Breaking

June 30, 2012

09:12

Gambar Isteri Fazley Manis Bertudung


Gambar Isteri Fazley Manis Bertudung. Isteri kepada Dr Fazley, Azrene telah pun bertudung semenjak dikurniakan cahaya mata. Nampak manis sangat, harap-harap lepas ni mak mertua Fazley pun bertudung macam anaknya


09:02

Alyah Telan Vitamin Untuk Kurus

Alyah Telan Vitamin Untuk Kurus


Foto ini dirakamkan ketika penggambaran segmen Stailista untuk program Propaganza di Hotel InterContinental baru-baru ini. Lihatlah betapa langsingnya tubuh dan kecilnya wajah Alyah selepas mengalami penurunan berat badan mendadak.

Malah kerana dia terlalu kurus, ada sesetengah pihak telah membuat spekulasi mendakwa penyanyi Kisah Hati itu telah mengambil dadah, sekali gus telah mengakibatkan bentuk fizikalnya berubah. Namun Alyah, berkata dia terlalu sibuk bekerja sehingga menyebabkan berat badannya susut secara mendadak. Malah menurut pengurus Alyah iaitu Syuib Ismail, dia mengakui artisnya itu telah mengalami penurunan berat badan beberapa kilogram kebelakangan ini.

"Saya melihat penurunan berat badan Alyah dari sudut yang positif, apatah lagi dia seorang selebriti. Kalau dulu berat badannya 52 kg, tetapi sekarang 45 kg.
"Memang ada yang memberi tanggapan yang negatif tentang hal ini dan ada yang mengatakan Alyah mengambil dadah, tapi hakikatnya Alyah terlalu sibuk dengan kerja selain menyudahkan beberapa lagu terbarunya.
"Sejak keluar dari program Mania terbitan Astro Mei lalu, jadual kerja Alyah semakin padat dan sesuai dengan strategi kami untuk menarik perhatian syarikat korporat untuk menyambil Alyah menyanyi, semakin itu jugalah dia semakin rajin bekerja," katanya yang menguruskan Alyah sepenuh masa.
Menurut Syuib, berbanding dahulu, kini corak pemakanan Alyah sangat berbeza.

"Kalau dulu Alyah suka mengambil nasi secara kerap dan dalam kuantiti yang banyak. Tetapi sekarang dia mengurangkan nasi dan mungkin hanya sekali dalam sehari. Maklum sajalahkan tekak orang Melayu memang tak sah kalau tak makan nasi.
"Untuk menyeimbangkan dietnya dan memberi dia lebih tenaga, Alyah telah mengambil beberapa jenis vitamin seperti multi vitamin, B complex dan makanan tambahan lain setiap hari. Alhamdulillah dia lebih bertenaga," katanya.

Syuib juga tidak menafikan, mungkin langkah Alyah memotong rambut pendek telah menyebabkan dia kelihatan lebih langsing dan agak kecil berbanding dulu.
Alyah telah tampil dengan single terbaru berjudul Pesananmu ciptaan Azlan Abu Hassan dan lirik Habsah Hassan.
Sesuai dengan strategi pemasaran terbarunya untuk menarik perhatian syarikat korporat, kulit album single berkenaan telah menampilkan Alyah dengan gaya sophisticated, kemas dan bersih yang diilhamkan oleh Annay H (Yana Husin) dan solekan dari Bosco Ryzal.
08:28

Gadis dibakar hidup-hidup angkara tolak lamaran



AMPANG JAYA - Seorang gadis yang baru dua minggu mengikat tali pertunangan dibunuh kejam apabila dia diserang sebelum dibakar hidup-hidup di depan pintu rumahnya di tingkat sembilan Apartmen Mesra Prima, Kampung Ampang Campuran di sini kelmarin.
Dalam kejadian menyayat hati pada pukul 9.30 malam itu, mangsa P. Yoga Ambiga, 27, seorang kerani sebuah bank di Medan Pasar, Kuala Lumpur mati dalam keadaan seluruh badannya bertukar putih akibat melecur seratus peratus.

Mangsa pernah tolak pinangan
Mangsa cuba diselamatkan oleh jiran namun gagal. Sebelum diserang, Yoga yang membawa bungkusan makanan mahu membuka pintu rumah tetapi terlebih dahulu diserang dan dibakar oleh tiga suspek.

HALANG...anggota polis mengusir pihak media mengambil gambar  mangsa.
polis halang media ambil gambar
Timbalan Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Superintendan Md. Nazri Zawawi berkata, selepas diserang dari belakang, sekumpulan suspek terus menyimbah sejenis cecair dipercayai minyak tanah ke badan mangsa sebelum mencucuh api.
"Tidak sampai lima minit badan mangsa hangus terbakar. Mangsa sempat menjerit namun jiran-jiran gagal menyelamatkan mangsa kerana badannya terbakar sepenuhnya," kata beliau ketika dihubungi.


“Tahun lalu, ada seorang lelaki datang ke rumah merisik tetapi saya terpaksa menolak risikan itu kerana anak perempuan saya tidak setuju.
“Sejak peristiwa itu, anak perempuan saya memberitahu lelaki terbabit sering mengganggu bukan saja menemuinya di rumah malah ke pejabat,” kata S Periasamy, 62, bapa P Yoga Ambiga , 27, yang dibunuh secara kejam apabila mayatnya ditemui rentung di koridor rumahnya di tingkat sembilan Apartmen Mesra Prima, Ampang Campuran, di sini.
Turut ditemui kesan tompokan kuah kari di sekeliling mayat yang sudah rentung dalam kejadian jam 9.30 malam kelmarin itu.

Periasamy dari Segamat, Johor bukan saja sedih malah buntu dengan kematian anaknya itu, bagaimanapun tidak dapat mengagak siapa melakukan perbuatan kejam itu.
08:24

PTPTN lupus pinjaman RM475juta tukar kepada biasiswa


TEMERLOH - Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) melupuskan pinjaman pendidikan sebanyak RM475.046 juta kepada 16,959 graduan yang mendapat Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama sehingga 31 Mei lepas.
Pengerusi PTPTN, Datuk Ismail Mohamed Said (gambar) berkata, daripada jumlah itu, seramai 12,529 pelajar dikecualikan daripada membayar balik pinjaman bernilai RM359.26 juta apabila pinjaman mereka ditukarkan kepada biasiswa.
Katanya, seramai 4,430 bekas pelajar tahun 2005, 2006 dan 2007 yang lulus cemerlang dengan mendapat Ijazah Sarjana Kelas Pertama turut menikmati pengecualian itu yang membabitkan peruntukan RM116.2 juta.
"Sebelum ini graduan cemerlang ini tidak mendapat pengecualian tersebut tetapi kerajaan baru-baru ini bersetuju untuk mengecualikan mereka daripada membayar balik pinjaman," katanya.
07:49

Neelofa Boleh Maafkan Anzalna Tapi Bersyarat



PETALING JAYA: Pelakon jelita Neelofa yang kini hangat "berperang" dengan seorang lagi artis tempatan bernama Anzalna Nasir bersedia menerima permohonan maaf secara terbuka daripada bintang baru itu tetapi dengan beberapa syarat.
Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor, 23, berkata, dia sudah menghantar sepucuk surat melalui Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) Zed Zaidi pada Jumaat yang antara lain meminta Anzalna, 24, memenuhi syarat-syarat berkenaan.
"Saya bersedia menerima permohonan maaf terbuka daripada Anzalna kerana kenyataan fitnahnya terhadap saya. Namun sebelum itu, dia perlu menandatangani sepucuk surat yang menyatakan persetujuan terhadap beberapa syarat yang saya tetapkan.
"Surat itu sudah saya serahkan kepada Presiden Seniman, Zed Zaidi pada hari ini (Jumaat). Saya merancang untuk mengadakan sidang media mengenai isu ini pada Ahad," katanya 
Konflik antara dua aktres itu tercetus ekoran kenyataan Anzalna yang dianggap sebagai satu fitnah oleh Neelofa dalam artikel bertajuk "Anzalna Bidas Neelofa" menerusi akhbarBerita Minggu bertarikh 10 Jun lalu.
Susulan itu, dalam sidang media khas pada 13 Jun, Neelofa melalui peguamnya Ahmad Hidayat Md Nor dan Mohd Irwan Mohd Mubarak telah mengeluarkan notis yang menuntut Anzalna mengemukakan bukti dalam tempoh tujuh hari atas kenyataan yang dikeluarkannya.
Anzalna
Baru-baru ini, Anzalna yang gagal mengemukakan bukti selepas tempoh itu berkata kepada media, dia bersedia memohon maaf secara terbuka kepada Neelofa.
Sementara itu Neelofa berkata, beberapa syarat yang ditetapkan kepada Anzalna dalam surat tersebut adalah sebagai jaminan agar aktres itu memohon maaf secara ikhlas dan bukan kerana terpaksa.
"Saya tidak boleh dedahkan secara terperinci butiran surat itu atas nasihat peguam tetapi antara syaratnya dia tidak boleh menyebut nama saya dalam mana-mana kenyataan di media selepas ini.
"Saya mahu perkara ini berlaku secara ringkas agar dia memohon maaf secara terbuka dengan ikhlas dan belajar sesuatu daripada kejadian ini. Yang penting, nama dan maruah saya dibersihkan semula," katanya.
Ditanya pandangannya mengenai kenyataan seorang lagi bintang baru iaitu Tasha Shilla terhadap dirinya sebelum ini, Neelofa berkata dia tidak berkecil hati dan menghormati pendapat aktres itu.
"Saya tidak mempunyai sebarang isu dengan Tasha. Saya tidak terasa hati kerana dia juga ada hak untuk menyuarakan pendapatnya.
"Malah saya menghormati pendekatannya yang berdiam diri selepas pelbagai kontroversi antara kami bertiga mendapat liputan meluas di media," katanya.
Presiden Seniman Zed Zaidi memberitahu yang beliau telah menerima surat berkenaan dan akan berbincang dengan Anzalna sama ada dia bersetuju atau tidak dengan syarat-syarat yang diberikan it

June 29, 2012

21:37

Awi Rafael Buang Tatu Cara Perubatan Islam



Penyanyi Awi Rafael,26, sedang dalam proses menjalani rawatan membuang tatu yang dilukis pada tubuhnya melalui kaedah perubatan Islam.
Awi berkata, proses berkenaan telah dilakukan sejak setahun lalu sebelum gambarnya bertatu tersebar di Internet baru-baru ini.
"Sebelum gambar saya tersebar lagi memang saya sudah buat proses membuang tatu tersebut menerusi rawatan secara Islam.
"Bagaimanapun ia adalah proses yang memerlukan kos tinggi selain memakan masa," ujarnya kepada mStar Online ketika ditemui pada majlis pelancaran album terbaru kumpulan Jinbara di sini, Khamis.
Baru-baru ini Awi membuat pengakuan melalui Facebook miliknya dengan mengesahkan gambar lelaki bertatu seperti yang tersebar di Internet dan diperkatakan umum itu adalah dirinya.
Dalam pengakuan berkenaan Awi yang popular dengan lagu Bila Aku Jatuh Cinta itu benar-benar menyesal dengan perbuatan tersebut yang dilakukan pada zaman remajanya tanpa memikirkan kesan pada hari ini. Dalam pada itu, Awi berkata penyebaran gambar itu memberi hikmah besar kepadanya apabila banyak pihak tampil untuk membantunya membuang tatu berkenaan.
"Ramai ustaz yang menjalankan rawatan tradisional secara Islam menawarkan khidmat mereka selain melalui kaedah moden.
"Saya sangat terharu. Walaupun sedih pada mulanya kerana gambar itu tersebar tetapi ia mempunyai hikmah besar di sebalik kejadian tersebut," ujarnya.
Jelas Awi, para peminatnya juga turut memberikan sokongan dan sentiasa mendoakan perkara-perkara baik untuk dia.
"Alhamdulillahlah, sokongan mereka membuatkan saya ingin terus memperbaiki diri dan mempelajari bahawa jika kita buat sesuatu kesilapan kita harus mengakuinya dan belajar daripadanya," katanya.
Sementara itu, Awi berkata, walaupun namanya tercalar akibat insiden itu, tawaran mengadakan persembahan masih lagi diterimanya dan dia amat bersyukur kepada Allah yang melimpahkan rezeki.
"Siapa sangka apabila kita ditimpa musibah, rupa-rupanya ia turut disulami dengan perkara baik dan rezeki. Saya sangat bersyukur," ujarnya.
21:23

GAMBAR Majlis Pernikahan Irma Hasmie & Reza Syah Azmeer

GAMBAR Majlis Pernikahan Irma Hasmie & Reza Syah Azmeer. Doa Irma di depan Ka'abah untuk mendapat suami telah dimakbulkan oleh-Nya. Alhamdulillah dan tahniah. Pelakon dan pengacara, Irma Hasmie, 30, sah bergelar isteri kepada ahli perniagaan, Reza Syah Azmeer Mohd Redzuan, 31, dengan sekali lafaz.
Majlis pernikahan mereka diadakan di Dewan Persidangan, Kompleks Perbadanan Putrajaya di sini kira-kira pukul 3.50 petang, Jumaat.
Pasangan tersebut dinikahkan sendiri oleh bapa Irma iaitu Ibrahim Othman di hadapan Penolong Pendaftar Nikah Cerai dan Rujuk Putrajaya, Mohd Redza Ahmad.
Majlis pernikahan kedua-dua mempelai dihadiri kira-kira 300 orang jemputan yang terdiri daripada kaum keluarga pengantin kedua-dua belah pihak dan wakil media.
Pengantin perempuan menerima tiga dinar emas (RM2,220) sebagai mas kahwin sementara wang hantaran dirahsiakan jumlahnya daripada pengetahuan umum.
Dalam pada itu, pihak perempuan menerima 11 dulang hantaran daripada pihak lelaki dan dibalas 13 dulang.Selain sebentuk cincin, antara barang hantaran lain yang diberikan Redza kepada Irma termasuklah sirih junjung, manisan, jam tangan, tas tangan, coklat dan set mandian.
Manakala Irma membalas sirih junjung, sebentuk cincin, Al-Quran, sejadah, kurma dan komputer riba.
Majlis resepsi kedua-dua mempelai akan diadakan pada 1 Julai ini di Dewan D2, Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS) pukul 8 malam.

gambar nikah irma hasmie


#05 Pernikahan Irma Hasmie & Reza Syah
#02 Pernikahan Irma Hasmie & Reza Syah

#03 Pernikahan Irma Hasmie & Reza Syah

Pernikahan Irma Hasmie & Reza Syah

#06 Pernikahan Irma Hasmie & Reza Syah

#001 Majlis Pernikahan Irma Hasmie & Reza Syah Azmeer

#005 Majlis Pernikahan Irma Hasmie & Reza Syah Azmeer

#006 Majlis Pernikahan Irma Hasmie & Reza Syah Azmeer

#008 Majlis Pernikahan Irma Hasmie & Reza Syah Azmeer

#011 Majlis Pernikahan Irma Hasmie & Reza Syah Azmeer
14:04

Sharifah Aini Sakit, Muka Kak Pah Semakin Pelik

Sharifah Aini Sakit Gara-Gara Dera Diri Sendiri


Selepas dimasukkan ke hospital selama 17 hari akibat jangkitan kuman di paru-paru, penyanyi malar segar, Dato’ Sharifah Aini kini dinasihatkan oleh doktor untuk berehat selama dua bulan bagi kembali pulih sepenuhnya.

Biduanita yang lebih mesra dengan panggilan Kak Pah ini ditemui ketika majlis Hari Himpunan Bintang MyIPO-Kosmo 2012, baru-baru ini. Menurut Kak Pah, ini merupakan kemunculan pertamanya di majlis hiburan selepas keluar dari hospital.

“Alhamdulillah, sekarang Kak Pah okay cuma Kak Pah kini perlu pergi ke hospital setiap lima hari sekali untuk periksa darah dan juga paru-paru. Dua minggu sekali pula Kak Pah kena menjalani ujian X-Ray. Selain itu, Kak Pah turut dinasihatkan oleh doktor untuk berehat selama dua bulan,” ujar Kak Pah mengakui belajar dari kesilapan.

“Kak Pah bekerja selama tiga tahun tanpa bercuti. Kak Pah dera badan Kak Pah sendiri, sehingga dimasukkan ke ICU selama 5 hari. Sekarang Kak Pah tak boleh lagi dah dan Kak Pah betul-betul belajar dari kesilapan. Selepas ini, Kak Pah akan pastikan yang Kak Pah akan bercuti selepas bekerja.

“Justeru, buat masa ini, Kak Pah tak terima apa-apa tawaran. Kak Pah akan berehat sepenuhnya sehingga betul-betul pulih. Sejujurnya, Kak Pah tak pernah berehat lama seperti ini dan bila dapat rehat macam ini, rasa lain pula.”

Wajah Sharifah Aini Dahulu dan Sekarang


 
Dulu-------------------------------------------------------> Sekarang

13:57

PANAS! Penjelasan Norish Karman Isu Gambar Lahirkan Anak

Gambar Bukti Norish Karman Lahirkan Anak?


Khabar angin kononnya Norish Karman telah melahirkan anak luar nikah mula berterbangan sejak hujung tahun lalu. Waktu itu, dia dikatakan telah melarikan diri ke Bali, Indonesia untuk melahirkan anaknya.

Walaupun ibu tunggal kepada tiga orang anak itu pernah tampil di media untuk membidas gosip liar tersebut, namun masih ada pihak yang skeptikal.

Kemudian, pada Mac tahun ini, Norish muncul di Melodi untuk menjawab persoalan wartawan tentang kesahihan cerita kehamilannya.

"Saya tidak perlu terangkan apa-apa. Sama ada saya berkahwin, bercerai atau ada anak atau tidak, saya tidak perlu jelaskan. Kenapa cakap saya pergi Bali, kenapa tidak pergi Hawaii atau tempat yang lebih jauh? Bagi saya apa yang orang kata tentang saya, ia tidak memberi sebarang makna kepada saya.”

Terbarunya, blog Rotikaya hari ini telah menyiarkan beberapa kepingan gambar yang diambil dari forum CARI dengan tajuk entri 'Gambar Di Hospital Mula Tersebar, Norish Karman Lahirkan Anak Siapa?'

#02 Norish Karman Lahir Anak Luar Nikah?

Apapun tak perlu lah nak korek cerita Norish Karman lagi. Kita hanya boleh mendoakan yang terbaik untuk beliau
13:45

Ella Bakal Bernikah Dengan Juruterbang 7 Julai Depan

Ella Bakal Bernikah 7 Julai Depan


Ratu Rock negara, Ella atau nama sebenarnya Norzila Aminuddin hari ini mengesahkan yang dia bakal bernikah dengan seorang juruterbang, Azhar Ghazali pada 7 Julai depan.
Ella yang berusia 46 tahun berkata majlis pernikahannya itu bakal diadakan secara tertutup di kediaman keluarganya di Klang, Selangor.
"Alhamdulilah akhirnya apa yang diperkatakan sebelum ini, persoalan bertahun-tahun yang diajukan kepada saya sudah ada jawapannya.

"Doakan yang terbaik dan semuanya berjalan lancar," ujarnya.

Majlis resepsi pasangan itu bakal berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya pada 1 Disember depan.
13:36

Arrora Salwa Kaki Temberang. Dibenci Keluarga Bakal Tunang

Arora Salwa Jawab Isu Keluarga Bakal Tunang

Arrora Salwa Kaki Temberang. Dibenci Keluarga Bakal Tunang

Arrora Salwa Kaki Temberang?

Penyanyi, Arora Salwa agak terkelu untuk mengulas dakwaan adik kandung kepada kekasihnya yang juga bekas kumpulan Max:247, Alloi di laman sosial Facebook mengenai sikapnya yang suka bermuka-muka.

Malah adik perempuan kepada kekasihnya itu turut mendakwa keluarga Alloi sendiri tidak menggemari sikap Arora Salwa yang suka memburuk-burukkan ibu kandung Alloi di akaun kedua laman social, Facebook milik penyanyi tersebut.



Dalam kiriman emel tersebut terkandung luahan rasa seorang wanita yang mendakwa dirinya sebagai adik kandung kepada Alloi.


Menerusi luahan itu, Arrora didakwa sudah melakukan sesuatu perkara yang sangat mengecewakan hati keluarganya.


Malah, Arrora turut dikhabarkan telah menggunakan wang dan kemudahan yang diberikan keluarga Alloi tanpa membalasnya.


Lebih dashyat lagi dalam luahan itu, Arrora disifatkan sebagai seorang yang sudah lupa diri dan berperangai seperti kacang lupakan kulit.

Namun, pelatun lagu Ahmad itu bagaimanapun tidak mahu mengulas lebih lanjut mengenai kenyataan dan dakwaan tersebut kerana bimbang ianya akan berpanjangan dan berlarutan.
"Saya sebenarnya tak tahu nak komen bagaimana.
"Saya tahu mengenai status yang ditulis di akaun adik perempuan Alloi itu. Namun saya tidak mahu mengambil peduli kerana perbuatannya itu tidak memberi apa-apa kesan kepada saya.

"Saya juga tidak marah kerana saya tidak boleh menghalang apa yang orang lain hendak katakan tentang saya," katanya ketika dihubungi oleh murai.com.my semalam.
Selain didakwa bersikap bermuka-muka dengan memburukkan keluarga kekasihnya itu, Arora juga turut dituduh memutuskan pertunangan kerana sikap buruknya di mata mereka.
Sukar untuk mengulas kenyataan serta dakwaan tersebut, Arora Salwa bagaimanapun menafikan segala tuduhan yang dilemparkan kepadanya

"Tidak betul," jawabnya dengan ringkas.
Sementara itu, apabila ditanya bagaimanakah hubungannya dengan keluarga Alloi, Arora sekali lagi seperti sukar untuk menjelaskannya.
"Baik-baik sahaja, tetapi hubungan saya bersama Alloi memang sangat baik dan tiada masalah," tambahnya lagi.

Arora yang sepatutnya bertunang dengan Alloi pada 9 Jun lalu bagaimanapun telah membatalkan di saat akhir atas alasan terlalu peribadi sehingga tidak dapat dijelaskan kepada umum.
13:27

Rakaman Apex Terbongkar, Rahsia Apex Di Rumah

Rahsia Apex Di Rumah Dirakamkan


Apabila sudah dikenali, penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat atau Apex, 23, tidak boleh lari dari peminat yang ingin mengetahui kisah peribadinya.

Jadi, tidak hairanlah sehingga saat ini, banyak pihak cuba mencari jawapan di sebalik pertanyaan siapakah wanita baru yang berjaya menambat hati penjaga gol kebangsaan berkenaan.
Namun, ada juga peminat yang ingin mengenali lebih dekat jejaka kacak itu dengan mengetahui kehidupan sebenar Apex ketika berada di rumah.

Memandangkan Apex mempunyai ramai peminat, jenama 100 Plus yang telah memilih Apex sebagai duta produk minuman berkenaan bakal membongkar rahsia pemain Kelantan ini tatkala beliau berada di rumah.

Difahamkan, seminggu sebelum puasa, gerak-gerak geri Apex akan disiarkan di kaca televisyen dan ianya akan berlarutan sehingga menjelang Aidilfitri.

Bagaimanapun, rakaman yang telahpun dijalankan pada 13 Jun lepas bukanlah untuk sebuah program TV, sebaliknya untuk iklan TV 100 Plus.

Menerusi iklan berkenaan, Apex telah berkongsi kisah dirinya semasa berada di rumah sepanjang Ramadhan yang akan turut membabitkan kawan baiknya dan ibu tersayang.

Apa yang pasti, banyak babak-babak lucu ditonjolkan yang boleh membuat anda tergelak apabila menontonnya.
12:51

Pilihan Terbaik: Samsung Galaxy TAB 10.1 VS iPAD 2

Apple iPad 2 vs Samsung Galaxy Tab 10.1V. Tablets, Features, Apple, Apple iPad 2, iPad, iPad 2, Samsung, Samsung Galaxy Tab, Samsung Galaxy Tab 10.1, Samsung Galaxy Tab 10.1V, 0



Review Samsung Galaxy TAB 10.1 VS iPAD 2. Apple dan Samsung adalah dua syarikat gergasi yang memonopoli pasaran gadget elektronik. Antara gadget yang menjadi pilihan pengguna sekarang ialah tablet atau ipad.

Disebabkan terlalu banyak pilihan dengan kelebihan spesifikasi masing-masing, kita sebagai pengguna kenalah bijak memili yang sesuai dengan keperluan dan bajet. Khusus buat pengguna yang masih konfius untuk memilih sama ada nak beli Samsung Galaxy TAB 10.1 atau iPAD 2, boleh lah baca maklumat di bawah...

Samsung Galaxy TAB VS iPAD 2

iPad2 menggunakan sistem IOS. Manakala Samsung TAB menggunakan sistem Andorid 

Adobe flash player : Samsung TAB ada tapi IOS tiada. Adobe flash player digunakan untuk menonton video secara online contohnya Youtube

Ketahanan : TAB lebih tahan lasak berbanding iPad. Skrin iPad akan retak bila terhempas

Home screen theme : TAB boleh diubah mengikut citarasa masing-masing, manakala iPad sudah standard. 

Application : Android lebih banyak dan menarik. Bukan sahaja games, malah lain-lain application pon android banyak pilihan. Sebagai contoh, nak set beberapa application dengan password supaya mungkin sesetengah application kte xnak orang lain tahu, android boleh set tapi IOS x boleh. Kalo boleh pon kene bayar. Application IOS banyak yang berbayar, jadi sesiapa yang beli iPad kene lah buat 'jailbreak' dl (kene buat dekat kedai harga sekarang RM80.00). Jailbreak bermaksud memecahkan sistem IOS tersebut supaya boleh download app dari store lain secara free, tapi ini jgk agak terhad. Walaupun dah jailbreak, sesetengah application masih susah nak download dan apabila dah buat jailbreak, warranty dengan apple dah out (tapi masih boleh recover dengan cara kalo rosak, pegi kedai dulu reset sume setting hilangkan jailbreak then baru hantar ke Apple Store).

PC Connection: TAB lebih freindly dan mudah berbanding IOS. Sambungkan je TAb ke pc, automatik die kua macam kte sambung pendrive ke kamera ke dll tapi IOS tidak! Pc yang disambungkan mesti ada software iTunes dl (Download dari website apple), barulah boleh bukak. Kalo nak transfer file, sumenye kene lalu iTunes, jadi agak rumit kepada sesiapa yang x biasa dengan pc.

Berat : TAB lebih ringan berbanding iPad.

Kamera : TAB lebih cantik dan sharp berbanding iPad.

Harga : TAB lebih murah berbanding iPad. Ipad mahal hanyalah disebabkan jenamanya (Apple).

Dimensi

iPad  2 : 241.2 x 185.7 x 8.8mm, 613g
Samsung  Tab : 246.2 x 170.4 x 10.9mm, 599g

Pemenang : iPad  2

Paparan

Samsung  Tab : 10.1-inch, 1280 x 800px, LCD
iPad  2 : 9.7-inch, 1024x768px, LCD with IPS

Pemenang : Samsung  Tab

CPU

iPad  2 : Apple A5 chip, 1GHz dual-core CPU
Samsung  Tab : Tegra 2, 1GHz dual-core CPU

Pemenang : Seri

Simpanan  Data

iPad  2 : 16/32/64GB flash
Samsung  Tab : 32/64GB flash

Pemenang : Seri

Bateri

iPad  2 : Up to 10 hour video playback
Samsung  Tab : 6860mAh

Pemenang : Seri

Perisian 

Samsung  Tab : Android 3.0 Honeycomb
iPad  2 : iOS 4.3

Pemenang : Samsung  Tab

Jumlah  Aplikasi

iPad  2 : 65,000+
Samsung  Tab : 100+

Pemenang : iPad  2

Perhubungan

iPad  2 : Wi-Fi, 3G, BT, HDMI
Samsung  Tab : 3G, Wi-Fi, BT, USB

Pemenang : iPad  2

Pengimejan

Samsung  Tab : 8MP rear, 2MP front, 1080p video
iPad  2 : VGA front, 720p video rear

Pemenang : Samsung  Tab

Harga 

iPad  2 : serendah RM 1119.00  (Lazada.com)
Samsung  Tab : serendah RM 1349.00 (Lazada.com) atau RM 888 (celcom plan)


kredit: atukmudabergaya & taufiqhafiid
08:49

Tablet Google Nexus 7 – Spesifikasi, Harga Di Malaysia


 

Tablet Android pertama Google dinamakan Nexus 7 kini diperkenalkan secara rasmi oleh Hugo Barra, Pengarah Pengurusan Produk di Google pada 27 Jun 2012 ketika persidangan rasmi Google Input Output. Nexus 7 akan dijual mulai pertengahan Julai 2012 pada harga $199 Dolar Amerika (RM597 di Malaysia) untuk model 8GB manakala $249 Dolar Amerika (RM747) untuk model dengan memori dalaman 16GB. 
SpesifikasiNexus 7 

  • memiliki Wifi, 
  • membawakan sistem operasi Android 4.1 Jelly Bean
  • nipis 10.45mm, berat 34kg, skrin 7 inci, 
  • resolusi maksima 1280×800 piksel dengan densiti piksel sebanyak 216ppl setiap satu, 
  • RAM 1GB, cip pemproses berkepantasan 1.3Ghz berciri quad core (empat teras), 
  • pemacu grafik dari jenama Nvidia, kamera depan dengan lensa 1.3Mp, 
  • palam MicroUSB dan kuasa bateri 4325miliamph untuk penggunaan berterusan dalam 5-7 jam sekali cas.

June 28, 2012

07:54

Raja Azmi Sah Bercerai


TITIK NOKTAH...Raja Azmi dan Jalani keluar dari mahkamah sambil  ditemani anak, semalam.
KUALA LUMPUR: “Perceraian ini tiada kena mengena dengan orang ketiga,” kata bekas jaguh beregu badminton negara, Mohamed Jalani Mohamad Sidek, 49, selepas sah bercerai dengan Raja Azmi Raja Sulaiman, 53, di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, di sini, petang semalam.
Dia yang lebih mesra dengan panggilan Jalani berkata, perceraian itu disifatkannya sebagai keputusan terbaik yang boleh memberi keadilan kepada bekas isterinya itu.
“Saya setuju bercerai dengan Raja Azmi kerana perlu bersikap adil padanya yang cukup tertekan dengan apa yang berlaku selama ini. Kami juga sudah tidak bahagia. Jadi, buat apa kami terus hidup bersama dan inilah takdirnya,” katanya ketika ditemui di luar mahkamah.

Menurutnya, pelbagai konflik dan fitnah melanda rumah tangga mereka terutama kebelakangan ini termasuk dia dituduh sebagai suami dayus.

“Begitupun, saya bersyukur Allah menjadikan saya seorang yang penyabar. Bagi saya, pengemudi rumah tangga harus kuat untuk menghadapi segala dugaan yang datang.

June 27, 2012

19:43

Jalani Sidek Dayus, Raja Azmi Tuntut Penceraian


Mungkin ini jalan yang terbaik untuk mereka selepas tidak berhenti menerima cemuhan atas apa yang berlaku satu per satu beberapa tahun kebelakangan ini.
Laporan Harian Metro menyebut yang Raja Azmi Raja Sulaiman mengambil keputusan untuk bercerai dengan suami’nya Jalani Sidek demi menjaga nama suami’nya itu.
“Saya tak sanggup lagi mendengar tohmahan masyarakat yang menuduh dan menghina suami sebagai dayus. Fitnah juga tidak putus-putus melanda rumahtangga kami hingga hubungan kami suami isteri tidak lagi seperti dulu”
Proses perceraian Raja Azmi & Jalani Sidek akan di’failkan di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur hari ini & proses penceraian mereka akan berjalan secara baik.
Malah kedua dua mereka akan di’wakili oleh peguam yang sama iaitu Roslizam Rahim. “Jadi, pada masa ini perceraian adalah penyelesaian terbaik untuk kami,” ujar Raja Azmi.

June 26, 2012

20:24

Bukit Bintang Plaza Akan Dirobohkan Tahun Depan Untuk Projek MRT


KUALA LUMPUR: Pusat membeli-belah Bukit Bintang Plaza, yang merupakan simbol kepada pusat perniagaan Bumiputera di kawasan segitiga emas dijangka akan dirobohkan pada awal tahun depan.
“MRT Corp telah memberi kami masa sehingga akhir tahun untuk mengosongkan bangunan.
“Notis pengusiran akan dikeluarkan kepada penyewa untuk keluar,” kata Pengarah Urusan UDA Holdings, Ahmad Abu Bakar kepada pemberita selepas satu sesi dialog bersama para penyewa pada Selasa.
Beliau berkata, UDA akan menunggu keputusan daripada Kementerian Kewangan berhubung permohonan oleh Tradewinds (M) Bhd untuk menyertai dalam pembinaan semula bangunan Bukit Bintang Plaza.
Ahmad berkata, UDA telah menerima permohonan rasmi daripada Tradewinds dan beberapa syarikat lain yang berminat untuk menyertai projek itu. 

June 25, 2012

16:35

JOM BERIKLAN DI Ambooyats@blog

STICKY POST

Jom beriklan di blog Ambooyats! Terbuka kepada sesiapa sahaja yang berminat untuk mempromosikan produk atau blog masing-masing.

Kenapa perlu beriklan di sini?

Blog ni sama seperti blog-blog lain yang sentiasa menerima kunjungan tetap setiap masa dan memaparkan entri menarik setiap masa. kebiasaannya  kalau takde entry baru yang dipost dalam sehari, bilangan visitor boleh cecah 1500 unique visitor dan 3500 pageviews. Bila ada entry terbaru lebih-lebih lagi yang menjadi trending topics boleh cecah sehingga 3400 unique visitor dan 8100 pageviews dalam sehari!

Size                            Contoh
  iklan churp2

iklan dalam bentuk lain akan dipertimbangkan. seperti texts dan review entry. contoh review produk kecantikan Safi Rania Gold | Produk Anti Penuaan yang sudah mencecah hampir 30, 000 pageviews 

Harga permulaan untuk ruangan iklan adalah sangat rendah, murah dan sangat berbaloi kepada yang berminat boleh email ke ambooyats@yahoo.com untuk maklumat lanjut. terhad kepada 5 yang terawal! hantar message kat inbox facebook ambooyats pun boley.

Ape tunggu lagi! tawaran menanti anda hekhekhek

MONTHLY VISITOR


DAILY VISITOR

 TESTIMONI


Ini adalah feedback dari sebuah blog baru yang berusia dalam 2-3 bulan. kalau blog baru ni memang susah nak dapat pengujung setia sebab baru lagi orang pun tak kenal. kalau nak harapkan enjin carian SEO pun agak banyak persaingan dengan blog otai. so cara mudah iklankan blog di Ambooyats@blog




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Total Pageviews

What color theme you prefer?

Follow Us