Breaking

June 21, 2011

Sijundai Slot Lagenda TV3 | ilmu hitam hantui sijundai

Cuti-cuti ni sonok melayan drama kat umah, kebetulan banyak pulak citer menarik yang ditayangkan. dan antara yang terbaru di Slot Lagenda TV3 ialah Sijuntai yang menampilkan kisah cinta tiga segi antara Wan Sharmila, Azam Pitt dan Nabila Huda.


Drama 20 episod ini mengisahkan tentang sebuah keluarga yang berantakan kerana cinta yang dipengaruhi oleh ilmu pengasih. nak tahu lebih, jum bace sinopsis Sijundai...

Sinopsis Sijundai


Segalanya bermula apabila Sarah (Wan Sharmila) menyaksikan sendiri bagaimana ibunya dihalau dari rumah sewaktu kecil. Sarah telah mewarisi bakat ibunya dalam seni tari. Walaupun ayahnya, Arman tidak merestui, Sarah tetap meneruskan bakat dan minatnya. Akhirnya, Sarah berjaya melanjutkan pelajaran ke sebuah institusi seni.


Di sana, Sarah bertemu dengan Gema (Azam Pitt), seorang pemuda dari Sumatera Barat yang berjaya memikat hatinya dengan kebolehan bermain alat muzik terutamanya salung. Akan tetapi perjalanan seni dan cinta Sarah tergugat di tengah jalan dengan kehadiran Desi (Nabila Huda), bekas kekasih Gema.

Dihasut dengan perasaan dengki dan dendam, Desi menggunakan ilmu sesat untuk memisahkan Sarah dan Gema. Ilmu pengasih Sirompak dan Gasing Tangkurak digunakan untuk menganggu Sarah dan kemudian meletakkan kesalahan tersebut kepada Gema.

Sarah yang terpedaya akhirnya sedar akan pengkhianatan Desi yang sebelum ini merupakan sahabat karib malah dianggap sebagai adik sendiri. Sayangnya, kebenaran terbukti hanyalah sia-sia kerana semuanya sudah terlambat.

Mungkinkah Gema, Sarah dan juga Desi sendiri akan menjadi mangsa korban dendam dan ilmu sesat yang menghantui keluarga mereka? 

Saksikan kesudahan cinta tiga segi Gema, sarah dan Desi dalam drama bersiri “Sijundai” di slot Lagenda, setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 4.00petang, tentunya di TV3.

1 comment:

Hanniss SaNia said...

omg it happened to me.. mintak2 sy tak teruk cmtuh.. huhuhu zaman skang pn ada benda bodoh mcm ni.. adoi !! tak pakai otak apa org yg nak main benda halus.. kalau halus2 gni, pengecut org ckp !!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Total Pageviews

What color theme you prefer?

Follow Us