Breaking

February 26, 2020

09:31

Sakit Hati Anak Didenda, Ibu Biadab Tergamak ‘Denda’ Ustazah Merangkak Dalam Kelas. Bila Marah Memang Boleh Hilang Akal.

Guru ibarat lilin yang sanggup membakar diri, mengorbankan masa dan tenaga demi melihat kejayaan pelajarnya. Tanpa seorang guru, siapalah kita hari ini. Setuju? Perkongsian kali ini buat kami tergaman apabila maruah seorang guru dipijak-pijak bagai tiada erti.
Rakaman video berdurasi 2 minit ini menimbulkan pelbagai respon orang ramai yang rata-ratanya terkejut dengan tindakan seorang ibu yang dilihat menyuruh seorang ustazah merangkak gara-gara anaknya didenda.

Guru merangkak didenda

Cukup kurang ajar, sebagai parent awak telah menghancurkan hati semua guru diseluruh dunia. Haramkan setitik doa dan ilmu utk anakmu. Mana jabatan pendidikan malaysia, sila ambik tindakan buat insan bodoh ini. Kalau awak sendiri rasa tersangat hebat sila ambik masa seminggu handle sahaja untuk handle kelas handle kerenah anak-anak murid.
Di dalam video tersebut, ibu tersebut dipercayai  datang ke sekolah dan meminta ustazah itu merangkak mengelilingi kelas sambil disaksikan murid, sebagai hukuman kerana mendenda anaknya. Menurutnya, anaknya trauma tidak mahu hadir ke sekolah gara-gara didenda oleh ustazah tersebut. Malah, dakwanya lagi anak itu cedera tidak dapat mengambil air wuduk kerana kesakitan.
Video itu menimbulkan amarah orang ramai yang merasakan perbuatan itu sangat biadap. Seorang guru tidak patut diperlakukan sedekimian walau ianya berpunca dari guru tersebut.

Menimbulkan kemarahan ramai

Sumber : Asmahadi

February 20, 2020

14:58

Emma Maembong Selamat Bergelar Isteri Kepada Juruterbang, Shazli

Selepas lama berdiam diri mengenai gosip perkahwinannya, akhirnya pelakon cantik Emma Maembong sah bergelar isteri kepada juruterbang, Muhammad Shazli Azhar hanya dengan sekali lafaz pada majlis pernikahan secara tertutup yang diadakan di Bukit Damansara, sekitar jam 11.58 pagi tadi.
emma maembong kahwin
Emma menerima mas kahwin sebanyak RM2000 dan senaskhah Al-Quran serta tujuh dulang hantaran berbalas lima dulang. Bagaimanapun, wang hantaran dirahsiakan atas permintaan keluarga
Pasangan pengantin baru itu kelihatan cantik dan segak dalam busana serba putih rekaan pereka fesyen terkenal, Ezuwan Ismail.
emma maembongemma maembong nikah

Semoga perkahwinan Emma dan Shazli  berkekalan sehingga ke akhir hayat. Sama-sama kita doakan. Tahniah buat pasangan sama cantik sama padan ini dan selamat melayari alam rumahtangga.
11:42

Tidak Sampai 24 Jam Lagu Baru Dilancarkan, Dato’ Siti Nurhaliza Kecewa Karya Barunya Tertiris Di YouTube

Nama Dato’ Siti Nurhaliza tidak perlu diperkenalkan lagi. Pasti semua orang mengenali beliau yang memiliki bakat luar biasa dalam bidang nyanyian.
Semalam, Dato’ Siti Nurhaliza baru sahaja melancarkan lagu terbaharu beliau iaitu Tujuh Nasihat berduet dengan Kmy Kmo dan Luca Sickta. Lagu tersebut telah berada di Joox, KKbox, Apple dan Deezer serta Spotify akan menyusul.
Perkhabaran tersebut pastinya buat ramai peminat Dato’ Siti Nurhaliza teruja, tetapi ada satu perkhabaran yang kurang enak didengar. Difahamkan, terdapat beberapa individu tidak bertanggungjawab telah memuat naik lagu tersebut di laman YouTube peribadi mereka.
Hal tersebut membuatkan Dato’ Siti Nurhaliza berasa kecewa. Beliau turut memohon agar mereka yang memuat naik lagu tersebut di laman YouTube menghormati hak cipta dan karya penggiat seni dan hiburan tanah air.
Lantaran itu, beliau juga memberitahu bahawa pihaknya, SNP dan Universal Music akan memantau perkara tersebut. Jika masih ada pihak yang belum memadamkan video tersebut, pihaknya akan mengambil tindakan selanjutnya.
Malah, beliau juga memohon agar peminat membantunya membuat laporan terhadap akaun-akaun tersebut. Untuk pengetahuan anda, muzik video lagu Tujuh Nasihat belum lagi dilancarkan secara rasmi dan hanya dilancarkan di beberapa penstriman muzik.

Isu seperti ini boleh dikatakan sering berlaku. Di bawah ini kami senaraikan beberapa artikel berkaitan karya dicetak rompak dan diciplak. Klik pautan di bawah untuk membacanya.
11:37

[GAMBAR] Sekitar Majlis Malam Berinai Zahirah MacWilson & Aiman Hakim

Tanggal 20 Februari 2020 bakal menjadi tarikh paling bermakna buat pelakon jelita, Zahirah Macwilson kerana dia dan pasangannya Aiman Hakim Ridza akan menamatkan zaman bujangmereka.
Sebelum berlangsungnya upacara akad nikah esok, kami ingin berkongsi beberapa foto dan video kemeriahan majlis malam berinai pasangan tersebut yang berlangsung malam ini. Dah macam Katrina Kaif versi Malaysia Zahirah malam ni!

Wow cantiknya!

Meriahnya!


Menari bersama keluarga dan kenalan rapat


Sumber: Zahirah.Aiman Fc

February 13, 2020

11:35

Inilah ‘Makeup Artist’ Di Sebalik Solekan Seram Aepul Drama Band Di Pentas AJL 34, Memang Nampak Real Habis

Kehangatan Anugerah Juara Lagu 34 masih lagi terasa dan tahniah diucapkan kepada Naim Daniel kerana berjaya merangkul gelaran juara semalam. Bagi anda yang menyaksikan persembahan setiap peserta, pasti dapat melihat kreativiti para peserta menyampaikan lagu mereka.
Sebut tentang kreativiti, cukup menarik perhatian netizen makeup yang ditampilkan oleh Aepul iaitu vokalis kumpulan Drama Band. Mana tidaknya, makeup beliau kelihatan ‘real’ seperti watak Ryuk dalam Death Note.
Bagi anda yang tidak tahu, Death Note merupakan siri Manga terkenal dan juga telah diadaptasi menjadi filem dan drama. Watak Ryuk dalam Death Note adalah seperti syaitan kematian.
Pasti anda tertanya-tanya siapa orangnya yang berjaya menghasilkan makeup sfx yang kelihatan ‘real’ seperti itu? Untuk pengetahuan anda, makeup tersebut dihasilkan oleh seorang yang cukup berbakat iaitu Aqira Azlah.
Alhamdulillah for tonight ! thank you Drama Band for having me !! btw tu bukan topeng yea, tu fully makeup sfx A-Z by me @aqirazlah hehe
3,019 people are talking about this
Difahamkan sebulan sebelum anugerah ini berlangsung, pengurus Drama Band iaitu Elmi telah mencari makeup artist untuk berkolaborasi menghasilkan makeup sedemikian di Twitter. Elmi berjaya menemui Aqira Azlah melalui cadangan pengguna-pengguna Twitter.
Hi korang.

Seperti yang diketahui umum, @DramaBandMY akan beraksi dipentas AJL bulan hadapan.

Kami sedang mencari makeup artist yang boleh buat effect seperti contoh gambar dibawah ini dan sudi bekerjasama dengan kami.

Boleh hubungi saya jika berminat! Terima kasih!
View image on TwitterView image on TwitterView image on TwitterView image on Twitter
111 people are talking about this
Rata-rata netizen mengatakan bahawa hasil yang ditampilkan cukup sempurna dan netizen memuji beliau. Netizen juga berasa kagum dan mengatakan beliau berbakat besar kerana mampu menghasilkan solekan sedemikian.
Alhamdulillah for tonight ! thank you Drama Band for having me !! btw tu bukan topeng yea, tu fully makeup sfx A-Z by me @aqirazlah hehe
Hi everyone, vocalist drama band was makeup by my friend, it's SFX makeup, RYUK, Death note theme, that was request by the vocalist himself, if you're scared kudos to my friend 😂❤️ https://twitter.com/minmin1709/status/1226529855283425281 
140 people are talking about this

Adakah anda rasa seram melihat solekan Aepul Drama Band semalam dan menurut anda solekan tersebut sama atau tidak dengan Ryuk dalam Death Note?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Total Pageviews

What color theme you prefer?

Follow Us