Breaking

July 23, 2011

(Gambar) Kasut Rekaan Jimmy Choo Untuk Perkahwinan Memey Bernilai RM300 Ribu


huh! bukan calang2 orang yang bakal mereka kasut untuk majlis persandingan Memey Suhaiza, sape lagi kalau bukan pereka kasut terkenal dunia, Prof Datuk Jimmy Choo.

 

Pereka yang cukup sinonim dengan kerabat diraja Britain itu akui Memey merupakan selebriti tempatan pertama yang akan mengenakan kasut rekaannya itu.

Bernilai RM300,000 sepasang, Datuk Jimmy Choo bakal mereka dua pasang kasut bertatahkan mutiara. Menurut Jimmy, kasut tersebut merupakan satu-satunya rekaan yang cukup unik dan hanya ada satu sahaja.

teruskan membaca Kasut Rekaan Jimmy Choo Bernilai RM300 Ribu Untuk Perkahwinan Memey

“Ia merupakan buatan tangan yang akan dihantar ke UK untuk disiapkan. Kami akan duduk berbincang mengenai rekaan tersebut dan mendapatkan pandangan setiap pihak sebelum mendapatkan produk akhirnya,” jelas Jimmy yang pernah mereka kasut untuk mendiang Puteri Diana.

“Ini merupakan kasut pertama yang akan dikenakan oleh seorang selebriti tempatan. Ia seperti satu sejarah juga buat saya. Walaupun terkenal di peringkat antarabangsa, saya tetap berbangga apabila dapat melakukannya di sini,” ujar Jimmy yang cukup terharu dapat bekerjasama sekali lagi dengan Rafflesia.

Yakin kasut tersebut akan mendapat liputan yang meluas di peringkat antarabangsa, Jimmy gembira apabila kerjasama itu kelak membabitkan hasil seni anak tempatan.

Berpengalaman lebih 25 tahun di dalam bidang rekaan kasut, Jimmy menjelaskan dia perlu melihat dahulu busana yang akan dikenakan oleh Memey di majlis tersebut sebelum mereka kasut untuknya.

“Saya perlu melihat dahulu rekaan gaun yang akan dikenakan oleh Memey dahulu untuk menyesuaikan kedudukan mutiara agar lebih menyerlah di pemakainya,” tambah Jimmy lagi.

Tambah Memey, “Saya cukup teruja apabila dapat mengenakan kasut rekaan pereka terkenal dunia itu. Ia di luar imaginasi saya. Jenama Jimmy Choo sungguh besar di luar sana dan saya menjadi artis pertama yang akan mengenakannya untuk majlis perkahwinan.”

Majlis persandingan Memey Suhaiza dan Norman Hakim bakal berlangsung pada 28 September depan di Crowne Plaza Mutiara, Kuala Lumpur.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Total Pageviews

What color theme you prefer?

Follow Us