Breaking

March 20, 2012

Girls' Generation sah buat persembahan di KLCC

Girls' Generation sah buat persembahan 

Bagi mereka yang menantikan Kylie Minogue untuk hadir membuat persembahan pasti terguris setelah mendapat tahu berita sedih mengenai pembatalan Kylie ke Malaysia untuk menjayakan konsert di Menara Berkembar Kuala Lumpur (KLCC) nanti.
Berikutan dari penarikan pihak pengajur yang berpusat di London, Enterprise Entertainment Ltd untuk penganjuran konsert sebelum ini, Jojo Events Sdn Bhd kini tampil sebagai penyelamat.
Desas – desus yang mengatakan Orianthi bakal menggantikan Kylie nyata meleset apabila nama artis Korea yang dikatakan sebelum ini telah disahkan iaitu Girls' Generation dan juga Nicole Scherzinger yang akan hadir bersama anggota kumpulan Pussycats Dolls. Mereka bakal menghangatkan Petronas Grand Prix 2012 minggu ini.
Kumpulan K-Pop yang terkenal itu merupakan bintang pop terkenal di Amerika Syarikat bakal membuat persembahan di pentas yang terletak di tengah-tengah KLCC pada jumaat ini. Mereka bakal mengadakan konsert di tempat yang sama.
Selain daripada itu juga, Konsert yang bakal berlangsung nanti merupakan konsert pertama Girls' Generation di Malaysia.
Menurut laporan The Daily Chilli, terdapat sumber dari industri memberitahu bahawa kedua-dua nama ini telah pun memeprsetujui dan menandatangani kontrak untuk hadir ke Malaysia untuk menghiburkan lebih kurang tujuh puluh ribu yang dijangka hadir.
Bagi bintang R&B Amerika Kelis, yang sememangnya telah disenaraikan untuk membuat persembahan akan turut hadir bersama kumpulan K-Pop Korea, Girls' Generation dan juga Pussycats Dolls.
Konsert yang dikenali sebelum ini sebagai Konsert F1 telah dijenama semula dengan nama baru iaitu Twin Towers@Live 2012.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Total Pageviews

What color theme you prefer?

Follow Us