Breaking

June 12, 2011

Cikgu Shida dalam telemovie WWW.Cikgu Shida.Com

nampaknya makin fofular lah cikgu shida pasni, apa taknye selepas menarik minat penonton Youtube dengan aksi mimingnya kini die bakal menjadi pelakon dalam telemovie WWW.Cikgu Shida.Com. 

BERBAKAT... Cikgu Shida berlakon dalam telemovie WWW.Cikgu Shida.Com.

Telemovie WWW.Cikgu Shida.Com menampilkan pelbagai watak Cikgu Shida bermula daripada penarik kereta, gadis kampung cantik, menjadi bomoh serta ketua kampung, bakal menemui penonton untuk tayangan Aidilfitri tahun ini melalui saluran Astro.


Cikgu Shida ketika ditemui di lokasi penggambaran berkata, dia penat namun penampilan pertama dalam bidang lakonan sungguh menyeronokkan.



“Mana tak penatnya, kadangkala ‘shooting’ (penggambaran) habis jam 3 pagi. Besok ‘scene’ (babak) baru kena hafal dialog lagi.

“Mujur tuan director (pengarah) orangnya baik... asyik-asyik ‘cut’ (potong). Mungkin dia tak tahan melihat aksi (kelakar) saya,” katanya menceritakan detik awal babak pertama menjadi penarik kereta.

1 comment:

Unknown said...

waa..ta sabar nak tgk :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Total Pageviews

What color theme you prefer?

Follow Us