Breaking

October 31, 2010

Janji Rina Salleh Setelah Bergelar Juara Gadis Melayu

Pasti semua dah kenal Juara Gadis Melayu musim ketiga (GM3), Norazrina Mohd Salleh (Rina), 25. Rina yang berasal dari Subang Jaya sedang mengusahakan perniagaan pakaian bersama-sama keluarganya yang dibuat secara kecil-kecilan melalui dalam talian.

Setelah bergelar Juara Gadis Melayu, Rina berjanji akan membantu golongan wanita melalui bidang perniagaan yang diusahakan. Alhamdulillah, saya mempunyai latar belakang perniagaan. Jadi, saya akan memberikan peluang kepada suri rumah dan remaja wanita untuk menyertai perniagaan dengan bantuan NGO" kata Rina.



Rina yang juga seorang graduan Ukur Bahan dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) pernah bekerja sebagai juru ukur bahan. Kini, dia telah meninggalkan pekerjaan tersebut dan menumpukan kepada perniagaan keluarganya. Diharap niat murni Rina dapat dilaksanakan agar membantu lebih ramai wanita menambah pendapatan keluarga. Dengan usaha yang dan langkah yang betul tak mustahil perniagaan secara kecil-kecilan mampu berkembang dan menjana pendapatan yang lebih besar.

@: 9/10 rezeki kekayaan itu datangnya dari perniagaan, sebab tu lah orang bisness ramai yang kaye :)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Total Pageviews

What color theme you prefer?

Follow Us