* Kerajaan akan menubuhkan satu Dana Kecemasan PKS berjumlah RM10 juta untukmembantu PKS yang terlibat dengan bencana alam.
* Pengecualian sepenuhnya duti import dan duti eksais bagi kereta hibrid dankereta elektrik dilanjutkan sehingga 2013.
* Pelan Induk Lima Tahun Pembangunan Pelancongan Langkawi akan dilancarkandengan peruntukan RM420 juta.
* Kerajaan mencadangkan pengusaha hotel di Semenanjung Malaysia yang melaburdalam hotel empat dan lima bintang baharu, diberikan galakan taraf Perintisdengan pengecualian cukai pendapatan 70 peratus atau Elaun Cukai Pelaburan 60peratus bagi tempoh lima tahun.
* Kadar cukai keuntungan harta tanah akan dikaji semula.
* Kerajaan akan menyediakan Dana Inovasi Pengkomersialan patuh Syariahberjumlah RM500 juta pada kadar keuntungan yang menarik.
* Kerajaan mencadangkan perkhidmatan reka bentuk industri diberi galakanTaraf Perintis dengan pengecualian cukai pendapatan sebanyak 70 peratus selamalima tahun.
* Kerajaan memperuntukkan RM1.1 bilion pada 2012 bagi pembangunan sektorpertanian.
* Kerajaan mencadangkan menaikkan had harga rumah di bawah Skim Rumah Pertamaku daripada maksimum RM220,000 kepada RM400,000 bermula Januari 2012. * Di bawah Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) sejumlah 7,700 rumah akan dibina di Cyberjaya, Putra Heights, Seremban, Damansara dan Bukit Raja pada 2012.
* Pengecualian duti setem 100 peratus ke atas surat cara perjanjian pinjaman bagi pembelian rumah di bawah PR1MA. * RM443 juta diperuntukkan bagi pembinaan 8,000 unit untuk jualan dan 7,000unit untuk disewa di bawah Program Perumahan Rakyat.
* Kerajaan akan memperuntukkan RM200 juta sebagai subsidi bagi 10,000 unit rumah yang akan dibina oleh Syarikat Perumahan Negara Bhd. Setiap rumah dengan kos RM65,000, akan dijual dengan harga RM45,000 dengan kerajaan memberi subsidi baki RM20,000. * RM40 juta diperuntukkan bagi membaik pulih dan menyelenggarakan rumah kos rendah awam dan swasta.
* Kerajaan akan memperuntukkan RM63 juta pada 2012 untuk memulihkan 1,270 rumah terbengkalai. * Kerajaan akan memperkenalkan Skim Amanah Rakyat 1Malaysia kepada isi rumah dengan pendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah. Peserta boleh memohon pinjaman RM5,000 dengan tempoh bayaran balik lima tahun. * MARA akan menyediakan pembiayaan modal kepada warga syarikat korporat yang berkelayakan untuk pembelian ekuiti serta pengambilalihan syarikat berasaskankonsep "Management Buyout".
* Kerajaan memperuntukkan RM200 juta bagi program pembangunan usahawan dan kontraktor Bumiputera di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.
* Kerajaan mencadangkan peruntukan bagi TEKUN dinaikkan kepada RM300 juta. * Amanah Ikhtiar Malaysia akan menyediakan RM2.1 bilion bagi pembiayaan pinjaman mikro kepada usahawan terutamanya wanita. Daripada jumlah ini, RM100 juta disediakan untuk usahawan India Malaysia dan RM100 juta lagi bagi usahawan Cina.
* Kerajaan mencadangkan pengecualian duti setem bagi surat cara perjanjianpembiayaan mikro kredit.
* MyCreative Venture Capital akan ditubuhkan dengan dana permulaan RM200 juta.
* RM200 juta diperuntukkan bagi latihan dan kemahiran belia menerusi Program Strategik untuk Belia 1Malaysia (SAY1Malaysia). * Kerajaan memperuntukkan RM15 juta untuk membina 150 gelanggang futsal tambahan agar matlamat Satu Gelanggang Satu Mukim dapat dicapai. * RM50 juta diperuntukkan untuk membina kemudahan padang tiruan yang dilengkapi dengan lampu limpah di 30 lokasi terpilih seluruh negara. * Kerajaan akan menyediakan peruntukan tambahan RM30 juta untuk mengasah bakat atlet muda supaya mereka dapat bersaing dan berjaya di kejohanan sukan peringkat antarabangsa.
* Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) akan diperkenalkan bagi menggantikan Sistem Saraan Malaysia (SSM), selain menambah baik struktur gaji penjawat awam melalui pembentukan gaji sebaris dengan mewujudkan lebih banyak mata gaji supaya penjawat awam terus mendapat kenaikan tahunan bagi tempoh yang lebih lama. * Kenaikan Gaji Tahunan penjawat awam akan ditingkatkan antara RM80 hingga RM320 mengikut gred. Di samping itu bagi penjawat awam yang menerima opsyen ke SBPA, akan mendapat faedah kenaikan gaji, di antara 7 hingga 13 peratus. * Dengan pelaksanaan SBPA, lebih 600,000 pesara kerajaan akan menikmati pelarasan pencen yang melibatkan peruntukan RM600 juta.
* Mulai tahun 2013, kerajaan akan melaksanakan kenaikan tahunan pencen pesara sebanyak 2 peratus setahun tanpa perlu menunggu sebarang semakan sistem saraan atau pelarasan gaji. * Kerajaan bersetuju melanjutkan umur persaraan wajib daripada 58 tahun kepada 60 tahun bagi mengoptimumkan sumbangan pegawai perkhidmatan awam.-BERNAMA

October 6, 2011

13:44

"Jangan Persoal Hukum Hudud" Wardina Saffiyah

Pelakon Wardina Safiyyah meminta agar mereka yang 'kurang arif' agar tidak mempersoalkan Hukum Hudud. apa taknye bile mereka yang tak berpengetahuan sangat sebok nak komen tu komen ni pasal Hukum Hudud walhal tak de lah tahu sangat boleh sesat jadiknye....

isu Hukum Hudud ni tak sepatut dipublisitikan sebab isu ni dikira sensitif dan sebelum nak mengomen kenalah mengisi ilmu di dada dulu...ye dop

09:21

(Gambar) Apple dedah iPhone 4S



Apple kelmarin mendedahkan telefon bimbit yang lebih berkuasa, iPhone 4S yang memberi reaksi terhadap arahan suara.
Telefon itu akan dijual di Amerika Syarikat (AS), Australia, Kanada, Perancis, Jerman, Jepun dan Britain pada 14 Oktober depan.
Tempahan awal boleh dibuat seminggu sebelum penjualan tersebut dibuat.
Di AS, harga iPhone itu akan bermula daripada AS$199 (RM635) untuk model 16 gigabyte dan AS$399 (RM1,273) untuk model 64 gigabyte.
Ketua Pegawai Eksekutif Apple (CEO), Tim Cook membuat kemunculan semasa majlis pendedahan iPhone 4S itu.
Dia menggantikan Steve Jobs yang meletakkan jawatan ekoran masalah kesihatan yang dihadapinya.
Namun, iPhone 4S itu dikatakan gagal untuk memikat peminat.
Beberapa penganalisis berkata, keputusan syarikat Apple untuk meneruskan model lama dan mengurangkan harganya akan membantu firma tersebut memperoleh lebih ramai pelanggan
09:16

Nikah 11 Disember, Hantaran Ana Dahlia RM20,000


gambar pertunangan ana dahlia
Pelakon Ana Dahlia, 28, dan Mohd Nadzri Redzuawan, atau Chef Riz, 30, akan melangsungkan pernikahan pada 11 Disember depan selepas dipersetujui dalam majlis pertunangan yang diadakan di rumah Ana di Changkat Jering, Taiping, Perak, Rabu.
Ana berkata, mengikut perancangan awal, majlis pernikahan itu nanti akan diadakan secara sederhana yang mana di sebelah pihak lelaki akan berlangsung di Sungai Koyan, Raub, Pahang, pada 18 Disember.
"Buat masa ini, tidak banyak perbincangan mengenai urusan perkahwinan dilakukan. Sebaliknya, kedua-dua belah pihak hanya bersetuju mengenai pemilihan tarikh pernikahan terlebih dahulu," katanya 
Mengenai wang hantaran, Ana memberitahu pihak lelaki akan memberikan wang sebanyak RM20,000 sementara hal-hal lain masih belum diputuskan.
09:11

Raja Lawak Ditahan Positif Dadah | cer teka sape


gambar hiasan jekk...


Seorang pelawak berkumpulan yang pernah menjuarai program Raja Lawak ditahan polis kerana disyaki terbabit dalam penyalahgunaan dadah selepas ditemui ‘merayau tanpa tujuan’ di pekan ini, kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 10 malam itu, artis berusia lingkungan 20-an terbabit dilihat berjalan seorang diri di kaki lima bangunan dalam keadaan mencurigakan, menyebabkan dia ditahan anggota Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tuaran.

Difahamkan, selepas ditahan pelawak itu dibawa ke IPD Tuaran untuk siasatan lanjut dan sumber mengesahkan ujian air kencing terhadap artis yang masih aktif berlawak itu didapati positif mengambil dadah.

Berikutan itu, artis terbabit yang masih bujang ditahan reman selama empat hari di IPD Tuaran bagi membantu siasatan. Sabit kesalahan, dia boleh dihadapkan ke mahkamah mengikut Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tuaran, Deputi Superintendan Zaharudin Rasip, ketika dihubungi enggan memberi sebarang ulasan kerana masih belum menerima laporan daripada pihak bawahannya.-metro
08:51

(GAMBAR) Majlis Pertunangan Ana Dahlia Dan Chef Riz (anak Chef Wan)

Majlis pertunangan pelakon Ana Dahlia dan Chef Riz, anak lelaki kepada Datuk Redzuawan Ismail telah berlangsung di rumah Ana Dahlia di Changkat Jering, Taiping, Perak. walaupun sebelem ni keluar kontroversi berkenaan status janda Ana Dahlia, tapi Chef Wan mengatakan die tetap menerima Ana Dahlia sebagai sebahagian dari keluarga mereka.


(GAMBAR) Pertunangan Ana Dahlia Dan Chef Riz (anak Chef Wan)



Ana Dahlia & Chef Riz Bertunang

 



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Total Pageviews

What color theme you prefer?

Follow Us