Bas tersebut yang dalam perjalanan ke Kuala Lumpur dikatakan hilang kawalan sebelum terbabas lalu terbalik di laluan bertentangan, demikian menurut PenolongPengarah Bahagian Operasi Bomba, Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur Azizan Ismail. Penumpang bas berkenaan bermalam di Genting Highlands semalam.
Tujuh jentera bomba termasuk dari Bentong, Kuala Lumpur, Selayang dan Taman Melawati berada di tempat kejadian untuk mengeluarkan mangsa antaranya yang mautkerana tersepit di bawah bas. Mangsa-mangsa dibawa ke Hospital Bentong, Hospital Selayang dan Hospital Kuala Lumpur.

Berikut ialah senarai enam penumpang bas ekspres yang membawa ahli Belia 4B dari Kampung Siong, Baling, Kedah yang maut dalam kemalangan di Km 38 Genting Sempah dekat ini pada 7.05 malam ini.
Mereka dikenali sebagai:-
Mohamad Khairy Mohamad Mazuki, 14;
Mohd Amirul Muhamat Isa, 13;
Mohamad Firdaus Rosedi, 16;
Mohammad Yussof A. Akhit, 16;
Mohd Ridzuan Husin, 17;
Muhd Fahmi Abdul Mustaffa, 17
@: al-fatihah buat mangsa
No comments:
Post a Comment