Breaking

January 13, 2013

January 11, 2013

15:50

JAWATAN KOSONG 2013 SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA (SPA)



Kerja Kosong Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA)
Jawatan Kerja Kosong Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA)
Kami mencari individu yang berintegriti, memiliki kemahiran interpersonal, daya tahan, komitmen, orientasi sosial serta semangat berpasukan yang tinggi untuk menyertai perkhidmatan awam:-

1. Pembantu Tadbir Kewangan Gred W17 (100 Kekosongan)
2. Pembantu Antidadah Gred S17 (82 Kekosongan)

KLIK SINI UNTUK MAKLUMAT LANJUT

Tarikh Tutup Permohonan:- 13 Januari 2013
15:35

Permohonan Kemasukan Politeknik Dan ILKA 2013, Cara Mohon & tarikh Tutup


Permohonan kemasukan ke Politeknik Dan ILKA sesi 2013 sudah pun dibuka. Kepada semua pelajar lepasan SPM, anda dipelawa untuk mengikuti kursus yang ditawarkan dalam bidang kemahiran. Berikut adalah cara permohonan Polilteknik Konvensional, ILKA dan juga Premier.
politeknik
Permohonan Kemasukan ke Politeknik Premier
Permohonan kemasukan ke program pengajian di Politeknik Premier bagi Lulusan SPM adalah melalui Sistem Permohonan Kemasukan Pelajar bersekali dengan permohonan IPTA.Permohonan Kemasukan Ke Politeknik Premier melibatkan 3 Politeknik iaitu :-
  •     Politeknik Ungku Omar (PUO)
  •     Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA)
  •     Politeknik Ibrahim Sultan (PIS)
Permohonan Kemasukan ke Politeknik Konvensional/ METrO & ILKA
Permohonan kemasukan ke Institusi Latihan Teknikal & Vokasional (TEVT) & Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) melibatkan:
  • Politeknik
  • Kolej Komuniti
Cara Permohonan Politeknik Konvensional/ ILKA / Premier
  1. Sila beli nombor pin ID di bank BSN
  2. Untuk membuat permohonan, sila layari laman http://upu.mohe.gov.my/
Tarikh Tutup
07 Januari  2013 HINGGA 15 april 2013

15:21

KL112: Himpunan Kebangkitan Rakyat Di stadium Merdeka


Himpunan Kebangkitan Rakyat (KL112) yang dianjurkan pihak pembangkang akan tetap diadakan di Stadium Merdeka Sabtu, walaupun terdapat cadangan agar mereka mengadakannya di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu berkata, pihaknya akan kekal untuk berkumpul di Stadium Merdeka kerana telah mendapat kebenaran daripada balai polis Dang Wangi, walaupun Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh menasihatkan agar penganjur mengadakan himpunan tersebut di stadium Bukit Jalil.
"Kita telah buat persiapan rapi di Stadium Merdeka sejak beberapa bulan lalu dan menguar-uarkan lokasi tersebut kepada semua peserta.
"Kebanyakan peserta datang akan menggunakan perkhidmatan kenderaan awam dan Stadium Merdeka adalah lokasi paling dekat dengan semua kemudahan awam berbanding Stadium Nasional Bukit Jalil," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat PAS, di sini, Jumaat. Beliau turut mengesahkan bahawa peserta KL112 akan berkumpul di lapan lokasi yang ditetapkan sebelum mereka berarak ke Stadium Merdeka.
Mat Sabu mendakwa rancangan berkenaan sudah dimaklumkan kepada pihak polis dan mendapat persetujuan pihak berkuasa.
"Kita akan berhimpun di lapan lokasi dan berjalan beramai-ramai menuju ke Stadium Merdeka di mana di setiap titik pertemuan akan diketuai oleh beberapa orang pemimpin dari Pakatan Rakyat.
"Perkara ini telah kami bincangkan dan persetujuan telah dicapai dan mendapat kebenaran dari Ketua Polis Dang Wangi," ujarnya.
Lapan lokasi tersebut adalah Jalan Sultan, Pasar Seni, Kelab Sultan Sulaiman, KLCC, Brickfields, Masjid Arrahman Universiti Malaya, Amcorp Mall, dan Masjid Negara.
Tambah Mohamad, perjalanan beramai-ramai menuju ke Stadium Merdeka itu bukan seperti protes jalanan yang dibuat sebelum ini sebaliknya berjalan secara aman.
"Ia hanya jalan beramai-ramai dan bukan protes atau demonstrasi, kita tidak benarkan sebarang sepanduk yang boleh mengancam keamanan negara atau menghina kerajaan,” katanya.
Sementara itu, Naib Presiden PKR, Tian Chua yang turut berada di sidang media tersebut memberitahu seramai 10,000 anggota polis, Unit Amal PAS serta Angkatan Muda PKR turut akan bekerjasama memastikan keselamatan peserta sepanjang perhimpunan tersebut.
11:23

5 GAMBAR Fasha Sanda Semakin Sarat Mengandung, Terserlah Seri Ibu


5 GAMBAR Fasha Sanda Semakin Sarat Mengandung, Terserlah Seri Ibu. Antara seorang selebriti yang hadir ke sidang media pengumuman Top 5 ABPBH2012 semalam ialah Fasha Sandha. Fasha kini semakin sarat mengandung dan tampak semakin comel dengan perutnya yang semakin membesar. Memang terserlah keserian ibu mengandung di wajah Fasha.
fasha mengandung
Kalau tak silap, hanya tinggal lebih kurang sebulan dua sebelum Fasha akan melahirkan anak sulungnya hasil perkahwinan dengan Jejai. Sama-samalah kita doakan agar semuanya berjalan lancar. Untuk makluman, Fasha tercalon di dalam kategori Pelakon TV Wanita Popular. Mana tahu rezeki anak tahun ini Fasha akan menang. 
fasha mengandung
fasha mengandung
kalau pakai baju berlengan kan nampak manis sikit

fasha mengandung
fasha mengandung
11:14

Uji Rashid Rasa Penghinaan Kepada Artis Lama Sepertinya


Walaupun AJL27 telah berlangsung kira-kira seminggu, baru hari ini Uji Rashid tampil di Utusan Malaysia untuk meluahkan isi hati tentang kontroversi yang melanda dirinya. Selama ini memang tidak pernah sebarang “statement” dikeluarkan daripada pihak Uji Rashid.
uji rashid
Untuk anda yang tidak tahu, Uji Rashid telah dipilih oleh Yuna untuk menyanyikan lagunya sebelum digantikan oleh Aizat di saat-saat akhir. Bagi Uji Rashid, cara dirinya disingkirkan adalah sangat tidak sopan dan tidak beradab.
Sebaliknya saya kecewa dengan cara mereka ‘menyingkirkan’ saya tanpa adab dan sopan seperti sepatutnya. Saya hanya diberitahu tiga hari sebelum majlis anugerah berlangsung. Ketika itu mereka sudah memilih Aizat menggantikan tugas saya, sedangkan pelbagai persediaan sudahpun saya lakukan sebelum itu. Saya anggap ini penghinaan kepada artis lama seperti saya. Sepanjang 38 tahun menyanyi, detik-detik ini adalah sesuatu yang paling mengecewakan saya.
uji rashid

January 10, 2013

08:30

Sharnaaz-'Saya Kongkong Shila Kerana Dia Bakal Isteri'


Pelakon Sharnaaz Ahmad secara terbuka mengakui dakwaan kononnya dia mengongkong pergerakan teman wanitanya iaitu penyanyi Shila Amzah.
Sharnaaz, 27, berkata, dia berbuat demikian kerana melihat kepada hubungan itu sebagai sesuatu yang serius selain meletakkan wanita tersebut sebagai bakal isterinya.
"Memang saya mengongkong dia kerana dia adalah bakal isteri saya dan kami amat serius dengan hubungan yang dijalinkan.
"Jika dia hanya teman wanita biasa saya, mungkin saya tidak perlu peduli dengan apa yang dia lakukan tetapi dia adalah bakal isteri saya," jelasnya tegas.
Sharnaaz ditemui ketika tayangan perdana filem Juvana di e-Curve, Damansara di sini pada Rabu.
Dalam filem arahan Faisal Ishak itu, Sharnaaz memegang watak sebagai Lan Todak di samping pelakon lain seperti Johan As'ari, Zahiril Adzim, Syazwan Zulkifly dan Syafie Naswip.
Ia bakal ditayangkan bermula 24 Januari depan.
Dalam pada itu, Sharnaaz berazam untuk tidak lagi mahu bercakap mengenai cinta sebaliknya ingin menumpukan terhadap soal perkahwinan dengan kekasihnya itu.
Shila Amzah
Sementara itu, dia mengakui namanya pada tahun 2012 sedikit tercalar dengan cerita-cerita kurang enak mengenai dirinya dan berazam untuk memastikan kerjayanya lebih menyerlah pada 2013.
Bercakap mengenai Juvana, Sharnaaz berkata dia bertuah dapat membintangi filem berkenaan kerana ia memberikan kelainan kepada watak yang dipegangnya.
Katanya walaupun agak sukar untuk membawa watak jahat yang diberikan namun atas bimbingan pengarah dia berjaya melakukannya dengan baik.
Dalam perkembangan lain, Sharnaaz akan kembali ke set penggambaran filem arahan Kabir Bhatia yang masih belum mempunyai tajuk selain beberapa projek drama.
Ia adalah kerjasama ketiganya bersama pengarah itu.
"Saya sentiasa senang dapat bekerja dengan Kabir kerana beliau adalah seorang pengarah berbakat dan tahu apa yang dimahukan.
"Tahun ini saya menyasarkan untuk buat enam atau tujuh filem dan berharap ia akan tercapai," katanya.

January 9, 2013

12:58

GAMBAR Ayu OIAM Tayang Wajah Anak Dan Suami


Ramai sudah maklum, penyanyi Ayu Damit sudah pun berkahwin dengan dikurniakan dua orang cahaya mata. Namun, sehingga saat ini, masih belum ramai lagi tahu wajah sebenar suami dan anak Ayu.
Akhirnya Ayu OIAM Berani Tayang Wajah Anak Dan Suami

Malah, jika ditanya pihak media, Ayu sering saja menolak tepi jawapan kepada persoalan tersebut dan lebih senang menjawab soalan yang hanya berkaitan dengan kerjaya seninya semata-mata.

Namun, baru-baru ini, penyanyi yang sekarang ini sedang membuat kemunculan semula itu sudah pun berani membawa anaknya itu ke mana-mana saja. Lebih manis lagi, Ayu tidak lagi sorok suaminya dan sudah pun berani meminta suaminya itu menemani dirinya dalam beberapa acara majlis hiburan.

Terbaru, Ayu sudah tidak segan lagi memperkenalkan suami dan anaknya di majlis hari jadi pereka fesyen tempatan, Kos Serani.

Difahamkan, pada majlis itu, Ayu bukan saja membuat kejutan dengan hadir ke majlis itu, sebaliknya dia telah mengejutkan tetamu yang hadir dengan memperkenalkan suami dan anak-anaknya.

Yang pasti, gembira dengan tindakan Ayu. Nampaknya, Ayu benar-benar menepati janjinya, apabila sudah tiba masa, dia tidak akan sorok lagi tentang suami dan anak-anaknya.
09:57

Bantuan BR1M Akan Dinaikkan RM 1000

Kerajaan baru-baru ni cadang BR1M dinaikkan kepada RM 1000 untuk bantuan siri seterusnya . Ini selaras dengan harga barang atau kos sara hidup yang semakin meningkat. Mungkin ini adalah pembaharuan dan membuat BR1M lebih efektif dari sebelumnya. Kenyataan itu juga telah diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di majlis Himpunan Rakyat 1Malaysia di Universiti Pendidikan Sultan Idris (Upsi).
Muhyiddin-cadang-naik-BR1M-RM1000

Sekiranya Barisan Nasional (BN) menang dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang dan kutipan hasil cukai negara memberangsangkan, kerajaan akan memberi bantuan melalui BRIM2.0, BRIM3.0, BRIM4.0, BRIM5.0 dan seterusnya. Selain menaikkan jumlah pemberian, ,kerajaan juga akan mempertimbangkan pemberian BR1M ini diteruskan untuk jangka panjang mengikut kemampuan pendapatan negara.

09:56

Video Full Drama Adam Dan Hawa Episod 77


Video Adam Dan Hawa Episode 77 Tonton Online Full. Dalam episod ini, Ain telah berjumpa dengan Dee di Delifrance. Am tertinggal telefon bimbitnya dan terpaksa pulang semula ke rumah. Am tidak menyangka Ain berani bersemuka dengan Dee manakala Dee tergamam melihat Ain. Ain akhirnya berterus terang dan meluahkan perasaan yang tidak suka Dee menghubungi Am. Pada masa yang sama, Dee masih mengharapkan Am. Nantikan kesinambungan episod tersebut pada malam ini.
adam dan hawa episode 77



09:53

Video Full Drama Adam Dan Hawa Episod 78


Video Adam Dan Hawa Episode 78 Tonton Online. Ain bertengkar dengan Dee untuk meminta agar dia lepaskan Am. Dee menyatakan rasa bersalahnya terhadap Muzaffar (suami Dee) yang curang untuk dapatkan Am walaupun dia sudah berkahwin. Ain dan Am kelihatan begitu romantik ketika Am berbaring di bahu Ain di sofa. Hubungan Dee dan Muzaffar masih dingin dan keruh. Dee tidak dapat menerima kenyataan hidupnya yang banyak melakukan kejahatan dengan menyusahkan orang lain.
adam dan hawa episode 78

January 8, 2013

07:22

Uji Rashid Kecil Hati Tak Diberi Peluang Menyanyi Lagu Yuna Terukir Di Bintang



Rasaya semua orang tahu tentang kontroversi yang melanda pemilihan penyanyi untuk lagu Terukir Di Bintang ketika AJL27. Pada mulanya, Uji Rashid telah dipilih oleh Yuna sendiri untuk menyanyikan lagu tersebut. Namun di saat akhir, Uji Rashid terpaksa digantikan oleh Aizat.
uji rashid
Apa yang menyedihkan ialah Uji Rashid tidak diberitahu lebih awal tentang penggantian tersebut. Difahamkan Uji Rashid terus menjalani latihan tanpa mengetahui yang khidmatnya sudah tidak diperlukan lagi. Aizat turut meluahkan rasa kecewanya terhadap layanan yang diberikan kepada Uji Rashid:-
Saya tak tahu dimana silapnya tetapi secara umumnya, pihak yang bertanggungjawab patut melayan penyanyi veteran kita dengan baik. Rasa sedikit kecewa apabila melihat keadaan ini berlaku, janganlah memberi harapan yang tinggi terutamanya kepada golongan veteran sepertinya.
aizat
07:20

Anzalna Nasir Serik Terlalu Dedahkan Teman Lelaki



Malam tadi ketika berlangsung persembahan Teman Pengganti di Anugerah Juara Lagu ke 27, nama pelakon ini di’sebut sebut kenapa tidak naik ke atas pentas bersama Black & RJ.
Walaupun tanpa kelibat Anzalna Nasir yang merupakan heroin dalam video muzik rasminya, Teman Pengganti tetap berjaya pulang dengan gelaran Pesembahan Terbaik. Itu kisah malam tadi.
Anzalna Nasir memang di’ketahui tidak sembunyikan status dirinya yang kini bergelar kekasih kepada Hanif Zaki namun terbaru, pelakon ini berasa serik dengan pendedahan tersebut.
“Saya rasa macam terlalu terbuka pula mendedahkan teman lelaki pada khalayak apabila dia sering menemani saya walaupun hanya dua kali membawanya ke majlis rasmi,” ujar Anzalna Nasir.
Pelakon drama bersiri Adam & Hawa ini berkata sudah tiba masanya untuk beliau hadkan pendedahan mengenai kekasihnya kepada umum untuk mengelakkan rasa kurang senang banyak pihak.
07:19

(8 GAMBAR)Persembahan Sempoi Aizat Nyanyikan Lagu Terukir Di Bintang


Walaupun gagal memenangi persembahan terbaik, konsep persembahan yang dibawakan oleh Aizat ketika menyanyikan lagu Terukir Di Bintang adalah sangat awesome. Terserlah ke”cool”aan dan keklasikkan lagu tersebut.
aizat ajl27
Bukan itu sahaja, kehenseman Aizat meningkat berkali-kali ganda dengan kumis nipis di wajahnya. Nampak lebih matang dan manly gitu
aizat ajl27
aizat ajl27
aizat ajl27
aizat ajl27
aizat ajl27
aizat ajl27
aizat ajl27
07:13

13 GAMBAR Majlis Bertandang Apek & Leuniey, Sempat Salam Tuan Guru Nik Aziz


ru.
gambar majlis tandang apek leuniey13 GAMBAR Majlis Bertandang Apek & Leuniey, Sempat Salam Tuan Guru Nik Aziz. Terima kasih kepada The Photolicous, anda kini dapat menatap detik-detik bahagia pengantin baru ini. Apek dan Leuniey nampak berseri-seri dengan persalinan pakaian serba biru.  Turut memeriahkan majlis ialah Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Nik Aziz.
gambar majlis tandang apek leuniey
11 lagi gambar sekitar majlis bertandang Apek dan Leuniey dengan membaca entri ini sepenuhnya. SilaLIKE Facebook The Photolicious tanda terima kasih anda kerana kesudian mereka berkongsi gambar-gambar yang awesome ini.
gambar majlis tandang apek leuniey
gambar majlis tandang apek leuniey
gambar majlis tandang apek leuniey
gambar majlis tandang apek leuniey
gambar majlis tandang apek leuniey
gambar majlis tandang apek leuniey
gambar majlis tandang apek leuniey
gambar majlis tandang apek leuniey
gambar majlis tandang apek leuniey
gambar majlis tandang apek leuniey
gambar majlis tandang apek leuniey
07:08

2 VIDEO Full Majlis Perkahwinan Apek & Leuniey Daripada LHMediaTV


2 VIDEO Full Majlis Perkahwinan Apek & Leuniey Daripada LHMediaTV. Gambar kahwin Apek dan Leuniey korang dah layan sekarang layan video kahwin pula..jom......
video perkahwinan apek
Tak lengkap rasanya kalau hanya menatap gambar sahaja untuk majlis perkahwinan penjaga gol Kelantan ini. Lebih teruja jika dapat menyaksikan video detik bersejarah mereka. Terima kasih kepadaLHMediaTV yang telah berkongsi 2 buah video Apek dan Leuniey. Video di bawah ialah ketika majlis pernikahan mereka.
Dan video di bawah ini pula ialah ketika majlis bertandang minggu lalu. Memang terserlah kemeriahannya.
Terima kasih kepada LHMediaTV yang sudi berkongsi video-video awesome ini 

January 7, 2013

20:41

10,000 Tempat Duduk AirAsia Percuma Antara Semenanjung dan Sabah, Sarawak Mulai Rabu Ini


Sebanyak 10,000 tiket AirAsia pergi dan balik secara percuma antara Semenanjung Malaysia dan Sabah serta Sarawak boleh ditempah bermula Rabu ini bagi penerbangan antara 14 Januari dan 4 Februari.
Bagaimanapun, cukai lapangan terbang akan dikenakan, walaupun tambang dan surcaj bahan api dimansuhkan.
Kadar bagasi, hidangan dalam pesawat, pilihan tempat duduk dan perkhidmatan tambah nilai yang lain turut tidak termasuk dalam tempat duduk percuma.
Tempat duduk percuma hanya sah bagi penerbangan yang berlepas dari Kota Kinabalu, Kuching, Labuan, Sandakan, Miri, Tawau, Sibu, Bintulu, Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Johor Bahru.
Dalam satu kenyataan pada Isnin, AirAsia berkata, tawaran itu merupakan sebahagian daripada Program Integrasi 1Malaysia bersama AirAsia yang dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Sabtu lepas.
“Kami mempunyai sejumlah 417 penerbangan setiap minggu antara Semenanjung dan Malaysia Timur, dan 62 penerbangan harian yang berlepas dari Pulau Pinang, Kuala Lumpur dan Johor Bahru ke lapan destinasi di Sabah dan Sarawak.
“Ini merupakan cara kami untuk menghargai sokongan rakyat, dan ia akan menjadi yang pertama bagi lebih banyak lagi inisiatif daripada AirAsia,” kata Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia, Aireen Omar.
Tempat duduk percuma itu tidak ditawarkan untuk penerbangan domestik antara Semenanjung atau antara Malaysia Timur.
Pesawat khas dengan ‘livery’ 1Malaysia telah dilancarkan pada Sabtu lepas bagi memperingati ‘Program Integrasi 1Malaysia bersama AirAsia’.
10:49

Tiket Percuma Airasia 2013 Program Integrasi 1Malaysia. Free Tickets


Tiket Percuma Airasia 2013 Program Integrasi 1Malaysia. Free Tickets | Berita baik tiket percuma Airasia 2013 sempena program Integrasi 1Malaysia. Program ini dilancarkan oleh Perdana Menteri Malaysia Dato Seri Najib Razak. Tujuan adalah untuk merapatkan lagi jurang antara semenanjung, sabah dan sarawak selaras dengan konsep 1Malaysia. Syarikat tambang murah Air Asia akan bekerja sama untuk memberi tiket penerbangan percuma dalam tempoh yang tertentu.
tiket percuma airasia
Cara Semak Tiket Percuma Airasia 2013
Pengumuman mengenai tiket percuma ini akan disiarkan di laman web http://www.airasia.com tidak lama lagi. Dianggarkan kira-kira 10 ribu tiket akan diberikan kepada semua rakyat Malaysia untuk menikmati tiket percuma tersebut.


Sumber: Melvister.com
07:29

Gambar Kanang disemadi dengan penghormatan negara

Gambar Kanang disemadi dengan penghormatan negara

KUCHING – Mendiang pahlawan negara, Datuk Temenggong Kanang Anak Langkau disemadikan dengan penuh penghormatan negara di Makam Pahlawan di sini pada pukul 4 petang semalam.
Upacara tersebut yang dihadiri kira-kira 3,000 orang bermula pada pukul 1.30 petang di Gereja St. Thomas Cathederal dalam cuaca mendung dan diselubungi suasana sayu.
Terdahulu, keranda mendiang ditempatkan di Dewan Suarah, Jalan Taman Budaya di sini bagi membolehkan orang ramai memberi penghormatan terakhir.
Keranda yang membawa mendiang itu diusung ke makam tersebut oleh lapan anggota tentera yang terdiri daripada Pegawai Waran 1 (PWI) mewakili tiga perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia diketuai PWI Michael Awie.
Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui hadir memberi penghormatan terakhir mewakili kerajaan Persekutuan manakala kerajaan negeri diwakili Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Alfred Jabu Numpang
07:23

41 GAMBAR Karpet Ungu Anugerah Juara Lagu 27, AJL27


GAMBAR Anugerah Juara Lagu 27. Rata-rata melahirkan rasa puas hati dengan keputusan Anugerah Juara Lagu 27 kali ini. Sememangnya lagu Terukir Di Bintang merupakan salah sebuah lagu favourite kerana rentaknya yang agak klasik dan liriknya yang mendalam. Jutaan tahniah diucapkan kepada Yuna dan Aizat atas kejayaan ini.
gambar karpet ungu ajl27
Yang penting, makcik Abang Nara jatuh cinta dengan kumis Aizat yang mengkacakkan dirinya ketika membuat persembahan menyanyikan lagu Yuna itu. Memang Aizat nampak lebih matang dan bergaya dengan kumis tersebut. Tak lupa juga ucapan tahniah kepada Hafiz yang mengungguli vokal terbaik buat kali ketiga berturut-turut.
gambar karpet ungu ajl27
39 lagi gambar sekitar karpet ungu Anugerah Juara Lagu 27 dengan membaca entri ini sepenuhnya. Kredit sepenuhnya kepada Facebook TV3 Malaysia.
gambar karpet ungu ajl27
gambar karpet ungu ajl27
gambar karpet ungu ajl27
gambar karpet ungu ajl27
gambar karpet ungu ajl27
gambar karpet ungu ajl27
gambar karpet ungu ajl27
gambar karpet ungu ajl27
gambar karpet ungu ajl27
gambar karpet ungu ajl27
gambar karpet ungu ajl27
gambar karpet ungu ajl27
gambar karpet ungu ajl27
gambar karpet ungu ajl27
gambar karpet ungu ajl27
gambar karpet ungu ajl27
gambar karpet ungu ajl27
gambar karpet ungu ajl27
gambar karpet ungu ajl27
gambar karpet ungu ajl27
gambar karpet ungu ajl27
gambar karpet ungu ajl27
gambar karpet ungu ajl27
gambar karpet ungu ajl27
gambar karpet ungu ajl27
gambar karpet ungu ajl27
gambar karpet ungu ajl27
gambar karpet ungu ajl27
gambar karpet ungu ajl27
gambar karpet ungu ajl27
gambar karpet ungu ajl27
gambar karpet ungu ajl27
gambar karpet ungu ajl27
gambar karpet ungu ajl27
gambar karpet ungu ajl27
gambar karpet ungu ajl27
gambar karpet ungu ajl27
gambar karpet ungu ajl27
gambar karpet ungu ajl27

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Total Pageviews

What color theme you prefer?

Follow Us