Breaking

June 12, 2011

Siapa Juara AF9 Pilihan Pemain Bola Sepak Negara?

Siapa Juara AF9 Pilihan Pemain Bola Sepak Negara?

Nampaknya pemain bola sepak negara yang beraksi dalam final Piala FA 2011 semalam tak ketinggalan memilih siapa yang bakal menjadi Juara Akademi Fantasia 9 dalam konsert akhir AF9 malam ni. jom baca apa kata mereka...



  • Khairul Fahmi Che Mat (Apex)
Hazama pilihan saya. Ini kerana Hazama mempunyai pengalaman sebelum ini dan ada kriteria sebagai seorang penghibur.
  • Faizal Muhammad
Senang saja. Saya pilih Hazama. Sebabnya mudah...suara Hazama sedap.

  • Zaquan Adha
Vote for Hazama. Dari mula lagi, saya rasa Hazama layak jadi juara.

  • Zikri
Saya pilih Fina sebab dia mempunyai bakat yang besar dan berpotensi untuk menjadi bintang dalam dunia seni hiburan.

  • Farhan Abu Bakar
Saya memilih Hazama kerana Hazama mempunyai suara yang unik dan boleh membawa pelbagai jenis lagu. Hazama memang sempoi. Hazama boleh pergi jauh dalam bidang seni hiburan. Cayok Hazama.

  • Izham Tarmizi

Pilihan saya Azri kerana dia mempunyai vokal yang mantap.

  • Irfan Fazail

Hazama sebab dia terbaik. Selepas itu, dia boleh kawtim. Go Hazama.

  • Fandi Othman

Saya rasa Hazama sebab dia mempunyai ramai penyokong dan ada bakat dalam bidang nyanyian ini.


@: rata2 ramai antara mereka memilih Hazama, Lena ada harapan tak menang?

~murai.com

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Total Pageviews

What color theme you prefer?

Follow Us