Breaking

June 11, 2011

Safi Rania Gold | Produk Anti Penuaan

Ramai wanita yang inginkan kulit wajah yang cantik dan cerah. antara produk yang menjadi pilihan yelah Safi Rania Gold. bukan saja mudah didapati tapi harga yang jimat menarik ramai pembeli untuk mencubanya. Dilancarkan pada tahun 2009, Safi Rania Gold adalah produk anti penuaan yang diperkaya dengan formulasi Teknologi Nano Emas 24K yang menjanjikan keupayaan untuk mengurangkan kedalaman kedutan dan garis halus sehingga 55% dengan membaiki keanjalan kulit dalam hanya 3 minggu.


Rangkaian produk penjagaan kulit esklusif dari SAFI ini turut diperkaya dengan protein mutiara serta Vitamin B3 untuk mencerah, memulihkan kesegaran dan seri wajah sambil memperkuat struktur kulit.

  • 1.Krim Pembersih Wajah SAFI RANIA GOLD – 50g(RM8.90) /100g(RM14.90)
Pembersih muka ini bukan sahaja membersihkan kulit daripada segala kotoran, habuk dan daki, tetapi juga berkesan menanggalkan solekan sambil membuatkan kulit terasa segar sepanjang hari. Krim Pembersih Wajah SAFI RANIA GOLD diperkaya dengan pelbagai nutrien yang melembapkan kulit, menjadikannya lembut dan licin selepas setiap kali dicuci.

  • 2.Gel Pembersih Wajah SAFI RANIA GOLD – 50g(RM8.90) /100g (RM14.90)
Sesuai untuk kulit kering, formula imbangan pH Gel Pembersih Wajah SAFI RANIA GOLD lembut kepada kulit kerana ia tidak menghakis emolien semula jadi kulit setiap kali anda mencuci muka.

  • 3.Skrub Wajah SAFI RANIA GOLD – 75g(RM14.90)


Apabila usia kita meningkat, keupayaan kulit kita untuk menanggalkan sel kulit mati merosot, menyebabkan kulit semakin suram. Skrub Wajah SAFI RANIA GOLD membantu menanggalkan sel kulit mati dengan berkesan untuk menyerlahkan kulit yang sihat berseri. Gunakan dua kali seminggu untuk mendapatkan hasil yang ketara.


  • 4) Penyegar SAFI RANIA GOLD – 80ml(RM14.90)


Pori yang besar dan terbuka mudah memerangkap kotoran dan menimbulkan masalah kulit. Penyegar SAFI RANIA GOLD yang dirumus dengan air mawar mengecilkan pori dan membantu menyediakan kulit untuk menyerap lembapan secara optimum. Gunakan penyegar selepas setiap kali anda membasuh muka.


  • 5) Krim Kontur Mata SAFI RANIA GOLD – 15g(RM17.90)


Krim Kontur Mata SAFI RANIA GOLD dirumus khas untuk membaiki struktur kulit yang lembut di keliling mata, mengurangkan kemunculan garis halus dan mencerahkan lingkaran gelap bawah mata. Serlahkan kecantikan mata anda dengan sapuan krim ini siang dan malam.


  • 6.Krim Pelembap Siang SPF 20 ++ SAFI RANIA GOLD – 40g(RM23.90)


Untuk mengelakkan kesan buruk sinar UVA dan UVB matahari, sapukan Krim Pelembap Siang SAFI RANIA GOLD dengan SPF 20 ++ setiap hari. Anda bukan sahaja tidak perlu lagi risau tentang bintik penuaan dan warna kulit tidak sekata, bahkan kulit anda akan tampak lebih cerah dan sihat berseri!


  • 7.Krim Pelembap Malam SAFI RANIA GOLD – 40g(RM26.90)


Kulit kita dibaiki dan dipulihkan semasa kita tidur. Untuk memanfaatkan proses semula jadi ini, sapukan Krim Pelembap Malam SAFI RANIA GOLD untuk membantu proses penghidratan dan pemulihan kulit. Anda dapat melihat kulit anda lebih remaja dan berseri bila anda bangun setiap pagi!


  • 8.Krim Kecantikan SAFI RANIA GOLD – 16g(RM10.90)


Dengan Krim Kecantikan SAFI RANIA GOLD, kulit anda tidak akan tampak suram dan tidak bermaya. Diperkaya dengan nutrien, Krim Kecantikan SAFI RANIA GOLD membantu melenyapkan bintik penuaan dan garis halus. Krim Kecantikan ini juga boleh digunakan sebagai asas mekap.


  • 9.Serum SAFI RANIA GOLD – 20ml (RM35.90)


Mengandungi segala kebaikan Nano Emas 24K dalam bentuk serum yang menyerap pantas dan tidak berminyak untuk mengembalikan keanjalan kulit wajah. Mengandungi gabungan asid amino yang meneutralkan radikal bebas untuk menghalang kulit menjadi kusam

@: sape yang penah try boleh lah share kat cini yer


~budiey.com

31 comments:

Anonymous said...

sy menggunakn produk ni..mmg best sgt..npk ketara perubahan pd kulit wajah..sy akn terus menggunaknnya...tq safi rania gold...

Anonymous said...

Assalamualaikum...

Sy bru try krim pembersih & skrub safi rania gold sjak smggu yg lalu. Kulit sy jnis yg berminyak & berjerawat. Masa beli tu just utk suka2 je sbb ingat produk ni cuma bleh hlgkan tanda2 pnuaan bknnya jrwat.

Tp Alhamdulillah, slpas smggu penggunaan, kulit jd lbh cerah manakala jrwt & jeragat pun berkurangan. Hehe..

Xsbr nak bli krim kecantikan safi rania gold plak.

matahari said...

apasal saya pakai muka jadi berpeluh2 pastu naik penuh jerawat + berbiji2 muka... wargh... baru guna krim kecantikan, pencuci ngan pelembab siang..

kasih wati said...

saya baru guna SRG,saya guna pencuci,toner,krim pelembap siang ngan malam,memang best,tapi bila saya pakai krim kecantikan,muka saya jaqdi berminyak,jerawat pun mula naik,kenapa yer?

Nysa said...

...nanti boleh cube lah..npk promising...

Anonymous said...

kita harus gunakan produk kecantikan muka 1 set iaitu maknanya dari pencuci, penyegar, krim muka haruslah dari brand yang sama.
kebanyakan org kita menggunakan pencuci lain jenama, penyegar lain jenama dan krim jenama. sebab itu tindak balas kulit muka menjadi x menentu.
dan sekiranya kita mahu menukar produk kecantikan contoh dari jenama A ke jenama B, pastikan muka anda berehat sekurangnya sehari (tanpa menggunakan jenama lain) agar bahan kimia jenama A dan jenama B tidak 'bergaduh' :)
sekiranya berlaku, sebab tu muka anda naik jerawat, berminyak dan etc.!

Ainul Mustafa said...

dulu pakai.skrg dh guna sabun beras.lagi best ")

Anonymous said...

sy baru stat pakai produk safi rania gold ni 2mggu..saye just gune pembersih, skrub, krim kcantikan dan serum..alhamdulillah jerawat hilang..kulit lembut..krim kecantikan jgn pakai byk2 nnt bermyk sgt muke..apply sikit2 je..selamat mencube..love it..thanks safi rania gold!!

areen my blog said...

klu nk ambik krim pembersih wajah,krim siang n krim mlm sahaja agak2 berkesan x

areen my blog said...

klu nk ambik pembersih wajah krim siang n krim mlm sja agak2 berkesan x ye....

nadira said...

sye da gune SRG ni da sthn lbh.mula2 tu sje try gune sbb sye pon skang da 36thn.tua da.heheheh...sjk sye guma produk ni ramai lak kawan2 sye ckp sye nmpk mude.ntah btol ke x,x tau la.tp bile sye belek2 muke sye kt cermin,sye perasan jgk yg muke sye nmpk cam berseri dr sblm gune SRG ni.sserum die plg sye suke sbb x bermyk,mdh serap,gune sket je pon da cukup.

Anonymous said...

saya baru je pakai produk ni dalam seminggu.masa mula-mula pakai gel pembersih muka n serum memang best.kulit jadi licin.tapi lepas pakai krim kecantikan kulit saya jadi berjerawat.risau lak sekarang..jadi,saya stop dulu krim kecantikan tu n pakai pencuci n serum je.

Riamah Syuhadah said...

sya kurg 3 ja x guna serum,krim kcntikan dan scrub dia...naik jerawat agaknya x sesuai ye...p kulit da ok halus mcm remaja..da puas ati mulanya agaknya sya x sesuai guna krim siang tak..sbb bila guna 2 msti kuat peluh dan berminyak...

Anonymous said...

sya dah guna krim kcntikan dah 10 bln alhmdullh...ok...n skrng cube gune krim pembersih lak...stkat ni ok...n akn mncube yg lain untuk prodk ni...cm best jer...huhuhuhu

Anonymous said...

mcm best..nk try...umur 29 bole ke? ramai yg kate produk ni utk 30++...lg 1thn jee lg nk 30, bole la kot kan...

Anonymous said...

Salam. Just nak Tanya, berapa hari kit a nak stop if Ada guna produk lain? Toner safi rania gold ni Kene Pakai Kapas muka ke bila nak sapu kat muka tu? Saya ni baru je beli satu set semalam..

Anonymous said...

Asslm..saya stat guna SRG nov 2011..saya cuma pakai serum SRG jek.. muka saya nih dulu penuh parut jerawat.. sedar tak sedar tengok makin nipis.. hepi dgn perubahan nie..kira berbaloilah saya guna serum nih..

Anonymous said...

24 tahun blh ke?nk cbe la...

Anonymous said...

hi..sy bru berumur 22 thn..dlu muka ni sng sgt naik jerawat..tp pas pkai produk ni, so far jerawat xde la truk sgt..sy pkai pncuci muka, krim siang & krim mlm..pasni nk try serum plak la..mcm ok je..

Anonymous said...

Penat cari secret garden acne serum xjumpa...mmg tpakse jelajah dunia bak kata org, mmg xjmpa...hmmm, mgkin esok nk try serum SRG jika tuhan kuatkn hati ni sbb da xtahan tgk muka ade acne scar....hrp berkesan le nnti...chayo2!

~ nOrsyazana ~ said...

sy pengguna safi rania gold sejak julai 2010..(pencuci,penyegar,serum & krim kecantikan)..dlm masa 2 minggu dh nmpk hasilnya..mmang terbaekkk..

nickitta danstine said...

Saya mula menggunakan semua produk safi rania gold sejak ia mula diperkenalkan pada 2009 sehingga sekarang. Hasilnya hebat. Walaupun saya berumur 47 tahun namun semua menyangka saya berumur antara 25-30 tahun. Thank you safi rania gold.

Anonymous said...

saya confius pemakaian serum..perlu pakai serum dulu atau krim dahulu???siang atau malam?

Anonymous said...

saya lelaki berusia 25 tahun.. sebelum ni saya guna Garnier Men dan ia mmg berkesan mencerahkan kulit.. tapi sejak 2 minggu menggunakan safi rania gold ni, saya nampak ia bertindak dengan cepat dan berkesan.. Alhamdulillah. saya hanya cuba pembersih, toner (penyegar) dan serum sahaja.. saya akan cuba pula krim mata dan pelembab malam.. tapi, serentak dengan rania gold, saya juga amalkan inner shine.. so, hasilnya mmg sangat bagus lah.. hehe.. mmg muka bertambah seri.

Anonymous said...

memang saye percaya SRG ini yang terbaik. tapi bukan saye yang gunekannye, tetapi kawan saye yang cube. dah 1+ year dia pakai dan sekarang ni kulit muke dia memang cerah, lembut, bersih Dan langsung takde jerawat. setelah melihat muke dia cantik, saye pun ade hati nak try lah. semoga tuhan memperkenankannya. AMIN :)

Anonymous said...

Salam 1 mlysia smua.. sy guna safi rania gold agk lma lh jgk.. tp produk ni mang ok .. byk perubhn guna produk ni.. pcinta SRG lah katakn.. hehhe

Anonymous said...

Sy baru pakai 5 hari.habis muka sy rosak jdi gatal2 mcm mana ye?ada sapa2 boleh bantu sy?

Unknown said...

saya hanya pkai pencuci muka n beauty cream aje...tp mmg berkesan sgt...jerawat berkurangan dan bekas2 jerawat semakin pudar

Unknown said...

umur sya 19 .boleh tak guna safi rania gold .jika buat hilangkan bekas jerawat .perlu guna safi rania gold yg mna ya ..
tolong bagi tau ?

Anonymous said...

salam..sy pernah pakai SRG satu set..wah..mmg x sesuai..gatal2 muka n tumbuh jerawat kecik2..sy think positif kot2 healing proses n terus gunakan gak sampailah satu tahap ramai perasan kulit muka sy berjerawat teruk..sy stop sbb x tahan dgn rasa gatal2 pd muka.now kulit sy better WITHOUT SRG.. alhamdulillah..

Anonymous said...

Knapa ya slps guna pmbersih muka SRG...kulit muka rasa mcm panas...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Total Pageviews

What color theme you prefer?

Follow Us