Breaking

September 24, 2012

Gambar Miera Leyana Bertambah Gemuk Akibat Frust Dengan Shah Jaszle


Pelakon Miera Leyana dikatakan frust dengan bekas kekasihnya  Shah Jazle yang kini sudah memiliki penganti Redzwani Puteri menyebbakan badannya semakin berisi. Namun Miera Liyana menafikan pertambahan berat badannya sebanyak lapan kilogram mempunyai kaitan dengan kegagalan hubungannya dengan pelakon Sharizal Jazsle.
Miera Liyana kelihatan lebih chubby
gambar Miera Liyana sebelum ni
Miera, 19, sebaliknya berkata berpunca daripada kehilangan mendadak selera makan semenjak bulan Ramadan lalu.
"Peningkatan berat badan saya tiada kaitan langsung dengan Shah kerana itu semua cerita lama. Ia sebab sikap saya sendiri yang memang kuat makan. Tambahan pula berat badan saya senang naik jika saya tidak menjaga pemakanan dengan baik," 
Miera dalam pada itu mendedahkan berat badannya sebelum ini 45 kilogram dan meningkat kepada 53 kilogram.
Dalam pada itu, Miera tekad untuk menyertai pusat kecergasan bagi mendapatkan semula bentuk badan asalnya agar tidak nampak lebih besar di televisyen.
Sementara itu dia juga teruja dan berdebar masih menanti empat buah filem lakonannya iaitu Pencinta, Pecah, Lebuhraya Ke Neraka dan Dendam Orang Mati yang bakal ditayangkan pada tahun hadapan.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Total Pageviews

What color theme you prefer?

Follow Us