Breaking

July 9, 2011

GAMBAR Datuk Seri Anwar Ibrahim Cedera Semasa Perhimpunan Bersih

UPDATE- 10 Julai 2011

Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dimasukkan ke Hospital Pantai hari ini disahkan berada dalam keadaan sihat tanpa mengalami kecederaan serius.

Menurut anaknya Nurul Nuha, perkara itu disahkan doktor selepas ketua pembangkang itu menjalani ujian pengimbas tomografi berkomputer (CT scan) dan Pengimejan Resonans Magnetik (MRI).

"Bagaimanapun, doktor memerlukan enam jam lagi untuk memantau keadaannya," katanya ketika ditemui pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, di sini.

Anwar dikatakan cedera semasa polis cuba meleraikan perhimpunan haram di KL Sentral yang dihadiri beliau bersama pengerusi penganjur Datuk S Ambiga dan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.



Ambiga dan Abdul Hadi ditahan polis tetapi dibebaskan kemudian. - Bernama


Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim ditenangkan anaknya, Nurul Izzah di bilik Hotel Hilton KL selepas dikatakan cedera semasa polis melepaskan gas pemedih mata di KL Sentral  bersebelahan Brickfield ke Stadium Merdeka. Anwar kemudian dihantar ke Hospital Pantai.



Anwar dipercayai cedera di bahu dan kembali ke KL Hilton bersama Wan Azizah. dan pada jam 3 petang tadi, Nurul Iman, Nurul Nuha, Maria Chin, Ambiga, Abdul Hadi Awang ditahan polis

ikuti Kronologi Perhimpunan BERSIH bermula jam 7.30 pagi hingga 3 petang 9 Julai 2011.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Total Pageviews

What color theme you prefer?

Follow Us