Breaking

July 15, 2011

Isteri Jimmy Sedia Tinggal Serumah Lepas Pantang


Pengacara, Jimmy Shanley Norjahan Saleh memberitahu, dia kini sedang mempertimbangkan sama ada mahu meneruskan atau menarik semula permohonan nusyuz dan kembali taat yang difailkan terhadap isterinya, Nursuhaila Eliani Suhaimy.
Katanya, dalam membuat keputusan, dia mengambil pendekatan 'tunggu dan lihat' akan sifat Nursuhaila Eliani kerana tidak mahu anak sulung mereka, Zahrah Shanley, yang lahir pada 24 Jun lalu menjadi mangsa dalam permasalahan rumah tangga mereka.
"Saya buat demi anak. Saya tidak kisah menjadi suami yang tidak bahagia, asalkan boleh menjadi seorang bapa yang bahagia. Saya sedia berkorban," katanya semasa ditemui di luar Mahkamah Rendah Syariah di sini pada Khamis.
ini kerana isterinya Nursuhaila Eliani, 25, juga dikatakan bersedia untuk tinggal bersamanya selepas habis berpantang.
"Saya banyak menghabiskan masa bersama anak, hampir setiap hari saya bersama anak. Anak memang ikut ayahnya, iaitu pendiam," katanya yang turut mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih kepada rakyat Malaysia yang mendoakan rumah tangganya kembali rukun.
Selain itu, Jimmy juga mengakui, hubungannya dengan keluarga mertua masih baik dan mereka juga bercadang untuk mengadakan majlis cukur jambul pada Sabtu hadapan.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Total Pageviews

What color theme you prefer?

Follow Us