Breaking

October 2, 2010

Ashraf Muslim Jadi Bomoh (macam dalam Drama Puaka Niyang Rapik)


secara jujurnya, pertama kali mengenali pelakon Ashraf Muslim melalui cerita Puaka Niyang Rapik yang ditayangkan di TV3. 
tak sangka pula kebolehan Ashraf dalam drama tu mengubati pesakit yang dirasuk puaka tersebut bukan lakonan semata-mata. tetapi diluar lakonan pun Ashraf memang berkebolehan mengubati pesakit.
Jelas Ashraf, teknik perubatan tersebut hanya berpandukan kepada ayat-ayat suci al-Quran dan tidak mengamalkan jampi serapah atau ilmu hitam.
"Saya agak kecewa sebab ada juga segelintir yang anggap saya seperti bomoh. Jika mereka tidak percaya atau berasa was-was dengan saya, itu terpulanglah.
"Tapi saya memang seratus peratus hanya berpandukan ayat suci al-Quran bagi mengubati pesakit," katanya yang mengubati pesakit di Pusat Perubatan Darussyifa', Kampung Sungai Pusu, Gombak sejak dua bulan lalu.
"Ada juga pesakit yang datang untuk berubat dan apabila mereka lihat saya, mereka anggap saya sedang berlakon sehinggakan kadang-kadang membuatkan saya marah. (dah nama pun pelakon mesti orang ingat sedang berlakon)
"Tapi bagi saya mereka perlu percaya pada Allah dan al-Quran. Saya hanya sekadar membantu sahaja," katanya.
Ashraf berkata, sebagai pengamal perubatan cara Islam dia juga sentiasa menjaga batasan dan perlakuannya terutamanya ketika berlakon.
"Sudah semestinya saya menjaga setiap perlakuan, percakapan, penglihatan terutamanya ketika berlakon. Kalau boleh saya akan tolak adegan yang pegang tangan, berpelukan dan atas katil.
"Untuk melakukan perkara tersebut saya boleh berbincang dengan pengarah. Apa yang penting ialah mesej tersebut sampai kepada penonton walaupun tanpa adegan seperti itu," katanya.
Selain itu, menurut pelakon itu, sambutan terhadap pusat perubatan tersebut meningkat membuatkan dia terpaksa membahagikan masa antara lakonan dan aktiviti perubatannya.
"Sambutan semakin meningkat, sehari lebih dari 60 pesakit datang, kebanyakannya yang menghadapi sakit seperti kanser dan misteri.
"Saya juga terpaksa membahagikan masa iaitu lakonan pada sebelah siang dan mengubati pesakit pada sebelah malam sahaja," katanya.-mStar-

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Total Pageviews

What color theme you prefer?

Follow Us