Breaking

October 3, 2010

Sebab DIA Aku Tak Jadi Ponteng Kelas

Aku serius tak paham pepatah tu "hujan emas di negari orang, hujan batu di negeri sendiri"
selepas berjumpa insan tu, aku cuba memahami pepatah di atas


alkisahnya begini,

hari tu adalah hari jumaat
dan cuma ada satu kelas sebelah petang
siyes dalam kepala aku memang plan nak ponteng je kelas tu

dalam pukul 11am aku naik bas dari kolej ke fakulti
bukan niat nak datang kelas tapi nak keluar jalan2 sekitar chow kit
fak aku memang dekat gan area chow kit, jalan kaki 2-3 minit dah sampai

pastu pegila tengok gerai2 yang menjual baju kurung, kain, tudung
masa tu bulan puasa, dah nak raya kan banyak la gerainya
aku pun singgah lah kat satu gerai ni
sempat jugalah berbual gan penjaga gerai tu, EN.A

En. A ni sure la  lelaki, umur lewat 20an. mengikut apa yang dia citer...
dulu En. A study dekat sebuah Universiti kat tempat asalnya (Indonesia), dan skang dah pun tamat belajar
memandangkan kat kampungnya takde pekerjaan die pun berhijrah ke M'sia
dan skang kerja menjaga gerai kain

En. A ni agak tertekan juga lah dengan pekerjaannya, apa taknya nak solat pun susah takkan nak tinggal gerai macam tu je tak pasal2 dia kena buang kerja.
Gaji dia pun tak seberapa, walopon graduan U dari Indon tapi tu je keja yang mampu En. A lakukan
dan kata2 terakhir En. A "hujan emas di negari orang, hujan batu di negeri sendiri" (aku masih tak faham pepatah ni)


Lepas tu..
aku mula berfikir
bersyukurnya aku lahir kat malaysia, dah la kerajaan bagi biasiswa, sediakan segala kemudahan belajar, tu pun aku nak ponteng kelas lagi?
sedangkan En. A sanggup merantau ke M'sia nak cari duit, kerja jaga gerai pun sanggup

akhirnya...
habis je berbual gan En. A
aku dengan azam yang tinggi terus pegi kelas
ye! aku tak ponteng
dan yang paling penting, aku paling awal datang kelas hari tu (kire hari ni dalam sejarah la, sebab dari sekolah rendah memang slalu datang lambat pun walopon sekolah sebelah pagar rumah aku je..huhu)

p/s: bersyukur dengan apa yang ada


kita selalu bandingkan diri dengan orang yang lebih kaya/berada
sehingga menyalahkan takdir-Nya kerna tidak memberikan kita kekayaan seperti orang kaya
cubalah untuk
membandingkan diri dengan orang yang lebih susah/miskin
pasti kita cukup bersyukur dengan apa yang telah DIA berikan kepada kita

2 comments:

Roxy zai said...

urm..beruntungnya jmpa org mcm dia..heehe..aku xda rasa bersalah pun bila nk ponteng..heee...nice post!

ADMIN said...

sblm ni mmg xrasa besalah ble ponteng..huhu tp ari tu je

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Total Pageviews

What color theme you prefer?

Follow Us