Breaking

March 20, 2012

Kilafairy sambung belajar ambil diploma


Kilafairy gembira jadi pelajar 
Gadis seksi yang bakal menginjak usia 20 tahun pada 17 Mei akan datang ini mula mencipta nama menerusi lakonan filem pertamanya, "Karak". Selepas itu anak kepada penyanyi Rohana Jalil ini turut mengembangkan kariernya dalam bidang nyanyian pula selepas lagu "Roman" mula mendapat perhatian peminat.
Sibuk dengan pelajaran buat masa ini, Kilafairy akui dirinya masih aktif dengan aktiviti seni, cuma perlu membataskan diri daripada mengambil tawaran lakonan.
Kila kini sibuk dengan aktiviti kolej. Kila ambil jurusan diploma pengurusan dan pemasaran di Kolej Antarabangsa Raffles. Buat masa ini, Kila agak sibuk kerana sudah semester akhir dan banyak projek yang perlu diselesaikan. Selain daripada itu, Kila juga masih dalam proses rakaman untuk lagu solo Kila yang ditulis dan dicipta sepenuhnya oleh Amylea. Liriknya pula ada juga yang Kila buat tapi keseluruhan lagu tersebut merupakan idea asal Amylea sendiri. Memandangkan Kila kini masih belajar, masa yang terluang tidak banyak, banyak tawaran berlakon terpaksa ditolak. Kila hanya sempat memenuhi undangan menyanyi di majlis korporat dek kerana masa yang diambil tidak lama seperti terlibat dengan penggambaran. InsyaAllah, selepas tamat pengajian pada 3 April ini, Kila akan bekerja seperti biasa. Tidak ketinggalan juga, filem "Hoore! Hoore!" yang telah menjalani penggambaran pada bulan Julai tahun lalu akan ditayangkan pada 24 Mei ini.
Walaupun waktu padat dengan kuliah, Kila masih dapat meluangkan masa untuk bekerja. Kila seronok menjadi pelajar kerana dapat meluangkan masa bersama rakan di samping itu juga dapat menyanyi, melakukan perkara yang Kila memang minati.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Total Pageviews

What color theme you prefer?

Follow Us