Breaking

June 2, 2011

Drama Nora Elena Di Slot Akasia TV3

Semenjak cuti sem ni asyik duk depan tv aje melayan drama, apa tak nya dari petang sambung ke malam mak asyik nonton citer indon start dari safa & marwah hingga ke melody. actually me tak minat sangat drama indon yang kekadang meleret-leret tapi dah big muumy nak tengok layankan aje lah. kalo drama melayu tu kira ok siket lah dan yang me follow skang drama TV3 Nora Elena.

kalo tengok citer ni Nora Elena tak suka kat husband die, tapi dah name pun citer kene ada happy ending lama2 nanti pasti jantuh cinta gak :)



Sinopsis Drama Nora Elena
Diadaptasi dari salah satu novel popular terbitan Karangkraf – Kasih Yang Suci, mengisahkan tentang perjalanan hidup NORA ELENA yang dihantui pengalaman pahit akibat dirogol 10 tahun yang lalu.
Walaupun sukar untuk melupakan insiden hitam tersebut, kini beliau selesa menjalankan kehidupannya seperti normal dan bakal mengahwini Idham. Namun, keadaan mula berubah setelah bertemu Seth Tan. Idham bercadang untuk membatalkan majlis perkahwinannya dengan Nora Elena setelah menerima satu panggilan misteri yang menceritakan perihal Nora Elena yang bukan lagi seorang perawan.
Lebih mendebarkan, Seth Tan menawarkan dirinya untuk menggantikan tempat Idham di dalam majlis perkahwinan tersebut kerana masa semakin suntuk. Apakah yang akan berlaku kepada Seth Tan, dan siapakah watak di sebalik panggilan misteri tersebut?


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Total Pageviews

What color theme you prefer?

Follow Us