Breaking

June 4, 2011

Barbican Malta Perisa Buah | Bukan Bir Halal

Kontroversi berhubung minuman jenama Bar- bican yang sebelum ini didakwa sebagai 'bir halal' bakal terlerai apabila syarikat pengedarnya dijangka bertemu dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Isnin ini.
BUKTI...Ahmad menunjukkan sijil halal yang diperoleh daripada IFRC Asia.
Menurut Pengarah Urusan Suria Wholesaler Sdn. Bhd., Ahmad Alyateem, pertemuan tersebut bertujuan untuk menjelaskan mengenai status minuman berkenaan yang sebenarnya merupakan minuman malta berperisa buah-buahan selain memohon pengesahan halal.
 “Sebagai seorang Islam tidak mungkin kami menjual minuman tidak halal kepada saudara seagama,” kata Pengarah Suria Wholesaler Sdn Bhd, Ahmad Al Yateem, pengedar minuman malta berjenama Barbican yang dikaitkan dengan bir halal yang kini dipersoalkan kandungan alkohol di dalamnya.
Ahmad berkata, jualan Barbican yang sudah berada dalam pasaran tempatan sejak enam tahun lalu terjejas teruk sejak timbul isu minuman bir halal mempunyai kandungan alkohol sehingga 0.5 peratus melebihi kadar yang dibenarkan untuk pengguna Islam.


“Saya ingin tegaskan Barbican tidak mengandungi alkohol malah anda boleh temui minuman ini dijual di Masjidil Haram di Makkah untuk umat Islam di sana,” katanya.



Ahmad berkata, Barbican dikeluarkan syarikat Aujan Industries Co yang berpusat di Dubai dan dipasarkan di seluruh negara Arab selain Asia serta Eropah untuk pengguna Islam.

“Kami mempunyai sijil daripada Kementerian Kesihatan Dubai, sijil untuk eksport dan sijil halal daripada Islamic Food Research Centre Malaysia & Asia Region (IFRC Asia). Kami sama sekali tidak menjual minuman yang mengandungi alkohol kepada umat Islam.
@: isu halal haram tu penting lebih2 dalam hal melibatkan makanan sebab itu lah yang akan menjadi darah daging kita,  yang membentuk anak2 kita nanti. 


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Total Pageviews

What color theme you prefer?

Follow Us