Breaking

July 7, 2011

(Gambar) Majlis Resepsi Perkahwinan Noh Salleh & Mizz Nina, Tema Jepun


Selepas majlis pernikahan pada 1 Julai, pasangan Noh dan Mizz Nina diraikan pula dalam majlis resepsi istimewa dan unik, malam tadi yang berlangsung di Hotel DoubleTree by Hilton dengan berkonsepkan Jepun.


menurut Mizz Nina 
“Idea untuk membuat konsep Jepun ini datang dari kami berdua sendiri. Kami memang suka apa saja tentang Jepun, muzik, anime mahupun makanannya. Lagipun, moyang saya juga orang Jepun. Dari situ, kami mendapat ilham untuk menggabungkan idea ini dengan elemen Kemelayuan,”
 “Pakaian pengantin kami direka khas oleh pereka tempatan, Michael Ong. Ia merupakan kombinasi daripada baju kebaya, Melayu dan Jepun. Kami gembira dengan gabungan ini kerana ia sangat cantik dan sesuatu yang lain.”

jum layan lagi banyak gambar resersp Noh dn Mizz Nina...




t.






Tetamu yang hadir juga disajikan dengan makanan ala-ala Jepun dan Melayu selain dihiburkan dengan persembahan nyanyian dari Altimet dan band dari Indonesia, Sore. Majlis yang penuh santai ini turut dihadiri oleh rakan-rakan artis seperti Dato’ Siti Nurhaliza dan suami, Faizal Tahir, Yuna, Afdlin Shauki, Datuk Ramli M.S, Aizat, Hujan, Sazzy Falak dan ramai lagi.

majlis sebelah pihak lelaki akan dilangsungkan di Eastwood Valley Golf & Country Club, Miri pada 15 Julai ini.  Kemudian, pada 17 Julai, Mizz Nina dan Noh akan bertolak ke United Kingdom, Italy dan Pulau Maldives selama dua minggu untuk berbulan madu.



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Total Pageviews

What color theme you prefer?

Follow Us