Breaking

November 18, 2023

11:53

Ustaz Azhar Idrus Tegur 'Kakak' Tudung – “Haram! Allah Laknat Mereka”

 Sebelum ini, tular tentang seorang lelaki yang menjadi seller di TikTok shop dan dia sendiri dilihat menjadi model menggayakan tudung dijualnya.

Tindakan lelaki ituPerka mengundang kritikan dan persoalan di media sosial apabila warganet menegur ramai orang yang terhibur atau suka melihatnya.




Perkara itu turut mendapat perhatian pendakwah terkenal, Ustaz Azhar Idrus yang tampil menjelaskan tentang hukum agama berkaitan tindakan lelaki berkenaan.

Menerusi sebuah video di TikTok, dia berkata haram hukumnya bagi lelaki memakai tudung meskipun ia untuk tujuan berniaga.

Allah laknat lelaki pakai pakaian perempuan, tak boleh. Pakaikan pada patung. Tak usah pakai pada lelaki, awak lelaki buat apa pakai tudung.

UAI turut menambah bahawa lelaki hanya dibolehkan memakai tudung ketika darurat seperti jika dirompak atau disamun dan pakaian sudah diambil sehingga telanjang.

Dengar penjelasan lanjut UAI:

11:42

Nabila Razali Sah Isteri Nik Iruwan Dengan Sekali Lafaz, Wang Hantaran Dirahsiakan – Isu pegang tangan terus senyap

 Hanya dengan sekali lafaz, penyanyi Nabila Razali sah bergelar isteri kepada usahawan, Nik Iruwan Nik Izani pada jam 10.11 pagi, hari ini.

Pasangan tu dinikahkah oleh jurunikah, Ustaz Fawwaz dalam satu majlis yang diadakan di The Chateau Spa & Wellness Resort hanya dihadiri ahli keluarga dan teman rapat.





Nabila menerima mas kahwin bernilai RM22.50 namun wang hantaran daripada pihak lelaki bagaimanapun dirahsiakan. Penyanyi berusia 31 tahun itu mengucapkan terima kasih kepada semua yang mendoakan agar urusan hari bahagianya itu dipermudahkan.

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi majlis pernikahan berjalan dengan lancar.

Majlis kecil bertemakan English Wedding itu dihadiri kira-kira 250 orang tetamu dan difahamkan pasangan pengantin baru berkenaan akan diraikan dalam majlis resepsi petang ini, di lokasi yang sama.

Rakan selebriti yang akrab dengan Nabila seperti Amira Othman, Hael Husaini, Wany Hasrita, Ara Johari dan Sissy Iman turut hadir memeriahkan majlis.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Total Pageviews

What color theme you prefer?

Follow Us