Breaking

March 8, 2012

Artis kahwin meriah, hutang tak bayar


Gosip ni bertiub dari harian Metro, kononnya seorang artis yang hebat dengan empayar perniagaannya  ‘liat’ bayar hutang mereka. sape lagi artis yang melangsungkan perkahwinan meriah baru-baru ini dan memiliki syarikat sendiri. tak lain tak bukan...

korang teka based on hint kat bawah yekk,...


Dulu hanya kisah gaji pekerja yang tidak dibayar dan sistem bayar separuh-separuh saja, kali ini sampai ke seorang pelakon popular pula tidak dibayar selepas siap membuat kerjanya. Kisahnya seorang pelakon comel ini khabarnya menjadi pengacara untuk sebuah program televisyen terbitan syarikat artis tadi. Sampai nak pengsan dengarnya si pelakon cantik tadi menyiapkan semua kerjanya mengikut kontrak. Bukan saja menjadi pengacara, malah si pelakon tadi siap membuat kajian dan penyelidikan sendiri sebelum mengendalikan program televisyen tadi. 


Tapi apabila sudah siap dan program itu ditayangkan, sampai ke sudah bayarannya tidak diterima. Macam-macam alasan yang diberikan oleh artis tadi yang juga seorang penyanyi dan pelakon.



Padahal yang kelakarnya, si artis yang susah nak membayar hutang tadi baru saja melangsungkan perkahwinannya dengan gilang-gemilang. Bukan main lagi meriahnya majlis itu.



Tapi nak bayar duit orang yang sudah bekerja alasannya tiada duit lagi. Kononnya dana yang sepatutnya diperuntukkan untuk program itu masih belum masuk. Sampai ke hari ini dengarnya si pelakon jelita tadi tidak dapat duit kerjanya. 

Berani sungguh si artis yang memang terkenal dengan perniagaannya itu tidak membayar duit artis lain sedangkan dia tahu yang cerita sebegini dengan cepat boleh dAang disampaikan. Bergaya dengan kereta mewah dengan deretan filem yang bukan main kutipan tiketnya, tapi masih kekal dengan sikap yang ‘liat’ nak bayar duit dan gemar sekali meminta harga murah. 



harap si pelakon yang sudah pun menjalankan kerjanya itu tidak berdiam diri.
Pergi minta duit sendiri atau ugut saja untuk memberitahu kepada pihak media. 
Biar takut sikit si artis tadi dengan adik-beradiknya yang kedekut dan berkira.

Kalau betul hebat berniaga, mustahil tidak tahu etika orang menjalankan sesebuah perniagaan. -hMetro

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Total Pageviews

What color theme you prefer?

Follow Us