Breaking

July 7, 2011

DRAMA HILANG Di Slot Ratu TV9 | Sinopsis Hilang


Drama Hilang kini sedang ditayangkan di Slot Ratu TV9 bermula 5 Julai lalu. antara pelakon drama Hilang ialah Rozita Che Wan bersama adik kesayangannya, Ayu Raudah, di samping Zul Ariffin dan adik Mya Sara. Drama 15 episod ini ditayangkan pada setiap Isnin dan Selasa, jam 8.30malam di tv9.


Sinopsis DRAMA HILANG

‘Hilang’ mengisahkan tentang keluarga Salina dan Salimah (Rozita Che Wan dan Ayu Raudah), dua saudara yang begitu akrab. Salina dan Azrul merupakan pasangan kekasih dan akhirnya mereka telah melangsungkan perkahwinan. Walaupun telah beberapa bulan berkahwin, kepercayaan Salina terhadap suaminya Azrul kian pudar kerana Azrul sering diganggu oleh setiausahanya bernama Malina (Julia Ziegler) dan Salina risau jika Azrul tergoda dengan pujuk rayu Malina.

Suatu hari, Salina mendapat tahu dirinya mengandung. Ini membuatkan seluruh keluarganya berasa gembira tetapi Malina pula berperasaan sebaliknya. Ketika kandungan Salina berusia tujuh bulan, Salina terlibat dengan kemalangan ketika pulang dari berjalan-jalan bersama Azrul. Akibat kemalangan tersebut, Salina telah hilang ingatan dan anak di dalam kandungannya terpaksa dikeluarkan tidak cukup bulan. Setelah keadaan Salina pulih, dia dimasukkan ke dalam wad mental.

Azrul tidak tentu arah dan dia bernasib baik kerana Fauziah, ibu mertuanya serta Salimah membantunya menguruskan anaknya yang ‘kehilangan’ ibu itu. Fauziah amat bersyukur kerana Salimah sanggup menjaga Rina, anak kakaknya itu.

Salimah mempunyai teman lelaki tetapi apabila Fauziah meluahkan hasrat hatinya untuk mengahwinkan Salimah dengan Azrul, Salimah berasa serba salah. Namun, demi kakak tersayang, Salimah telah mengorbankan cintanya. Ini membuatkan Malina semakin berdendam kerana usahanya untuk memikat dan menggoda Azrul tidak menjadi.

Ketika menghadiri mesyuarat, Azrul mendapat panggilan daripada hospital mengatakan bahawa ingatan Salina telah pulih. Azrul, Salimah dan Fauziah amat gembira namun pada masa yang sama risau kerana tidak tahu bagaimana hendak menerangkan kepada Salina keadaan terkini keluarga mereka.

Jangan ketinggalan untuk menyaksikan drama ‘Hilang’, pada setiap Isnin dan Selasa, jam 8.30malam, hanya di saluran TV9, Di Hatiku.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Total Pageviews

What color theme you prefer?

Follow Us