Breaking

November 30, 2010

10:23

Noh Cipta Lagu Buat Tunang Tercinta Mizz Nina | Kisah Cinta Antara Dua Darjat

Romantik sungguh Noh Hujan ni siap cipta lagu buat tunang tercinta Mizz Nina. Apa yang istimewanya, lagu berjudul, ‘Walaupun Jauh’ mengisahkan tentang soal darjat dan dihasilkan memandangkan mereka berdua datang dari latarbelakang keluarga yang berbeza di mana Mizz Nina merupakan anak bongsu kepada Pengerusi Kumpulan AmBank Berhad iaitu Tan Sri Azman Hashim.


“Lagu ini aku buat pada tahun ini iaitu selepas bercinta dengan Nina. Aku dari kampung, mereka orang kaya. Aku sedar diri aku ni siapa. Tapi sebenarnya tak ada pun timbul isu darjat cuma aku je rasa tertekan kerana memikirkan penerimaan keluarga mereka. 
“Namun, selepas berjumpa dengan keluarga Nina, aku tak sangka mereka adalah orang yang sangat rendah diri. Bapa Nina respek dengan karier aku dan perkara ini lebih memotivasikan aku untuk lebih berjaya lagi.”

@: Noh tak perlu le rasa rendah diri, tengok cam Jimmy Shanley kahwin gan anak jutawan rilek je..kan3
09:36

Lakukan Seks Depan Mayat Isteri. Motif?

Salam semua, dalam artikel kosmo! arini pengurus sebuah syarikat katering, Mohafri Mohamed tergamak melakukan hubungan seks dengan kekasihnya di bilik utama yang sama di mana mayat isterinya disumbat ke dalam almari selepas dibunuh.


Mayat Fazlina, ibu kepada dua orang anak itu ditemui dibaluti kain selimut tebal dan diletakkan di bahagian bawah almari pakaian manakala hidung dan mulutnya ditekup dengan menggunakan pita pelekat.

Teman wanita tertuduh, Nazratul Anis Zainal Abidin, 23, memberitahu Mohafri mengajaknya melakukan hubungan seks.
“Pada mulanya saya tidak mahu, tetapi tertuduh kata sekejap sahaja,”

Berita Penuh:

Pengurus sebuah syarikat katering, Mohafri Mohamed tergamak melakukan hubungan seks dengan kekasihnya di bilik utama yang sama di mana mayat isterinya disumbat ke dalam almari selepas dibunuh.

Teman wanita tertuduh, Nazratul Anis Zainal Abidin, 23, memberitahu Mahkamah Tinggi di sini pada Isnin, selepas masuk dan meletakkan beg pakaian di ruang tamu dia kemudiannya naik ke bilik utama untuk menggunakan tandas. Selepas itu, katanya, Mohafri mengajaknya melakukan hubungan seks.

“Pada mulanya saya tidak mahu, tetapi tertuduh kata sekejap sahaja,” katanya yang mengenali tertuduh sebagai berstatus duda semasa mereka bekerja di Tropicana Medical Centre pada 2009.

Ketika ditanya mengenai kedudukan almari pakaian berkenaan, saksi pendakwaan kelima itu memberitahu, pandangannya tidak jelas kerana tidak memakai cermin mata yang diletakkan di atas kabinet.

Tambah Nazratul Anis, tertuduh juga berkelakuan seolah-olah mahu menghalang pandangannya di bahagian kiri kerana sering berdiri di sebelah kiri dan juga menunggunya keluar daripada tandas.

Saksi menambah, dia tidak melihat perkara luar biasa ataupun mendengar bunyi orang mengerang semasa berada di bilik itu.

Mohafri, 37, yang sebelum ini bekerja sebagai pengurus syarikat katering dibicarakan atas tuduhan membunuh Fazlina, 38, antara pukul 5 dan 10.30 pagi, 30 Disember 2009 di rumah nombor 70, Jalan Pinggiran 2, Taman Pinggiran Ukay, Ampang.

Dia yang diwakili peguam Hisyam Teh Poh Teik dibicarakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Mayat Fazlina, ibu kepada dua orang anak itu ditemui dibaluti kain selimut tebal dan diletakkan di bahagian bawah almari pakaian manakala hidung dan mulutnya ditekup dengan menggunakan pita pelekat.

Mangsa juga merupakan seorang penghidap asma kronik.

Terdahulu, saksi berkenaan memberitahu, dia bertolak pada pukul 1 petang dari Parit Buntar, Perak dan tiba di Perhentian Bas Jalan Duta, Kuala Lumpur (dekat sini) pada pukul 5 petang.

Katanya, tertuduh datang menjemputnya dan membawa dia ke sebuah rumah teres dua tingkat di Ampang.

Katanya lagi, selepas mengadakan hubungan seks dia mendengar bunyi loceng dan tertuduh telah mengarahkan saksi untuk mendiamkan diri manakala tertuduh menuju ke arah tingkap.

“Saya ada menyuruh tertuduh membuka pintu kerana mungkin ada sesiapa di luar, mungkin ada pegawai dari Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) tetapi tertuduh beritahu ada seorang perempuan memakai seragam polis di luar rumah,” katanya.

Tertuduh semasa itu tidak mahu membuka pintu dan memberi alasan polis itu mencari pembantu rumahnya yang tidak mempunyai dokumen perjalanan diri.

Mengenai hubungan sulit mereka, Nazratul Anis berkata, mereka telah merancang untuk ke sempadan Thailand bagi urusan pernikahan pada hari kejadian pembunuhan itu berlaku.

Katanya, rancangan untuk bernikah di sempadan Thailand dibuat ekoran hubungan mereka tidak direstui oleh bapanya dan tertuduh telah menguruskan segala urusan berkaitan pernikahan.

Sehubungan itu, Nazratul Anis telah menaiki bas daripada Parit Buntar, Perak untuk berjumpa dengan tertuduh sebelum mereka menaiki kereta api ke Perlis.

Selepas keluar dari rumah berkenaan, saksi yang bertubuh kecil molek itu seterusnya memberitahu, mereka dijemput oleh adik Mohafri yang dkenali sebagai Hanafi dengan kereta Proton Wira untuk ke perhentian Transit Aliran Ringan (LRT).

“Saya dan tertuduh menaiki teksi untuk ke KL Sentral kerana kereta api kami bertolak pada pukul 8.15 malam. Sepanjang perjalanan, saya nampak tertuduh sibuk bercakap di telefon bimbit.

“Pada pukul 9 malam, ketika kereta api sampai di stesen Rawang, dekat sini saya dan tertuduh turun. Saya tanya tertuduh kenapa dan dia cakap dia terpaksa buat laporan polis tentang kehilangan Fazlina.

“Saya cakap, apa kaitan dia dengan Fazlina kerana mereka dah bercerai. Dia jawab, "dia orang" yang desak dia untuk buat laporan. Tapi saya tidak tahu siapa yang dimaksudkan dengan ‘dia orang’,” katanya yang ditinggalkan tertuduh dan diarahkan pulang semula ke Kuala Lumpur sendirian.

Bagaimanapun, Nazratul Anis menghubungi rakannya, Nur Ikhwan Abadi Andi Samsinar yang dipanggil Wan agar menjemputnya di stesen kereta api Sungai Buloh.

“Wan bawa saya ke tempat kerjanya kerana dia masih belum habis waktu bekerja sementara saya menunggu di dalam kereta sehingga pukul 10.30 malam. Selepas itu, kami pergi ke rumah tertuduh.

“Masa sampai, kawasan itu telah dikepung oleh polis. Wan buat satu pusingan dan letak kereta di belakang. Wan suruh saya duduk di dalam kereta sambil dia pergi bertanyakan orang.

“Wan kemudian memberitahu saya ada kes suami bunuh isteri,” katanya pada pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Rosidah Abu Bakar.

Saksi itu menambah, dia membuat laporan polis selepas diminta oleh Wan memandangkan dia adalah individu terakhir bersama tertuduh. Di balai polis, dia dibawa ke sebuah bilik untuk diambil keterangan dan telefon bimbitnya dirampas.

Sementara itu, kakak mangsa yang bernama Faezah selaku saksi pendakwaan keenam menangis apabila dirujuk gambar adiknya dan memberitahu dia mula rapat dengan adik bongsunya sejak akhir tahun lalu.

“Fazlina ada memberitahu bahawa dia menghadapi masalah rumah tangga disebabkan orang ketiga dan mereka hendak bercerai,” katanya.

Saksi yang bekerja sebagai penolong jururawat di Pulau Pinang juga memberitahu, kali terkahir dia menghubungi mangsa ialah pada pukul 5.30 pagi, hari kejadian bagi meminta mangsa mengambil cuti kecemasan untuk membawa bapa mereka yang berada di Kulim,Kedah yang sakit.

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Wira Mohtarudin Baki bersambung 13 Januari depan.

sumber: mStar

@yeke tak mahu tapi buat jugek..lolz
08:23

(Gambar) Nita Di Parti Eh! Sendat, Singkat, Seksi

Bekas kekasih Zahid AF, Nita Hamzah mengenakan dress 3S; sendat, singkat, seksi di Parti 20 Eh! pada 28 November lalu. Dress dari rekaan Amir Luqman membuatkan Nita tampil lebih hot di Parti Eh! tapi bile me tengok pakaian Nita ni rasa sesak nafas pula. tak ketat ke Nita sampai me yang tengok ni pun rasa susah nak bernafas. dengar2 Nita pun dah ada pengganti Zahid, sebab tu ke Nita makin seksi mekci? ahaha tu kena tanya kat Nita sendiri.

gambar nita seksi

gambar nita seksi

gambar nita seksi

gambar nita seksi
kredit:Beautifulnara

kalo mesia ade criminal fashion cam kat hollywood nun rase2 Nita leh masok tak?

November 29, 2010

19:34

Cuti-cuti Di Pulau Labuan

salam semua, me baru sempat nak update belog. apa tak nya pegi berjalan-jalan di pulau mutiara; Labuan. teringat masa study kat matrix dulu selalu ulang alik sabah-labuan. sebab lama dah tak pegi, rindu pulak nak ke sana. tu lah ajak my mom and sis ke sana..heee~~~


kalo rajin me nak share gambar2 kat sana nanti yek :D

November 27, 2010

17:06

Ayu OIAM Tak Mahu Tunjuk Suami Dan Anak?



Salam semua, juara One In A Million (OIAM) kedua, Norayu Damit atau nama popularnye Ayu, 21, bertegas tak mahu mempamerkan suami, Syed Fauzi Syed Baharuddin, 23, dan anaknya, Syed Nashrul Haikal, 1, kepada umum.

Anak ayu sekarang dijaga oleh ibunya dikampung. kata Ayu;
"Apa yang tidak seronoknya, anak saya memanggil ibu saya dengan panggilan mak dan saya pula anak panggil kakak. Rasa sedih dan pada masa sama juga kelakar." 

takpela kalo anak panggil ibu Ayu 'Mak', daripada anak sendiri panggil maid or orang gaji 'Mak' lagilah tak sonok kan eheh... 
10:19

Penonton Malu Mengaku Tonton Filem 2 Alam | Review Khas 2 Alam Dari Penonton

Salam semua, khabarnya dalam mStar arini empat remaja lelaki yang ditemui selepas selesai menonton filem 2 Alam malu untuk mengakui telah menonton filem yang dikatakan mampu mengutip RM40 juta. hmmm...sampai macam tu sekali, bukan tu je mereka turut berkongsi pandangan masing2 lepas menonton 2 Alam ni.


apa kata mereka;

“Apa yang saya dapat tonton sepanjang satu jam setengah ini tidak seperti sebuah filem, malah banyak drama di televisyen lebih baik dari filem ini
“Saya bukan pengkritik filem tetapi bagi pandangan mata penonton biasa seperti saya filem ini terlalu membosankan.

tu lah feedback yang diberi dari penonton filem 2 Alam sendiri. jum bace pulak review dari penonton yang berkongsi di ambooyats@blog

Review khas 2 Alam dari penonton

Hehe, pendapat saya jela kan.. tak melambangkan org lain.. Punyala tak best! sbb br tgk semalam.. pendek kata depa boleh buat scene dari mandi mayat perabih sampai nak tanam pastu celah sikit wat clips yang ada background lagu idup minah @ mamat tu pastu tunjuk ending dia mati bunuh diri abih cerita dari duk 'dragging' melenguh nengok dari mula sampai habis.  
Dari segi plot takdak plot, pembangunan watak, takdak sb tak citer pun apsal org tu jadi sampai teruk sangat terserong camtu, takdak (kalau citer pecah panggung patut storyline kira adala sikit isikan). Saya rasa tukar jantina ini adalah bukan satu keputusan yg dibuat org satu individu dalam sekelip mata. Ia mesti impak psikologi dan lain-lain komponen jiwa individu tu sendiri yang boleh dikupas dalam citer ni.. tp waste on scene yang seksi-seksi ja. Cuma leh tanyang kat slot2 cerekarama.. dia habaq mahal modal.. location, location, location.. what location? Saya tgk, satu disco dgn extra teramat sikit, scene kawin mat salleh tu ngan hadirin dua tiga ketui ja, n scene seksi yang terjolok mata tgk di dalam rumah pastu scene kampung, takdak la byk mana modal nak pakai tu hehehe. Watak minah @ mamat tu takdak watak pembantu lain (kawan-kawan dia ke apa ke) hello kan artis, entourage nye mana? Seriously kalau tak mention dia artis, saya tak tau pun dia artis. Sy ingat dia GRO keje kat kelab malam je. rugi la rasenye tak tgk unstoppable hehe.. sib baik dah tgk Harry potter dulu.
@: me kagum juge gan dR rozmey ni, orang kutuk die cemana pun die tetap confident gan dirinya. terbaeklah!

November 26, 2010

10:41

(Gambar) Pekin Bekas Kekasih Ayu Raudah| Putus Kerana Zaquan?

Salam semua, pelakon Ayu Raudah memilih tarikh 20 Januari 2011 untuk diijabkabulkan dengan pemain bola sepak kebangsaan, Mohd Zaquan Adha.  mungkin ade yang kecewa dengan perkahwinan pasangan ni?

Pekin
Pelakon Pekin Ibrahim yang juga bekas kekasih, Ayu Raudhah katanya turut gembira dengan berita Ayu Raudah yang bakal melangsungkan perkahwinan dan mendoakan kebahagiaan Ayu.

kata Pekin,
"Mungkin sudah sampai jodohnya untuk berkahwin, saya doakan yang terbaik buatnya". hmmm baguslah macam tu jangan ade yang keciwa pulak ye :D


@: tak sabar nak tengok majlis perkahwinan Ayu Raudah yang kononnya berkonsepkan fairytale

09:55

(Gambar) Patung Erotik Adik Sultan Brunei; Putera Jefri Bolkiah

Salam semua, sebelum ni me dah post pasal patung erotik adik sultan Brunei; Putera Jefri Bolkiah yang disimpan di kediaman beliau. Putera jefri Bolkiah enggan membenarkan hakim tuk melihat patung erotik berkenaan, tetapi atas perintah mahkamah, patung berupa bekas tunang Putera Jefri Bolkiah tu terpaksa juge didedahkan.




Micha Raines (41), bekas tunang Puteri Jefri Bolkiah.

Putera Jefri Bolkiah dan bekas tunangnya Micha Raines bergambar diluar mahkamah.

me terover censored pulek tak sanggup nak tengok eheh, tuk gambar yang kureng sikit disensor leh tengok kat kredit gambar :D

kredit gambar: Daily mail & obe

November 25, 2010

18:11

Tomok Dengan Stail Rambut Di Tiup Angin

Dalam separuh akhir Muzik muzik 25, penyanyi Tomok menyampaikan lagu Berlari dan berjaya menjadi finalis AJL25. bile me tengok stail rambut Tomok yang seakan-akan ditiup angin nampak kelakar pulak. mungkin pendandan rambut Tomok saje nak sesuaikan stail rambut dengan tajuk lagu yang disampaikan, sebab tu lah rambut Tomok nampak seperti orang yang tengah berlari sambil ditiup angin...



tuah rambut ditiup angin, Tomok berjaya ke final AJL25, tahniah :D
15:00

Putera Katak Di Slot Lagenda TV3 | Sinopsis Drama Putera Katak







Salam semua, kepada penggemar cerita melayu satu drama terbaru di slot Lagenda TV3 Putera Katak yang diadaptasi daripada cerita dongeng “The Frog Prince” akan ditayangkan mulai 29 November 2010, setiap hari Isnin hingga Khamis jam 4.30petang. nak tahu ape yang menarik dalam drama Putera Katak jum baca sinopsisnya...

SINOPSIS

Drama terbaru di slot Lagenda ini akan membawa para penonton ke alam fantasi dan magis Putera Amar dalam menemui cinta sejatinya dalam membebaskan diri daripada sumpahan.

Putera Amar (Zizan Nin) telah disihirkan oleh kekasihnya, Puteri Zadora (Bia Rameshan) yang kecewa apabila Putera Amar tidak menjelma menjadi manusia walaupun sudah diberikan ciuman. Lantas, Putera Amar dibuang ke bumi dan terpaksa menjalani kehidupan sebagai katak selamanya. Amar (katak) dibela oleh Trisha (Nora Danish), seorang pencinta haiwan. Amar tetap optimis bahawa dia akan menjadi manusia semula kerana cinta suci akan memulihkan dirinya suatu hari nanti.

Lima tahun berlalu, Puteri Zadora sedar bahawa sihir kakaknya, Puteri Ixora (Norseha) telah menghalang Putera Amar untuk kembali menjadi manusia. Maka, Puteri Zadora telah menghantar panglimanya, Zamir (Fazreen Rafi) untuk menjejaki Putera Amar untuk dibawa balik ke planet Zadora. Zamir berjaya menemui Putera Amar tetapi Amar enggan pulang kerana masih perbuatan kejam Puteri Zadora masih menghantuinya. Putera Amar yakin bahawa Trisha yang sangat menyayanginya (katak) ialah cinta sejatinya. Setelah Puteri Ixora mengetahui tentang rancangan Puteri Zadora, dia telah datang ke bumi untuk membunuh Amar. Bagaimanakah Putera Amar dapat memberitahu Trisha tentang identiti sebenarnya? Adakah mereka ditakdirkan untuk bersama?

sumber:Budiey.com

Siri drama yang mempunyai 20 episod tersebut membariskan pelakon-pelakon popular seperti Nora Danish, Zizan Nin, Fazren Rafi, Norseha, Bia Rameshan, Kaza, Puteri Sarah, Haniff Karamdin, Liza Abdullah, Hamidah Wahab, Mak Jah dan ramai lagi.

@: Nora danish tak sewai gan rambut blonde

12:43

Hanis Zalikha Seksi Kerana Orang Ketiga

Salam semua, rajin pula me tulis entry hari ni yek..tuk entry kali ni pula tajuk yang agak panass Hanis Zalikha seksi kerana orang ketiga. Mesti ramai yang kenal model dan blogger terkenal Hanis Zalikha, follower die pun dah cecah 12K lebih! fuyoo banyak tuu.  Orangnye cantik, tinggi nak lebih kenal lagi meh tengok gambar die dekat2...tuuu dia

Hanis pinjam gambar jap yek heee~

So berbalik kepada tajuk eheh, apesal Hanis Zalikha seksi kerana orang ketiga? adekah me nak mula bergosip pasal Hanis zalikha pule? atau Hanis zalikha sendiri bagitau me yang die dah ada orang ketiga? 


sebenarnya tajuk ni adelah keyword yang masuk ke blog me...eheh sape lah yang tersesat cari Hanis Zalikha kat blog me ni. tak pe meh me tunjuk jalan nak pegi belog cik Hanis ye..go straight don't belok2 pastu klik inibelogsaya. amacam dah jumpa kan?

yang pasal orang ketiga tu me tak tahu nak tunjuk jalan ke mana? yang ini kot...

@:malu bertanya sesat jalan, me ade tunjuk jalan :D
11:45

Kutipan Filem 2 Alam Terkini, dR Rozmey Pasti Sorok Muka Lepas ni

Salam semua, hari ni me nak update kutipan Filem 2 Alam terkini selepas seminggu tayangan. Kutipan yang jauh tersasar dari angan2 dR Rozmey kononnya filem 'pecah panggung' ni bakal mengutip Rm 40 juta. nak tahu jumlah kutipan terkini meh tengok screenshot dari Finas...


kutipan filem 2 alam
sumber: beautifulnara


ahaha tak sampai pun Rm 1 juta, hidup segan mati tak mahu dibuatnya. tapi...tapi...tapi...ape cer dengan kutipan Rm 2 juta pada hari pertama tayangan Filem 2 Alam? dR Rozmey sile jawap....heeee~~


@:ni filem pecah panggung ke pecah punggung? eheh
09:59

Seribu Kali Cinta Slot Akasia TV3 | Sinopsis Drama Seribu Kali Cinta

Salam semua, arini me nak citer sikit drama terbaru di Slot Akasia Seribu Kali Cinta yang sedang ditayangkan di tv3 bermula 15 November 2010 lalu, setiap hari Isnin hingga Khamis jam 6.30petang. 






SINOPSIS


Drama cinta romantis ini menggandingkan pasangan kekasih, Kamal Adli dan Intan Ladyana mengisahkan kesungguhan Nizam (Kamal Adli) dalam membuktikan cintanya terhadap kekasihnya, Miasara (Intan Ladyana) yang mengalami sindrom Amnesia.

Nizam pada asalnya mahu bercuti di Pulau Aman telah terpikat dengan Miasara di situ. Walaupun mereka serasi bersama namun apa yang dilakukan oleh Miasara pada hari ini akan dilupakan pada hari keesokannya. Justeru, Nizam hanyalah seorang yang tidak dikenali bagi Miasara apabila menjelang pagi esok.

Ayah Nizam, Hisyam mendesak Nizam agar pulang ke Kuala Lumpur bagi menguruskan syarikat beliau. Baginya, Nizam masih belum matang dan serius dalam hidupnya. Ibu bapa Miasara juga tidak yakin dengan hubungan Nizam dan Miasara lalu mereka pun menasihatinya agar melupakan hasrat untuk mengahwini Miasara.

Nizam tekad untuk mencintai Miasara dengan sepenuh hati walaupun dia perlu melafazkan seribu kali cinta kepada gadis idamannya. Bagi membantu memulihkan ingatan Miasara, Nizam telah merakamkan hubungan mereka. Miasara terharu dengan kesabaran Nizam namun masih tiada perubahan dalam memulihkan keadaannya.

Nizam tidak sanggup untuk meninggalkan Miasara. Dia yakin dengan naluri hatinya dan amat menyayangi Miasara. Apakah Nizam sanggup memikul tanggungjawab sebagai seorang suami yang terpaksa melayan karenah isteri yang akan melupakan siapa dirinya setiap pagi? Saban hari, Nizam perlu mengulangi perbuatannya bagi memenangi hati Miasara. Dia amat mengharapkan bahawa dapat melihat senyuman manis dan teguran Miasara pada setiap pagi dan bukannya takut, bingung dan kekalutan.

sumber: Budiey.com


Drama 24 episod ni dibintangi ramai pelakon terkenal, jalan cerita juga menarik. so jangan lupa menonton ya :)

November 24, 2010

14:25

'COPYcat' Bukan Blogger Saja, Wartawan Akhbar Pun Sama

Copycat, plagiat, bukan pekataan baru lagi dalam dunia blogging. kire dah menjadi habit sesetengah blogger meng'copy' citer2 menarik untuk dikongsi dalam blog memasing *macam me lah...eheh rupanya sindrom 'copy' ni bukan aje membiak dikalangan blogger, tapi wartawan akhbar pun same jum tengok...



Photobucket
Photobucket
  • next article...
@: sape yang buat entry yang same cepat tingalkan komen dan link, me nak letak dalam entry next artikel...heeee
12:20

Besarrr Punya!

Salam semua, tadi awal pagi lagi mak ajak ke pantai nak beli ikan2 segar. bukan aje segar arge pun lebih murah kalau nak dibanding gan ikan di pasar. sampai je di pantai tadi 2 bot baru naik membawa kotak berisi ikan. bile bukak je kotak ikan tu terus ramai yang berebut nak beli..

yang sonoknye bukan je dapat ikan segar, tapi ketam segar juga yang besarrr punya! wah nampaknya makan seafood segar2 la me hari ni gan family heee~


ketam yang besarrr punya!


hidup lagi, mate pun kelip2 eheh


arge 1 KG= RM10 murah kan! eheh cam dah jadi tokey ketam pulak ye


@: kalo me jual ade sape2 yang nak beli? huhu
07:57

Gaji Perdana Menteri Cuma RM22,826.65 Sebulan

Baru skang me taw yang gaji Perdana Menteri cuma RM 22k sebulan mengikut Akta Ahli Parlimen (Saraan) (Pindaan) 2005, mulai 1 Januari 2004. bagi me nilai gaji tu sedikit kalau nak dibandingkan dengan gaya hidup Perdana Menteri yang serba mewah dan aset yang berbillion....



PM  ade side income buat keja part time ke? heee :D
07:16

Finalis Anugerah Juara Lagu 25

Anugerah Juara Lagu 25 akan diadakan pada 9 Januari 2011, Ahad di Stadium Putra Bukit Jalil jam 9 malam. sebanyak 14 buah lagu dipilih dan layak ke Anugerah Juara Lagu 25 antaranya...

sumandak yang layak ke AJL25

Senarai Penuh Finalis AJL25:
  • Hanyut – Audi Mok/Faizal Tahir/Faizal Tahir
  • Kebahagiaan Dalam Perpisahan – Edry Abdul Halim/Edry Abdul Halim/Shahir AF8
  • Noktah Cinta – Ajai/Sheikh Qalam/Hafiz AF7
  • Drama King – Taja/Teja/Meet Uncle Hussain
  • Ku Ada Kamu – Edry Abdul Halim/Edry Abdul Halim/Adira AF8
  • Cinta Sempurna – Yuna
  • Pelita – Loque/Loque/A.P.I
  • Berlari – Shazzy Ishak/Tomok
  • Sofea Jane – Iswandy/Sham/Black Mentor
  • Mencari Konklusi – Noh/Noh/Hujan
  • Selamat Malam – Audi Mok/Faizal Tahir
  • Ekstravaganza – Sam/Bunkface
  • Jahat – Edry Abdul Halim/Edry Abdul Halim/Stacy
  • Tolong Ingatkan Aku – Ana Raffali
agak2 sape y menang eh?

November 23, 2010

14:23

Klip Video Miming Cikgu Shida Dengan Aksi Telampau

Salam semua, tadi me singgah ke blog sis Dahlia dan baca entry pasal video miming terbaru Cikgu Shida. me ada juga tengok video miming yang sebelumnya dari cikgu Shida, secara personal me tengok aksi Cikgu Shida ni tak sesuai dengan imejnya yang bertudung. tapi dalam video miming terbaru ni Cikgu Shida dah tanggal tudung! nak tahu die pakai apa, jum tengok...



kalau lah me anak muridnye, sure me segan nak tengok video ni eheh...jangan marah ye Cikgu Shida :D

13:51

Klip Video Seks Ariel Peterpan 82 minit

Salam semua, baru sempat nak update blog. arini me nak cite sikit pasal Ariel Peterpan. Ariel yang sebelum ni cukup kontroversi dikaitkan dengan klip video seks sedang dalam proses perbicaraan. Dalam klip video seks berkenaan, salah satu menunjukkan  Ariel sedang melakukan hubungan seks dengan kekasihnya, Luna Maya, 27, dan satu lagi klip video Ariel melakukan hubungan seks dengan bekas kekasihnya, Cut Tari, 33, yang kini sudah bersuami.

ariel baru Ariel Peterpan Dituduh Sebar Video Lucah, 500 Polis Kawal Elak Rusuhan

Jika disabitkan kesalahan,Ariel Peterpan boleh dikenakan hukuman penjara 12 tahun dan denda sebanyak AS$672,000 (RM2.08 juta). tapi...tapi...tapi Luna Maya dan Cut Tari tidak dikenakan sebarang pendakwaan.


hmmm...me rasa hukuman ni tak cukup setimpal lagi. bayangkan sorang budak perempuan bawah umur dirogol gara-gara video ni. nampak sangat video ni membawa pengaruh negatif kepada orang ramai. tambahan lagi Luna maya dan Cut tari pula terlepas hukuman begitu saja???? heran.....

@: sebab dorang ni artis dan popular dapat 'diskaun' hukuman ringan sikit

November 22, 2010

15:44

(Gambar) Majlis Perkahwinan Elyana Dan Khairul Persis Pasangan Diraja

Salam semua, sebelum ni me dah share gambar majlis akad nikah Elyana Dan Khairul yang diijabkabulkan pada Jumaat lalu. Pada keesokan harinya pula pasangan pengantin baru, Erneelya Elyana Emrizal dan Khairul Anuar Hussin telah diraikan dalam majlis resepsi yang diadakan pada Sabtu, 20 November di Dutches Place, Jalan Ampang, Kuala Lumpur. 







Elyana mengenakan busana kuning 'champage' rekaan Zery Zamy. Busana berkonsepkan Vintej Inggeris dan berperincikan perak itu menjadikan Elyana dan Khairul persis pasangan pengantin diraja. Khairul pula tampak segak berbaju Melayu moden.

Untuk acara memotong kek Elyana mengenakan pakaian bercirikan Inggeris klasik yang dinamakan ‘The White Love’, rekaan Hazwani Osman. Khairul pula memakai suit putih juga daripada pereka yang sama. Persalinan kedua ini digayakan 

@: owh suke tengok baju Elyana, memang seswai :D
12:10

Filem Harry Potter and the Deathly Hallows: Part 1

Salam semua, dalam artikel kosmo!arini filem Harry Potter and the Deathly Hallows: Part 1 berjaya mencatat kutipan sebanyak AS$61.2 juta (RM190.5 juta) pada hari pertama tayangannya. fuhh jauh beza gan filem 2 Alam yang mengutip RM 2 Juta saja. nampaknya dR Rozmey tepaksalah import Pamela Anderson tuk belakon dalam filemnya pasni.





SINOPSIS

Bahagian 1 bermula apabila Harry, Ron dan Hermione berada dalam misi berbahaya untuk menjejaki dan memusnahkan Horcruxes - rahsia keabadian dan kekuatan Voldemort. Tanpa bantuan dari pensyarah mereka serta perlindungan dari Professor Dumbledore, mereka bersatu dan saling memerlukan antara satu sama lain. Tetapi, Dark Forces cuba untuk menentang dan memisahkan mereka.

Sementara itu, dunia sihir telah menjadi tempat yang paling bahaya untuk semua musuh Dark Lord. Peperangan bermula dan Voldemort’s Death Eaters telah merebut kuasa Kementerian Sihir dan juga Hogwarts di mana mereka mengganas dan menahan semua yang menentang mereka.

Harry merupakan satu-satunya harapan untuk menemui Horcruxes sebelum Voldemort menemuinya. Tetapi, semasa Harry mencari petunjuk, Harry telah membongkar satu kisah lama yang hampir dilupakan iaitu Lagenda Deathly Hallows. Sekiranya lagenda itu bertukar menjadi realiti, Voldemort akan mendapat satu kuasa hebat yang di cari-cari selama ini.

Harry tahu yang masa depannya telah ditentukan oleh masa silamnya di mana pada hari penentuan dia akan menjadi "the Boy Who Lived". Bukan sekadar budak lelaki, Harry Potter digambarkan memikul tanggungjawab untuk memusnahkan Voldemort di mana dia telah pun bersedia pada hari pertama dia memasuki Hogwarts.


Trailer Filem Harry Potter and the Deathly Hallows: Part 1

Review Filem Harry Potter and the Deathly Hallows: Part 1

Review:

Harry Potter and Half Blood Prince berakhir dengan Harry Potter dan Albus Dumbledore mendapatkan loket Salazar Slytherin yang palsu dan Severus Snape membunuh Albus Dumbledore.

Harry Potter kali ini bermula dengan pemindahan Harry Potter ke tempat persembunyian iaitu di rumah Weasley. Harry Potter dibantu oleh sahabat2 sejatinya yang meminum Polyjuice Potion dan bertukar menjadi Harry untuk mengelirukan pihak musuh. Malangnya pemindahan tersebut telah diketahui oleh Voldemort dan mereka diserang dalam perjalanan tersebut. Prof Mad-eye Moody dan Hegwid (burng hantu harry) terkorban semasa pemindahan tersebut.
Di rumah Weasley, pekahwinan Bill Weasley dan Fleur Delacour(HP and Goblet of Fire) diadakan. Menteri magik datang berjumpa untuk memberikan wasiat terakhir kepada Harry, Ron dan Hermione. Professor Dumbledore memberikan Deluminator kepada Ron Wiesley, buku The Tales of Beedle the Bard kepada Hermione dan Snitch pertama yang Harry tangkap kepada Harry. Semasa majlis perkahwinan diadakan, mereka diserang oleh Death Eater menyebabkan Hermione, Ron dan Harry menggunakan teknik “Apparate” untuk ke tempat lain.
Semasa di rumah Sirius Black, Harry mendapat tahu bahawa R.A.B adalah Regulus Arctus Black iatu adik Sirius Black. Dan house elf Black, Kreacher memberitahu bahawa loket asal telah dicuri oleh Mundungus Fletcher. Kemudian dilihat Kreacher dan Dobby(HP And Prisoner of Azkaban) datang membawa Mundungus kepada Potter. Mundungus memberitahu bahawa loket tersebut telah diambil oleh Dolores Umbridge (HP Order of Phoenix).
Harry, Ron dan Hermione kemudian menyamar menjadi staf minstry of magic untuk mencuri loket tersebut. Terdapat insiden2 menarik di sini dan mereka berjaya mencuri loket tersebut. Semasa melarikan diri, Ron telah dicederakan teruk. Bermacam2 spell telah digunakan namun loket tersebut tidak dapat dimusnahkan. Loket tersebut kemudian dipakai bergilir2 oleh mereka bertiga.
Semasa, memakai loket tersebut. Ron telah memarahi Hermione dan Harry kerana perasaan cemburu terhadap kerapatan mereka berdua. Ron kemudian bertindak meninggalkan mereka berdua. Semasa tinggal berdua, Harry dan Hermione mendapat tahu bahawa pedang Godric Gryffindor(HP chamber of secret) diperlukan untuk memusnahkan Horcrux. Harry dan Hermione telah pergi ke tempat asal Harry iaitu Godric’s Hollow untuk mencari maklumat tentang pedang tersebut. Malangnya, mereka telah diserang oleh Nagini, ular Voldemort dan menyebabkan wand Harry patah.
Semasa Harry sedang berjaga malam, dia didatangi oleh satu cahaya dalam bentuk kancil yang membawa ke sebatang sungai beku. Pedang Godric Gryffindor terdapat dalam sungai tersebut. Harry bertindak untuk menyelam dan mengambil pedang tersebut memandangkan spell “accio” tidak berhasil. Semasa menyelam loket Salazar Slytherin telah aktif dan bertindak menjauhkan diri dari pedang tersebut dan menyebabkan Harry hampir lemas. Ron datang menyelamatkan Harry dan mengambil pedang tersebut.
Semasa bertindak untuk menghapuskan loket tersebut, bayang Harry dan Hermione telah keluar dari loket tersebut dan menggangu fikiran Ron. Namun, Ron lebih kuat dan berjaya menghapuskan loket tersebut. Ron kembali kepada Hermione dan bercerita bagaimana dia boleh kembali kepada mereka. Ron memberikan satu wand yang diambil dari snatcher kepada Harry. Hermione memberitahu tentang lambang yang mereka selalu lihat kepada Harry dan bertekad ingin pergi ke rumah Ayah Luna Lovegood, Xenophilius Lovegood.
Di rumah Lovegood, Xenophilius memberitahu bahawa lambang tersebut adalah lambang Deathly Hallows. Dia memberitahu tentang kisah “Tales of three brothers” dan mengenai 3 benda ajaib iaitu elder wand milik Dumbledore, resurrection stone (Horcroux kedua yang telah dihancurkan oleh Dumbledore) dan Colak of invisibility yang dimiliki oleh Harry Potter. Jika seseorang memiliki ketiga2 barang tersebut, dia lebih hebat dari death. Kemudian mereka mengetahui luna telah diculik oleh death eater. Dan kemudian Death Eater telah menyerang rumah Lovegood.
Selepas mereka apparate, mereka telah terserempak dengan snatcher dan kemudian membawa mereka kepada Death Eater di rumah Malfoy. Harry dan Ron dikurung dan mereka berjumpa Luna, Griphhok dan Ollivander(HP philosoper’s stone). Sementara Hermione telah diseksa oleh Bellatrix Lestrange. Harry dan Ron telah diselamatkan oleh Dobby. Kemudian mereka telah pergi berlawan dengan Death Eater dan berjaya menyelamatkan Hermione. Semasa Hendak Apparate, pisau Bellatrix telah berjaya mengenai Dobby dan meneybabkan Dobby terbunuh. Dan pada penghujung cerita menunjukkan bahawa Voldemort berjaya mengambil Elder Wand dari kubur Dumbledore.



me memang suke sangat tengok cite Harry Potter, yang ni mesti nak tengok :D
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Total Pageviews

What color theme you prefer?

Follow Us