Breaking

March 26, 2012

Bekas Suami Nabila Huda Jadi Penyanyi

Bekas Suami Nabila Huda Jadi Penyanyi
Selepas bercerai pada tahun lepas, bekas suami kepada pelakon Nabila Huda, Zaidy Zailani memberitahu kepada program Melodi beliau kini ingin memulakan kehidupan baru dan melupakan kisah lama. Dalam perkembangan terbaru, Zaidy atau Eddie kini mula menjinakkan diri dalam dunia muzik tanahair dengan menganggotai kumpulan Tiga Swagger bersama Cat Farish, Bee.Ru dan Dj Krates.

“Saya menjalankan kehidupan yang lebih selesa berbanding dulu, tak ada masalah. Bila difikirkan benda ini terjadi mesti ada sebab. Mula-mula memang tak boleh nak ‘handle’, siapa yang nak berpisah, mati-mati saya tak nak berpisah, tapi bila begini jawapannya, saya kena ikut. Sebelum ini pun berat saya hilang beberapa kilogram kerana fikirkan hal keluarga. Tapi untuk sekarang memori tu memang dah tak ada. Setakat ini, apa yang terjadi mungkin saya boleh lupakan.”

Menyentuh mengenai soal penjagaan anak pula, Eddie menjawab, “Penjagaan anak kita selang seli jaga di mana seminggu saya, seminggu dia. Setakat ini tak ada sebarang masalah. Keluarga mertua juga banyak menyokong saya dari awal penceraian sehinggalah sekarang.”

Ditebak mengenai isu beliau tidak memberi nafkah, Eddie menjawab, “Terpulang pada apa orang nak cakap. Saya tak ada hak untuk bercakap. Saya pun tak nak perbetulkan, kerana bila kita perbetulkan ia akan lagi berpanjangan. Lebih baik saya diam dan saya terima saja apa orang nak cakap.”

Umum mengetahui sebelum ini Abil digosipkan bercinta dengan pelakon Johan As’ari. Ditanya kepada Eddie mengenai isu ini, Eddie memberitahu, “Saya tak nak cakap apa-apa. Saya tak ambil ‘port’ langsung sebab dah tak ada perasaan lagi pada dia. Malah, memori antara kami pun saya dah langsung tak fikir. Apa-apapun, saya nak minta maaf dengan benda-benda yang terjadi. Saya tahu memang tak patut benda ini terjadi.”

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Total Pageviews

What color theme you prefer?

Follow Us