Breaking

October 2, 2010

Clever! Versi Malaysia



sebelum ni selalu tengok rancangan pembelajaran sains versi omputeh di TVIQ, astro
sekarang dah ada versi melaysia pula diberi nama CLEVER! yang diadaptasi dari rancangan terbaik di Jerman.

CLEVER! akan menemukan dua buah sekolah bersaing antara satu sama lain dan bakal disertai selebriti popular seperti Dafi, Mila, Yasmin Hani, Imuda dan ramai lagi untuk membantu pelajar.



Clever! akan dikemudi oleh Aznil Nawawi dan dibantu Rafidah yang akan membawa peranan sebagai seorang saintis untuk membawa penonton menerokai keajaiban dunia sains yang menakjubkan melalui soalan-soalan mencabar minda serta eksperimen menarik.

Rancangan ini akan bersiaran setiap Ahad pada jam 11.00 pagi bermula 26 September hingga 19 Disember di ASTRO TVIQ (Saluran 552).

Penonton juga berpeluang merasai pengalaman sains di karnival Sains Clever! anjuran Astro di :

2 Oktober  : SK Infant Jesus Convent, Johor Bahru (10.00 pagi - 2.30 petang)
3 Oktober  : SK Jalan Datuk Palembang, Melaka (8.00 pagi - 12.00 tengahari)
8 Oktober  : SK Sultan Ismail 2, Kelantan (10.00 pagi - 2.30 petang)
10 Oktober : SK Seri Permai, Penang (10.00 pagi - 2.30 petang)
16 Oktober : TBA, Kota Kinabalu (10.00 pagi - 2.30 petang

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Total Pageviews

What color theme you prefer?

Follow Us