Breaking

June 28, 2011

Pencarian bakat K-Pop Malaysia

Sebut aje K-Pop pasti dah terbayang artis Korea yang lincah menari dengan muzik pop. buat mereka yang dah lame memendan rase nak jadi 'k-pop malaysia', tu bukan mimpi lagi sebab korang boleh menyerlahkan bakat di K-Pop Hitz Talent Show. 


kalo sebelum ni ade group yang feeling2 K-Pop seperti 24;7 dan Gula-gula kene hentam oleh certain blogger, me jamin pasni takde yang kutuk2 korang kalo join talent show ni.

Sebanyak empat sesi uji bakat akan dijalankan setiap hari Sabtu bermula 18 Jun lalu di Wangsa Walk, Berjaya Times Square (25 Jun), The Curve (2 Julai) dan SACC Mall, Shah Alam (9 Julai)

Manakala, setiap peserta sama ada secara solo mahupun berkumpulan tidak melebihi lima orang boleh memilih untuk mencuba peluang menari atau menyanyi lagu-lagu bintang terkenal Korea dalam setiap sesi uji bakat yang dijalankan bermula 9 pagi itu.
Pada sesi uji bakat, pengacara Jehan Miskin akan mencari aksi tarian atau nyanyian K-Pop terbaik sekitar Lembah Klang dengan menaiki van khas yang dihiasi logo K-Pop.
Menurut Pengurus Saluran Astro Hitz, Cheong Cheng-Vei, markah akan dikira berdasarkan kreativiti, gaya persembahan, kemahiran dan vokal (nyanyian).
“Had umur setiap peserta pula mestilah 18 tahun ke atas dan setiap peserta solo mahupun berkumpulan perlu menunjukkan hanya satu bakat sama ada nyanyian atau tarian,” katanya 
Juara akan membawa pulang hadiah percutian ke Korea selama 4 hari 3 malam selain berpeluang membuat persembahan secara langsung di Lotte World Theme Park, Korea.
Saksikan K-Pop Hitz Talent Show pada setiap hari Khamis pukul 3.30 petang bermula 23 Jun hingga 4 Ogos di Astro Hitz (saluran 705) dan maklumat lanjut boleh didapati di laman sesawang www.astro.com.my atau www.facebook.com/astrohitz.

1 comment:

Farhana Jafri said...

woaa.. msti rmai yg nk join.. pasni xd la bising2 ngata 24:7 ngn gula2 dh.. hik3..

jemput singgah ANASAURUS :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Total Pageviews

What color theme you prefer?

Follow Us