Breaking

April 28, 2012

08:18

GAMBAR Majlis Nikah Fasha Sandha Dan Jejai


Majlis pernikahan Fasha Sandha, 28 tahun dan Rizal Ashram Ramli (Jejai), 36 tahun telah berlangsung di Hotel Crowne Plaza. Fasha telah selamat bergelar isteri kepada Jejai dengan 2 kali lafaz. Akad nikah telah dilangsungkan oleh ayah Fasha Sandha sendiri di  kira-kira jam 9.45 malam tadi.
gambar nikah fasha sandha jejai
gambar pernikahan fasha dan jejai
gambar pernikahan fasha dan jejai
gambar pernikahan fasha dan jejai
gambar pernikahan fasha dan jejai
gambar pernikahan fasha dan jejai
gambar pernikahan fasha dan jejai
gambar pernikahan fasha dan jejai
gambr pernikahan fasha dan jejai
gambar pernikahan fasha dan jejai
gambar pernikahan fasha dan jejai
gambar pernikahan fasha dan jejai
gambar pernikahan fasha dan jejai
gambar pernikahan fasha dan jejai
gambar pernikahan fasha dan jejai

08:03

KFC punca gadis lumpuh kerana kerosakan otak



SYDNEY, Australia - Rangkaian makanan segera Kentucky Fried Chicken (KFC) diperintah oleh sebuah mahkamah Australia supaya membayar ganti rugi sebanyak AS$8.3 juta (RM25.26 juta) kepada keluarga seorang gadis yang lumpuh kerana kerosakan otak selepas dia memakan hidangan KFC yang tercemar.
Ketika kejadian itu berlaku pada tahun 2005, gadis tersebut, Monika Samaan berusia tujuh tahun.
Samaan, ibu bapa dan saudara lelakinya terpaksa dirawat di sebuah hospital kerana keracunan bakteria salmonella selepas mereka memakan hidangan Twister ayam di sebuah restoran KFC dekat sini.
KFC yang dimiliki oleh Yum! Brands dalam satu kenyataan menyifatkan kes itu sebagai tragis tetapi ia kecewa dan terkejut dengan keputusan itu.
Kenyataan yang sama menyatakan KFC akan membuat rayuan berhubung keputusan berkenaan.
Pada minggu lalu, seorang hakim Mahkamah Agung New South Wales memihak kepada keluarga Samaan dengan menyatakan, KFC telah melanggar tanggungjawab untuk menyediakan penjagaan kepadanya.
Hakim itu kemudian mengumumkan RM25.26 juta sebagai bayaran ganti rugi dan kos perbicaraan tersebut.
Media Australia memetik peguam gadis tersebut, George Vlahakis sebagai berkata, kos rawatan Samaan yang tinggi menyebabkan keluarganya ditimpa masalah kewangan.
"Pampasan itu amat di perlukan oleh mereka," kata Vlahakis. - Reuters
08:01

Pelajar Eropah diculik depan sekolah, Mont Kiara


KUALA LUMPUR – Sepasang suami isteri warga Belanda tidak keruan apabila anak lelaki mereka yang berusia 12 tahun hilang dilarikan dua lelaki di depan Mont Kiara International School di sini semalam.
Dalam kejadian pukul 7.30 pagi, Nayati Shamelin Moodliar (gambar kecil), 12, anak sulung daripada dua beradik, berjalan kaki seorang diri dari rumahnya yang terletak kira-kira 300 meter dari sekolah.
Belum sempat mangsa melangkah masuk ke dalam kawasan sekolah, seorang saksi melihat mangsa ditarik oleh dua lelaki berketurunan India masuk ke dalam kereta Proton Gen2 warna hitam bernombor pendaftaran WNH 1356.
Saksi itu mendakwa, kereta itu menunggu mangsa di satu selekoh yang jaraknya hanya 50 meter dari pintu pagar sekolah.
Bagi menyelamatkan diri, Nayati yang merupakan pelajar pintar melemparkan beberapa keping kertas bagi menarik perhatian orang awam.

April 27, 2012

09:27

BERSIH 3.0- 28 April 2012, Dataran Merdeka


Perhimpunan Bersih 3.0 bakal berlangsung pada 28 April 2012 dengan memberi jaminan hanya duduk dan bantah sahaja di Dataran Merdeka. Ada banyak perkara yang dituntut dalam perhimpunan Bersih 3.0 ni dan salah satunya adalah mahukan pilihan raya yang bersih dan adil. Selain itu Bersih 3.0 juga menuntut agar pembinaan Lynas dihentikan. 


09:17

Semakan Keputusan Tingkatan 6 Tahun 2012


Semakan tawaran untuk kemasukan tingkatan 6 pada tahun 2012 boleh disemak mulai 25 april 2012. Kepada semua calon SPM 2011, anda boleh buat semakan di laman rasmi Kementerian Pelajaran Malaysia. Atau melayari pautan applikasi semakan tingkatan 6 dibawah:


SEMAKAN TAWARAN TINGKATAN 6 SESI 2012
Program tingkatan 6 juga dikenali sebagai Pra Universiti dimana dua program iaitu aliran sains dan juga aliran sastera. Semoga berjaya kepada pelajar sekalian.


09:13

Yuran Pendaftaran Matrikulasi 2012 Dan Tarikh Kemasukan


Berikut adalah yuran pengajian pendaftaran Matrikulasi 2012. Tahniah diucapkan kepada calon yang berjaya mendapat tempat dalam kursus pengajian pra universiti Matrikulasi.
Yuran Pendaftaran Matrikulasi 2012
Yuran Pendaftaran
Jurusan Program Satu Tahun Program Dua Tahun
Sains :RM 550.00 RM 550.00 (tahun pertama)RM 290.00 (tahun kedua)
Perakaunan :RM 480.00
Teknikal :RM 550.00
Yuran pendaftaran Program Matrikulasi bagi Kolej Mara Kuala Nerang dan Kolej Mara Kulim adalah RM 500.00
Tarikh Pendaftaran
Tarikh pendaftaran bagi pengambilan sesi 2012/2013 ialah pada :
28 Mei 2012 bagi PST dan PDT Di Kolej Matrikulasi di semenanjung Malaysia
21 Mei 2012 di Kolej Matrikulasi Labuan
Penangguhan pengajian
Pelajar tidak boleh menangguh pendaftaran. Jika ada sebab yang kritikal dan munasabah, sila mohon daripada Pengarah Kolej anda ditempatkan sebelum hari pendaftaran. Maksimum penangguhan hanyalah 3 hari. Jika melebihi 3 hari, rayuan perlu dibuat kepada Pengarah Bahagian Matrikulasi.
Denda Jika Berhenti Matrikulasi:
Pelajar yang berhenti daripada Program Matrikulasi KPM dikehendaki membayar denda mengikut dasar pelanggaran perjanjian pelajar KECUALI mereka yang berhenti kerana:
a) Ditaja ke luar negara oleh kerajaan, agensi-agensi kerajaan atau pihak-pihak lain yang diiktiraf.
b) Mengikuti program di bawah Bahagian Pendidikan Guru Kementerian Pelajaran Malaysia (luar negara).
c) Mengikuti Program Asasi Undang-Undang, persediaan perubatan, persediaan farmasi dan persediaan pergigian di UiTM.
d) Mengikuti Program Tamhidi Perubatan , farmasi dan pergigian di USIM.
e) Mengikuti program matrikulasi perubatan dan farmasi UIAM.
f) Mengikuti rancangan Skim Pelajar Cemerlang (SPC) oleh MARA untuk ke luar negara.
g) Mengikuti sebarang program peringkat ijazah pertama dalam negara.
h) Masalah kesihatan dengan disokong oleh Laporan Perubatan Hospital kerajaan.
i) Sebab-sebab lain mengikut keputusan mesyuarat.
Selamat mendaftar kepada semua pelajar baru Matrikulasi sesi 2012


09:11

Gambar Zarina Anjoulie Di Cium Lelaki



Gambar Zarina Anjoulie dicium lelaki tersebar di twitter. Zarina Anjoulie memang selalu cetus kontroversi dengan gejala sosial yang dilakukannya. Menurut laman hiburan murai, mereka menghubungi Zarina Anjoulie untuk penjelasan lanjut mengenai gambar Zarina Anjoulie bercium dengan lelaki namun tiada sebarang jawapan.

09:02

Hattan Dapat Gelaran Datuk Dari Sultan Pahang

datuk hattan
Hattan, ataupun nama sebenarnya Mohd Shukri Sahabuddin apabila menerima anugerah Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk sempena ulang tahun keputeraan Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah, yang ke-81 bagi 2011. Tahniah!

April 21, 2012

17:49

Rita Rudaini Tuntut Nafkah Ratusan Ribu Dari Aidil Zafuan



PETALING JAYA: Pelakon Rita Rudaini bakal membuat tuntutan tunggakan nafkah terhadap suaminya, Aidil Zafuan Abdul Razak yang dianggarkan berjumlah ratusan ribu ringgit.
Laporan Utusan Malaysia pada Sabtu menyebut, Rita akan membuat tuntutan untuk kesemua nafkah tertunggak selama empat tahun yang sebelum ini diabaikan oleh Aidil.
Tuntutan itu termasuklah nafkah sara hidup bagi dua anak lelakinya, Airit Rayyan Rizqin, 3, dan Airit Qaqa Arjuna , 1.
"Sepanjang pernikahan, Rita lebih banyak menanggung keluarga, Aidil hanya sekali sekala sahaja mengeluarkan belanja buat anak-anak dan isteri," katanya.
Dalam sebutan kes perceraiannya di Mahkamah Syariah Petaling Jaya yang akan berlangsung pada 30 April ini, pelakon itu dikatakan bakal membuat tuntutan balas tersebut terhadap pemain bolasepak kebangsaan itu.
Pelakon jelita berusia 36 tahun itu sedang berhadapan dengan tuntutan perceraian daripada Aidil, 25
17:43

Shafie Apdal Bayar RM100K setiap kali jumpa Zahida Rafik


Pemandu peribadi pelakon terkenal, Zahida Rafik mendedahkan skandal Menteri Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Shafie Apdal dalam satu laporan polis pada 13 Mac lalu.



Noor Azman Azemi, 38, yang bekerja sebagai pemandu peribadi Zahida sejak tiga tahun lalu mendedahkan skandal itu dalam laporan polis terhadap Zahida yang menuduhnya melarikan wang RM200,00 milik Zahida. 
Tuduhan Zahida terhadap Noor Azman itu pernah dilaporkan sebuah akhbar pada 3 Mac lalu.

Menceritakan dalam laporan itu, Noor Azman berkata, ketika berada di rumahnya di Flat PKNS Ampang, beliau didatangi (tidak dinyatakan tarikh) beberapa orang termasuk dua orang yang memperkenalkan diri mereka sebagai anggota polis yang bernama Hafiz dan Raj.

“Saya diminta Datuk Shafie Apdhal untuk bekerja sebagai pemandu peribadi kepada Zahida untuk memastikan gerak-geri Zahida dapat dipantau. Datuk Shafie dan Zahida mempunyai hubungan intim antara satu sama lain.

“Sayalah antara orang kepercayaan yang dipercayai. Walaubagaimanapun saya diminta Datuk untuk melaporkan segala langkah Zahida kepada Datuk.

“Datuk akan berjumpa dengan Zahida (saya akan memandu dan berurus dengan pemandu Datuk Shafie) secara rahsia di mana-mana hotel sekitar Kuala Lumpur setiap minggu. Pada setiap kali perjumpaan itu Datuk akan menyerahkan wang tunai antara RM100,000 hingga RM200,000.

“Wang tunai tersebut kemudiaanya akan dibawa ke bank oleh saya dan Zahida untuk dimasukkan ke dalam akaun Maybank Zahida di Menara Perkeso Jalan Ampang.

“Pada tarikh 29 Februari 2012, saya tidak diberi apa-apa wang secara tunai dan secara biasa saya tidak pernah diberi wang tunai jumlah besar untuk dimasukkan ke dalam bank tanpa ditemani Zahida.

“Saya hanya dibayar jumlah RM25,693 untuk pembayaran ansuran dua buah kereta mewah dan sebuah banglo di Bukit Indah kepunyaan Zahida,” katanya dipetik dalam laporan polis yang didedahkan oleh Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin di lobi Parlimen hari ini.

Zuraida seterusnya berkata, berdasarkan siasatan yang dilakukannya terdapat beberapa transaksi yang dilakukan menteri itu kepada Zahida di antara Oktober 2011 hingga Januari 2012.

“Pada bulan Oktober 2011 sahaja ada dua transaksi iaitu RM36,000 dan RM26,000. Maknanya pada bulan itu sebanyak RM58,000 tunai yang diambil Noor Azman untuk dimasukkan ke dalam akaun Zahida Rafik.

“Pada November 2011 pula terdapat RM118,000 dan pada Disember pula terdapat RM333,000. Pada Januari 2012 RM510,000. Kalau saya jumlahkan kesemuanya ia lebih kurang RM1.4 juta dalam masa empat bulan menteri itu berikan tunai kepada Zahida Rafik,” katanya.

Selain itu, Zuraida mendedahkan Zahida mempunyai sebuah kereta mewah jenis BMW 6 Series ,Porshe, Toyota Harrier dan juga rumah bernilai RM2.9 juta.

Zuraida kemudiannya mempersoalkan bagaimana menteri itu memperolehi wang tunai sebanyak itu.

“Sebagai menteri beliau bertanggung jawab kepada rakyat Malaysia untuk menjelaskan dari mana sumber wang itu diperolehi untuk diberikan kepada Zahida,” katanya.


17:35

PANAS! Twitter Zahida Rafik Jawab Isu Skandal Dengan Shafie Apdal

Panas! Isu skandal Zahida Rafik dan Menteri Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Shafie Apdal yang didedahkan oleh bekas pemandu Zahida sendiri. Zahida Rafik dikatakan menerima RM1.4 juta dalam tempoh 4 bulan daripada Shafie Apdal.

Berikut adalah “screenshot” yang diambil di laman twitter Zahida Rafik:-


Ramai juga di antara pengguna akaun twitter ingin mendapat kepastian/kesahihan dari Zahida sendiri melalui akaun twitternya:-
Dan tidak kurang juga ada segelintir penguna twitter memberi mesej berbaur sindiran sinis terhadap aktres tersebut:-

April 15, 2012

April 14, 2012

10:53

Agnes Monica bercinta dengan Siwon "Suju", penyanyi Korea


Agnes Monica bercinta dengan Siwon "Suju"
Penyanyi Agnes Monica dikatakan sedang bercinta dengan penyanyi Korea, Siwon, dari kumpulan Super Junior atau lebih dikenali dengan nama 'Suju'.
Baru-baru ini KapanLagi telah melaporkan bahawa pelantun "Matahariku" ini telah tampil di salah sebuah rancangan terkenal di Korea dimana ia menguatkan lagi dakwaan terhadap gosip percintaan mereka berdua.
Penjelasan yang di buat oleh penyanyi berusia 25 tahun ini adalah bahawa dia dan Siwon hanya berkawan sahaja.
Agnes yang mengetahui Super Junior akan datang ke Indonesia, menegaskan bahawa hubungannya dengan Siwon hanyalah bersifat profesional.
"Tiada yang istimewa berlaku di antara kami, kami cuma berbual ketika di belakang pentas. Saya tidak berhubung dengannya melalui laman sosial," jelasnya.
Agnes turut menjelaskan tentang isu Siwon atau nama sebenarnya, Choi Si-won menjadi pengikut di Twitter-nya itu hanyalah perkara kecil, dia sendiri tidak mengetahui akan perkara tersebut setelah diberitahu peminatnya.
"Selepas saya sampai di Indonesia, peminat yang memberitahu Siwon menjadi pengikut saya di Twitter. Saya pun mengikutnya kembali, itu sahaja," ujarnya.
10:50

Siti Saleha bercinta dengan penjaga gol Sabah


JIKA pemain bola nombor satu negara yang kini menjadi ayam tambatan kelab Pelita Jaya di Indonesia, Safee Sali baru sahaja sah bercerai talak satu dengan isterinya, Sabrina Yusof dan tidak lama dulu penjaga gol Kelantan yang juga penjaga gol kebangsaan Khairul Fahmi Che Mat gempar dengan isu putus tunangnya bersama Elia, lain pula halnya dengan penjaga gol Sabah, Syed Adney Syed Hussein.

Benar, mungkin Adney tidak sepopular Safee atau Khairul Fahmi. Dan apa halnya pula tiba-tiba nak cerita tentang Adney. Memang kena cerita sebab Adney kini sedang hangat bercinta dengan seorang pelakon cantik, Siti Saleha. Aktres cantik Siti Saleha ini merupakan pemegang karakter Nora Elana dalam drama TV popular “Nora Elana” yang disiarkan tahun lalu.

Hal itu disahkan sendiri oleh Saleha. Katanya dia kini sedang bercinta dengan Syed Adney yang juga merupakan adik kepada pelakon Sharifah Sofea. Ia juga bagi menjernihkan salah faham segelintir pihak yang mendakwa kekasihnya merupakan penjaga gol Kelantan.

“Dia merupakan penjaga gol negeri Sabah, bukan Kelantan seperti ada yang salah anggap,” ujar Saleha tanpa berselindung sewaktu ditemui di set penggambaran filem terbaru lakonannya, “KL Zombie” di bawah arahan Woo Ming Jin. 

Menariknya hubungan mereka bukan pertama kali terjalin sebagai kekasih, tetapi ini adalah hubungan cinta kali kedua buat mereka berdua.

“Kami pernah bercinta dan hubungan itu putus, tetapi kini kami kembali menjalin hubungan kerana masih mempunyai perasaan sayang lagi di antara satu sama lain,” luah Saleha yang juga memberitahu hubungan dia dengan keluarga Adney juga rapat terutama hubungannya dengan ibu Adney.

Baru berusia 22 tahun, kata Saleha walaupun hubungan kali kedua ini lebih serius berbanding yang pertama dahulu, namun dia tidak terfikir ke arah perkahwinan. Apa yang menjadi fokus buat mereka adalah kerjaya yang semakin berkembang.

“Kami sama-sama sibuk dan tidak terfikir tentang itu lagi. Walaupun sibuk dan jarang berjumpa, kami selalu berhubung dengang menggunakan teknologi masa kini seperti Skype," katanya lagi.
Tambahnya lagi sikap Adney yang begitu terbuka dan memahami kerjayanya sebagai seorang artis membuatkan dia selesa bercinta dengan jejaka tersebut.

Ditanya mengapa dia begitu terbuka bercerita tentang hal cintanya, ujar Saleha tidak ada apa yang perlu disembunyikan, namun tegasnya dia tahu di mana batasan untuk dia berhenti bercerita tentang kisah peribadinya kepada umum.

Sementara itu pada perkembangan lain, adik kepada vokalis grup Bunkface, Sam itu kini sedang sibuk menjalani penggambaran filem terbarunya, “KL Zombie” bersama Zizan “Raja Lawak”, Faezah Elai dan ramai lagi. 

Ujarnya: “Saya agak teruja kerana terbabit dalam filem ini kerana ada adegan lasak yang harus saya lakukan sendiri sehingga lebam-lebam badan, tapi saya puas.”
10:27

SADIS! Ajal selepas jumpa tunang, polis maut digilis lori


BUKIT MERTAJAM – Hasrat murni seorang anggota polis untuk mengikat tali pertunangan dengan gadis pilihannya hujung Mei ini berkecai apabila dia maut selepas menjadi mangsa langgar lari oleh sebuah lori satu tan di Jalan Permatang Tinggi dekat sini kelmarin.
Kejadian pukul 8.45 malam itu mengakibatkan anggota polis dari Balai Polis Machang Bubok, Konstabel Nan Ruazlan Zulkefle, 23, maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan badan. Nan Ruazlan merupakan anak kelahiran Felda Kahang Barat, Kluang, Johor.
Kemalangan itu berpunca apabila Nan Ruazlan yang sedang meronda bersama seorang rakan dengan menunggang dua buah motosikal terserempak dengan sebuah kereta jenis Proton Saga dalam keadaan mencurigakan.
Ketika hendak berhenti selepas memintas kereta itu, pemandunya yang merupakan seorang lelaki telah memecut laju hingga bergesel dengan motosikal mangsa.
Akibatnya, mangsa terbabas lalu melanggar pembahagi jalan hingga menyebabkan Nan Ruazlan terpelanting di atas jalan sebelum dia digilis sebuah lori.
10:23

Guru boleh sambung Ph.D di 5 sekolah terpilih


JOHOR BAHRU – Guru yang berhasrat menyambung pengajian ke peringkat doktor falsafah (Ph.D) kini boleh mengikuti pengajian di lima buah sekolah terpilih di negara ini.
Program Ph.D yang julung-julung kali diadakan itu turut membabitkan pembinaan makmal khas di lima buah sekolah terpilih dengan kerjasama Kementerian Pelajaran dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM).
Sebanyak 100 tempat bakal ditawarkan kepada guru pada peringkat awal.
Naib Canselor UTM, Prof. Datuk Zaini Ujang berkata, kelima-lima buah sekolah terlibat terletak di Johor, Negeri Sembilan, Perak, Selangor dan Kuala Lumpur.
Sebelum itu, menurutnya, UTM telah diberi kepercayaan daripada Kementerian Pelajaran bagi mengendalikan program berkenaan.
“UTM menyediakan penyelia bagi kesemua guru terlibat dengan setiap sekolah dibahagikan kepada 20 pelajar.
“Sebanyak RM80 juta diperuntukkan dan setiap sekolah menerima sebanyak RM50,000 bagi tujuan naik taraf makmal,” katanya.
10:17

Gambar Adlin Aman Ramli Dan Rantai Salib Adalah Superimpose!

Gambar pengkritik tetap Akademi Fantasia, Adlin Aman Ramli memakai rantai yang ada lambang salib? Gambar ini diambil ketika Konsert AF minggu ke-6 yang lalu. Kalau dilihat dari jauh memang nampak macam lambang salib atau ada orang yang nak kenakan Adlin dan buat superimpose!


kalau korang perati betul2 gambar 1 dan 2, separuh rantai tu berada kat bahagian dalam baju Adlin, manakala gambar ketiga dah terkeluar sepenuhnya pula sedangkan ia hanyalah di zoom. so tak mustahil ni adalah sekadar gambar superimpose!
10:09

KEJAM! Amah dikurung sampai mati dalam stor barang


BUKIT MERTAJAM – Sepasang suami isteri dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini semalam atas pertuduhan dengan niat bersama membunuh seorang amah warga Kemboja pada 1 April lalu.
Soh Chew Tong, 43, dan isterinya Chin Chui Ling, 41, dituduh dengan niat bersama melakukan kesalahan itu terhadap Mey Sichan, 24, seorang warga Kemboja di premis bernombor 2190 Taman Asas Murni, Jalan Bukit Minyak di sini pada 1 Januari hingga 1 April.
Kedua-dua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.
Mereka yang diwakili peguam bela, Michael KL Chee hanya tunduk ketika pertuduhan dibacakan.
Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan.
Majistret Chiang Kian Hong menetapkan pada 7 Jun depan untuk sebutan semula kes.
Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nurdeenie Abdul Rashid.
Difahamkan, tiga pekerja pasangan itu, termasuk seorang wanita, dibebaskan dan menjadi saksi pendakwaan.
Akhbar pada 5 April lalu melaporkan mayat Mey Sichan ditemui di atas katil di dalam sebuah stor barang di tingkat dua premis perniagaan milik kedua-dua tertuduh.
10:02

Status Permohonan MyPR Aaron Aziz Tidak Lulus


Pada Rabu lalu, industri hiburan tempatan dikejutkan dengan satu berita gembira buat para peminat Aaron apabila pelakon kelahiran Singapura itu membuat kenyataan permohonan MyPR telah diluluskan dan ia akan diambil pada bila-bila masa.
Bagaimanapun, pada hari yang sama, Aaron tampil membuat penjelasan dia belum mendapat sebarang kelulusan berkaitan MyPR lagi, namun, mengakui dia ada bercakap gurau seperti yang diperkatakan dengan seorang teman wartawan yang dikenalinya itu.

"Saya kesal apabila kata-kata gurau bersama seorang teman wartawan disalah anggap dan terus menjadi satu berita yang besar di akhbar pada keesokan harinya.
"Oleh itu, pengajaran untuk saya di masa akan datang ialah, jangan bergurau dengan wartawan, kerana ia mungkin akan menjadi satu isu yang serius nanti," katanya 
Kata Aaron, pada kejadian tersebut, dia dan temannya itu sedang rancak berbual mengenai kemenangannya sebagai Bintang paling popular ABPBH 2011 (Anugerah Bintang Paling Popular Berita Harian 2011) selain isu kritikan daripada aktor Zed Zaidi yang tidak puas hati dengan kemenangannya itu dan hal tersebut mungkin membuatkan dia teruja untuk berbicara mengenai isu permohonan MyPR itu.
"Tak sangka selepas kemenangan yang diperoleh, dua kontroversi tercetus sekaligus. Dan ia merupakan cabaran yang paling berat perlu dilalui sepanjang saya bergelar pelakon.
"Malah isteri saya turut terkena tempiasnya apabila ramai yang bertanyakan tentang hal itu," katanya yang kini sedang sibuk dengan penggambaran drama Adam dan Hawa.

April 13, 2012

17:32

Gambar Semasa Gempa Bumi Aceh 11 April 2012


Gambar Detik Cemas Gempa Bumi Aceh 11 April 2012. Gempa bumi berukuran 8.9 magnitud menggegar Aceh pada jam 4.38 petang waktu Malaysia. Tiada kematian atau kemalangan jiwa dilaporkan berikutan Tsunami tidak berlaku. Malaysia terutamanya di pantai barat semenanjung malaysia merasai gegaran daripada gempa bumi tersebut. Amaran Tsunami di Malaysia juga telah ditarik balik.

Gambar Gempa Bumi Banda Aceh
Photobucket
Gambar Sekitar Pulau Pinang Malaysia

Gambar Sekitar Thailand
Photobucket
Photobucket


Sumber: melvister.com 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Total Pageviews

What color theme you prefer?

Follow Us