Breaking

January 15, 2011

10:22

(Gambar) Majlis Kahwin Rabecca Nur Islam

Tahniah buat Rabecca Nur Al-Islam, 25, yang selamat diijabkabulkan dengan peguam, Nor Azam Sulaiman, 43.
Rabeca menerima mas kahwin RM333.33 bersama 13 dulang hantaran bagi pihak lelaki dan 15 dulang dibalas oleh pihak perempuan. Kedua-dua mempelai mengenakan pakaian berwarna putih rekaan Calvin Thoo
Majlis resepsi perkahwinan mereka akan diadakan pada hari ni di Hotel Flamingo, Ampang berkonsepkan Inggeris dan di Menara Kuala Lumpur pada Ahad (esok).
@: 43-25=18 tahun! taste artis biaseny lelaki berusia dan kayo...tu penting
kredit: mstar

January 13, 2011

09:56

Top 5 Finalis ABPBH 2010

Baru je habis gan AJL, skang giliran Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2010 pulak.. nak tahu artis fevret korang tercalon ke tak jum tengok senarai Top 5 finalis ABPBH 2010
  • PENYANYI LELAKI POPULAR
01.     Aizat

02.     Anuar Zain
03.     Black
04.     Faizal Tahir
05.     Shahir
  • PENYANYI WANITA POPULAR

06. Adira
07. Ana Raffali
08. Alyah
09. Stacy
10. Yuna
  • ARTIS DUO/BERKUMPULAN POPULAR

11. Ana Raffali/Sohaimi Mior Hassan/Altimet
12. Azlan & The Typewriter
13.  Bunkface
14. Meet Uncle Hussain
15. 6ixth Sense
  • PENYANYI NASYID POPULAR

16. Hijjaz
17. Inteam
18. Mirwana
19. Rabbani
20. Raihan
  • PELAKON TV LELAKI POPULAR

21. Aaron Aziz
22. Ady Putra
23. Fizz Fairuz
24. Remy Ishak
25. Shaheizy Sam
  • PELAKON TV WANITA POPULAR

26. Fasha Sandha
27. Lisa Surihani
28. Noorkhiriah
29. Scha Alyahya
30. Tiz Zaqyah
  • ARTIS BARU LELAKI POPULAR

31. Daus
32. Maulana
33. Shahir
34. Sharnaaz Ahmad
35. Shahz Jaszle
  • ARTIS BARU WANITA POPULAR

36. Adira
37. Ana Raffali
38. Mizz Nina
39. Nurul Elfira Roy
40. Nur Syuhaida@Dottie
  • ARTIS KOMEDI LELAKI POPULAR

41. Along
42. Angah
43. Johan
44. Nabil
45. Zizan
  • ARTIS KOMEDI WANITA POPULAR

46. Didie Alias
47. Kenchana Dewi
48. Noorkhiriah
49. Raja Azura
50. Sharifah Shahirah
  • PELAKON FILEM LELAKI POPULAR

51. Aaron Aziz
52. Bront Palarae
53. Remy Ishak
54. Shaheizy Sam
55. Syamsul Yusof
  • PELAKON FILEM WANITA POPULAR

56. Diana Danielle
57. Lisa Surihani
58. Liyana Jasmay
59. Maya Karin
60. Scha Alyahya
  • PENGACARA TV LELAKI POPULAR

61. Ally Iskandar
62. Awal Ashaari
63. Aznil Nawawi
64. Jimmy Shanley
65. Zizan
  • PENGACARA TV WANITA POPULAR

66. Cheryl Samad
67. Fara Fauzana
68. Nurul Syuhada
69. Raja Azura
70. Sharifah Shahirah
  • PENYAMPAI RADIO LELAKI POPULAR

71. Aznil Nawawi
72. Faizal Ismail
73. Halim Othman
74. Kieran
75. Salih Yaakob
  • PENYAMPAI RADIO WANITA POPULAR

76. Abby Fana
77. Fara Fauzana
78. Linda Onn
79. Raja Azura
80. Sharifah Aleya

@: harap keputusan ABPBH tak dipertikaikan cam AJL, dah nama pun undi~

January 12, 2011

10:48

Siti Nurhaliza Dah 32 Tahun,Tetap Gojes!

Baru2 ni  Datuk Siti Nurhaliza menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-32 di JW Mariot Kuala Lumpur. dah masuk 32 tahun, tapi still nampak muda remaja ahaks...


apa kata ct;


"Alhamdulillah saya bersyukur dengan apa yang diperolehi kini. Sebolehnya saya mahu memperbaiki lagi diri saya untuk menjadi yang lebih baik daripada sebelumnya.Saya berharap saya mampu memperbaiki beberapa perkara dalam hidup seperti kerjaya saya, baik dalam bidang seni mahu pun perniagaan.
"Dari segi peribadi, saya mahu menjadi seorang wanita, isteri dan anak yang baik,"


@: moga tahun ni ct dapat baby y comel yek...

January 10, 2011

00:40

Keputusan Penuh Anugerah Juara Lagu Ke-25

Baru kejap tadi tengok Anugerah Juara Lagu Ke-25, memang mantap juga performance artis2 yang bertanding. tapi keputusan AJL kali ni agak diluar jangkaan uhuh...


  • Persembahan Terbaik: Hanyut, Faizal Tahir
  • Vokal Terbaik: Noktah Cinta, Hafiz AF
  • Tempat Ketiga AJL25: Noktah Cinta, Hafiz AF
  • Naib Juara AJL25; Drama King, Meet Uncle Hussain dan Black
  • Juara AJL25: Tolong Ingatkan Aku, Ana Raffali


@: Ana Raffali Juara?

January 8, 2011

11:25

Klip Video Jiran Terlampau | Anak Diperkosa Duda

Salam semua, sebelum ni akhbar Metro ada memaparkan berita berkenaan klip video dua beradik terlampau. hari ni pula keluar artikel klip video jiran terlampau. mungkin ada yang kata ni semua taktik nak lariskan akhbar tak pun sengaja nak tarik minat pembaca suh beli. 


tapi kite amek dari sudut positif ye...sebenarnya benda2 camni boleh sedarkan kite yang dunia sekeliling memang tak selamat, even kat rumah sendiri. jiran sebelah pagar tu pun belum tentu baik ke tak. muka nampak innocent tapi dalam hati banyak seytan ahah ganaz tue

Artikel klip video jiran terlampau

Berita Penuh~Metro

TEMERLOH: Seorang bapa terkejut sebaik menonton klip video yang memaparkan anak perempuannya diperkosa seorang duda warga emas yang juga jirannya di sebuah rumah di Taman Seri Kuala Krau.

Kejadian dipercayai berlaku pada 2009 apabila duda berusia 66 tahun itu memanggil mangsa berusia 19 tahun setiap kali remaja terbabit mahu ke kedai apabila terpaksa melalui depan rumah suspek sebelum dipujuk masuk ke dalam rumah.
Difahamkan, suspek yang tinggal seorang diri selepas kematian isteri sejak empat tahun lalu dipercayai merogol mangsa yang mengalami masalah mental lebih daripada tiga kali dan dia dikatakan turut merakam aksi berkenaan menggunakan telefon bimbit.

Perbuatan keji itu terbongkar selepas rakaman berkenaan tersebar hingga ke Felda Jenderak Utara dekat sini, sebelum rakan kepada bapa mangsa mengecam wajah remaja terbabit sebagai anak kenalannya.

Berikutan itu, dia memaklumkan mengenai penyebaran klip video itu kepada bapa mangsa yang bekerja sebagai buruh sebelum lelaki berkenaan yang terkejut dengan berita itu bertindak mencari penyebar rakaman terbabit dan menemui seorang lelaki yang masih menyimpan rakaman itu sebelum menyaksikannya sendiri.

Bapa mangsa yang berusia 40-an memberitahu mengenai klip video berkenaan kepada isterinya sebelum mereka membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Temerloh pada 29 Disember lalu.

Sementara itu, Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Md Nor Mansor, ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian terbabit.

Menurutnya, susulan laporan bapa mangsa, duda terbabit ditahan di rumahnya pada 30 Disember lalu sebelum dibawa ke IPD Temerloh bagi membantu siasatan.

Katanya, pada masa sama, mangsa yang juga anak sulung daripada tiga beradik dipercayai mengalami masalah mental dan dihantar ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas) untuk pemeriksaan lanjut.

Md Nor berkata, polis turut merampas telefon bimbit yang mempunyai rakaman aksi berkenaan dan dihantar ke bahagian forensik Ibu Pejabat Polis Bukit Aman untuk pemeriksaan lebih teliti dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.



@: ramai orang takut hantu tapi orang perangai cam hantu lagi menakutkan uhuh

January 4, 2011

21:06

Keputusan MUET Keluar Khamis Ini | Cara Semak Keputusan MUET

Keputusan Malaysian University English Test (MUET) Akhir Tahun 2010 akan dikeluarkan pada Khamis ini, kata Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM).


Calon boleh menyemak keputusan ujian melalui Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) mulai 12.01 tengah malam Khamis dengan menaip: 
“MUET No. Kad Pengenalan” hantar ke 15888 atau 36363
 .
atau dengan melayari laman web MPM di http://ww.mpm.edu.my mulai 9 pagi pada tarikh tersebut.

@: korang dapat band bape muet? me dapat band....dage je muehehe
15:13

Safee Sali Jadi The Rock Malaysia?

Disebabkan mud nak menulis dah datang, kali ni me nak wat entry pasal Safee Sali pula. pasti korang dah kenal striker malaysia yang banyak menyumbat gol dalam perlawanan Piala Suzuki AFF dan meletakkan negara sebagai juara setelah 14 tahun.

so apa kena mengena Safee Sali dengan The Rock yang main gusti dalam WWE tu? jum tengok gambar bawah ni...


ahah agak2 Saffe Sali leh jadi The Rock M'sia tak?


14:37

(Video) Karam Singh Walia Hina Orang Melayu?

Wartawan TV3, Karam Singh Walia memohon maaf selepas mengeluarkan kata2 berunsur penghinaan terhadap orang Melayu.





Berita Kosmo!


SHAH ALAM – Seorang wartawan terkenal sebuah stesen televisyen swasta terpaksa melalui detik mencemaskan akibat dikepung sekumpulan lelaki yang marah dengan tindakannya yang didakwa mengeluarkan kata-kata berunsur penghinaan terhadap orang Melayu.

Dalam kejadian di sebuah restoran di Klang dekat sini beberapa hari lalu, wartawan yang sering muncul di kaca televisyen dengan laporan isu alam sekitar itu mengaku telah mengeluarkan beberapa perkataan yang boleh membangkitkan isu perkauman.

Antaranya wartawan itu mengaku ada menyebut orang Melayu bukan berasal dari Malaysia atau Indonesia serta tidak pintar.

Dia yang dipercayai mengeluarkan perkataan tersebut ketika dalam keadaan mabuk mengakui telah tersalah cakap hingga boleh menimbulkan salah tafsiran.

Berikutan itu, dia memohon maaf daripada kumpulan lelaki berkenaan serta seluruh masyarakat Melayu di negara ini.

Wartawan tersebut sebelum ini menarik perhatian orang ramai dengan pendedahan berani berhubung isu pencemaran alam sekitar.

menurut Ketua Pegawai Operasi TV3, Ahmad Izham Omar;
"TV3 akan menentukan tindakan lanjut setelah segala siasatan (berhubung perkara itu) selesai dijalankan."


@: die dah minta maaf, maafkan je lah...

January 3, 2011

21:58

(Gambar) DJ Daniel Mirip Khairul Fahmi? yeke...

Selepas menang Piala Suzuki AFF, nama penjaga gol malaysia Khairul Fahmi terus jadi sebutan dah macam artis gamaknye..pastu ade yang kata Khairul Fahmi ni mirip VJ Daniel Mananta kat Indonesia..yeke?


antara komen DJ Daniel dalam twitternya;
"Hati-hati penjaga gol Malaysia. Tahun depan saya yang akan maju," 


@:  agak2 korang mirip tak? ade lah kut sipi2...(sendiri tanya sendiri jawap huhu)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Total Pageviews

What color theme you prefer?

Follow Us