Breaking

October 5, 2012

20:25

Working VS Blogging

Salam semua, alhamdulillah follower dan readers blog ni dah pun makin bertambah berbanding masa mula-mula berblog dahulu agaknya dalam 3 tahun lepas. Admin mula membuka blog dan menulis secara suka-suka time second year di universiti. Skang dah pun tamat belajar dan bakal konvo bulan oktober ni. Syukur sangat dapat juga menamatkan pengajian, tak terasa sangat 4 tahun rasa sekejap je.

Alhamdullilah admin pun dah dapat tawaran kerja. So lepas ni kena bergelumang dengan kerja dan mungkin blog akan terabai sedikit. Tapi admin tetap akan meluangkan masa untuk blog ni. So kepada readers n followers harap korang terus support blog ambooyat.com ni ye...:)

teruskan menempah n shopping online di ambooyats blogshop ye

October 1, 2012

09:15

Gambar Majlis Perkahwinan Anak Ketua Menteri Melaka, Ali Rustam

130,000 tetamu rai pengantin

Kira-kira 130,000 tetamu memeriahkan majlis perkahwinan anak sulung Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam di Dewan Tun Ali, Bukit Katil, di sini, semalam, sekali gus mencatatkan jumlah kehadiran teramai dalam majlis perkahwinan diadakan.
Perkara itu disahkan wakil Malaysia Book of Records (MBR) yang turut berada di majlis berkenaan dan sijil disampaikan wakil MBR, Zulhairi Md Zin kepada Mohd Ali pada jam 5.30 petang.


SEPADAN...Mohd Ridhwan dan Nur Azieha berarak masuk ke Dewan Tun Ali, semalam.
Persandingan Mohd Ridhwan, 26, dan Nur Azieha Mohd Ali, 26, berlangsung dengan penuh meriah.


Keberangkatan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah turut menyerikan lagi majlis persandingan pasangan pengantin baru itu.


Antara tetamu kehormat yang hadir adalah Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd Khalil Yaakob dan isteri, Toh Puan Zurina Kassim: Tengku Syarif Temenggung Perlis, Datuk Seri Diraja Syed Amir Abidin Tuanku Syed Putra Jamalullail dan isteri, Che Puan Temenggung Perlis, Datin Seri Diraja Farinawati Mohamat Din dan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek.


HADIR...Siti Nurhaliza dan suaminya, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa turut memeriahkan majlis.
Turut hadir, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka, Datuk Wira Othman Muhamad dan Ketua Pegawai Eksekutif The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP), Mohammad Azlan Abdullah.



Sultan Sharafuddin berangkat merenjis air mawar terhadap pasangan yang segak dan anggun dengan busana berwarna kelabu serta perang itu.


Majlis dihiburkan dengan dendangan penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza.


Pasangan itu bertunang pada 3 September 2011 dan diijab kabul pada Jumaat lalu di Kampung Merlimau Pasir, Jasin, di sini. Mohd Ridhwan yang memiliki Ijazah Kejuruteraan Elektrik dari University of Auckland, New Zealand bekerja sebagai jurutera manakala Nur Azieha yang memiliki Ijazah Perubatan dari Crimea State Medical University, Ukraine, berkhidmat sebagai doktor di Hospital Selayang, Selangor.



09:09

Pelajar Brazil Lelong Dara Setengah Juta

 Pelajar Brazil Lelong Dara Setengah Juta
FLORIANOPOLIS, Brazil - Seorang pelajar wanita, Catarina Migliorini bekerjasama dengan seorang pembikin filem dari Australia untuk melelong daranya kepada pembida tertinggi dalam usaha untuk mengumpulkan dana bagi tujuan kebajikan, lapor akhbar dalam talian Huffington Post kelmarin.
Migliorini, 20, setakat ini menerima tawaran tertinggi berjumlah AS$160,000 (RM498,000).
Dia berhasrat menyalurkan wang lelongan itu kepada sebuah pertubuhan bukan kerajaan untuk membina beberapa buah rumah moden di negeri kelahirannya, Santa Catarina. Gadis itu yang menolak dakwaan dirinya sebagai pelacur berkata, dia percaya pada cinta tetapi menganggap lelongan tersebut sebagai peluang untuk melakukan perubahan positif kepada masyarakat.
Bagaimanapun, tindakan pelajar jurusan pendidikan jasmani itu mengundang kontroversi kerana setiap langkahnya akan diekori seorang kru filem Australia. Kru itu merakamkan kehidupan Migliorini untuk sebuah dokumentari yang berjudul, Virgins Wanted.
"Saya menganggap melelong dara sebagai satu perniagaan. Saya berpeluang untuk melancong, menjadi sebahagian daripada filem selain mendapat bonus, Jika anda melakukannya cuma sekali, anda bukannya seorang pelacur," tambahnya.
Migliorini menandatangani kontrak untuk projek tersebut dua tahun lalu apabila dia melihat iklan syarikat produksi Thomas Williams yang mencari seorang wanita dara untuk menghasilkan dokumentari tersebut.
Pengarah dokumentari itu, Justin Sisely akan merakamkan emosi Migliorini sebelum dan selepas dia melakukan hubungan seks buat kali pertama.
Pelajar wanita itu akan menerima wang tunai sebanyak AS$20,000 (RM61,130) dan 90 peratus daripada harga lelongan tertinggi yang akan berakhir pada 15 Oktober ini.
Pemenang lelongan tersebut akan menjalani ujian perubatan bagi memastikan dia bebas daripada sebarang penyakit kelamin sebelum dibenarkan meniduri Migliorini.
Mereka akan melakukan hubungan seks di dalam sebuah pesawat yang terbang antara Australia dan Amerika Syarikat bagi mengelak didakwa menerusi undang-undang pelacuran.
Pemenang juga diwajibkan memakai kondom semasa dia melakukan hubungan seks
08:58

Britney Spears Dijangkiti Penyakit Kulit Mengerutu (Gambar)

Britney Spears Dijangkiti Penyakit Kulit Mengerutu. Britney Spears kini mengidap penyakit kulit serius. Kulitnya nampak kering, luka-luka dan mengerutu.

Hal itu terungkap apabila Britney menghadiri premier X FACTOR di Grauman; s Chinese Theater, Los Angeles beberapa waktu lalu. Walaupun penampilannya memukau, namun bekas merah di kakinya tentu bukan hal yang boleh disembunyikan.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Total Pageviews

What color theme you prefer?

Follow Us