Breaking

June 30, 2011

19:34

Salleh Yaakob utamakan isteri barunya, 3 isteri lain terasa hati

Sejak Salleh Yaakob berkahwin dengan isteri keempat yang cun lagi bergetah, Samihah Sheikh Amy (Emi), 25 ada yang mengatakan die lebih mengutamakan isteri barunya tu, betul ke? tambahan lagi Emi lebih menonjol berbanding tiga isteri yang lain.



"Lagipun, bukan saya yang mahu tonjolkan Emi, pihak media yang kerap bertanyakan tentang dia, saya jawab macam biasa. Malah mereka (media) juga ada membuat temu bual dengannya," kata Salih


bukan tu aje, kalo sebelum ni pegi mana-mana majlis or event jarang pula Salleh Yaakob membawa bersama isterinya, tapi berbeza dengan Emi asyik dibawa ke sana ke mari.

June 29, 2011

09:57

(Video) Iklan Kit Kat Hang Tuah tak sesuai dengan imej Dato' M.Nasir?

Sape ade tengok iklan Kit Kat? ala yang M. Nasir jadi Hang Tuah tu. bile first time tengok iklan tu siyes rase pelik. eh biar betul Dato' M.Nasir yang berlakon dalam iklan ni, agak kurang sesuai dengan imejnya seorang composer terkenal dan berpengaruh dalam industri muzik negara.

dan nampaknye bukan me aje yang rase macam tu, sampaikan press tanya kat M. Nasir sendiri



menjawab isu tu Dato' M.Nasir berkata
“Itu kerja. Mungkin sebab imej serius M.Nasir itu sudah melekat di ingatan masyarakat.”
“Pihak Kit Kat rasa saya sesuai.Sebab itu mereka memilih saya.”

tu namanya sikap yang profesional, even dah femes tapi masih boleh melakonkan watak yang  bersahaja dan lawak. bukan macam sesetengah artis, baru nama naik siket dah berlagak diva tak nak pegang watak cikai2..eheh sapo lah tu

June 28, 2011

20:46

Perang Twitter Fasha & Iqram, taktik naikkan rating Dewa Cinta

tak habis2 lagi rupanya perang antara Fasha Sandha dan Iqram Dinzly, hero dan heroin Dewa Cinta di tv3. lepas kecoh pasal Iqram yang sampai lewat ke lokasi penggambaran, skang masing2 ego nak mengaku kononnye sape yang minta maaf dulu.



mungkin ni cara pelakon nak promosikan drama Dewa Cinta yang tengah ditayangkan skang. bagus juga taktik ni yer, bile dah banyak kontroversi antara hero gan heroin pasti ramai lagi yang nak nonton drama ni. rating pun naik mencanak, tak gitu? eheh gurau ajork

antara komen Fasha di twitternya...
16:26

(Gambar) Majlis Cukur Jambul Baby Kembar Sazzy

Selepas majlis Aqiqah,  Sazzy Falak dan suami, Nazril Idrus mengadakan  majlis cukur jambul buat anak kembar mereka, Imaan Lily dan Tiara Rose.



“Alhamdulillah, setakat ini bagus. Menjadi ibu merupakan satu pengalaman yang menakjubkan. Sazzy sangat terharu dan masih tak percaya sudah bergelar ibu. Orang selalu cakap jika jaga anak kembar susah, sebenarnya tidak.  
tambah Sazzy lagi tak susah nak bezakan baby kembar ni, apa yang bezanye tu...
11:10

Pencarian bakat K-Pop Malaysia

Sebut aje K-Pop pasti dah terbayang artis Korea yang lincah menari dengan muzik pop. buat mereka yang dah lame memendan rase nak jadi 'k-pop malaysia', tu bukan mimpi lagi sebab korang boleh menyerlahkan bakat di K-Pop Hitz Talent Show. 


kalo sebelum ni ade group yang feeling2 K-Pop seperti 24;7 dan Gula-gula kene hentam oleh certain blogger, me jamin pasni takde yang kutuk2 korang kalo join talent show ni.

Sebanyak empat sesi uji bakat akan dijalankan setiap hari Sabtu bermula 18 Jun lalu di Wangsa Walk, Berjaya Times Square (25 Jun), The Curve (2 Julai) dan SACC Mall, Shah Alam (9 Julai)
10:13

(Gambar) Baby Jimmy Shanley, Zahrah Shanley

Sebelum ni kisah pergolakan rumahtangga Jimmy Shanley menarik perhatian ramai, apa taknya baru beberapa bulan kahwin dah tak duduk sebumbung. tapi tu citer lama, skang Jimmy dan isterinya tengah gembira menyambut kehadiran puteri sulung mereka Zahrah Shanley.
gambar anak jimmy shanley

Zahrah Shanley telah dilahirkan dengan berat 2.2 kilogram di hari Jumaat lepas di Putra Medical Centre, Sungai Buloh.  

June 24, 2011

13:17

(Gambar) Kad Kahwin TOMOK Berkotak Baldu

Kad Kahwin Penyanyi Tomok Sangat Romantis!


dah jadi trend para artis mengguna design yang menarik dan kreatif tuk kad kahwin mereka. tu baru kad kahwin, majlisnya nanti pasti lagi meriah. kalau sebelum ni kad jemputan dari Noh Hujan dan Mizz Nina direka dalam bentuk baju tradisional pasangan lelaki dan wanita Jepun.

Kali ni kad kahwin Tomok yang juga vokalis kumpulan New Boyz pun tidak kurang juga hebatnya. Dua kad yang mengandungi kad untuk majlis pernikahan dan majlis resepsi telah dimasukkan dalam sebuah kotak baldu berwarna kuning diraja.

Bila kotak itu dibuka, tertera nota muzik lagu Bagaikan Bidadari hasil ciptaan Tomok sendiri dan ditujukan untuk bakal isterinya yang tercinta, Ayu.
Kad berwarna purple lavender dan putih itu adalah untuk majlis pernikahan mereka yang bakal diadakan pada 1 Julai 2011. Manakala kad berwarna merah putih pula adalah untuk majlis resepsi mereka pada 9 Julai 2011.


sumber:murai
07:22

Malaysia Layak ke Pusingan Akhir Kelayakan Olimpik 2011, benam Lubnan 2-1

Skuad Olimpik Malaysia berjaya menundukkan pasukan Olimpik Lubnan 2-1 pada perlawanan timbal balik di Stadium Nasional Bukit Jalil, Khamis.
Dengan kemenangan ini bermakna pasukan Malaysia mara ke pusingan akhir kelayakan Olimpik peringkat kumpulan yang membabitkan 12 pasukan dalam usaha meraih tiket ke Sukan Olimpik 2012 di London.
Pada perlawanan pusingan pertama di Beirut Ahad lalu, kedua pasukan terikat seri 0-0.
Pasukan Malaysia pernah layak ke Olimpik pada 1972 dan 1980 (Moscow).

June 23, 2011

19:30

(Gambar) Datuk Dr Sheikh Muszaphar Bakal Timang Anak

Lama tak dengar citer angkasawan negara, Dr Sheikh Muszaphar or Dr SMS. lepas majlis perkahwinan yang sangat grand ngan isteri Dr Halina, kini Dr Sms dah tak sabar nampaknya dan sangat teruja nak menimang anak sulung mereka.


manis sungguh wajah Dr Halina, seri bakal ibu lah katakan

Sheikh Muszaphar dan isteri enggan membuat imbasan jantina anaknya kerana katanya;
"Saya mahu anak lelaki dan isteri mahu anak perempuan, jadi kami ambil keputusan untuk menjadikan jantina anak ini sebagai kejutan pada kami bila dia lahir nanti
"Memang tak sabar nak lihat bayi ini lahir, dan kami sendiri dah buat beberapa persiapan untuknya termasuklah menghias sebuah bilik khas untuk dia nanti. Dari segi pakaian, isteri yang banyak membeli belah, dan ada juga kami beli secara online sahaja.
kata Dr Sms lagi... 

07:20

(Gambar) Rozita Che Wan Berguling Dengan Shahir

Pelakon Rozita Che Wan malu-malu kucing gitew bila melakonkan babak romantik bersama Shahir (AF8) dalam telefilem Cer Citer Cinta.



"Kami serasi digandingkan dalam telefilem ini. Cuma apabila tibanya babak-babak romantik, kami asyik nak tergelak saja.
"Bayangkan, salah satu babak ialah adegan berguling-guling dan kami terpaksa lakonkan banyak kali kerana tergelak sakan semasa penggambaran. Ye lah, rasa malu sangat berlakon begitu,"
"Shahir merupakan seorang lelaki yang kelakar sebenarnya. Sepanjang penggambaran berlangsung saya asyik ketawa tak henti-henti kerana lawaknya.
"Tambah pula telefilem ini genre komedi romantik, riuh jadinya set penggambaran kami. Cuma ada sebuah adegan yang memerlukan Shahir mengaji, membuatkan saya ternganga sekejap kerana kagum dengan suaranya," tutur Rozita
Telefilem Cer Citer Cinta terbitan Zeel Production ni akan ditayangkan pada Khamis (hari ini), pukul 9 malam, di Astro Ria.

@: puji shahir kemain lagi, ade pape ke kak
07:05

(Gambar) Pramugari Kekasih Baru Nabil, Nafi Merisik Zira

morning uolls, tak habis2 ngan gosip si Nabil neh, baru2 ni Nabil dikatakan dah pergi merisik sorang pramugari bernama Zira. betul ke tak kena tanya Nabil sendiri.


"Saya ingin jelaskan sememangnya tiada apa-apa yang berlaku seperti yang didakwa.
"Walaupun saya sudah mengenalinya selama lima tahun kerana dia adalah kawan baik adik ipar saya, cuma baru kebelakangan ini saja kami menjadi rapat.
"Tak mungkinlah hendak bercakap soal kahwin pula kerana memang belum ada perancangan ke arah itu buat masa ini," katanya 

June 22, 2011

18:24

(Gambar) Myvi 2011 Terbaru | The New Myvi

untuk entry kali ni me nak share gambar Myvi 2011 yang terbaru. dengan rekabentuk dan spesifikasi yang berbeza dari model Myvi sebelum ni, turut dilengkapi ciri-ciri keselamatan dan aksesori terkini...nak tahu apa yang menarik New Myvi 2011....jum layan



lagi gambar menarik design interior New Myvi 2011
09:36

Keputusan Akhir Maharaja Lawak 2011 | Sepah Juara

Gelak guling2 bile nengok persembahan peserta Maharaja Lawak, kire lawak mereka ni menjadi dan sampai kat penonton. tapi sayangnye Maharaja Lawak ni dah nak sampai ke penghujungnye. Gelanggang Maharaja Lawak peringkat akhir akan diadakan di Stadium Melawati, Shah Alam pada 24 Jun 2011. so sape2 yang nak tengok secara live tu boleh lah beli tiket di web dan fanpage ASTRO.
agak2 korang sape yang bakal jadi juara Maharaja Lawak neh? Sepah, Jozan, Jambu atau Nabil? me mestilah sokong SEPAH! lawak dorang memang gile2 best ah...

kalo tengok undian terkini Maharaja Lawak, Jozan mendapat undian tertinggi diikuti Sepah, Nabil dan terendah Jambu.



@: jangan lupe 24 jun ni wokey!


08:51

AC Konsortium, artis lepas jawatan jurucakap syarikat | Gelang Magnet AC

Selepas kecoh isu "penipuan" Gelang Magnet AC yang turut melibatkan artis, nampaknya isu tu dah reda skang. dan baru2 ni kuar pula cerita kononnya artis yang dilantik menjadi jurucakap syarikat AC Konsortium dah pun lepas jawatan.


Antara artis yang pernah bernaung dengan AC konsortium yelah Khai, Rosma, Alif Razali, Salima AF, Lan Kristal dan pelakon Zuraini Kassim. Jika sebelum ini enam selebriti ini bermati-matian mempertahankan majikannya pada saat dihentam teruk oleh pelbagai pihak, kini perkara tersebut tak akan berlaku lagi.

Khabarnya mereka telah melepaskan jawatan secara mengejut sebagai jurucakap dalam syarikat berkenaan.
08:00

Fenomena Gerhana Bulan Esok

Jarang sekali dapat melihat berlaku gerhana bulan, tapi menurut Agensi Angkasa Negara, fenomena gerhana bulan sepenuhnya dapat disaksikan antara pukul 1.25 pagi dan 7.01 pagi esok.


Fasa penumbra (P1) akan berlaku pada pukul 1.25 pagi namun kesan kenampakan gerhana masih tidak dapat diperhatikan memandangkan bulan merentasi bayang penumbra yang kurang gelap. "Gerhana yang jelas dapat dilihat semasa bulan memasuki bayang umbra bumi (U1) mulai pukul 2.23 pagi sehingga gerhana maksimum berlaku pada 4.13 pagi. Bulan akan mula keluar dari bayang umbra bumi (U3) pada 5.03 pagi dan keluar sepenuhnya dari bayang Bumi (U4) pada 6.02 pagi," menurut kenyataan agensi itu hari ini.


Angkasa itu menyatakan bahawa gerhana masih terus berlaku sehingga 7.01 pagi tetapi fenomena tersebut tidak dapat disaksikan pada waktu tersebut kerana bulan berada di kawasan bayang penumbra bumi yang kurang gelap.




June 21, 2011

17:05

Kes Rasuah! Taib Mahmud Jawab Tuduhan Esok

Belum selesai lagi kes rasuah dan salah guna kuasa bekas Menteri Besar Selangor Datuk Khir Toyo, timbul pula dakwaan rasuah Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud yang baru menang pilihan raya Sarawak tahun ni.


apabila ditanya berkenaan dakwaan pembangkang itu,
Pembangkang akan terkejut esok,” katanya

16:30

(Lawak) Hobi Tekan-tekan

Jum gelak2 bace lawak yang buat korang befikir, apa tak nye hobi budak memang lain dari yang lain..nak tahu ape yang laen tu korang bace aje lah.



@: oIo ????
13:32

Sijundai Slot Lagenda TV3 | ilmu hitam hantui sijundai

Cuti-cuti ni sonok melayan drama kat umah, kebetulan banyak pulak citer menarik yang ditayangkan. dan antara yang terbaru di Slot Lagenda TV3 ialah Sijuntai yang menampilkan kisah cinta tiga segi antara Wan Sharmila, Azam Pitt dan Nabila Huda.


Drama 20 episod ini mengisahkan tentang sebuah keluarga yang berantakan kerana cinta yang dipengaruhi oleh ilmu pengasih. nak tahu lebih, jum bace sinopsis Sijundai...
13:06

Iqram Dinzley Cari Calon Isteri Dalam Masa Dua Bulan

Pelakon Dewa Cinta, Iqram Dinzley memberi tempoh kepada dirinya dalam masa dua bulan untuk mendapatkan calon isteri yang sesuai.



"Saya sudah bersedia ke arah itu (berkahwin) dan sepatutnya saya mahu menamatkan zaman bujang di usia 30 tahun yang jatuh pada 29 September depan.
"Kerana itu, saya memberi masa kepada diri saya untuk mencari calon isteri yang sesuai dalam jangka masa dua bulan dan jika tidak, ibu saya pula yang akan tolong carikan. Saya percaya, pilihan ibu adalah yang terbaik kerana rumah tangga saya nanti akan direstuinya," katanya.
keputusan ni dibuat berikutan kekecewaannya mengenai cinta yang dipendam terhadap pelakon Fouziah Gous selama ini yang tidak berbalas.
@: mungkin ada yang lebih baik buat Iqram jadikan isteri

June 20, 2011

18:31

(Gambar) Kekasih Siti Saleha, Heroin Nora Elena

Sejak drama Nora Elena ditayangkan di TV3, nama Seth Tan dan Nora Elena sering bermain dibibir peminat. heroin Nora Elena atau nama sebenarnya Siti Salehah terus meningkat naik dan mula dikenali. terbaru kuar gosip Siti Saleha bersama teman lelaki. jum layan gambar di bawah...

lelaki bersama Siti Saleha dalam gambar ni bernama Robin Coenraad, berkacukan Inggeris. dan merupakan seorang eksekutif di sebuah universiti kreatif di Cyberjaya.

15:55

Drama Dewa Cinta Slot Akasia TV3 | Sinopsis, Trailer Dewa Cinta

Satu lagi drama baru yang bakal menemui penonton untuk menganti drama Nora Elena di slot akasia tv3 yelah drama Dewa Cinta. tayangannya bermula petang ni, 20 jun 2011, jam 7malam, setiap isnin hingga khamis.


Drama Dewa Cinta diadaptasi dari novel Dewa Cintaku karya Dilla Hussein dan akan dilakonkan oleh Iqram Dinzly dan Fasha Sandha.
15:24

(Gambar) Marsha Milan Londoh (AF3) Dah Kahwin?

Tup2 kuar gosip bintang AF3 yang berasal dari Sabah, Marsha Milan Londoh dah pun berkahwin.dan pasti ramai yang nak tahu sape jejaka pilihan Marsha tu...

Betulkah Bintang AF3, Marsha Milan Londoh Dah Kahwin?

maybe ni cume kabar angin yang bertiup, kut2 gambar ni diambik masa shooting drama tebaru Marsha takpun sesi fotografi. takkan la Marsha nak kawen senyap2, tak glamor youu....
12:26

(Gambar) Tudung Yuna Ala Serban Singh

Salam semua, arini me nak share gambar terbaru dari penyanyi terkenal Yunalis zaraii atau lebih dikenali Yuna. macam yang korang taw, Yuna ni antara ikon artis bertudung yang menjadi ikutan peminat terutama gadis remaja yang gemar mencuba gaya tudung terbaru.

yuna duta kamera canon

baru-baru ni, Yuna yang dilantik sebagai duta Canon hadir ke majlis dengan fesyen tudung "terbaru'nya. tak tahu lah nak panggil ni tudung ke hape? korang tengok je lah
07:38

Malaysia VS Lubnan Seri 0-0 | Olimpik London 2012

Awal pagi ni jum layan berita bola, skuad negara yang beraksi di Beirut menentang Lubnan hanya memperoleh mata seri 0-0 untuk melepasi halangan pusingan kedua Olimpik London 2012.
REBUT...Pemain bolasepak Malaysia, Faizal Abu Bakar (jersi 9) bertembung dengan pemain Lubnan, Mahmoud Kojok (jersi 16) dalam perlawanan bolesepak antara Malaysia dan Lubnan di Beirut. Foto: Supian Ahmad

“Misi kami di sini (Beirut) boleh dianggap berjaya kerana mencatat keputusan seri dan tidak membenarkan mereka (pemain Lubnan) mendapat gol. 
“Bagaimanapun, dengan keputusan ini, moral pemain kembali meningkat dan yakin untuk beraksi pada perlawanan kedua di Kuala Lumpur,” kata jurulatih yang ditemui selepas tamat perlawanan.

@:kalo pasukan negara layak ke olimpik, fuh!

June 19, 2011

16:46

Drama Stanza Cinta TV3 | Sinopsis OST Stanza Cinta

Lepas habis je drama Nora Elena ngan ending yang agak hampeh, satu lagi drama baru bakal menemui penonton, Stanza Cinta yang akan mula ditayangkan 19 Jun 2011 (malam ni) setiap Ahad jam 9 malam.


Drama Stanza Cinta ini  merupakan adaptasi dari sebuah novel karya Nurull Halawati bertajuk Stanza Cinta dibarisi pelakon Aaron Aziz, Nur Fathia dan Fizz Fairuzz.

16:09

(Gambar) Perkahwinan Tengku Zawiyah | bekas isteri Datuk Khalid Jiwa

Bila tengok rancangan Nona petang tadi terus nak share gambar perkahwinan Tengku Zawiyah, bekas isteri Datuk Khalid Jiwa dengan suaminya Datuk Rayyan Joseph King pada 12 mei 2011.

tengku zawiyah

Majlis pernikahan mereka yang diadakan di Hotel Royale Chulan, Tengku Zawyah turut menerima wang hantaran sebanyak RM38,888.88 yang juga merupakan angka kegemarannya.
13:41

Zami Ismail Meninggal Dunia Akibat Masalah Jantung

Innalillah....pelawak veteran, Zami Ismail,67, meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) dekat sini, kira-kira pukul 10.30 pagi Ahad akibat kegagalan jantung.
Jenazah Allahyarham dijadual akan dibawa pulang dan dikebumikan di kampung halamannya di Tapah, Perak.
Allahyarham meninggalkan seorang balu, Hanizan Ibrahim,58, dan sembilan orang anak.
09:37

Erra Fazira mahu bertudung

Makin ramai artis wanita kini mula mengenakan tudung, antara yang kite leh tengok Farah AF, penyanyi Nora dan ramai lagi lah. skang ni pelakon popular Erra Fazira memasang niatnya untuk memakai tudung sepenuhnya satu hari nanti.
Dia yang kini menerima tawaran syarikat Desa Murni Batik Sdn. Bhd menjadi model tudung menafikan  tindakannya bertujuan mengembalikan popularitinya yang kini menurun akibat saingan artis baru
“Tujuan saya jadi model produk tudung bukan untuk tarik peminat sebaliknya ia adalah salah satu amanah sebagai duta.
“Peminat datang dengan sendiri. Kadang-kadang kita pakai tudung pun, kalau orang tak minat, tak minat juga,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan pembukaan Desa Murni Batik cawangan Kota Bharu di sini semalam. kerana ia merupakan satu tanggungjawab sama jika beliau menjadi model kepada mana-mana syarikat dan produk lain.
@: tudung kini jadi satu fesyen atau kewajipan?
08:06

Tip Kecantikan dari Sarimah Ibrahim

morning olls, pepagi lagi dah wat entry tips kann. eheh kali ni Sarimah pulek nak kongsi tips kecantikan jum teruskan bacer...
Pengacara The Biggest Loser, Sarimah Ibrahim berkongsi tip kecantikan di bengkel anjuran majalah Shape dengan kerjasama True Fitness, Sunway Giza, Kota Damansara, Sabtu.
“Saya suka makan nasi lebih-lebih dengan lauk ayam madu. Tetapi saya mengamalkan makan nasi selang sehari.“Selain itu, kurangkan makan di luar kerana kebiasaannya makanan di luar terlebih minyak. Jika makan nasi beriani, elakkan ambil lauk yang bersantan sebaliknya pilih yang bergoreng. Minuman pula, saya pilih air milo tanpa gula,” katanya semasa berkongsi tip tersebut.
Wanita kacukan Irish-Melayu ini juga melakukan senaman pilates untuk menguatkan otot-otot yang lemah serta menggunakan mesin senaman.
“Apabila mencuba pakaian yang direka oleh pereka fesyen, saya selalu berhadapan dengan masalah badan. Jadi, saya perlu selalu bersenam untuk mengekalkan kecantikan badan dan tidak mendatangkan masalah kepada pereka fesyen,” ujarnya.
Sebagai tambahan, Sarimah turut mengambil suplemen seperti vitamin B dan pil minyak ikan yang mendatangkan faedah kepada kulit.
Tip tambahan lain termasuklah makan banyak makanan berprotein, seimbangkan makanan berkarbohidrat untuk mengurangkan kadar gula dalam badan dan makan selepas bersenam.
@: tu ajork yer, kekadang tips ni kalo nak cakap tu memang senang, nak buat tu yang addoii

June 18, 2011

15:48

PTPTN Henti Pinjaman Pelajar PNGK 2.0 Ke Bawah

Tindakan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menghentikan pinjaman pelajar yang memperolehi Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 2.0 ke bawah adalah wajar, kata Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
Ini katanya bagi mengelakkan ketirisan wang pembayar cukai.
"Sesiapa sahaja yang pencapaian PNGK mereka 2.0 ke bawah baik dihentikan pinjaman itu dan pelajar yang kurang komited patut menghentikan pengajian serta memilih untuk belajar semula dalam bidang yang bukan bercorak akademik," katanya kepada pemberita, di sini, Sabtu.
Beliau berkata dengan gred serendah itu, pelajar terbabit akan sukar memperolehi pekerjaan sekali gus menimbulkan masalah dalam pembayaran balik pinjaman PTPTN.
Khaled diminta mengulas kenyataan Anggota Lembaga Pengarah PTPTN Datuk Tajul Urus Md Zin yang dilapor berkata agensi itu tidak akan berkompromi dengan pelajar yang gagal mencatat keputusan memuaskan dan akan menghentikan pinjaman mereka yang mendapat PNGK 2.0 ke bawah secara automatik. -BERNAMA
12:57

(Gambar) Pertunangan Anak Perempuan Najib Dengan Daniyar Nazarbayev


Nooryana Najwa, anak perempuan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor, secara rasmi bertunang dengan Daniyar Nazarbayev dalam satu majlis di Seri Perdana, Putrajaya Jumaat malam.
Majlis pertunangan pasangan itu diserikan dengan kehadiran keluarga serta rakan mereka, selain orang kenamaan dari Malaysia dan luar negara.
Antaranya, Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah; Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah dan Sultanah Hajah Kalsom; Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah dan Raja Muda Perak Raja Nazrin Shah.
Turut hadir Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri Puan Sri Noorainee Abdul Rahman, Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, Tun Abdullah Badawi, menteri kabinet, timbalan menteri serta pegawai kanan kerajaan pusat dan negeri.
Hadir sama ibu Najib, Tun Hajah Rahah Tan Sri Mohamad Noah.
Kenamaan asing yang turut hadir termasuk Putera Mahkota Abu Dhabi Jeneral Sheikh Mohammed bin Zayed Al Nahyan dan isteri Sheikha Salam binti Hamdan Al Nahyan, serta Pengerusi Medina Council Putera Saud bin Abdulaziz Al-Saud.
Nooryana Najwa, 22, merupakan lulusan School of Foreign Service, Universiti Georgetown, Amerika Syarikat sementara Daniyar, 22, menamatkan pengajian di Universiti Columbia, New York.
Pasangan itu bertemu ketika menuntut di AS.-BERNAMA
12:52

Askar Wataniah : Siti Nurhaliza Tidak Kisah Berjemur Panas

Penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin tidak kisah berjemur di tengah panas dan menjalani aktiviti lasak selepas dia bersetuju menyertai Rejimen Askar Wataniah.
“Saya akan memakai krim pelindung cahaya matahari untuk menghalang kulit menjadi terlalu gelap. Bagaimanapun, saya rasa sudah adat warna kulit akan berubah gelap apabila selalu berjemur panas,” ujarnya.
Selain Siti, rakan selebriti lain yang turut serta dalam pasukan itu ialah pelakon Intan Ladyana, Shaheizy Sam, Mohd Noor Bong, pengacara Nurul Hidayah Zahid Hamidi, penerbit filem David Teo, penyanyi Aizat dan Ana Raffali
"Sejak di bangku sekolah lagi, saya memang berminat dengan pasukan beruniform. Walaupun usia sudah mencecah lebih 30 tahun ini, minat saya masih tidak luntur. Saya juga ingin menggalakkan kawan-kawan lain yang berminat menyertai pasukan ini kerana setelah mendengar taklimat, latihan yang diberikan tidak seteruk seperti askar tetap,” katanya
12:46

Astro turunkan caj atau diboikot

Nampaknya tindakan astro untuk menaikkan bayaran mendapat tentangan ramai, apa tak nya kalo tengok rancangan kat astro memang tak berbaloi ngan bayaran. rancangan asyik ulang tayang, kadang iklan melebih2 cuma kelebihannya dapat tengok paparan jelas kalo nak tengok saluran lain cam tv3. 
kosmo~Syarikat televisyen satelit berbayar, Astro diberi kata dua untuk mengkaji semula kenaikan harga langganannya atau berdepan dengan tindakan boikot secara besar-besaran oleh Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM).
Penasihat PPIM, Tunku Azwil Tunku Abdul Razak berkata, selain Astro, pihaknya juga bersedia melancarkan boikot terhadap penaja dan syarikat pengiklan dengan syarikat televisyen tersebut.
"Tindakan Astro menaikkan kadar bayaran langganan sehingga RM15 sebulan adalah tidak wajar kerana syarikat itu telah mendapat keuntungan menjangkau RM831 juta setahun.
"Sebanyak RM31 juta daripada jumlah itu merupakan hasil keuntungan daripada iklan yang disiarkan. Malah tindakan mengenakan caj sebanyak RM20 untuk menyambung perkhidmatan Astro juga tidak munasabah kerana ia tidak melibatkan sebarang kerja teknikal, mereka hanya perlu menekan satu butang sahaja," katanya pada satu sidang akhbar di sini semalam.
Astro baru-baru ini mengumumkan bahawa mereka akan melakukan pelarasan terhadap pakej yang ditawarkan berkuat kuasa 11 Julai ini dengan harga langganan diselaraskan bergantung kepada pakej pilihan pelanggan.
09:38

(Video) Maharaja Lawak 12; Jambu, Sepah, Nabil, Jozan, R2

Dalam Maharaja Lawak 12, menyaksika persembahan kumpulan Jambu, Sepah, Nabil, Jozan dan R2. nampaknye R2 telah tersingkir dan gagal untuk ke final Maharaja Lawak. jum lawak lawak2 giler dari peserta Maharaja Lawak minggu 12....


Maharaja Lawak 12, jambu



Maharaja Lawak 12,Jozan



Maharaja Lawak 12, Nabil



Maharaja Lawak 12, Sepah

June 13, 2011

20:15

Kemenangan Hazama Dirancang | ASTRO Berat Sebelah?

Isu kemenangan dirancang dalam Akademi Fantasia sudah kedengaran sejak beberapa musim yang lepas lagi. bukan setakat merancang juara AF, ASTRO juga pernah dikatakan sudah merancang pelajar yang bakal terkeluar mahupun pelajar yang bakal diundi masuk. mungkin itu satu strategi astro atau sekadar kabar angin saja.

tapi dalam konsert AF9, nampak benar Hazama menjadi 'anak emas' astro. bila persembahan Hazama lebih mantap dari peserta lain dengan tayangan video klip sebelum memulakan persembahan. kalo tengok peserta lain hanya piano yang digunakan oleh Lena begitu juga Azri.

apa kata manggaonline~

Menutup 'institusi' yang dibina sembilan tahun yang lalu, Akademi Fantasia (AF) berjaya melahirkan seramai 120 orang pelajar bermula daripada AF1 hingga AF9. Bermula hanya dipentas kecil iaitu di Dewan Panggung Percubaan, Universiti Putra Malaysia, AF bagaimanapun menutup tirai secara gah di hadapan ribuan peminatnya di Dataran Putrajaya, semalam.

Menobatkan Hazama sebagai pemilik terakhir gelaran juara program realiti itu, ia sekaligus menjadi penutup pada 'demam' AF yang selama sembilan tahun menghantui peminatnya.
Seperti kebiasaan, kemenangan ini sudah pun mendapat jangkaan awal, jadi tidak hairanlah jika ada yang mengatakan Hazama begitu ditatang oleh pihak Astro terutamanya dari segi persembahan.
Lihat sahaja pada persembahan pertamanya, Hazama yang membawakan lagu Pukau, nyanyian asal Tomok, persembahan yang begitu berbeza dengan teman-teman finalisnya yang lain, Hazama membuka persembahan itu dengan satu vedio klip yang hebat!
Beralih kepada lagu kedua, Hazama sekali lagi membawa kelainan dengan menyanyikan lagu, Cinta Teragung dengan bantuan pemuzik di belakangnya.
Hazama sememangnya mempunyai bakat yang besar, malah tidak dinafikan juga Hazama mempunyai aura yang besar, biarpun ianya tidak sebesar aura Mawi pada tahun 2005 yang lalu, namun kelebihan yang diterima Hazama sedikit sebanyak membantu persembahan Hazama pada malam itu.
Berbalik pada finalis lain, apa yang mereka persembahkan di lihat biasa-biasa sahaja, malah penggunaan prop piano yang digunakan oleh Lena turut digunakan oleh Azri pada persembahan berikutnya.
Tapi itu semua sudah berakhir, yang pasti tiada lagi AF selepas ini, sama ada wajar atau tidak ia di tutup itu semua bergantung pada pihak Astro.
19:53

KL Gangster Kutip RM5 Juta Dalam Masa Tiga Hari

Tak sangka dalam masa 3 hari saja KL Gangster mencapai kutipan RM5 Juta! jarang juga filem melayu dapat sambutan cegini. me pun tak sempat nak nonton KL Gengster lagi tapi member kata best.



tadi lepas lunch tengok jam dah 2.10pm sedangkan tayangan KL Gengster kat GSC jam 1.55pm. fuh memang melepas lah jawapnya. alang2 dah sampai GSC layan je lah citer apa yang ada.

nak taw apa kitorang tengok tadi HENRY' CRIME! arge tiket pun murah aje 7hengget. pastu time nak pilih seat tak sampai 10 orang pun yang dah bieli tiket tuh. pastu bile start je movie.......huh! macam hampeh. 1 bintang pun tak nak bagi kat movie ni, jalan citer pun ntah pape baek tak yah tengok.

so sape2 yang nak g tengok HENRY'S CRIME batalkan je lah niat korang. kalo nak jugek jangan nyesal eheheh
19:39

Kad Kahwin Noh dan Mizz Nina Mula Diedar

Ikatan pertunangan pasangan vokalis kumpulan Hujan, Noh Salleh, 27, dan penyanyi Shazrina Azman (Mizz Nina), 31, bakal berakhir dengan ikatan perkahwinan pada 1 Julai 2011. Majlis pernikahan ini akan berlangsung di rumah keluarganya di Ampang Jaya.
kad jemputan pun dah mula diedar. yang menariknya kad jemputan perkahwinan berbentuk pakaian Jepun, Kimono bewarna merah jambu, nampak unik dan lain dari yang lain
Di dalam kad tersebut, tertera nama Nina dan Noh dengan tulisan ala Jepun menunjukkan lambang minat mereka dalam seni Jepun.
Sementara itu, resepsi untuk keluarga dan tetamu-tetamu kehormat akan diadakan pada 3 Julai di Hotel Shangri-La, manakala majlis sambut menantu (sebelah lelaki) akan diadakan di Miri, Sarak, pada 15 Julai depan.
Pasangan itu akan mengenakan pakaian pengantin rekaan pereka fesyen terkenal seperti Lady Jane, Saiful Baharim dan Micheal Ong.
Pihak lelaki telah bersetuju untuk memberi wang hantaran kepada Nina sebanyak RM11,000 dan mas kahwin pula sebanyak RM888.88.

~mstar

June 12, 2011

16:25

Tauke Jambu Main Kayu Tiga | Garang Dengan Isteri?

Bila nama dah makin naik mula lah keluar gosip2 liar. cewah me pun tak ketinggalah jugek bergosip macam yang dikatakan manggamuda dalam web manggaonline.com. sebelum ni tersebar gambar Tauke Jambu, peserta Maharajalawak bersama aweknye yang cun..pastu keluar pulak cerita kononya die sebenarnya sudahpun beristeri.


Tauke dan isteri masih bersama dan mereka masih tinggal sebumbung di rumah mereka di Sentul.dan yang mengejutkan Tauke memang garang dengan isterinya, malah, isterinya sendiri tahu mengenai hubungan Tauke dengan kekasih-kekasihnya sebelum ini, tapi dia tak dapat buat  apa-apa sebab takut dengan Tauke.


Di atas pentas, Tauke nampak seperti seoarang yang mesra dan penyanyang, tapi  tak sangka pula rupa-rupanya seorang yang garang.
Oleh kerana nama Tauke dan kumpulannya, Jambu sedang meningkat naik sekarang ni, jadi tidak mustahillah banyak cerita timbul mengenainya.

~manggaonline.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Total Pageviews

What color theme you prefer?

Follow Us