Salih Yaccob, 48 bersama empat isteri, Norlizah Mamat, 46, Norraha Hamat, 42, Norfara Wahida Sulaiman, 32, dan Samihah Sheikh Amy, 25, bersama tujuh anak berlepas ke Beijing, China, semalam untuk bercuti enam hari.
Percutian itu juga adalah pakej bulan madu kepada isteri keempatnya yang genap seminggu dinikahi di Masjid Jamek Bandar Kulaijaya, Johor, Isnin lalu.
“Sebelum ini kami memang sukar merancang percutian beramai-ramai kerana ada yang sibuk bekerja dan belajar serta tidak dapat memohon cuti bersama.
“Jadi, inilah peluang keemasan, malah rezeki kami sekeluarga lebih-lebih lagi apabila sudah bertambah ahli keluarga baru. “Kesempatan ini kami manfaatkan sebaik mungkin walaupun empat anak tak dapat menyertainya kerana bekerja dan belajar,” kata Salih Yaakob.
Percutian dianjurkan Asmadi Group Travel and Tours Sdn Bhd itu turut disertai 40 peminat dari Johor Bahru, Johor.
No comments:
Post a Comment