Breaking

March 20, 2012

Apex Duta Puma Dibayar RM0.5 Juta

Lumayan Apex Sebagai Duta Puma

Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia tiada siapa yang tahu. Sungguhpun dikecam dengan pelbagai isu kontroversi, penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat atau Apex, 23, masih dikurniakan rezeki yang melimpah.
Mungkin inilah berkat kesabaran dan kesungguhan jejaka dari Kelantan itu.
Apatah lagi dengan kewibawaan dirinya yang masih lagi konsisten dengan mempamerkan permainan yang cemerlang.
Kredibilitinya sebagai ahli sukan disegani telah memberi peluang keemasan buatnya untuk bergelar duta produk sukan iaitu Puma selama setahun.

Ditanya adakah benar Apex dibayar lebih setengah juta ringgit hanya untuk menjadi duta Puma?
Apex: Kelakar pula saya mendengarnya. Andaikata apa yang dikatakan anda ini benar, mungkin juga saya tidak perlu lagi bekerja keras untuk mencari rezeki. Sejujurnya, apa yang anda dengar itu tidak benar sama sekali. Saya pohon maaf kerana saya tidak boleh memberitahu nilai bayaran yang saya terima dari Puma. Apa yang boleh saya katakan adalah bayaran yang saya terima berbaloi dengan komitmen yang diperlukan pihak Puma dari saya.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Total Pageviews

What color theme you prefer?

Follow Us