Breaking

September 15, 2012

GAMBAR Putera William Dan Kate Middleton Di Sabah

GAMBAR Putera William Dan Kate Middleton Di Sabah. Wah bangga siot Duke dan Duchess of Cambridge, Putera William dan Kate Middleton sudi melawat Sabah. Ketibaan pasangan diraja itu disambut Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman dalam satu majlis tertutup yang diadakan di Hotel Shangri-La Tanjung Aru Beach Resort di Kota Kinabalu pada malam Jumaat





Full screen preview
Putera William Dan Kate Middleton menerima buku Spirit of Borneo daripada Chief Minister, Datuk Seri Musa Aman


Pasangan diraja Britain, Duke dan Duchess of Cambridge tiba di sini untuk lawatan dua hari ke Sabah.
Pesawat khas yang membawa Putera William dan isterinya Catherine tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu pada kira-kira 7.50 malam.
Ketibaan pasangan diraja itu disambut oleh Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Yahya Hussin dan isteri Datin Jouyah Mohd Yunin serta pegawai kerajaan dan orang kenamaan asing.
Hujan tidak menghalang orang ramai daripada menunggu di luar pagar kawasan lapangan terbang itu untuk menatap wajah pasangan diraja itu.
Sejurus tiba, pasangan diraja itu dibawa ke sebuah resort di bandar raya ini untuk menghadiri majlis sambutan yang dianjurkan kerajaan negeri Sabah.
Esok, Putera William dan Catherine akan menaiki helikopter untuk melawat Lembah Danum, kawasan hutan hujan tropika utama, terletak kira-kira 70km dari Lahad Datu, dengan pasangan diraja itu akan meninjau kawasan seluas 438km persegi itu dan mendengar taklimat oleh para penyelidik.
Lembah Danum Sabah yang dikunjungi Prince William dan Kate Middleton
Malaysia merupakan destinasi kedua selepas Singapura, dalam program lawatan sembilan hari di Timur Jauh, sebagai wakil kepada Ratu Elizabeth II sempena sambutan ulang tahun ke-60 pemerintahan baginda Ratu. Sementara itu, pasangan diraja itu yang tiba kira-kira pukul 8.20 malam di resort itu meluangkan masa setengah jam di majlis keraian secara tertutup itu.
Sebaik tiba untuk majlis itu, Putera William dan Catherine disambut dengan dipakaikan kalung manik yang dikenali sebagai Pinakol, yang sinonim dengan kebudayaan etnik Rungus, sebagai tanda 'selamat datang'.
Turut hadir pada majlis itu ialah Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman dan dua Timbalan Ketua Menteri iaitu Tan Sri Joseph Pairin Kitingan dan Yahya

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Total Pageviews

What color theme you prefer?

Follow Us