Terbaru, Neelofa menjelaskan bahawa dia dan Haris diduga seperti orang lain yang kini berada dalam fasa pertunangan. Malah hubungan nampaknya kini sudah pun diperbaiki.
“Apa yang boleh saya katakan hubungan kami sekarang lebih baik dan lebih positif. Untuk berkongsi perkara lebih serius, saya akan kongsi nanti.”
neelofa dan pu riz berbaik
Tak segan untuk akui bahawa terdapat sedikit salah faham dan masalah dalam hubungan mereka, Neelofa mengatakan bahawa mereka berjaya menempuhinya atas bantuan keluarga.
“Tipu la tak ada pahit manis atau naik turun dalam hubungan.
Saya merasai benda yang sama, ada masa, ada salah faham. Kami berdua berjaya mengatasi dengan bantuan keluarga. Alhamdulillah, semua makin baik dan positif.”
Bukan itu sahaja, khabarnya hubungan ahli keluarga wanita itu dan juga Haris juga sudah kian pulih daripada sebelumnya.
“Alhamdulillah perlahan-lahan selepas kami berbincang dan berkomunikasi. Hubungan makin baik dan pulih. Kami pun bagi masa, tidak memaksa semua orang untuk faham dan menerima. Saya bersyukur sangat.”
neelofa dan pu riz berbaik.
Malah Neelofa menimbulkan rasa teruja orang ramai apabila berkongsi bahawa dia akan mendedahkan dengan lebih lanjut mengenai maklumat perkahwinannya dalam masa terdekat nanti.
Biasalah hubungan pasang dan surut, yang penting dah berbaik kan?
SUMBER : Gempak
No comments:
Post a Comment