Breaking

July 8, 2011

Memey tak sabar tunggu 24 September, tarikh perkahwinan


Pasangan Memey Suhaiza Suhaimi dan Norman Hakim bakal mendirikan rumah tangga pada 24 September depan. baguslah  tu perkara yang baik hendaklah disegerakan takde lah cerita yang kurang enak didengar lagi.
majlis persandingannya yang bertemakan perkahwinan dalam taman moden itu mendapat khidmat Ezuwan Ismail sebagai pereka busana bagi majlis nikah, Hatta Dolmat untuk majlis persandingan dan Rizman Ruzaini bagi acara potong kek.
"Alhamdulillah terlalu ramai yang ingin menaja perkahwinan kami. Ia termasuk daripada segi pakaian, pelamin dan macam-macam lagi sehingga saya rasa serba salah pula untuk tidak menerimanya.
"Saya minta maaf ada yang terpaksa ditolak kerana saya tidak mahu majlis ini dibuat secara besar besaran, cukuplah secara sederhana dan meriah," katanya yang juga membuka majlis tersebut kepada peminatnya di sana.
Majlis persandingan akan berlangsung di rumah pengantin perempuan pada 25 September manakala majlis sambut menantu di rumah pengantin lelaki pada keesokan harinya di Wangsa Maju, dekat sini.
wah kemain lagi berebut yang nak sponser, baguslah tu tak perlu nak membazir sangat. biarlah bersederhana aje asalkan rumahtangga nanti bahagia.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Total Pageviews

What color theme you prefer?

Follow Us