Breaking

July 14, 2011

SINOPSIS Khurafat The Series: 1001 Kisah Mayat


Selepas filem Khurafat arahan Syamsul Yusof berjaya mencatat kutipan pecah panggung sebanyak RM8.08 juta pada awal tahun ini, filem seram itu kini telah diilhamkan ke dalam bentuk drama bersiri berjudul Khurafat The Series yang memaparkan kisah-kisah seram dalam setiap 13 episod.


Khurafat The Series telah pun mula ditayangkan di Astro Ria (saluran 104) setiap hari Selasa jam 10 malam bermula 12 Julai yang lalu. .

antara pelakon Khurafat The Series ialah Zahiril Adzim telah membawa watak utama (Johan) bersama Nora Danish (Mastura) dan beberapa watak lain seperti Amar Baharin, Dynaz Mokhtar dan Zack Taipan.

SINOPSIS Khurafat The Series

Khurafat The Series mengisahkan Mastura (Nora Danish) dan Johan (Zahiril Adzim) mengikat perjanjian sehidup semati dengan melakukan satu ritual menjamu darah di sebuah busut.
Malangnya , belum sempat Johan melamarnya, Mastura terlibat dalam kemalangan yang menyebabkannya koma. Kemudian, Johan mula merasakan perubahan pada dirinya apabila perlahan-lahan dia mula dapat lihat makhluk-makhluk dari alam lain seperti jin dan roh.
Saksikan pelbagai konflik yang berlaku terhadap diri Johan dalam menyelesaikan masalah banyak Jin dan roh dengan menonton Khurafat The Series yang telah pun mula bersiarandi Astro Ria jam 10 malam, sejak 12 Julai 2011.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Total Pageviews

What color theme you prefer?

Follow Us