Breaking

July 22, 2011

Persalinan Perkahwinan Memey RM7.2 juta!!

Terkejut dan terkinja bila nengok Persalinan Perkahwinan Memey RM7.2 juta!! Pelakon Memey Suhaiza akan memakai gaun bertatah mutiara lengkap dengan set barang kemas dan kasut yang kesemuanya bernilai RM7.2 juta pada majlis persandingannya dengan Norman Hakim di Crowne Plaza Mutiara di sini, 28 September ini.



Bagi melengkapkan cita-cita penganjur untuk mengadakan Wedding of The Year, Memey Suhaiza & Norman Hakim akan mengenakan pakaian & kemasan bernilai jutaan ringgit, antaranya :
  1. Dua persalinan iaitu setiap satu bernilai RM500,000 tajaan Rafflesia untuk majlis persandingan dan memotong kek. (mengalahkan Datuk Siti Nurhaliza Tarudin yang mengenakan gaun bertatah mutiara bernilai RM400,000 pada hari persandingannya.)
  2. Dua set barang kemas bernilai RM2.8 juta setiap satu merangkumi anting-anting, gelang tangan, cincin dan tiara.
  3. Dua pasang kasut rekaan khas Prof. Datuk Jimmy Choo bertatah berlian yang dianggarkan bernilai RM300,000 sepasang.


Memey dan Norman, 35, bakal bernikah pada 24 September ini di Felda Tenggaroh Selatan 1, Kota Tinggi, Johor.
"Persandingan mereka boleh dianggap sebagai wedding of the year kerana mendapat sentuhan orang ternama," katanya.
Kata Bill wakil Rafflesia, Memey dan Norman dipilih kerana sebagai pasangan selebriti, kedua-duanya sentiasa menjadi perhatian ramai dan dinanti-nantikan penampilan mereka.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Total Pageviews

What color theme you prefer?

Follow Us