Breaking

June 23, 2011

(Gambar) Pramugari Kekasih Baru Nabil, Nafi Merisik Zira

morning uolls, tak habis2 ngan gosip si Nabil neh, baru2 ni Nabil dikatakan dah pergi merisik sorang pramugari bernama Zira. betul ke tak kena tanya Nabil sendiri.


"Saya ingin jelaskan sememangnya tiada apa-apa yang berlaku seperti yang didakwa.
"Walaupun saya sudah mengenalinya selama lima tahun kerana dia adalah kawan baik adik ipar saya, cuma baru kebelakangan ini saja kami menjadi rapat.
"Tak mungkinlah hendak bercakap soal kahwin pula kerana memang belum ada perancangan ke arah itu buat masa ini," katanya 


Tambah Nabil, dakwaan sebegini bukan perkara baru baginya sejak bergelar artis. Maka, dia lebih senang untuk berdiam diri daripada melayan gosip yang tidak berasas itu.
"Gosip seperti ini bukan perkara baru bagi saya. Sebelum ini, apabila saya melintas depan kedai emas pun orang kata saya ingin beli cincin bertunang.
"Bagi saya, selagi cerita tersebut bukan disahkan sendiri oleh saya, maka ia adalah kisah yang tidak betul. Tak tahulah pula kalau dia sendiri yang buka mulut.
"Kalau ada perancangan hendak berkahwin, tentu saya kongsi dengan semua, buat apa hendak sorok perkara yang baik," katanya.

@: pape pon Nabil kene fokus gan persembahan dalam Maharaja Lawak akhir minggu ni 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Total Pageviews

What color theme you prefer?

Follow Us