Breaking

July 6, 2011

Isteri Que Haidar Cemburu Buta? Linda Jasmine ker...

ni adelah artikel gossip dari gua.com.my....ape yang menariknye me nak korang same2 teka sape pelakon yang dimaksudkan dalam artikel ni...sebelum korang teka kene baca sampai habis dulu yerr...



Angkara Cemburu, Isteri Pelakon Ubah Skrip Filem?

Bukan mudah untuk mengajak pelakon muda ini berlakon semula setelah dia berkahwin baru-baru ini. Namun apabila pengarah ternama ini berjaya meyakinkannya, akhirnya pelakon ini bersetuju juga untuk berlakon semula dalam filem sekuel yang boleh dikatakan pernah menaikkan namanya dahulu.


GUA dengar dari sumber-sumber terdekat dengan produksi filem sekuel terbaru arahan pengarah ternama itu yang sememangnya sukar untuk meyakinkan pelakon tersebut. Ini kerana segala butir skrip filem tersebut akan disemak secara teliti oleh isteri pelakon tersebut yang memiliki sifat cemburu buta yang sangat melampau. Ini bukannya cerita terbaru yang GUA dengar mengenai isteri pelakon tersebut yang memiliki sifat cemburu buta yang amat keterlaluan itu.

Macam-macam syarat dikenakan oleh isteri pelakon itu sebelum suaminya boleh mengatakan YA untuk terlibat dalam produksi tersebut. Antara syarat paling penting yang perlu dituruti produksi adalah suaminya  tidak dibenarkan mempunyai apa-apa adegan yang membabitkan hubungan cinta. Pendek kata, pelakon itu tidak dibenarkan untuk berada dalam satu adegan bersama pelakon wanita lain.

GUA boleh faham situasi yang dialami oleh pelakon tersebut apabila memiliki isteri yang bersifat cemburu buta. Isteri mana yang suka bila melihat suami mereka berpeluk-pelukan atau berlakon dalam satu adegan yang melibatkan perlunya hubungan cinta. Tetapi jika sampai mempersoalkan kewujudan pelakon wanita berusia yang hanya berlakon sebagai makcik peniaga di sebuah kantin, bagi GUA itu sudah melampau.

Beberapa kali juga skrip diubah kerana si isteri tidak berpuas hati kerana suaminya masih ada adegan bersama dengan pelakon wanita lain. Mungkin si isteri hanya mahu suaminya berlakon dengan pelakon lelaki sahaja. Pening kepala pihak produksi dibuat dek isteri pelakon itu kerana setiap watak pelakon perempuan akan dipersoalkan oleh isteri pelakon tersebut.

Kenapa perlu paranoid sampai begitu? Nak kata tiada anak sebagai penghubung kasih, pasangan ini sudah pun dikurniakan seorang puteri yang cukup comel. Kalau si isteri yang juga personaliti ternama itu percaya akan kejujuran suaminya, pasti kerjaya pelakon itu akan lebih bersinar lagi. Nampaknya hasrat peminat untuk melihat kejayaan pelakon itu di pesada seni akan terkuburlah hanya kerana memiliki isteri yang terlalu “possessive” seperti itu.

Nampaknya kalau pelakon itu mahu meneruskan bakatnya dalam bidang lakonan terpaksalah dia hanya mengambil watak seperti Chuck Nolan dari filem Cast Away lakonan Tom Hanks. Berlakon sajalah seorang diri. Yang si isteri pula boleh lah cuba-cuba bakat terpendam sebagai penulis skrip drama atau filem pula.-GUA

adekah pelakon yang dimaksudkan Que haidar, dan isterinya yang jealous tu Linda Jamine? kalo salah tolong betolkan yer...korang pulak rase2 sape? 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Total Pageviews

What color theme you prefer?

Follow Us