Breaking

August 31, 2012

21:38

Go-KL City Bus, Bas Percuma Sekitar Kuala Lumpur


Go-KL City Bus, Bas Percuma Sekitar Kuala Lumpur. Bertuah sungguh warga KL mendapat perkhidmatan bas percuma. Kalau di Kota Kinabalu, City Bus mengenakan cas 50 sen tapi penumpang terpaksa bersesak-sesak hingga ke pintu bas. Teruk bukan

 
KUALA LUMPUR - Sempena sambutan Hari Kemerdekaan ke-55, kerajaan Persekutuan menghadiah perkhidmatan bas percuma kepada warga kota bagi destinasi tertentu di kawasan pusat bandar bermula hari ini.
Perkhidmatan bas percuma yang dikendalikan oleh Go-KL City Bus itu merupakan langkah terbaharu kerajaan bagi mempromosi pengangkutan awam dalam kalangan orang ramai selain bertujuan mengurangkan kesesakan lalu lintas di Pusat Perniagaan Daerah (CBD) di ibu negara.
Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat, Tan Sri Syed Hamid Albar (gambar) berkata, perkhidmatan yang menelan kos operasi kira-kira RM4 juta setahun itu bakal memberi manfaat kepada kira-kira 10 juta pengguna pengangkutan awam di ibu negara setiap tahun.
"Go-KL City Bus mempunyai 15 buah bas berwarna ungu melibatkan jarak perjalanan sepanjang 14 kilometer dan 25 hentian bas dalam kawasan CBD. Bas ini mudah dikenali kerana ada logo Go-KL City Bus serta tulisan percuma pada bas berkenaan.
"Bas yang beroperasi bermula pukul 6 pagi hingga 11 malam setiap hari ini dilengkapi kemudahan WiFi, sistem penentuan kedudukan global, sistem kamera litar tertutup dan mesra golongan orang kelainan upaya," katanya pada satu sidang akhbar di sini kelmarin.
Syed Hamid berkata, laluan pertama Go-KL City Bus melibatkan hentian bas di Suria KLCC, Angkasaraya, Pusat Penerangan Pelancongan (Matic), Hotel Concorde, Wisma Hup Seng, The Weld, Wisma Lom Foo Yong, Pavilion, Ain Arabia, Monorel Raja Chulan, Wisma Rohas Perkasa, Citibank dan Wisma Athlan.
Katanya, laluan kedua melibatkan hentian bas di Pasar Seni, Bangkok Bank, Muzium Telekom, Menara Olimpia, Menara KL, The Weld, Wisma Lim Foo Yong, Pavilion, Ain Arabia, Wisma Boustead, Wisma HLA, Simpang Bukit Ceylon, Muzium Telekom dan Kota Raya.
Menurut beliau, sebanyak dua lagi laluan Go-KL City Bus akan diwujudkan di ibu negara pada tahun ini sebelum ia dilaksanakan di bandar besar lain seperti Johor Bahru dan Pulau Pinang bergantung kepada prestasi perkhidmatan itu di Kuala Lumpur.
12:29

Gambar Majlis Khatam al-Quran Izreen Azminda, Nikah Malam Ini


Gambar Majlis Khatam al-Quran Izreen Azminda, Nikah Malam Ini. Majlis pernikahan pelakon drama bersiri Juvana ini bakal berlangsung malam ini di Alor Setar, Kedah.
Gambar: Di Majlis Khatam al-Quran Izreen Azminda, Bakal Nikah Esok
Izreen Azminda secara eksklusif berkongsikan dua keping gambar sekitar majlis khatam al-Quran beliau kepada Media Hiburan awal petang ini.
“Tarikh 30 Ogos dipilih memandangkan ia ulang tahun kelahiran saya. Ia secara tidak langsung memudahkan saya mengingati ulang tahun perkahwinan selepas ini”
Izreen Azminda bakal bergelar isteri kepada Muhamad Riza Baharudin (Riza) dalam majlis akad nikah malam ini dan majlis khatam al-Quran selamat berlangsung padi tadi.
#02 Majlis Khatam al-Quran Izreen Azminda - ROTIKAYA
Gambar nikah izreen Azminda, gambar kahwin izreen azminda, majlis perkahwinan izreen azminda
#01 Majlis Khatam al-Quran Izreen Azminda - ROTIKAYA

August 30, 2012

15:38

GENIUS: Samsung Bayar Apple Dengan Duit Syiling 5 Sen



CALIFORNIA - Ibu pejabat Apple pagi tadi telah menerima lebih 30 trak syiling 5 sen. Pada mulanya, syarikat keselamatan yang menjaga fasiliti itu berkata ia telah dihantarkan ke tempat yang salah, namun Tim Cook yang merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Apple menerima panggilan dari Ketua Pegawai Eksekutif Samsung menjelaskan bahawa mereka akan membayar USD $1 billion sebagai denda yang diperintahkan mahkamah baru-baru ini dengan cara ini.

Pengerusi Samsung Electronics, Lee Kun-hee berkata "dokumen yang ditandatangani tidak menetapkan kaedah atau cara pembayaran tunggal, jadi Samsung berhak untuk membayar USD $1 billion kepada pencipta iPhone itu dengan cara yang kami fikirkan terbaik."

Tindakan yang kotor tetapi genius dari Samsung itu telah membuatkan eksekutif Apple dalam keadaan runsing apabila mereka terpaksa memohon untuk mengira semua wang itu bagi memastikan duit itu cukup. Kemudian pihak Apple terpaksa mendepositkan jumlah syiling 5 sen itu kepada pihak bank dengan harapan pihak bank akan menerima permohonannya.

Pengerusi Samsung Electronics, Lee Kun-hee berkata lagi, syarikat itu tidak akan takut dengan mereka yang mahu bermain kotor, mereka juga tahu bagaimana untuk melakukannya.

"Anda boleh menggunakan syiling anda untuk membeli minuman di mesin minuman untuk seumur hidup atau mencairkan syiling untuk membuat komputer, itu bukan masalah saya, saya sudah membayar mereka dan mematuhi undang-undang," tambahnya lagi.

Pihak Apple belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi mengenai 20 billion syiling 5 sen tersebut

@: Bila Genius bertemu lawannya
15:34

Kedai Baju 'HITLER' Timbulkan Kemarahan Di India

HITLER adalah nama yang dibilih oleh seorang pemilik kedai pakaian di India. Kedai pakaian ini terletak di Ahmedabad, Gujarat dibuka sejak 10 hari lalu dan menjual pakaian Western's men. Nama Hitler ini telah menimbulkan kemarahan orang ramai kerana dikaitkan dengan Adolf Hitler. Simbol Nazi turut diletak pada huruf  'I'.

Menurut pemiliknya,

"Saya akan menukar (nama) jika orang mahu membayar pampasan kepada saya untuk wang telah dibelanjakan - logo, hoarding, kad perniagaan, jenama," Rajesh Shah
Dia meletakkan jumlah kos pada kira-kira 150,000 rupee ($ 2,700).
Shah menegaskan bahawa sehingga kedai dibuka dia tidak tahu siapa Adolf Hitler dan menyatakan bahawa Hitler adalah nama samaran yang diberikan kepada datuk pasangan kedainya kerana "beliau adalah sangat tegas".
"Saya tidak tahu berapa banyak nama akan mengganggu orang,". "Ia hanya apabila kedai dibuka saya belajar Hitler telah membunuh enam juta orang."
Ahli-ahli masyarakat kecil Yahudi di Ahmedabad mengutuk nama kedai, manakala seorang diplomat kanan Israel berkata kedutaan itu akan membangkitkan perkara itu.

Esther David, seorang penulis terkemuka di Ahmedabad India berbangsa Yahudi, berkata beliau "terganggu dan tertekan" oleh kedai berkenaan, tetapi menambah bahawa sesetengah India menggunakan perkataan "Hitler" bersahaja untuk menggambarkan orang autokratik.


15:04

Muhdalena, wanita mengamuk Putrajaya pakai topeng Power Rangers


Muhdalena wanita mengamuk Putrajaya pakai topeng Power Rangers.
PUTRAJAYA – Wanita yang cedera ditembak dalam kejadian amuk di Jabatan Perdana Menteri (JPM) bulan lalu menarik perhatian ramai apabila memakai topeng Power Rangers sebagai taktik bagi mengelak wajahnya dirakam.
Tertuduh Muhdalena Ahmad, 28, berkelakuan sedemikian ketika hadir bagi mendengar sebutan kali pertama kesnya di Mahkamah Sesyen Putrajaya di sini semalam.
Dalam prosiding itu, Hakim Mohd. Kafli Che Ali memberi tempoh selama sebulan kepada Muhdalena, 28, untuk melantik peguam bela sebelum tarikh perbicaraan ditetapkan dalam tempoh 90 hari.
Mohd. Kafli memutuskan demikian untuk memberi peluang kepada tertuduh menyelesaikan semua urusan dokumentasi bagi kes pembelaan secepat mungkin, sekali gus membolehkan pihak pendakwaan memulakan perbicaraan.
Sehubungan itu, mahkamah menetapkan 12 September depan bagi tarikh sebutan semula kes itu untuk tertuduh melantik peguam.
Muhdalena Ahmad
Muhdalena yang hadir berpakaian baju kurung dan bertudung merah dilihat tenang sambil mengangguk faham ketika mendengar arahan Mohd. Kafli itu.
Ditemani bapanya, Ahmad Adam, 55, ibu kepada dua anak itu dilihat memakai topeng mainan Power Rangers sejurus prosiding selesai bagi mengelak wajahnya dirakam jurugambar di luar mahkamah.
Tertuduh sebelum ini mengaku tidak bersalah ketika didakwa kali pertama pada 16 Julai lalu di bilik wad, Hospital Putrajaya atas dua pertuduhan melakukan ugutan jenayah kepada anggota polis, Ridzuan Megat Ahmad dan membawa senjata iaitu sebilah pedang.
Dia didakwa melakukan kesalahan tersebut di Kompleks B, JPM, Presint 1, Putrajaya kira-kira pukul 2.30 petang, 9 Julai lepas.
Dalam kejadian tersebut, seorang lelaki, Khalil Afandi Abd. Hamid, 47, yang menggelar dirinya Imam Mahadi terkorban.
Bekas penuntut Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) itu didakwa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
Sementara itu, bagi pertuduhan membawa pedang, Muhdalena didakwa mengikut Seksyen 7(1)(a) Akta Bahan-Bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 yang membawa hukuman penjara dua tahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Dia diikat jamin RM10,000 bagi kedua-dua pertuduhan itu.
Amuk di JPM
   
Pada kejadian tersebut, dia bersama dengan Khalil Afandi Hamid, 47, mengamuk di pekarangan Kompleks B, Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya kira-kira jam 2.30 petang, namun Khalil mati ketika dalam perjalanan ke Hospital Putrajaya selepas terkena tembakan di tangan dan bahagian ari-ari, manakala Muhdalena turut terkena tembakan di paha kanan.
13:23

Wanita ditetak oleh peragut, enggan lepaskan beg


Wanita enggan lepas beg ditetak. 




KOTA BHARU – Seorang wanita ditimpa malang apabila pergelangan tangan kirinya hampir putus akibat ditetak penjenayah ketika dia berusaha menyelamatkan beg tangannya daripada diragut di hadapan sebuah pusat jualan tudung di Jalan Sultanah Zainab di sini semalam.
PARAH...Rohairani pengsan apabila pergelangan tangan kirinya ditetak peragut dan dipapah orang ramai selepas sedar ke HRPZ II dalam kejadian di Jalan Che Su, petang semalam.
Kejadian pada pukul 1.20 petang itu berlaku ketika mangsa Rohairani Abdullah, 36, yang bekerja sebagai pembantu di sebuah klinik di sini baru keluar dari kereta untuk ke kedai tudung.
Ketika ibu kepada dua orang anak itu berjalan ke kedai tudung, beg tangannya tiba-tiba diragut seorang lelaki sebelum penjenayah itu menetak bertubi-tubi tangan mangsa yang enggan melepaskan beg tersebut.
Seorang penjual tudung, Hidayah Daud, 21, yang menyaksikan kejadian itu berkata, dia melihat peragut itu cuba menarik beg tangan mangsa manakala seorang lagi lelaki menunggu di atas motosikal Honda EX5 di tepi jalan kira-kira 20 meter dari tempat wanita itu diragut.
Kejadian tersebut berlaku di tepi kedainya dan tindakan mangsa yang enggan melepaskan beg tangannya menyebabkan mangsa ditarik kira-kira tiga meter dari lokasi mula-mula mangsa diragut.
“Tindakan mangsa tidak melepaskan beg tangannya menyebabkan peragut itu marah lalu menetak tangan mangsa lebih tujuh kali,” kata saksi itu.
Menurut gadis itu, kejadian selama tiga minit itu menyebabkan orang ramai yang lalu lalang tergamam, panik dan hanya mampu menjerit kerana takut melihat tindakan kejam penjenayah itu.
“Peragut yang berputus asa kemudian meninggalkan wanita itu tanpa dapat meragut beg tangan mangsa,” kata Hidayah sambil memberitahu dia juga takut untuk membantu mangsa kerana penjenayah itu bersenjatakan parang.
Ekoran kejadian itu, kawasan tersebut dipenuhi darah yang meleleh daripada tangan mangsa yang cedera.
Katanya, kira-kira 15 minit kemudian ambulans tiba untuk membawa mangsa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HPRZ II) dekat sini bagi mendapatkan rawatan.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Azham Othman mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian tersebut.
Menurut beliau, mangsa mengalami kecederaan serius iaitu ada antara luka tersebut sedalam 38 sentimeter manakala urat pergelangan tangan kiri mangsa juga putus.
Sehingga malam tadi peragut berhati haiwan itu belum ditangkap manakala kecederaan tangan mangsa belum dapat diketahui statusnya.
13:02

100 Pasang Kasut Kim Kardashian Dibuang Kekasihnya, Kanye


100 Pasang Kasut Kim Kardashian Dibuang Kekasihnya, Kanye
Kanye (kiri) menjaga soal pemakaian Kim Kardashian.
KOLEKSI kasut-kasut mahal dan eksklusif yang dimiliki Kim Kardashian pasti membuatkan ramai yang iri hati dengannya.
Namun peliknya, bintang berusia 31 tahun ini merancang untuk membuang sebahagian besar 'harta' tersebut.
Menurut laporan Dailymail, hal itu dilakukan atas permintaan kekasihnya, Kanye West dan hampir 100 pasang kasut akan dikeluarkan daripada almari rumahnya.
Sebahagian kasut yang akan didermakan.
Bagaimanapun, Kim tidak akan membuang kasut kesayangannya itu begitu sahaja sebaliknya akan menyumbangkannya kepada badan-badan kebajikan yang bersesuaian.
Difahamkan, Kanye telah menggeledah almari Kim dan memilih pakaian mana yang bersesuaian untuk bintang Keeping Up With The Kardashians itu.
12:59

Uji Bakat 'RM1,000,000 Money Drop' 1 September Di 4 Lokasi


Uji Bakat 'RM1,000,000 Money Drop' 1 September Di 4 Lokasi.
KUALA LUMPUR: Kejayaan program RM1,000,000 Money Drop, menyebabkan pihak Astro meneruskan kesinambungan dengan menganjurkan uji bakat musim kedua yang akan diadakan bermula 1 September ini di beberapa lokasi terpilih di seluruh negara.
Pengurus saluran Astro Ria, Raqim Ahmad berkata, berdasarkan kepada sambutan menggalakkan, pihaknya yakin rancanganitu untuk musim kedua akan mendapat sambutan hangat.
"Ternyata eksperimen kami dalam menyiarkan program hiburan berbentuk permainan yang menguji kepintaran peserta dan kebijaksanaan melabur mendapat tempat yang baik di kalangan penonton," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini, Rabu.
Tambah Raqim, selain memberikan variasi pilihan rancangan hiburan, RM1,000,000 Money Drop, memberi peluang kepada seisi keluarga berkumpul dan berkongsi pengetahuan am dengan suasana santai selain mendidik mereka dan penonton daripada aspek pengurusan risiko dan pelaburan.
"Kami menjangkakan program ini mengulangi fenomena serupa untuk musim kedua dan menerima sambutan luar biasa pada sesi uji bakat yang akan datang," katanya.
Pada musim pertama, pasangan bapa dan anak, Izhar Mohd Idris dan Mas Syahmi Izzah Izahr berjaya membawa pulang wang tunai sebanyak RM240,000 dengan hanya menjawab beberapa soalan.
Dalam pada itu, Raqim berkata, pihaknya akan berkunjung ke empat buah lokasi uji bakat bermula di Hotel Ixora, Pulau Pinang (1 dan 2 September), Hotel Permai, Kuala Terengganu (7 dan 8 September), Hotel The Zon Regency, Johor Bahru (8 dan 9 September) dan Hotel Gardens, Mid Valley Kuala Lumpur (15 dan 16 September).
Raqim memberitahu kaunter pendaftaran bagi setiap sesi uji bakat dibuka dari pukul 9 pagi hingga 2 petang.
"Peserta mestilah warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas dan perlu membawa salinan kad pengenalan serta sekeping gambar berukuran 4R (gambar profil dan paras pinggang).
"Hadirkan diri di lokasi uji bakat secara berpasangan seperti suami isteri, kawan dan sebagainya. Mereka yang berminat untuk menyertai rancangan ini perlu mempunyai pengetahuan am yang luas serta berperwatakan ceria," katanya.
RM1,000,000 Money Drop, musim kedua bakal bersiaran di saluran Astro RIA (saluran 104) bermula 20 Oktober depan.
12:51

Norish Karman Diugut Gambar Anak Luar Nikahnya, Haq

Norish Karman Diugut Gambar Anak Luar Nikahnya, Haq. Rupa-rupanya, punca penyebaran Gambar Anak Luar Nikah Norish Karman adalah disebabkan kegagalan si penyebar tadi mendapatkan wang ugutan. Berkata kepada Berita Harian, gambar tersebut disebarkan selepas si penyebar gagal mendapat wang ugutan daripada Norish Karman. 
haq norish karmanMenurut Norish Karman
Alhamdulillah peminat memberikan banyak kata perangsang kepada saya. Mereka memberitahu, akan terus menyayangi dan setia menyokong kerjaya seni saya. Saya membuat pendedahan itu pun bukan untuk membuka mahupun menutup sebarang cerita. Awalnya, selepas kelahiran Haq, saya memang terfikir bagaimana mahu memperkenalkan Haq kepada khalayak. Cara terbaik adalah dengan mengadakan sambutan ulang tahun pertamanya. Tetapi ada pihak yang terlebih dulu mendahului saya apabila menyebarkan gambar kami, kerana gagal mendapat wang ugutan.

Artikel penuh dari Berita Harian

Pelakon sensasi, Norish Karman, tidak berhasrat menyaman individu yang menyebarkan gambarnya di sebuah hospital berserta anak yang ketika itu baru saja dilahirkan di internet. Dia enggan berbuat demikian kerana berasakan tindakan itu tidak membawa sebarang faedah.

“Tiada gunanya menyaman orang yang menyebar gambar saya itu kerana mereka bukannya ada duit. Lainlah jika mereka mempunyai banyak duit, sekurang-kurangnya berbaloi juga saya bersusah payah naik-turun mahkamah,” katanya

Selepas dia melakukan pendedahan berani mengenai kehadiran bayi diberi nama Haq Lutfie Alexander sebagai anak kandungnya, menyebabkan diri wanita ini terus menjadi perhatian. Kala ditanya apakah impak daripada pendedahan dilakukan tempoh hari, wanita ini berkata, dia terkejut dengan sokongan tidak berbelah bagi ditunjukkan peminat terhadap dirinya. Menurutnya, ada yang mendekati sambil memeluk erat seraya mengucup dirinya. Tidak kurang yang menawarkan diri menjadi ibu dan bapa kepada Haq. “Alhamdulillah peminat memberikan banyak kata perangsang kepada saya. Mereka memberitahu, akan terus menyayangi dan setia menyokong kerjaya seni saya. “Saya membuat pendedahan itu pun bukan untuk membuka mahupun menutup sebarang cerita. “Awalnya, selepas kelahiran Haq, saya memang terfikir bagaimana mahu memperkenalkan Haq kepada khalayak. Cara terbaik adalah dengan mengadakan sambutan ulang tahun pertamanya. Tetapi ada pihak yang terlebih dulu mendahului saya apabila menyebarkan gambar kami, kerana gagal mendapat wang ugutan,” katanya.

Dugaan Tuhan Aktres ini juga mengakui tidak pernah menyesali tindakan memperkenalkan Haq kepada masyarakat. Apa yang berlaku sebaliknya dianggap sebagai dugaan Tuhan. Ujian yang dilalui pula, tegas Norish, menjadikan dirinya lebih kuat. “Biarlah sesetengah masyarakat memandang negatif pada saya. Bagi saya, itu hak individu kerana kita tidak tahu bagaimana untung nasib kita pada masa depan,” katanya.

Info
 * Pernah berkahwin dengan Datuk Hashimuddin Abdul Kadir pada 11 Januari 1998 di Perlis.
 * Bagaimanapun mereka sah bercerai pada 15 Julai 2008.
 * Menerusi perkahwinan itu, Norish dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Muhammad Haqiem Amany, 12; Muhammad Hady Amieran, 9; dan Nur Hanyz Amanda, 8.
 * Kehadiran bayi diberi nama Haq Lutfie Alexander yang dilahirkan pada 24 September 2011 menimbulkan tanda tanya kerana selepas bercerai, Norish tidak pernah mengumumkan sebarang majlis pernikahan semula dirinya.
12:21

Abby Abadi Tunjuk Pandai, Persoal Kenyataan Hudud Bekas Mufti Perlis Dr Asri Di Twitter


Abby Abadi Tunjuk Pandai, Persoal Kenyataan Hudud Bekas Mufti Perlis Dr Asri Di Twitter. Sebelum ini, video hangat Abby Abadi 'mengelupur' malu dengan soalan sendiri yang ditanyakan kepada Ustaz Azhar Idrus masih diperkatakan dan ramai yang menonton. Nampaknya, kelantangan Abby Abadi bersuara tidak terhenti disitu sahaja. Terbaru, Dr Asri, bekas mufti Perlis telah pun menulis tentang hudud menerusi Twitternya seperti di bawah.
hudud dr asri
Tertarik dengan tulisan Dr. Asri, Abby Abadi membalas tweet tersebut seperti di bawah.
hudud dr asri
Dr Asri menjawap tweet yang ditujukan kepada itunya dengan kata-kata yang agak pedas jugak.
hudud dr asri
Dan Abby Abadi memaklumkan kepada Dr Asri yang dia tidak pernah berceramah dan hanya sekadar berkongsi sahaja.
hudud dr asri
Mungkin maksud Dr Asri disitu bukan untuk menentang HUDUD. Tetapi Hukum Hudud kurang sesuai diamalkan di negara yang penduduknya berlainan agama. Pasti yang kena potong tangan tadi hukuman tu terlalu berat untuknya berbanding yang kena penjara setahun dua...(tak boleh nak cakap lebih-lebih kang Abby datang sound pula..huhu)

August 29, 2012

22:39

Gambar Anak Lelaki Ustaz Azhar Idrus, Super Power Betol UAI Ni

Gambar Anak Lelaki Ustaz Azhar Idrus. Menurut satu sumber di Facebook, Ustaz Azhar Idrus baru sahaja menyambut kelahiran bayi lelaki yang comel. Memang power betui Ustaz Azhar Idrus ni, dalam usia yang agak lanjut masih dimurahkan rezeki dengan kurniaan anak. Alhamduliilah


Ustaz azhar idrus ada berapa orang isteri ye? setahu admin sorang je ke ada lagi???
16:02

Penggali Kubur Gali Kubur Sendiri, Maut Tertimbus Liang Lahad (2 Gambar)

Penggali Kubur Gali Kubur Sendiri, Maut Tertimbus Liang Lahad (2 Gambar)
MENTAKAB – Seorang penggali kubur menemui ajal dalam liang lahad apabila dihempap ketulan tanah besar ketika sedang menggali kubur milik seorang warga emas dalam kejadian di Kampung Penak, pagi semalam.

Mangsa, Mohd Zailan Hamid, 46, dipercayai mati akibat patah tengkuk dan kecederaan teruk di kepala selepas tertimbus hampir keseluruhan badan ketika melakukan kerja akhir menyiapkan liang lahad milik Minah Ishak, 76, yang mati sakit tua lepas Subuh semalam.

Kejadian berlaku ketika Zailan bersama seorang lagi rakannya Mohd Nasir Musa, 40, berada dalam kubur terbabit untuk melakukan kerja-kerja akhir pada liang lahad kira-kira jam 10.15 pagi.

Menurut seorang lagi penduduk kampung, Nizri Bakar, 57, dia melihat Zailan dan Mohd Musa menyiapkan bahagian akhir liang lahad sebelum secara tiba-tiba ketulan tanah besar jatuh di atas badan Zailan dan menimbus keseluruhan badannya.

“Saya sedang bercangkung tepi kubur, tiba-tiba satu ketulan tanah menghempap Zailan yang sedang baring dalam liang lahad, Zailan terkambus lebih setengah meter, hanya kaki kanan dia yang terjulur keluar.

“Masa itu saya menjerit memanggil rakan-rakan lain yang sedang berehat minum di kawasan kubur supaya mengeluarkan Zailan.

“Kami gali beramai-ramai dengan tangan, takut nak guna cangkul sebab kepala dan badannya tertimbus dalam tanah,” katanya.

Penduduk kampung memenuhi kawasan sekitar kubur Kampung Penak.
Penduduk kampung memenuhi kawasan sekitar kubur Kampung Penak.
Penduduk kampung melihat kubur milik Minah Ishak yang runtuh ketika digali di Kampung Penak, semalam
Penduduk kampung melihat kubur milik Minah Ishak yang runtuh ketika digali di Kampung Penak, semalam.
Ambil masa 5 minit keluarkan kepala mangsa

Sementara itu seorang lagi penduduk kampung Abdul Halim Musa, 43, berkata, dia dan penduduk kampung mengambil masa lima minit untuk mengeluarkan kepala mangsa yang tertimbus.

“Masa gali saya nampak ada banyak darah pada kepala Zailan, ketika itulah saya dapat lihat arwah alami cedera teruk di kepala, tengkuk dan tulang pipi arwah patah.

“Kami angkat Zailan ke atas, tidak berapa lama kemudian dia menghembuskan nafas terakhir di sisi penduduk kampung,” katanya.


Tidak pernah alami kejadian seperti itu

Sementara itu Abdul Aziz Md Taha, 51, anak kepada Minah Ishak, 76, yang meninggal dunia akibat sakit tua di rumahnya dekat Taman Bukit Cermin di sini, pagi semalam menganggap kejadian tersebut sesuatu yang tidak pernah dialami penduduk kampung.

“Mak saya meninggal Subuh tadi, ketika menggali kubur berlaku pula kematian kepada si penggali kubur, ini tidak pernah berlaku di kampung ini,” katanya.

Sementara itu seorang penduduk, Abdul Walit Abdul Malek berkata, arwah Zailan tidak seperti biasa sebelum itu.

Menurutnya, ketika sedang menggali kubur, Zailan yang masih bujang, tidak seperti rakan lain, arwah lebih banyak mendiamkan diri dan tingkah lakunya tidak seperti biasa.

“Kami di sini sangat terkejut dengan kejadian yang berlaku, dalam satu hari ada dua kematian yang berkaitan antara satu sama lain.

“Zailan memang pakar menggali kubur terutama kerja menyiapkan liang lahad yang memerlukan hasil kerja yang halus, dia biasanya akan bersama Mohd Nasir melakukan kerja tersebut,” katanya.

Abdul Walit berkata, kubur arwah Minah yang sepatutnya dikebumikan tengah hari terpaksa digali semula menggunakan jengkaut atas sebab-sebab keselamatan.


Polis terima laporan

Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Daerah, Superintendan Zundin Mahmood mengesahkan kejadian.

Menurutnya, mayat Zailan telah dihantar ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAS) untuk bedah siasat.
15:53

Sumbang mahram: Pemimpin kanan parti pembangkang, anak ditahan


Sumbang mahram: Pemimpin kanan parti pembangkang, anak ditahan. JERANTUT - Seorang pemimpin kanan sebuah parti dan anak lelakinya ditahan bagi membantu siasatan berhubung satu kes sumbang mahram.
 
Timbalan Ketua Polis Daerah Jerantut DSP Zakaria Kasim berkata, pemimpin bersama anak lelakinya yang berusia 14 tahun ditahan reman pada 22 Ogos lalu bagi membantu siasatan apabila anak perempuannya yang berumur 15 tahun melahirkan seorang bayi lelaki.

Zakaria berkata, anak perempuan suspek dikatakan melahirkan seorang bayi lelaki tiga hari lalu di sebuah pusat bersalin swasta di Kajang, Selangor.

"Polis juga telah mengambil sampel DNA kedua-dua suspek yang dibuat di Hospital Jerantut untuk siasatan lanjut.

"Bagaimanapun, suspek dan anak lelakinya dibebaskan dengan jaminan polis semalam, sementara menunggu keputusan DNA yang dijangka diketahui dalam tempoh seminggu," kata Zakaria.

Suspek pernah bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-12 tetapi tewas kepada lawannya dalam pilihan raya itu.

Menurut sumber lain, kejadian tersebut terbongkar apabila jururawat di pusat perubatan berkenaan membuat laporan polis akibat curiga dengan keadaan remaja perempuan tersebut yang bersalin tanpa kehadiran suami.

15:25

Tauke Ceraikan Meera, Isteri Ketiganya


Tauke Ceraikan Meera, Isteri Ketiganya. Di kaca Tv, Tauke Jambu atau Tauke Raja Lawak ni nampak kelakar dan cool tapi perangai kat luar tak tahu lah. Kejap kahwin baru, kejap cerai, kejap dengan teman wanita baru. Al maklumlah nama tengah naik ni pasti ramai gadis yang nak berkepit, nanti esok lusa saham dah jatuh...pandailah ye hehek
tauke
Pelawak yang lahir menerusi program realiti Raja Lawak, Tauke atau nama sebenarnya Zamatul Amri Zakaria, 36, mengesahkan sudah melafazkan cerai talak satu ke atas isterinya, Meera, 23, pada 12 Ogos lalu.
“Sekarang saya sudah tiada apa-apa hubungan dengan dia dan memang saya sudah kembali solo sejak dua minggu yang lalu,” katanya yang dihubungi oleh Sinar Harian.
 
Sebelum ini heboh diperkatakan Tauke dan Meera sudah tidak tinggal sebumbung dan dia juga sudah lama tidak bertemu Meera. Tauke menjelaskan;
 
“Memang benar sebelum ini rumah tangga kami dilanda krisis agak besar apabila dia keluar dengan membawa semua pakaiannya, pada bulan Julai lalu dan puncanya biarlah saya rahsiakan saja."
 
Perkahwinan ketiga Tauke dengan model sambilan itu berlangsung pada April lalu dan dia mempunyai enam orang anak hasil daripada dua perkahwinan terdahulu.
14:57

Shila Amzah dituduh persenda hijab, punca tutup akaun Twitter


Sheila Amzah dituduh persenda hijab, punca tutup akaun Twitter. Sebelum ini peminat Shilah Amzah ramai yang merungut apabila artis kesayangan mereka menutup akaun Twiternya.  Terbaru, Shila Amzah menjelaskan punca sebenar beliau menutup akaun twitternya.
Sheila Amzah
Atas desakan peminat, pelantun Patah Seribu ini kembali mengaktifkan semula akuan Twitternya.

Akui timbul rasa bersalah di atas keputusannya yang menutup laman sosial itu sejak seminggu lalu, Shila Amzah, akhirnya akur dengan kehendak peminat yang mahukannya kembali ke alam maya.

"Saya sebenarnya sibuk sangat sejak kebelakangan ini dan saya tak sempat untuk melayan peminat di Twitter.

"Tetapi banyak pula respons diterima sehingga saya rasa bersalah dengan peminat. Ada yang suka ada juga yang tak suka. Apa pun, demi peminat saya kembali mengaktifkan Twitter," katanya.

Bagaimanapun, anak dara ND Lala ini tidak menafikan cemuhan diterima berikutan penampilannya yang tidak bertudung dalam program raya menjadi antara punca dia menutup akaun Twitternya.

"Saya terima banyak teguran dan kritikan akibat penyiaran itu. Mungkin mereka tidak tahu rakaman itu dilakukan sebelum saya bertudung. Ramai yang menyalahkan saya dan menuduh saya bertudung itu hanya sekadar 'hangat-hangat tahi ayam'. Malah ada yang menganggap saya mempersendakan hijab.

"Sejujurnya saya kecewa dan tertekan dengan apa yang berlaku. Namun saya tidak menyalahkan stesen televisyen dalam situasi ini. Walaupun saya cuba  menyepikan diri seketika, namun saya sedar masih ada peminat yang menyokong saya dari belakang," kata kekasih Shanaarz Ahmad ini.


Ke Shanghai
Walaupun dihantui pelbagai kontroversi, namun Shila tetap menjaga karier nyanyiannya.

Bakal menggegarkan kota Shanghai dengan penyertaan dalam pertandingan Asian Wave, Shila berharap membawa nama negara ke persada dunia.

Bukan calang-calang pertandingan, Asian Wave akan menyaksikan wakil dari setiap negara hebat seperti Jepun dan Korea untuk berentap meraih gelaran juara.

"Pada 31 Ogos ini saya akan berangkat ke sana selama seminggu. Jika saya berjaya melepasi peringkat saringan, saya akan berentap sekali lagi pada 18 September nanti.

"Saya sangat berbangga kerana dapat mewakili Malaysia dalam pertandingan besar ini. Sebelum ini, memang saya berhasrat untuk berkunjung ke Shanghai.

"Saya teringin nak lihat masjid tertua di dunia yang terletak di sana," katanya.
14:50

Pencuri Beraya Di Rumah Imuda, Sempat Makan Kuih Raya


Pencuri beraya di rumah Imuda. Kelakar juga sempat lagi bancuh air sirap dan menjamu kuih raya.
KUALA LUMPUR - Rumah pelawak dan pelukis terkenal, Imuda dipecah masuk oleh sekumpulan pencuri yang sempat menjamu selera sebelum lesap dengan barangan serta wang tunai yang kesemuanya bernilai RM7,000 di Taman Datuk Ahmad Razali di sini baru-baru ini.
Kejadian itu hanya disedari oleh Imuda atau nama sebenarnya, Abdul Rahim Muda, 52, pukul 3 petang kelmarin selepas beliau bersama tiga ahli keluarganya pulang daripada bercuti raya di Pulau Pinang sejak 10 hari lalu.
Apa yang mengejutkan Imuda, kumpulan pencuri itu sempat membancuh beberapa gelas air sirap serta menjamah kuih raya yang diletakkan di dapur sebelum mereka menghilangkan diri.
Katanya, sebelum lari, mereka telah menggeledah rumah teres dua tingkat yang dihuni oleh keluarga Imuda sejak setahun lalu.
"Seluruh rumah termasuk kelima-lima bilik berselerak. Saya percaya kejadian ini dilakukan oleh tiga hingga empat orang.
"Setelah memeriksa persekitaran rumah, saya yakin penyamun berkenaan masuk ke dalam rumah setelah mengumpil jeriji besi di ruang tamu rumah dengan pemutar skru," katanya yang mula dikenali menerusi sitkom komedi Pi Mai Pi Mai Tang Tu pada tahun 1980-an.
Beliau membuat laporan di Balai Polis Ampang Jaya dengan melaporkan kehilangan komputer bimbit, empat utas jam tangan, tiga buah telefon bimbit serta wang tunai RM300.
14:47

Kad Diskaun Siswa 1Malaysia (KDS1M), Senarai 1,200 Kedai dan Pasaraya Terpilih


Kad Diskaun Siswa 1Malaysia (KDS1M), Senarai 1,200 Kedai dan Pasaraya Terpilih. Bertuan adik-adik ni dapat Kad Diskaun Siswa 1Malaysia. Ambo tak sempat lah nak merase ;(
PETALING JAYA - Seramai 1.5 juta pelajar institusi pengajian tinggi dari seluruh negara akan menerima Kad Diskaun Siswa 1Malaysia (KDS1M) secara berperingkat-peringkat bermula semalam.
Kad diskaun yang diwujudkan sebagai usaha untuk membantu meringankan beban sara hidup pelajar sepanjang pengajian itersebut boleh digunakan di 1,200 cawangan kedai dan pasar raya terpilih bermula 1 September depan.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, fasa pertama pemberian kad tersebut yang dikeluarkan dengan kerjasama Bank Rakyat membabitkan para pelajar yang mengikuti pengajian peringkat sijil, diploma dan ijazah sepenuh masa.
Sehingga kini, katanya, kad yang memberi diskaun atas pembelian barangan dan perkhidmatan itu sudah mempunyai sebanyak 179 buah syarikat yang menjadi rakan dagang meliputi sektor seperti peruncitan, kelengkapan sukan, penginapan dan syarikat penerbangan.
"Kerajaan menjangkakan lebih banyak syarikat korporat akan menjadi rakan dagang menjelang hujung tahun ini dan pelajar bebas menggunakan kad tersebut sehingga tamat tempoh pengajian.
"Ini merupakan cadangan yang diutarakan oleh majlis perwakilan pelajar dan ia jelas menunjukkan kerajaan komited untuk membantu golongan ini dengan mendengar suara mereka," katanya.
09:45

2 Video Suhaila, Pendedahan Jimmy Shanley Kelakuan Buruk Isterinya


2 Video Kelakuan Buruk Suhaila, Isteri Jimmy Shanley. Terus membuka aib isteri, Jimmy Shanley telah menyerahkan dua salinan video kepada Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam sebagai menyokong akan keterangan beliau tentang kelakuan Nursuhaila.

BERPISAH...Jimmy dan Nursuhaila keluar dari Mahkamah Tinggi Syariah, semalam.

SHAH ALAM: Pelakon dan pengacara, Jimmy Shanley menyerahkan dua salinan rakaman video kepada Mahkamah Tinggi Syariah di sini, semalam sebagai bukti bagi menyokong afidavit keterangannya kerana mempertikai kelayakan isteri, Nursuhaila Eliani Suhaimy yang menuntut hak penjagaan (hadanah) anak perempuan mereka, Zahra Rania Shanley.
Bagaimanapun, Hakim Syarie Mawardi Che Man berkata, isu salinan video dikemukakan Jimmy selaku defendan dalam kes itu ditangguhkan terlebih dulu sehingga Nursuhaila sebagai plaintif dapat melihat rakaman video berkenaan.

Terdahulu, peguam syarie Mohd Noor Aizan Md Idrus yang mewakili Jimmy memberitahu mahkamah pihaknya memfailkan afidavit keterangan defendan pada 15 Ogos lalu manakala plaintif menerima afidavit keterangan itu dua hari kemudian.

Selain afidavit keterangan Jimmy, Mohd Noor Aizan berkata, pihaknya juga menyertakan cetakan salinan SMS mengandungi SMS daripada ibu mentua Jimmy yang juga usahawan, Datin Muniroh Kassim dan Nursuhaila.
09:32

Farah Asyikin kemalangan, langgar kereta orang awam (3 Gambar)


Farah Asyikin kemalangan, langgar kereta orang awam (3 Gambar). Farah Asyikin telah mengalami satu kemalangan jalan raya awal pagi tadi.
Gambar: Farah Asyikin Kemalangan Jalan Raya, Pandu Kereta Sepupu
Kejadian berlaku sekitar jam 8.00 pagi tadi di hadapan pejabat Suruhanjaya Sekuriti, Bukit Kiara apabila kereta dipandu Farah Asyikin melanggar sebuah kereta orang awam.
Kedua dua yang terlibat dalam kemalangan ini tidak mengalami sebarang kecederaan serius namun kereta Mitsubishi yang di’pandu Farah Asyikin agak teruk keadaan’nya.
Sumber kami turut memberitahu yang kereta dipandu Farah Asyikin ini merupakan milik sepupu beliau. 
#01 Farah Asyikin Kemalangan - ROTIKAYA
#02 Farah Asyikin Kemalangan - ROTIKAYA
sumber:rotikaya.com
09:16

GAMBAR Anak Lan A To Z, Bayi Lelaki Comel


GAMBAR Anak Lan A To Z, Bayi Lelaki Comel. Walaupun sekarang dah suam-suam kuku namun pasti masih ada yang ingin mengetahui perkembangan Lan A To Z. Terbaru Lan A to Z dan isterinya menyambut kelahiran cahaya mata lelaki. 
anak lan to z
Di bawah ialah gambar anak Lan A To Z. Comel kan?
anak lan to z
08:57

3 GAMBAR Raya Beego Di Kelab Hiburan. Raya sakan nampak!


3 GAMBAR Raya Beego Di Kelab Hiburan, Clubbing. Umat islam meraikan hari raya dengan mengunjungi sanak saudara, tapi berlainan pula denga artis ni yang mengunjungi Pusat Hiburan. Siapa lagi kalau bukan artis lelaki yang penuh kontroversi Beego.
Rasanya baru sahaja awal bulan ini Beego meluahkan perasaan yang karier seni beliau seperti dibunuh oleh kontroversi yang sering melanda diri beliau selama ini.
Gambar: Beego Beraya Di Kelab Hiburan?
Belum pun tamat isu khalwat beliau yang kini masih menjalani perbicaraan di mahkamah, Beego nampaknya di’uji lagi dengan dakwaan liar yang mula tersebar ini.
Dua keping gambar yang mula tersebar menunjukkan seorang lelaki yang didakwa sebagai Beego bersama rakan rakan beliau berseronok di sebuah kelab hiburan.
Menariknya, menurut sumber yang mendakwa sebagai rakan kepada rakan Beego ini, gambar ini di’rakamkan sekitar minggu lalu ketika ramai masih dalam mood Aidilfitri.

LAGI GAMBAR Raya Beego Di Kelab Hiburan....#02 Beego Beraya Di Kelab Hiburan? - ROTIKAYA
#01 Beego Beraya Di Kelab Hiburan? - ROTIKAYA
SUMBER: ROTIKAYA.COM

August 28, 2012

10:12

Tengku Cleopatra Haidar Nama Anak Que Haidar. Tiru Nama Ratu Firaun?

Tengku Cleopatra Haidar Nama Anak Que Haidar. Tiru Nama Ratu Firaun? Kena bijak dalam memilih nama anak, bukan nak yang glamour aje hinggakan menimbulkan rasa kurang senang. Macam Que haidar yang memberikan nama anaknya Tengku Cleopatra Haidar menyerupai nama Ratu Firaun. Kan banyak lagi nama yang sedap dan elok maksudnya dalam islam, ibu bapa 'moden' agaknya.


Que Haidar
PETALING JAYA: Pelakon Que Haidar menyifatkan individu yang mempersoalkan nama anak keduanya iaitu Tengku Cleopatra Haidar yang dikatakan menyerupai nama Firaun sebagai tidak masuk akal.
Que berkata, nama tersebut dipilih berdasarkan maksudnya daripada bahasa Greek yang menggambarkan seorang wanita cekal dan berkepimpinan tinggi.
"Semasa membuat pemilihan nama itu saya dan isteri langsung tidak terfikir tentang kaitan nama itu dengan seorang ratu Firaun sebaliknya lebih tertumpu kepada gambaran seorang wanita yang tabah dan cekal dalam kehidupannya.
"Apabila orang mengatakan saya memberi nama yang tidak elok kepada anak, ia satu tuduhan yang tidak betul. Ibu bapa tidak akan berbuat demikian malah kita sentiasa mahukan yang terbaik buat zuriat kita," ujarnya 
Que diminta mengulas tuduhan kononnya dia dan isteri, Linda Jasmine tidak sensitif terhadap pemilihan nama anak yang dikatakan menyamai nama ratu Firaun semasa pemerintahan kerajaan Mesir Purba iaitu Ratu Cleopatra VII.
Tambah Que, pemilihan tersebut dibuat atas persetujuan dengan isterinya dan tuduhan-tuduhan yang dilemparkan kepada mereka dibuat tanpa sebarang usul periksa.
Dalam pada itu, Que memberitahu apa yang lebih penting anak yang dilahirkan itu adalah seorang Islam dan tumpuannya kini adalah untuk membesarkannya dengan didikan agama yang kuat supaya menjadi seorang Muslim yang sejati.
Que berkata, dia tidak terlalu memberikan perhatian terhadap apa yang dikatakan oleh masyarakat terhadap perkara itu sebaliknya ingin terus berusaha untuk membesarkan anak-anak.
"Saya sendiri yang iqamatkan anak-anak saya dan mereka adalah seorang Islam. Apa yang lebih penting bagaimana anak-anak saya dibesarkan dan bukannya pada nama," katanya.
Sementara itu, Que memberitahu mereka belum bersedia untuk memperkenalkan anaknya itu kepada umum dan hanya akan berbuat demikian semasa majlis cukur jambul selepas Hari Raya Aidilfitri ini nanti.
Tengku Cleopatra Haidar atau lebih mesra dengan sapaan Cleo dilahirkan pada 26 April lalu secara pembedahan di Hospital Gleneagles Kuala Lumpur.
Selain Cleo, pasangan itu turut dikurniakan seorang lagi anak perempuan iaitu Tengku Ratu Haidar, 2 selain Qalif Khan, 12, iaitu anak pertama Linda bersama bekas suami.
Linda dan Que itu berkahwin pada 14 Februari 2009.
09:50

VIDEO Gangnam Style, Apa Tu Gangnam Style

Gangnam Style sangat famous sekarang ni. Bukak aje FB ada saja video parody Gangnam Style hasil kreativity rakyat Malaysia. Bagi korang yang tak tahu apa itu Gangnam Style dan tak pernah menonton Video Gangnam Style jum kita layan sama-sama.



Pasti ramai antara korang yang kini sedang dilanda demamGangnam Style yang turut melanda seluruh dunia. Ke mana pun anda pergi, lagu ini menjadi siulan.
Dek populariti yang dikecapi PSY di seluruh dunia melalui Gangnam Style, selebriti pop Korea ini dikatakan telah berjaya mengaut lebih US$10 juta (RM31 juta) sehingga hari ini.
Majoriti pendapatan Gangnam Style adalah melalui kontrak pengiklanan komersial yang setiap satu’nya bernilai mencecah lebih US$400,000 dan kini PSY mempunyai 10 kontrak.
Selain itu, konsert beliau Summer Stand yang berlangsung pada 11 Ogos 2012 lalu berjaya membawa masuk lebih US$3 juta ke dalam poket PSY. Itu hanya satu konsert.
Penjualan lagu & album terbaru PSY yang memuatkan single Gangnam Style berjaya mengutip hampir US$800,000 dan selebihnya datang dari aktiviti seni berkaitan.

09:35

HOT TOPIC: Top 10 Artis Yang Tewas Menentang Lemak (Gambar)

HOT TOPIC: Top 10 Artis Yang Tewas Menentang Lemak (Gambar). Artikel menarik dari Forum Cari, Jum tengok siapa artis yang disenaraikan. 
Berikut adalah 10 artis yang dapat aku rumuskan sebagai artis yang gagal menentang anasir2 kelemakan biarpun muka mereka tak pernah padam ada je kt persada seni. Lainla kalau pernah berehat seketika ke, bersara ke, atau mmg dah sedia tewas drpd awal. Tapi yang ini mmg aktif je ada, ala-ala x mampu nak maintain badan cantik. kesudahannya mmg nampak membesar bak johan di kaca TV. 

countdown top 10

10. Benjy - di tangga ke sepoloh ialah benjy yang badannya mmg membesar time dia aktif di kaca TV, makan x pantang ke sampai badan naek? Sejak2 dah kes mahkamah ni mmg dia dah out of scene, tp sblm tu lagi dah dia mmg tak reti jaga badan. 

masa tengah aktif


latest - tatkala di tahan 


dan sejak lepas lesap dr persada seni nak2 makan free kt lokap...memang membesar la


9. Shaheizy Sam - memang nampak sangat tak berapa nak menjaga. sekejap kurus, sekejap gemok. nak kata tuntutan watak pun tak jugak sebab dalam filem kongsi pun dia debab semacam. apa kes ni?


kurus time filem jangan pilih bohsia hitam


gedempul time filem ngangkung, setahun lepas tu


tetiba kurus balik


8. Ellie Suriaty Omar - akak ni memang hazab dalam bab jaga badan. memanglah makin tua, tp dia ni baru 40 tahun kot. akak-akak lain boleh je begetah, dia ni memang nampak selekeh la 

time kurus 


dilanda lemak


7. Zizan Razak & Johan  - mereka ni aku kongsikan di tempat ke 7. diorang ni masa mula-mula dulu kurus elok je, tetiba dah popular sikit badan dah out. penuaan ke? baru 27 kn?

ni masa mula-mula digandingkan


setelah sekian lama..mendebab


6. Ako Mustapa - tolonglah dulu hero malaya, kurus elok...sejak berlakon kapten boleh astro ceria terus dia menyelekehkan dirinya. apa kes?? bukannya dia ni tua sgt pun. skrg dh jd bapak2

zaman ensem


masa kapten x boleh blah


5. Catriona Ross - dia ni sebaya misha omar je, tp misha tu boleh lagi tua lagi cun. dia ni dah siap mix tp makin tua makin cepat menjadi makcik2. bertudung dan beranak bukan alasan utk dia mnjadi makcik2. patutnya dia kene jaga badan dia ni, skarang mmg jauh beza dr drama sepia dulu2. eloklah, drama sephia tu pun couple dgn ako setapa haha.

zaman bergetah


zaman susu getah dah kering


4. Kamal Adli - mamat ni memang pernah kene brainwash dgn ahmad idham kan sebab x pandai jg badan..sesuai

zaman hero remaja


zaman x berapa nak hero, kini jd 2nd hero je dlm filem/drama



3. afdlin shauki - ini memang tahap aku tatau nak kata apa. silap la masa filem buli konon nak gemukkan badan sbb watak sbb lepas2 tu mmg dia xde effort nk kuruskan balik pun badan dia. 

zaman kurus2 sesedap rasa je dh ok

membesar bak johan



2. Siti Nurhaliza - datin ni memang kesian. dulu body kurus solid, kini tembun. nak kata bersara seketika membina keluarga mcm penyanyi aishah ke, x jugak. everyear ada album...aktif sana sini, konsert bayar konsert free semua dia sapu. tp kini body out. 

zaman digilai datuk K


memang makin tembun



dan tempat pertama....jeng3x...hehehe. aku  nk korang isikan tempat ini dengan cadangan artis yg korang rasa makin hazab x jaga badan. calon2 mestilah mengikut syarat2 - 

1. aktif , xpernah hilang dr radar seni dalam tempoh tertentu
2. bukan gemuk sbb mengandung, atau pakai kostum gemuk utk filem/drama
3. bukan artis gempal drpd asal
4. bukan dulu gempal kini kurus


yang menariknya ada commentor di Forum Cari turut mencalonkan artis seperti:

  • Azwan Ali




  • Penyanyi Aisyah

kak ecah zaman the fan club


kak ecah latest


  • FASHA SANDHA

fasha sandha : kategori - tak konsisten 














  • ZED ZAIDI

zed zaidi - ketegori:  kronik





dan Jeng...jeng..jeng...............
Datin Seri Rosmah mansur. kononnya beliau pun artis juga sebab pernah berduet dengan Mawi Worlllldddd...huhuhu

zaman muda.....




zaman popular sebagai artis pertama....






 KREDIT PENUH: FORUM CARI dan author Sokmogitu
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Total Pageviews

What color theme you prefer?

Follow Us