Breaking

March 21, 2012

Gambar terbaru sazzy falak bersama anak kembar

 

MENGUNDURKAN diri daripada bidang lakonan dan pengacaraan seketika demi menumpukan sepenuh perhatian kepada dua cahaya mata kembarnya, Iman Lily dan Tiara Rose Nazril, 10 bulan, Sazzy Falak kini kembali ke bidang lakonan dan pengacaraan.Berkongsi pengalamannya sebagai ibu kepada dua puteri kembar, ujar Sazzy, anak-anaknya itu bagaimanapun tidak mempunyai persamaan langsung dari segi tingkah laku.
 
Tambah Sazzy, Iman kini sudah mula pandai bercakap sebaliknya Tiara lebih cepat menunjukkan perkembangan dari segi fizikal.
"Sejak awal bulan lagi mereka nampak berbeza. Iman yang sulung lebih cepat bercakap berbanding Tiara. Tiara pula sangat fokus dan dia sudah memahami keadaan sekelilingnya," ujarnya mengenai anak-anaknya itu yang akan dijaga ibunya dan pengasuh jika dia sibuk di lokasi.
 
Menyentuh mengenai penyediaan makanan kepada Tiara dan Iman, Sazzy mengakui dia terpaksa bangun pagi demi menyediakan makanan kepada anak-anaknya.
Malah, jika tidak mempunyai masa dia akan memasak makanan tersebut dalam jumlah yang banyak dan menyimpannya di dalam peti sejuk.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Total Pageviews

What color theme you prefer?

Follow Us