Penyanyi Andi Bernadee yang kini mula berjinak-jinak dalam dunia lakonan nampaknya semakin ‘mendunia’ apabila dia muncul dalam lakonan drama berjudul Melastik Ke Hatimu yang juga bergandingan bersama pelakon hebat, Janna Nick.
Memegang watak utama dalam drama tersebut pastinya bukan mudah bagi pelakon baru sepertinya apabila ada suara-suara yang tidak enak mula bertebaran mengenai mutu lakonan penyanyi lagu Penat itu
Menurut netizen, Andi tidak layak membawa watak utama dalam drama tersebut kerana lakonannya dalam naskah tersebut seperti agak kaku dan ‘kayu’. Malah ada juga yang tampil memberi pendapat bahawa ada ramai lagi pelakon lain yang lebih layak membawa peranan tersebut.
Meskipun begitu, ada juga peminat Andi tampil mempertahankan penyanyi itu dan beranggapan bahawa ini merupakan pengalaman baru buatnya untuk menjadi seorang pelakon yang hebat sebaris dengan bintang-bintang popular lain.
Belajar dari pengalaman, ada benarnya yang diperkatakan netizen apabila seseorang perlu bermula daripada bawah sebelum bersinar di kemudian hari. Pengalaman yang dikutip pastinya berbaloi untuk dijadikan contoh kelak.Apa-apa pun, all the best diucapkan buat Andi Bernadee!
Nota Kaki: Lakonan kadang nampak kayu untuk mendalami permulaan drama yang tidak terlalu berat dan jalan cerita yang kurang kompleks. terlalu beremosi kang penonton tak selesa juga macam kebanyakan drama tv sekarang yang terlalu dibuat-buat reaksinya dan langsung tidak natural seperti drama awal tahun 2000.
Skop drama sekarang juga banyak yang mencilok atau meniru drama sebelum2 ini langsung tiada kelainan dan keunikan tersendiri. Anda boleh nilai dan komen lanjut di ruangan komen.
No comments:
Post a Comment