Breaking

October 29, 2010

Pertandingan Akhir Gadis Melayu 3

Malam ini bakal berlangsung Pertandingan Akhir Gadis Melayu 3 yang berlangsung di Auditorium Majlis Bandaran Shah Alam (MBSA) bermula pukul 8.30 malam. Ia disiarkan secara langsung melalui TV9.




Setiap peserta diberi cabaran untuk mempersembahkan teater muzikal. abaran itu akan dibawa secara individu walaupun pada malam ini nanti, para peserta bergabung dalam satu pentas untuk merealisasikan teater muzikal yang menyentuh tiga isu masa kini yang semakin meruncing iaitu bencana banjir di Pakistan, wanita-wanita tabah di Gaza dan juga isu pembuangan bayi yang semakin berleluasa. Seramai 9 peserta yang bertanding untung merebut gelaran Juara. Ikon Gadis Melayu.

Pelbagai hadiah yang menarik dan mewah bakal dibawa pulang oleh juara akhir Gadis Melayu musim ke-3.

Apa komen peserta akhir Gadis Melayu 3

* Afiqah Hazwani Md. Din
Berusia 18 tahun dan menjadi peserta paling muda, Afiqah tidak menjadikan faktor usia sebagai halangan terbesar kepadanya untuk bersaing dengan lapan peserta lain.
Masih menuntut di Tingkatan 6 Bawah di Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Daya 1, Johor Bahru, Johor dan menanam impian untuk bergelar peguam, dia memberitahu dirinya teruja untuk beraksi pada malam final.
“Tanpa penyingkiran, saya menjadi insan paling teruja kerana mampu berada sehingga final. Ini kerana saya boleh menimba ilmu dan pengalaman lebih banyak. Ia tidak boleh dikutip di luar melainkan dalam Gadis Melayu 3,” katanya.
* Nur Diana Zainuddin
Masih menuntut di Tingkatan 6 Atas, Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Perda, Pulau Pinang, Diana tidak menyangka percubaan spontannya telah membawa dia jauh ke pusingan final.
Ditanya tentang potensi diri menjadi pemenang, Diana yang meminati bidang penulisan berkata: “Terus terang, kalau ingin bercakap soal keunikan diri, rasanya saya sama macam peserta lain. Cuma, bakat mengacara yang diperoleh di sekolah sebelum ini memberi kelebihan kepada diri untuk nampak menyerlah.”
* Nor Shamimi Ernida Mansor
Bagi anak jati Kedah ini, dia tidak mengejar glamor, tapi memasang impian untuk menjadi hos dan peniaga tudung yang berjaya satu masa nanti. Justeru saat diminta untuk mengulas keistimewaan diri, Shamimi mempunyai jawapan sendiri.
“Saya akui, saya boleh memasak makanan Melayu seperti gulai ikan atau ayam dan sambal. Sebelum ini, saya sendiri memasak untuk adik-beradik seramai empat orang jika orang tua keluar bekerja. Mungkin itu keistimewaan saya,” jelasnya.
* Norhidayah Samsudin
Berminat dalam lapangan seni serta memiliki bakat dalam nyanyian, anak keempat daripada sembilan beradik ini menolak persepsi bahawa peserta yang tidak bertudung kebiasaannya sukar menjuarai program Gadis Melayu.
“Pada pendapat saya, soal peserta bertudung atau tidak menjuarai Gadis Melayu 3, semua terpulang kepada rezeki masing-masing asalkan pemenangnya menepati kriteria serta kualiti tertentu yang dipilih oleh juri profesional dan masyarakat.
“Berbicara tentang personaliti diri, saya tidak gemar bersikap hipokrit. Baik di depan atau belakang kamera, saya lebih senang berkomunikasi dengan sesiapa tanpa berdepan masalah,” luah Hidayah yang berasal dari Masai, Johor.
* Siti Nurzakiah Abdul Aziz
Kontra dengan peserta lain, Zakiah punya latar belakang berbeza apabila dia berbakat besar dalam bidang tarian tradisional. Pada waktu sama, dia bertugas sebagai jurulatih tari di Heritage Performing Arts Studio, Ampang, Kuala Lumpur.
Menjadi guru tarian joget, zapin dan inang kepada kanak-kanak berusia tujuh hingga 12 tahun, Zakiah, 21, yang berasal dari Selangor mengaku hatinya terpaut pada kehebatan seni hasil peninggalan nenek moyangnya sejak dari kecil lagi.
“Dengan konsep Gadis Melayu 3 menonjolkan
percantuman elemen tradisional dan kontemporari, saya anggap ini masa terbaik untuk berkongsi dengan penonton terutama generasi baru tentang keunikan seni kreatif,” ungkapnya ringkas.
* Siti Mastura Mohamad Saleh
Dengan jiwa lebih terarah kepada industri fesyen, anak jati Pahang yang terpilih sebagai salah seorang peserta Gadis Melayu 3 itu sedang menjalani latihan praktikal selama setahun bersama pereka busana tradisional popular, Salikin Sidek.
“Saya akan menggunakan kelebihan dalam rekaan fesyen tradisional untuk menambat hati juri profesional Gadis Melayu 3 termasuk orang ramai. Diharap kelainan berbanding peserta lain mampu menyerlahkan saya kelak,” jawabnya.
* Fatheen Nabila Ghazali
Selepas menerima galakan daripada keluarga, kawan-kawan dan pensyarah, Fatheen yang masih menuntut dalam tahun dua bidang Botani di Universiti Putra Malaysia (UPM), tidak sabar untuk berkongsi minatnya dengan masyarakat.
Pernah membentangkan hasil penyelidikan berkaitan botani di Singapura, dia semahunya ingin bergelar pengacara yang punya pendidikan tinggi sekali gus dapat menyedarkan orang lain tentang pemeliharaan dan pemuliharaan alam persekitaran.
“Selain mahu menjadi pensyarah, saya juga ingin bergelar hos kerana dengan cara ini saya dapat berkongsi ilmu dimiliki lalu menyalurkan pengetahuan kepada audiens,” tuturnya yang mahir membuat kuih-muih tradisional Melayu, Cina dan India.
* Norazrina Mohd. Salleh
Rina yang gemar mengisi masa terluangnya dengan menulis blog kini baru memahami tujuan sebenar rancangan realiti ini diwujudkan sementelah sudah menjadi sebahagian peserta. Jelas Rina lagi, ia bukan semudah dilihat atau didengar.
“Selepas dapat penerangan lanjut, baru saya tahu perjalanan Gadis Melayu yang telah memasuki musim ketiga. Sejujurnya, saya melihat ia sebagai tanggungjawab berat kerana peserta kena membuktikan kelebihan kepada umum,” akuinya.
* Siti Nur Afiqah Abdullah
Bergelar pelajar tahun tiga kursus Syariah Undang-Undang, Kolej Universiti Islam Selangor, Siti lebih berminat dalam bidang kepolisan.
“Biarpun belajar undang-undang, saya sebenarnya lebih berminat untuk menjadi anggota polis. Barangkali sebab mengambil aura ayah Abdullah Mohiddien yang juga berkhidmat sebagai anggota polis.
Saya menjadikan ayah sebagai idola. “Saya menyertai Gadis Melayu 3 sebab mahu melihat sisi lain diri. Selain cari pengalaman, saya harap program ini boleh meningkatkan keyakinan apatah lagi jika bekerja sebagai polis kelak,” ujarnya yang mahir seni mempertahankan diri.
@:nanti kan keputusannya malam ini

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Total Pageviews

What color theme you prefer?

Follow Us