Breaking

June 19, 2011

Tip Kecantikan dari Sarimah Ibrahim

morning olls, pepagi lagi dah wat entry tips kann. eheh kali ni Sarimah pulek nak kongsi tips kecantikan jum teruskan bacer...
Pengacara The Biggest Loser, Sarimah Ibrahim berkongsi tip kecantikan di bengkel anjuran majalah Shape dengan kerjasama True Fitness, Sunway Giza, Kota Damansara, Sabtu.
“Saya suka makan nasi lebih-lebih dengan lauk ayam madu. Tetapi saya mengamalkan makan nasi selang sehari.“Selain itu, kurangkan makan di luar kerana kebiasaannya makanan di luar terlebih minyak. Jika makan nasi beriani, elakkan ambil lauk yang bersantan sebaliknya pilih yang bergoreng. Minuman pula, saya pilih air milo tanpa gula,” katanya semasa berkongsi tip tersebut.
Wanita kacukan Irish-Melayu ini juga melakukan senaman pilates untuk menguatkan otot-otot yang lemah serta menggunakan mesin senaman.
“Apabila mencuba pakaian yang direka oleh pereka fesyen, saya selalu berhadapan dengan masalah badan. Jadi, saya perlu selalu bersenam untuk mengekalkan kecantikan badan dan tidak mendatangkan masalah kepada pereka fesyen,” ujarnya.
Sebagai tambahan, Sarimah turut mengambil suplemen seperti vitamin B dan pil minyak ikan yang mendatangkan faedah kepada kulit.
Tip tambahan lain termasuklah makan banyak makanan berprotein, seimbangkan makanan berkarbohidrat untuk mengurangkan kadar gula dalam badan dan makan selepas bersenam.
@: tu ajork yer, kekadang tips ni kalo nak cakap tu memang senang, nak buat tu yang addoii

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Total Pageviews

What color theme you prefer?

Follow Us