Breaking

December 24, 2011

10:44

Yusri & Lisa Bakal Bernikah, Buat Pengumuman Khas

kelass uolss...nak umum tarikh menikah siap jemput press lagi...kalau sebelum ni Yusri berkahwin dengan Erra Fazira seorang pelakon primadona yang cukup femes zaman 1990s dulu. now, Yusri memilih Lisa Surihani yang juga merupakan pelakon femes yang tengah naik skang..hmm taste Yusri memang begitu tak pun sekadar kebetulan...hikhik



selepas sekian lama berteka-teki mengenai tarikh perkahwinan mereka, pasangan artis Lisa Surihani dan Yusry Abdul Halim akan membuat pengumuman istimewa mengenai perkara itu pada Sabtu ini.
10:36

(Gambar) Kekasih Baru Fida Usahawan Bergelar 'S"


Selepas putus cinta dengan pelawak Mamat (Sepah), pelakon Rafidah Ibrahim, 25, (Fida) mengakui sudah menemui pengganti dan kini sedang menjalin hubungan dengan seorang usahawan yang dikenali sebagai ‘S’.
Fida berkata walaupun dia sudah mengenali lelaki berusia 30-an itu kira-kira satu tahun setengah yang lalu, mereka hanya mula rapat selepas dia berpisah dengan Mamat pada awal Oktober lepas.
“Kalau diikutkan saya sudah mengenali ‘S’ sebelum berkawan dengan Mamat lagi. Namun, hubungan kami sebelum ini terjalin atas dasar rakan niaga sahaja.
‘S’ muncul dan kami menjadi rapat selepas hubungan saya berakhir dengan Mamat,” katanya yang ditemui baru-baru ini.

10:32

(Gambar) AC Mizal, Eizlan Yusof & Fazley YaakobTerima Anugerah Diraja, Gelaran Datuk

Datuk Mizal Zaini atau Datuk Ac Mizal kini secara rasminya bergelar Datuk selepas menerima Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) peringkat kedua yang membawa gelaran Datuk.


Tidak bersendirian menerima pengurniaan tersebut yang disampaikan oleh Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah dua lagi rakan seperjuangan AC dalam industri hiburan adalah pelakon, Datuk Idris Md Yusof atau lebih dikenali sebagai Eizlan Yusof serta penyanyi dan pakar motivasi, Fazley Yaakob turut menerima darjah kebesaran yang sama.
EMYLIA Rosnaida Abd Hamid dan Vieshantie Harun memberi kucupan mesra kepada suami mereka Pegerusi Eksekutif AC Konsortium Sdn Bhd, Mizal Zaini (AC Mizal) dan Pengerusi Eksekutif Blackstone Dagangan Sdn Bhd, Idris Md Yusof (Eizlan Yusoff) selepas dikurniakan Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) dengan gelaran Datuk oleh Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah di Balairung Seri Istana Abu Bakar Pekan sempena memuliakan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Mulia Sultan Pahang. Foto: Halim Mat Ali (22/12/2011)
lagi banyak gambar...

December 17, 2011

11:24

Jimmy Shanley Buka Aib Isteri, Tapi Sibuk Suruh Kembali Taat

macam mana isteri nak hormat kat suami kalo habis semua aib isteri didedahkan. mungkin tu cara Jimmy nak mengharapkan simpati agar isterinya kembali taat...tapi kalo dah buruk cegitu rupenya perangai isteri lepaskan ajelah..dayus suami kalo tak mampu nak didik isteri.

Perbicaraan pada hari pertama di Mahkamah Rendah Syariah, Shah Alam semalam berhubung kes tuntutan personaliti TV, Jimmy Shanley, 31 yang mahukan isterinya kembali taat menyaksikan bekas pengacara Akademi Fantasia itu mendedahkan tabiat buruk isterinya.

Jimmy Norjahan Salleh mendedahkan isterinya Nursuhaila Eliani Suhaimy, 25, masih ketagih judi dan rokok walaupun berjanji untuk menjadi isteri solehah dan meninggalkan tabiat itu selepas berkahwin pada 1 Oktober 2010.
10:53

BP dan Adlin Aman Ramlie Tersingkir Dari MLM

oh tidakkk!!! my pebret BP tersingkir dari MLM...

BP dan Adlin Aman Ramlie Tersingkir Dari MLM


Selepas bertahan selama lapan minggu dalam Maharaja Lawak Mega (MLM), akhirnya perjuangan kumpulan BP (Bawal Power) dan satu-satunya peserta solo yang tinggal iaitu Adlin Aman Ramlie berakhir sebentar tadi selepas mereka diumumkan sebagai dua peserta yang tersingkir.
10:15

(GAMBAR) Ariff Alfian Rosli Kahwin Lelaki Dublin |Pelajar Medic Tajaan PETRONAS GAY

beberapa hari yang lalu ada terbaca kisah si ayah Rosli Haron yang telah kehilangan anaknya Ariff Alfian Rosli,  seorang pelajar Malaysia di Dublin dan terpaksa menangung hutang pengajian anaknya hampir RM 1 juta!. Ariff Alfian Rosli ini merupakan pelajar perubatan tajaan Petronas dan tidak dapat dihubungi oleh keluarga mereka selama 3 tahun. Menurut ayah Ariff Alfian Roslin, , dia dan isteri telah 8 kali pergi ke Dublin untuk mencari anaknya. Dan hari ini misteri kehilangan Ariff telah terbongkar apabila dia didapati telah berkahwin dengan Jonathan, seorang lelaki warga Dublin.


pihak Petronas telah pun menyaman ayah Ariff selaku penjamin pertama dengan menuntut kembali wang pengajian RM890,000 yang telah dilaburkan kepada Ariff.

lebih banyak gambar...

December 7, 2011

December 5, 2011

18:06

Neelofa Ambil Kolagen Untuk Kekal Cantik



Menyelami erti kecantikan sebenar buat si jelita ini, Neelofa akui seseorang itu akan menjadi lebih cantik jika memiliki tingkah laku dan hati yang baik.
“Walaupun orang kata saya menang Dewi Remaja sebab cantik, kadang-kadang saya rasanya tidak juga kerana kemenangan mungkin dinilai dari banyak segi.
“Paling penting, wanita itu perlu kerana jika tidak cerdik, bagaimana nak maju dalam industri ini,” katanya lagi.
Memiliki sepasang mata yang mampu mencairkan hati mana-mana lelaki, Neelofa berkata bahagian matanya jarang sekali disolek tebal.
“Saya lebih tertumpu pada pemakaian celak dan maskara. Untuk kulit muka pula, saya hanya menggunakan pencuci muka Shu Uemura terutama menanggalkan mekap selepas kerja.
“Selain itu, saya mengamalkan minuman kolagen yang boleh mengelakkan muka menjadi kusam.

December 3, 2011

December 2, 2011

13:33

Khairul Fahmi Tak Tahan Kontroversi, Mahu Bersara Awal


Disebabkan kontroversi yang melanda, Khairul Fahmi telah membuat kenyataan kepada sebuah akhbar online tempatan, HMetro, mengenai situasinya yang pernah terfikir untuk bersara awal dari arena bolasepak walaupun baru berumur 22 tahun.

“Apabila berdepan kontroversi seperti itu, saya terfikir (untuk bersara awal). Saya sedih sebab cerita-cerita peribadi yang tidak elok disebarkan menyebabkan maruah keluarga saya terjejas


“Saya sayangkan keluarga. Setakat ini keluarga masih memberi kepercayaan dan memberi sokongan, tapi kalau perkara sebegini berterusan susahlah,” ujar Apek ketika ditemui.
12:56

(Gambar) Suami Syella Kamaruddin

nama Syella Kamarudin mula disebut-sebut pabila perkahwinan mewahnya dengan seorang VVIP mencecah RM15 juta!!!namun masih ramai yang tertanya-tanya siapakah suami Syella Kamaruddin???



Menurut Syella kamaruddin, suaminya adalah...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Total Pageviews

What color theme you prefer?

Follow Us